..

..

PEMIMPIN PAKATAN PERTIKAI KEPUTUSAN KALIMAH ALLAH SENGAJA MAHU CARA KESABARAN UMAT ISLAM !!

on Wednesday, October 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kemenangan pihak kerajaan dalam tuntutan di mahkamah rayuan untuk menghalang Majalah Herald menggunakan kalimah Allah di dalam majalah itu untuk menggantikan perkataan 'God' telah memberi tamparan hebat kepada sebilangan besar pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelum ini begitu gagah mempertahankan hak kristian untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam bahasa Melayu.

Pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang beragama Islam sanggup bertoleransi atas nama agama dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada kristian.Mereka menggunakan hujah-hujah agama untuk dijadikan dalil mempertahankan maslahat kristian daripada memikirkan maslahat umat Islam sendiri.Inilah antara ancaman fitnah diakhir zaman.Pemimpin-pemimpin pembangkang ini dianggap sebagai "Hero" disisi orang-orang kafir .


Mereka memberi alasan atas toleransi beragama dalam Islam dan kebebasan untuk agama-agama lain mengamalkan agama masing-masing tanpa menyebarkan kepada umat Islam seperti termaktub di dalam perlembagaan.


Ada juga diantara pemimpin pembangkang yang bukan Islam dengan sewenang-wenang berhujah dengan terjemahan ayat Al Quran tanpa faham isi dan tafsir yang betul seperti yang dinukil oleh ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah di dalam kitab-kitab tafsir yang mu'tabar.Ini lah yang paling membimbangkan kita kerana ia akan memesongkan fahaman umat Islam yang cetek pengetahuannya terhadap agama lebih-lebih lagi yang sudah punyai pemikiran liberal dalam fikirannya.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka...." (Al Baqarah: 120)

Mafhumnya, jika orang-orang Yahudi dan Nasrani sudah mula redha kepadamu (orang2 Islam), bererti kamu (orang2 Islam) telah mula mengikut Millah (cara berfikir dan corak hidup) mereka.



Jadi sangatlah terang lagi bersuluh bahawa Allah telah memberi peringatan awal di dalam Al-Quran bahawa puak-puak nasrani dan yahudi ini tidak akan menurut kehendak orang-orang Islam tetapi mereka akan berusaha agar kita pula yang tunduk ikut terhadap jalan agama mereka.

Jadi,dalam isu ini lebih aula'(utama) untuk kita memikirkan kepentingan maslahat umat dan syiar Islam serta melindungi kesucian agama Islam kerana didapati ancaman paling mungkin adalah terhadap umat Islam jika perkara ini dibiarkan.Dalam kaedah fiqh ada menyebut "jika bertembung dua mudarat ,maka pilihlah mudarat yang lebih ringan".Maka,menjadi satu kefadhuan untuk mempertahankan maslahat umat Islam lebih-lebih lagi berkait dengan isu aqidah berhubung kalimah Allah yang menjadi perkara asas dalam agama. 

Jadi,KP harap berhati-hatilah kepada orang-orang Islam diluar sana yang dengan gahnya berhujah dengan hujah agama mahupun tidak untuk mempertahankan hak kristian kerana bab aqidah ini tidak boleh buat main kerana sekali tergelincir aqidah akibat redha dengan kafir,takut-takut nanti akhirat tergolong dengan golongan mereka...Nauzubillahi Minzalik


sumber : keris pusaka



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.