..

..

PASUKAN TRANSFORMASI DIRAMAL KUASAI PERMATANG PAUH @APterkini @CZ4KBPP

on Friday, October 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Esok merupakan hari penentuan untuk kita tentukan siapa Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang baru di antara 4 calon yang bertanding . Setakat ini  ,  analisis GPB  selepas melihat kepada mood  perwakilan akar umbi ,  Calon No 04  Mohd Zaidi Hj Mohd Said @ Cikgu Zaidi   iaitu mantan Ketua Pemuda adalah  paling popular di bibir mulut mereka .  

Walaupun beliau difitnah dengan pelbagai tuduhan liar  menerusi sms sejak kelmarin , ia tidak sedikit melemahkan  semangat transformasi beliau untuk melakukan perubahan besar untuk UMNO Prmtg Pauh.

Sepanjang kepimpinannya mengetuai Pemuda  , Cikgu Zaidi dikenali sebagai pemimpin yang cukup dekat dengan rakyat   melalui  aktiviti  orang muda , kebajikan , pendidikan & kemiskinan .

Kini beliau mahu membawa perubahan  UMNO Bahagian dengan satu perubahan dinamakan pasukan  transformasi .  


ikuti apa itu tranformasi nak dibawa Cikgu Zaidi disiarkan Utusan : 


UTUSAN: Kenapa Permatang Pauh perlukan perubahan?

MOHD. ZAIDI: Perubahan itu diperlukan supaya ia seiring dengan transformasi yang diperkenalkan UMNO di peringkat nasional. Kita perlu memecahkan benteng bayangan Anwar Ibrahim dalam kalangan pemimpin UMNO yang masih ada di Permatang Pauh. Justeru, saya menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'Pasukan Transformasi', terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian.

Kepemimpinan macam mana diperlukan di Permatang Pauh?

Golongan muda di sini masih berasa terpinggir daripada perjuangan politik pemimpin sekarang. Kerana itu usaha menarik golongan muda amat diperlukan. Ia terbukti apabila golongan muda menterjemahkan hasrat mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Peningkatan itu diterjemahkan oleh golongan muda yang membuktikan minat mereka terhadap UMNo makin bertambah.

Bagaimana misi Pemuda sekarang ini?

Misi saya dengan menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai misi menjatuhkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Ahli Parlimennya yang juga Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanggungjawab itu perlu dilaksana bagi memastikan orang Melayu di kawasan tersebut tidak terus terpinggir meskipun banyak projek pembangunan di sekitarnya berjalan rancak.

Pembangunan perlu ditingkatkan di Permatang Pauh?

Pembangunan di Permatang Pauh masih perlahan. Pembangunan yang ada sekarang adalah semasa kepimpinan UMNO. Jadi, matlamat saya untuk merancakkan kembali pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat terutama peluang pekerjaan kepada generasi muda.

Saya mahu memperjuangkan pembangunan pendidikan dengan mewujudkan sebuah Sekolah Agama berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Rumah mampu milik untuk golongan miskin dan sederhana di Permatang Pauh. Selain mewujudkan peluang perniagaan baru di sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pertanian.

Bagaimana harapan tiga sayap penting UMNO di Permatang Pauh?

Keputusan pemilihan tiga sayap baru-baru ini membuktikan transformasi golongan muda memerlukan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO.

Keputusan yang ditunjukkan oleh Pemuda, Puteri dan Wanita dalam pemilihan itu menunjukkan pengaruh kepimpinan terdahulu perlu berubah. Itulah keputusan yang diterjemahkan oleh tiga sayap parti yang mahukan gandingan baharu untuk memantapkan parti di Permatang Pauh.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.