..

..

PAS HIPOKRIT TAHAP LONGKANG BILA SELALU TUDUH BN BELI UNDI #PRKSgLimau

on Thursday, October 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pas sejak awal kempen menerusi Mahfuz Bean   sentiasa menuduh BN membeli undi dengan pemberian peruntukan dan bantuan ketika PRK Sg Limau .

Tetapi adakah PAS tidak melakukannya ?? Gambar ini boleh menjelaskan segala-galanya ..

Kalau BN bagi dituduh rasuah & beli undi tetapi mereka yang bagi itu halal ...











YAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan segala bentuk peruntukan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah untuk membeli sokongan rakyat, khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, sama ada pilihan raya itu berlangsung atau tidak, kerajaan tetap mengutamakan kebajikan rakyat dan membantu di mana yang diperlukan. 
"Saya sebagai Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO tak ada duit...kerajaan yang ada. Dan kita tidak tidur, 24 jam bekerja. Bila ada orang minta tolong, kita bantu. 


"Bukan beli undi, kebetulan ini masa pilihan raya kecil kita turun, jadi mudah untuk (rakyat) dapat bantuan," katanya selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina di Sungai Limau Dalam dekat sini. 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden GERAKAN, Dr Cheah Soon Hai dan calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 

Muhyiddin dalam pada itu menafikan masyarakat Cina disisihkan dalam Bajet 2014 yang memperuntukkan lebih RM200 bilion untuk kesejahteraan rakyat. 

"Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun...semua kumpulan sasaran kita dapat faedah. Terbukti (kerajaan) tidak sisihkan mana-mana kumpulan dalam masyarakat," jelasnya. 
Tegasnya, BN komited membantu semua golongan masyarakat agar tidak dilabel melakukan diskriminasi, dan berharap rakyat sedar akan perkara itu.

Menyentuh PRK DUN Sungai Limau, Muhyiddin berkata, pemerhatian beliau sendiri dan maklum balas MCA serta GERAKAN menunjukkan perubahan sikap masyarakat Cina di kawasan itu untuk lebih terbuka menerima BN. 

"Kali ini adalah waktu terbaik untuk mengukur perubahan masyarakat Cina," katanya. 

Terdahulu, ketika berucap di depan kira-kira 500 masyarakat Cina DUN itu, Muhyiddin berkata beliau dapat melihat golongan itu kini lebih sanggup datang ke hadapan memberi sokongan kepada BN. 

Bagaimanapun, beliau berharap masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan tidak memberi tumpuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), katanya. 

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi menambah baik tiga SJKC dan menubuhkan tabung pendidikan SJKC bagi DUN Sungai Limau. 

Peruntukan itu, katanya, termasuk RM1 juta bagi SJKC Aik Min, RM750,000 bagi SJKC Yuk Meng dan RM50,000 bagi SJKC Pei Hwa, selain RM200,000 sebagai dana permulaan bagi tabung pendidikan SJKC itu. 

Selepas majlis itu, Muhyiddin turut melawat Bilik Gerakan Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO di Taman Mahsuri dekat sini, bagi meninjau gerak kerja di hari-hari terakhir kempen sebelum hari mengundi 4 November ini. - BERNAMA 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.