..

..

PANAS ! OSTAZAH ABBY DAH KELUARKAN FATWA SESAT UNDI UMNO BERDOSA #PRKSgLimau

on Sunday, October 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, dakwa penyanyi dan pelakon, Abby Abadi. 

Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair. 

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri. 

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, semalam. 

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan. 

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalahberdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya. - antarapos



** Sejak bila Abby boleh tentukan dosa & pahala orang ye ?? Dulu Nik Ajis sekarang ini Abby pulak. Lain kali  jangan hnya cakap   undi UMNO berdosa ,  undi PAS mendapat PAHALA besar perlu juga.... hahaha..


One Response

  1. Anonymous says:

    Mat Sapu cium pu*i Nor*ah pun Umno/BN yg didieki,begitu juga Stapa Spender dan Nuar al Jubori perbuatan maksiat mereka semuanya di pengaruhi Umno/BN.Nanti di akhirat Allah akan hukum BN/Umno masuk neraka.
    Inilah taraf pemikiran dan kecerdikan pengikut PAS,sungguh memalukan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.