..

..

@MuhkrizMahathir rayu pengundi beri peluang BN bela rakyat #PRKSgLimau

on Sunday, October 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau memberi peluang dan ruang kepada seorang calon daripada Barisan Nasional (BN) berkhidmat di situ melalui pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November ini.

Katanya, beliau memahami penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak berkhidmat untuk penduduk di Sungai Limau dan BN turut mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Beliau berkata, pemilihan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai wakil rakyat di situ membolehkan BN mengatur gerak kerja pembangunan dan membela rakyat dengan lebih mudah kerana kerajaan Pusat dan negeri adalah daripada parti sama.


"Kali ini kami ingin melihat kawasan ini maju dan atas sebab itu saya merayu, berilah peluang ini kepada BN. 


Percayalah, saya sendiri akan turun di sini untuk membantu Dr. Ahmad Sohaimi bagi meningkatkan kualiti hidup dan membela rakyat Sungai Limau.



"Itu janji yang saya akan tepati," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama waris murid dan warga pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri pimpinannya turut memberi tumpuan ke arah transformasi modal insan meliputi pembangunan rakyat di segenap kawasan di Kedah.

Kata beliau, ia bagi memastikan pembangunan di Kedah setanding dengan negeri-negeri lain di samping memberi keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan berdaya saing.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Kedah bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menggerakkan transformasi ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat selain yakin perubahan itu boleh bermula di DUN Sungai Limau.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.