..

..

MENGAPA CALON NKP POPULAR LOKMAN ADAM DAPAT KEPUTUSAN TEMPAT TERCOROT ?? @APterkini

on Sunday, October 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bila GPB membaca artikel portal Utara News yang mengupas mengenai kedudukan calon popular NKP , Lokman Noor Adam yang setakat ini menduduki tempat tercorot  ( klik sini )  , tentu ada benda yang tak kena.

Sebelum ini dalam tempoh berkempen   dalam blog2 & portal pro UMNO   banyak menyiarkan undi blog menyatakan Lokman Noor Adam calon popular untuk jawatan NKP berbanding calon-calon lain .


Kalau beliau menyatakan penyokongnya di beberapa Bahagian beralih sokongan kerana memihak kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan kuat , mengapa Mohamad Iruan Zulkefli  , Ketua Pemuda Lenggong  boleh mendahului beliau  ??





Setakat ini, KP Perak , Sdr Azwan Bro menjadi calon NKP   paling POPULAR di kalangan akar umbi Pemuda UMNO kerana mendahului dari segi kedudukan undi .

Setakat  jam 11.30 pm :   37 Azwan , 28 Jamawi , 11 Iruan , 6 Lokman .


Pernah GPB dengar cerita Lokman pernah menyatakan Azwan Bro bukan saingannya sebaliknya Jamawi .Ia    terbukti tepat &  kini Lokman  menduduki tangga tercorot sekali & Azwan mendahului   !!

Mengapa Lokman menduduki tempat tercorot ??

Daripada  analisis GPB pagi tadi & semalam semasa berjumpa sendiri dengan   perwakilan Pemuda UMNO Prmtg Pauh mengenai calon NKP siapa hendak dipilih ,  mereka ternyata begitu   marah sekali dengan  Lokman  kerana  menghentam Presiden UMNO mengenai pengurangan subsidi oleh kerajaan semasa  dalam satu perjumpaan beberapa hari yang lepas.



Selain itu , mereka juga persoalkan kalau orang seperti ini dilantik NKP , ia akan menyusahkan Khairy Jamaluddin sendiri sebagai KP UMNO nanti  .

Itu cakap perwakilan akar umbi Pemuda UMNO di Permatang Pauh dan terbukti mereka menolak Lokman dengan memberi undi  kemenangan kepada Azwan Bro sebanyak 244 undi .

Apakah cerita yang sama oleh perwakilan Prmtg Pauh terhadap Lokman berlegar juga  di bahagian-bahagian lain ?   Tepuk dada , tanyalah selera ...


Sokongan memihak Sumber kewangan kuat - kata  Lokman  ??

Sistem  pemilihan UMNO untuk pergerakan Pemuda bukan lagi seperti dulu  tapi kali ditentukan 76, 000 perwakilan seluruh negara.  Bukan senang & mudah  untuk membeli undi sebanyak itu .

Lokman perlu lihat kelemahan kempennya sendiri mengapa tidak disukai akar umbi UMNO . Tak perlu lah merintih kepada portal pembangkang Malaysiakini kalah NKP  disebabkan  duit .





** KJ pernah berkata Politik ini umpama MARATHON ....sapa yang pecut dulu lari dalam pertandingan akan pancit awal dan berlari ala marathon akan bertahan hingga garisan penamat . Tak sangka Lokman adalah orangnya yang terkeluar awal .













3 Responses

  1. Anonymous says:

    lokman ni gemok..mana larat lari lama2..haha.sebab tu dok last skali..

  2. Anonymous says:

    stamina minda kurang...tunjuk hebat hentam sana sini...last2 tercorot?amik kaww!!!

  3. Betapa kuatnya mereka menyogok perwakilan, bg yg kalah akan menjadi Lembu Suci@Holly Cow

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.