..

..

MAT SABU MEROYAN TUDUHAN SYIAH & LIBERAL BOLEH JATUHKAN DIRINYA !!

on Sunday, October 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS. “Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya. Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor. 

Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama. “Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan.

 Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya. Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri. 



“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya. Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang. 

“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya. Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain. “Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul.

 Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan,” katanya. KLIK DISINI




2 Responses

  1. Anonymous says:

    Mat Sabu memang jelas alat si Nuar Berahim dan DAP untuk memecahbelah dan mennghancur perjuangan Islam dalam PAS. Mat Sabu ketua utama akan hapus ulama dalam PAS. Setakok lagi Mat Sabu jadi persiden dan dia akan transformasi PAS sebagai parti liberal, seperti Atartuk di Turkey, dan mensesatkan aqidah Pas ke arah Syiah.

  2. Anonymous says:

    Dalam Pas semua ahli adalah ulama ..Mat Sabu kena belajr rajin rajin dan lebih gigih lagi utk jadi ulama....!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.