..

..

MAHFUZ BEAN SERANG KERANA TAKUT AURA MUHKRIZ DI #PRKSgLimau

on Wednesday, October 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







'BN tidak pernah mengugut' 

- Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membidas tindakan pihak tertentu yang membuat tafsiran negatif berhubung tawaran pembangunan Barisan Nasional (BN) jika berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini.


Beliau berkata, BN tidak pernah membuat ugutan dalam kenyataan-kenyataannya tetapi terdapat pihak tertentu mempolitikkannya sehingga melihat perkara baik yang disuarakan mempunyai motif tersirat.

"Saya hendak cakap untuk perhatian rakyat Sungai Limau, tidak ada langsung ugutan dalam kenyataan kita. Apabila BN berjanji, kami tetap tepati janji," katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran jentera BN dan pengumuman calon parti itu bagi PRK DUN Sungai Limau yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.




Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini dilaporkan berkata, kenyataan Mukhriz yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau jika memenangi PRK kawasan itu sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.