..

..

KRITIKAN PENASIHAT RM1 PERKARA BIASA JE BAGI MB SELANGOR

on Monday, October 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.
Beliau berkata, ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.

Beliau berkata, kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.