..

..

KERANA SAKIT KUDIS BUTA, NURUL IZZAH HENTAM KLINIK 1MALAYSIA SETARAF NEGARA AFRIKA ! @DrNovandri @tunfaisal

on Monday, October 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tak ada angin tak ada ribut , hari ini anak Bang Non Botox menghentam KLINIK 1MALAYSIA sebagai setaraf negara Afrika kerana tiada pengawai perubatan ( Doktor ) .

Mengapa baru sekarang Nurul Izzah meroyan tentang tiada pegawai perubatan ??  Adakah kerana klinik ini mendapat sambutan rakyat dalam bandar ??

Memang diakui klinik ini tiada pegawai perubatan dan ia  dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih dan antara skop perkhidmatannya adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik dan melakukan prosedur rawatan ringan.

Ini kerana objektif  utama penubuhan klinik 1Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai dengan pendekatan kerajaan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Dengan adanya klinik ini ianya dijangka mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar yang sedia ada dan ini juga dapat memudahkan serta mempertingkatkan akses rakyat untuk mendapatkan rawatan ringan terutamanya di kawasan bandar.

Apakah kerana Nurul Izzah mendapat aduan  pasal penyakit berjangkit seperti  kudis buta , tanpa usul periksa  terus menyalahkan sepenuhnya klinik ini  tiada pegawai perubatan & taraf negara Afrika ?

Sepatutnya Nurul Izzah perlu faham klinik 1 Malaysia hanya untuk penyakit ringan seperti demam, batuk atau pun luka ringan manakala kes kronik akan dirujuk ke klinik yang lebih besar ataupun hospital berdekatan.

Justeru tidak timbul sebarang isu hingga menyamakan klinik ini setaraf negara dunia ketiga .Kita perlu sedar bahawa masih ramai penduduk bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Golongan ini sering menghadapi masalah kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik mahupun hospital swasta. Tambahan pula hospital ataupun klinik kesihatan kerajaan yang sedia ada agak jauh dari lokasi penempatan mereka dan jumlah pesakit pula ramai yang jelas akan melambatkan proses mendapatkan rawatan yang dikehendaki dengan segera.

Nurul Izzah patut berasa malu kerana menghina kliniik yang banyak membantuk rakyat berpendapatan sederhana & rendah yang hanya membayar RM1 sahaja untuk mendapatkan rawatan dan ubat.



Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga.


"Praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan.


"Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui, semalam.


Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah.


"Kritikan utama Klinik 1Malaysia adalah tidak mempunyai pegawai perubatan yang bertauliah...ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.


"Bukan saya yang buat undang-undang. Saya merujuk pada kenyataan Malaysia Medical Association. Yang rangka undang-undang itu kerajaan," katanya.


Izzah akui ada menerima aduan berhubung perkara tersebut.


"Ya saya ada terima aduan. Misalnya, seorang ini menghidap kudis buta. Kudis buta sedang berdarah, dia pergi ke Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor di klinik tersebut pada waktu tersebut.


"Maka, pesakit tidak boleh diberikan ubat yang terkawal," katanya.


Malah katanya, negara memiliki ramai pegawai perubatan yang bertauliah.


"Nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia, agak tinggi. Kita ramai pegawai perubatan, hanya mereka membuka klinik-klinik persendirian.


Jadi, kalau kerajaan wujudkan satu klinik, tentu harus selaras dengan garis panduan dan undang-undang sedia ada," katanya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    dah namanyapun Klinik..bodoh punya YB pakatan nih

  2. Anonymous says:

    Biar lah izzzah,golongan Kami ni dah tak cukup duit dah sbb semua benda Mahal Kat Negara ni.paa ni gaji Kami lagi kurang bila gst dah di perkenalkan.klinik Africa Ker,klinik kandang kuda Ker,Kami sapu jer
    Kalau cukai tak naik,subsidi tak dikuarangkan,mmg Kami tak pergi le klinik kandang kuda atau sama standart dgn afrika ni.kalau boleh Cuba lah izzah buat sesuatu bagi harga barang murah balik.ni yg sy tgk yg kaya makin kaya.yang miskin makin miskin.mana ada orng org politik ni gi klinik kandang kuda atau taraf afrika ni.paling cikai pun preston specialist

    So kalau boleh sapa sapa pun Kat luar sana tlg bg barang 'dan perkhidmatan ni murah balik. Tlg La bagi aku jadi menteri,aku pun nak kaya gak.(sinis)

  3. Anonymous says:

    blog macai..hanya macai y baca hahaha..aku da terbaca..ops!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.