..

..

KEPUTUSAN STATUS QUO PEMILIHAN CEC DAP BERLAKU TAKTIK KOTOR & DIRANCANG !! @APterkini

on Thursday, October 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tembelang keputusan status quo pemilihan DAP baru-baru ini   pecah juga bila mana didedahkan oleh perwakilan DAP sendiri  . Mereka ternyata masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan dan mendakwa berlaku taktik politik kotor yang dirancang oleh kem Lim Guan Eng .

Ini berikutan surat beliau yang dihantar kepada perwakilan beberapa hari sebelum pemilihan merupakan kempen status quo agar dikekalkan . 

Ternyata politik DAP masih lagi dikuasai Dinasti Lim Anak Beranak & cengkaman  mereka sukar digugat . 



Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa pemilihan semula parti itu yang berlangsung Ahad lalu dicemari taktik politik kotor dan unsur negatif yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Ketua Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru DAP berkata,keputuan pemilihan itu sebenarnya telah dirancang awal oleh kem yang berkait rapat dengan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Katanya, surat Lim Guan Eng yang dihantar kepada perwakilan beberapa hari sebelum pemilihan adalah satu tipu muslihat kempen beliau untuk memastikan “status quo” dikekalkan. 


Beliau mendakwa terdapatnya satu senarai calon pilihan yang diedarkan oleh Guan Eng kepada perwakilan ketika proses pengundian berlangsung.


"Saya menyedari akan kalah kerana nama saya dan calon-calon Melayu tiada dalam menu calon pilihan Lim Guan Eng,” kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini.


Zulkifli tewas dalam pemilihan semula itu pada 29 September lalu.

Beberapa hari sebelum pemilihan, beliau mengumumkan hasrat untuk menjadi pengerusi DAP sekiranya pengerusi sekarang Karpal Singh ingin memberi laluan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa jawatankuasa pengelola hanya mengedarkan senarai perwakilan kepada calon yang bertanding sehari atau dua hari sebelum pemilihan.

Zulkifli mendakwa hanya menerima senarai yang tak lengkap dengan alamat atau nombor telefon perwakilan, dua hari sebelum pemilihan semula diadakan.

Beliau juga mempersoalkan dakwat kekal yang digunakan ketika pemilihan yang dikatakan boleh bertahan selama tiga atau empat jam, tetapi boleh dipadamkan serta-merta dengan kertas tisu dalam masa tiga atau empat minit sahaja.

Katanya, penggunaan dakwat kekal tidak termaktub dalam perlembagaan DAP dan tiada arahan dikeluarkan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak wujud ketika itu.

Zulkifli juga mendakwa ramai muka baru di kalangan perwakilan yang langsung beliau tidak kenali atau melihat ketika pemilihan parti pada 15 Disember 2012. 

“Mereka ini mengunjungi ketika Kongres Khas. Kehadiran mereka menimbulkan keraguan munasabah yang perlu diberi penjelasan sewajar oleh pucuk pimpinan parti,” ujar beliau.

Pemilihan semula pada tempoh hari diadakan selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan tahun lalu yang dikatakan dicemari pelbagai kesilapan.

Ketika proses pengundian Ahad lalu, Zulkifli mendakwa beliau terlihat peti-peti undi tidak ditutup rapat dan dibiarkan renggang ketika proses pembuangan undi.

Zulkifli serta perwakilan lain juga terkejut apabila beberapa pemerhati yang dijemput bebas keluar masuk dalam dewan sewenang-wenangnya ketika pembuangan undi berlangsung - UtaraNews


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.