..

..

Keikhlasan & kesetiaan parti kekuatan utama Calon Naib Ketua Pemuda UMNO @AzwanBro

on Wednesday, October 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Walaupun telah melalui pelbagai perubahan serta kepimpinan, peranan pemuda masih utuh dengan matlamat perjuangannya, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan Negara.

 Menjelang pemilihan UMNO 2013, pertandingan yang bakal menarik perhatian ramai pihak adalah pertembungan 6 penjuru bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda yang ditinggalkan Dato Razali Ibrahim yang telah melebihi usia 40 tahun.

 Daripada kesemua calon yang menawarkan diri, seorang calon dari Perak dilihat sebagai calon yang sesuai iaitu Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Azwan Bro di kalangan pemuda Perak.




 Sejak awal Azwan telah dididik dalam suasana kekeluargaan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keagamaan dan kepentingan jati diri Melayu. Penglibatan Azwan dalam dunia politik sebenarnya bermula semenjak belajar di luar negara lagi apabila terlibat secara langsung bersama Kelab UMNO Luar Negara UK

 Dari segi populariti di peringkat pusat seorang calon lagi dilihat lebih popular berbanding Azwan Bro.Untuk terus memperjuangkan Melayu dan UMNO bukan dilihat dari popular.Ia perlu dinilai dari sikap ketokohan dan kesetiaan kepada UMNO dan juga Melayu.



 Jika dilihat dari segi ketokohan serta keberanian yang diyakini dapat memperjuangkan survival Pemuda UMNO dan dapat membantu Ketua Pemuda untuk terus perkasakan golonan muda dalam UMNO,Azwan Bro dilihat calon yang tepat.

 Keberanian Wan Bro terbukti apabila secara terbuka membuat cabaran debat kepada Nizar Jamaluddin, namun ia tidak diperkatakan ramai pihak memandangkan isu tersebut lebih terjurus kepada isu negeri.

 Malah boleh dikatakan tidak ramai yang berani tampil untuk bersemuka atau berhujah bersama pembangkang.

 Pemuda tidak memerlukan seorang pemimpin yang hanya pandai menyalak di sana sini hanya untuk menunjukkan diri hebat dan hanya garang di atas pentas ceramah sahaja.

UMNO sedia buktikan pada pihak pembangkang bahawa UMNO bukan ketandusan pemimpin yang selayaknya digelar pemimpin.

 Di Dalam Kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Azwan telah berjaya melaksanakan beberapa perubahan pelaksanaan penjenamaan semula jentera pemuda terutamanya di peringkat akar umbi dan negeri dan juga membantu BN kekal di Perak pada PRU baru-baru ini.

 Kita tidak perlukan pemimpin yang hanya pandai bermuka-muka dan pandai bercakap,perjuangan perlukan keikhlasan dan kesetiaan.

Berjuanglah bersama pejuang dan bukan PETUALANG. - utaranews-



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.