..

..

KALIMAH ALLAH : ULAMA PAS PUN KECAM CHUA JUI MING , PENYOKONG PAS BUAT PEKAK LAGI KE ?

on Thursday, October 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi PKR Johor diingatkan untuk tidak mentafsirkan potongan ayat Al-Quran sewengang-wenangnya untuk dijadikan fakta membantah keputusan mahkamah berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk mentafsir 'God'.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Salleh, tindakan Chua itu amat dikecam ekoran tidak mendapat rujukan ulama sebelum menggunakan tafsir al-Quran sewengang-wenangnya.

“Penggunaan ayat atau tafsir al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam ataupun bukan Islam.
alt
“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir al-Quran sekiranya tidak arif bahagian itu,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Nik Zawawi berkata demikian bagi mengulas tulisan Chua yang menggunakan potongan ayat al-Quran bagi mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Rayuan berkenaan isu kalimah Allah pada isnin lalu.


One Response

  1. maae says:

    Mohon sangat Dewan Ulama Pas keluar dari gagasan syiah. Satu benar, satu bathil. Sudah jelas.

    Tidakkah para Ulama (Ulama Benar dalam Pas) berasa bersalah dan berdosa kepada seluruh Umat Islam yang memegang Satu Akidah dalam Sunnah Rasulullah di mana Hadis Dan AlQuran seiringan ? TIDAK mensyirikkan Allah ?

    Seruan ini agar yang utama Datuk Dr Haron Din dan jemaah nya, keluar dengan satu wajah baru penuh kekuatan !

    Pas kini umpama kain buruk....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.