..

..

KALIMAH ALLAH : KEPUTUSAN MUTLAK MAHKAMAH JANGAN DIPOLITIKKAN - @HishammuddinH20

on Wednesday, October 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Isu penggunaan kalimah Allah tidak harus dipolitikkan lagi selepas keputusan sebulat suara tiga hakim Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan majalah mingguan Katolik, The Herald menggunakan kalimah suci itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan umat Islam dan Kristian di negara ini.

 Katanya, walaupun isu ini pada dasarnya tidak kritikal dalam kalangan keseluruhan golongan penganut Kristian tetapi jika isu ini tidak ditangani secara bijaksana ia boleh mengakibatkan ketegangan yang serius di antara umat Islam dan Kristian.

 "Saya rasa lega apabila mahkamah buat keputusan, saya yang ketika itu memegang jawatan Menteri Dalam Negeri telah menggunakan saluran yang tepat bagi memutuskan perkara ini di mahkamah. "Isu kalimah Allah ini umpama kita nak tarik rambut dalam tepung dan dalam pendirian kita, gunakan saluran mahkamah kerana jika tidak ketika itu ia boleh jadi polemik perkauman dan keagamaan

. "Mungkin kita rasa sakit untuk menunggu keputusan tersebut tetapi negara kita masih aman dan keputusan telah berpihak pada kita jadi jangan lagi mempolitikkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sepetang bersama beliau di TH Hotel di sini hari ini.

 Kelmarin, Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

 Menurut Hishammuddin, jika kerajaan tidak menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan sama ada kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan terus menggunakan isu itu bagi kepentingan politik mereka. "Kalau pemimpin politik yang buat keputusan mungkin mereka akan menuduh kita dengan pelbagai perkara yang boleh timbulkan kemarahan pelbagai kaum.

 "Tetapi hari ini asas keputusan adalah mahkamah dan asasnya munasabah, saya fikir mereka sukar untuk mengeksploitasi dan memutar belit perkara yang berbaur perkauman serta keagamaan yang boleh menjejaskan tumpuan keselamatan dan kepentingan nasional," jelasnya.





One Response

  1. Anonymous says:

    Eh, Hisham...kau dah lupa makan ubat agaknya? atau kau baru bangun tidur, lupa bagi amaran...

    Kau akan kalah NP UMNO ni Hisham sebab kau spesis PONDAN menghancurkan UMNO sj...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.