..

..

HISHAM NAFI DAKWAAN ARAHAN KEKALKAN 3 NAIB PRESIDEN UMNO #Hisham4VP @tunfaisal

on Sunday, October 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dakwaan bahawa wujud arahan dan usaha pihak atasan untuk mengekalkan dirinya dan dua lagi Naib Presiden sebagai tidak masuk akal. 

Beliau berkata, dakwaan itu jelas bercanggah dengan perubahan dilakukan parti khususnya soal pemilihan hingga bilangan perwakilan diperluas hingga 150,000 orang. 

“Cuma yang tiga orang Naib Presiden dah begitu lama bekerjasama rapat dalam banyak perkara dan keserasian antara kita lakukan sebelum ini, mungkin itu yang dilihat sebagai satu gandingan tapi tak lebih daripada itu tapi dari segi prinsipnya semua kita dah setuju bahawa kali ini pemilihan terbuka namun biarlah perwakilan menilai sendiri," katanya. 


Mengenai cadangan kesemua calon Naib Presiden ditampilkan serentak dalam televisyen untuk berbahas visi masing-masing, Hishammuddin berkata, ia tidak perlu kerana kaedah sedia ada sudah mencukupi untuk mereka berbuat demikian termasuk menjelaskan pelbagai isu. 

Mengenai kedudukan menteri dan timbalan menteri yang dikatakan ada kelebihan pada pemilihan kali ini beliau berkata: "Menteri juga terdedah kepada pelbagai isu. Mereka yang bukan menteri atau baru dapat jawatan mereka tak ada isu, belum diuji, jadi boleh janji macam-macam," katanya.




Komen GPB

Dakwaan arahan kekalkan 3 Naib Presiden UMNO ini memang dangkal sekali.  150,000 perwakilan yang nak tentukan jawatan ini bukannya 2000 perwakilan sebelum ini . 

 Kadang kala perwakilan / ahli UMNO tak mengikut pun arahan ini sebaliknya memilih pemimpin yang mereka suka & minati .  

Bagi GPB ,  3 orang Naib Presiden UMNO ini bertanding atas track record mereka sendiri  menyumbang kepada  parti  terutama cucu pengasas UMNO iaitu  DS Hishamudin Tun Hussein . Jangan cuba nafikan kekuatan beliau walaupun pelbagai persepsi negatif dilempar terhadapnya .







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.