..

..

FAKTOR @MuhkrizMahathir JADI PENENTU KEMENANGAN BN DI #PRKSGLIMAU

on Monday, October 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini calon BN PRK Sg Limau sudah diumumkan iaitu Dr Ahmad Suhaimi ,  bekas pensyarah UPSI & Guru Agama Pondok Pak Ya .

Melihat kepada latar belakang beliau yang baik , insyallah kita mungkin  tidak menghadapi banyak isu tentang calon seperti maan di Kuala Besut lepas.  Jentera BN akan lebih fokus  berkempen & memenangi hati rakyat agar mereka  berani berubah untuk kembali bersama kerajaan negeri BN pimpinan YAB Datuk Paduka Muhkriz Mahathir.



Selain itu , faktor Muhkriz Mahathir juga menjadi penentu untuk pengundi Sg Limau samada nak  mengundi PAS lagi atau memilih  kerajaan BN Kedah .

Muhkriz mampu menyelami  suara akar umbi rakyat dan buktinya di Pemilihan UMNO di mana beliau mendapat undi popular berbanding Hishamuddin .




Malah  selepas 5 bulan beliau menjadi MB , beliau telah mampu memenangi hati orang Melayu & banyak keputusan menguntungkan  bangsa & agama Islam .




Contohnya , antara perkara yang beliau lakukan membuka mata orang Melayu di Kedah   ialah menghargai sumbangan pondok pengajian agama di negeri Kedah .

 PAS memang tak senang dengan pendekatan Muhkriz sejak menjadi MB kerana segala modal mereka untuk menghasut golongan ulama pondok ini membenci kerajaan semakin tak menjadi .

 Itu yang sampai  mereka meroyan di media sosial dengan menuduh  Muhkriz berlakon jika memakai baju jubah dan kopiah .

Jadi , faktor Muhkriz Tun Mahathir adalah satu senjata ampuh  BN dalam usaha menembus kubu kuat PAS di Sg Limau ini  .





Kerajaan negeri Kedah sentiasa menghargai sumbangan pondok pengajian agama dalam memperkasa kehidupan rakyat selari dengan perjuangan UMNO dan Islam sejak sebelum negara merdeka. Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri juga memperakui jasa tokoh-tokoh agama di negeri ini atas pengorbanan mereka menentang penjajah dan komunis. 

 “Oleh itu adalah wajar hubungan antara kerajaan negeri dan pondok-pondok agama yang sekarang banyak dijadikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) diteruskan agar Kedah terus maju bagi merealisasikan wawasan kepimpinan negara.

 “Saya akan minta Jabatan Agama Islam Kedah berbincang dengan SAR dan ketua-ketua pondok supaya bantuan perlu dapat disalurkan,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Menteri Besar bersama Warga SAR di Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya, Padang Lumat, 35 kilometer dari sini, malam tadi. mukhriz-mufti-kedah-sekolah-pondok-ulama-agama-tahfiz Pada majlis itu, Mukhriz menyerahkan bantuan berjumlah RM1.2 juta berdasarkan perkapita pelajar sumbangan Yayasan Gerak Fikir, sebuah badan bukan kerajaan di negeri ini kepada 11 SAR di Kedah. 




 Sebelum itu, Mukhriz yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Kedah Mohd Rawi Abdul Hamid, Mufti Kedah Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad, pengerusi Majlis Pengetua SAR Kedah Datuk Sheikh Abdul Razak Yusof, para guru dan pelajar menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin dan doa selamat sebelum menunaikan solat Isyak. 

 Dalam ucapannya, Mukhriz juga mencadangkan supaya SAR membuat kajian untuk menarik pelajar negara-negara asing belajar di sekolah mereka. “Impak kedatangan ramai pelajar asing membantu melonjak ekonomi, sector pelancongan dan sudah tentu usaha mengukuhkan syiar Islam akan berkembang lebih cepat,” katanya.



JOM KENAL CALON BN  DI SUNGAI LIMAU



Profile

Name Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim

Position Pensyarah Kanan

Faculty/Centre Fakulti Sains Kemanusiaan - Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan

Telephone No.05-4505103

Email asohaimi@upsi.edu.my

Qualification Ijazah Doktor Falsafah - Pengajian Malaysia (Tamadun Asia (Jepun)) Universiti Sains Malaysia(2008)

Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) - Pengajian Peradaban (Tamadun Islam dan Asia Timur) UM(2000)

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian - Sains Politik ( - ) USM(1998)

Field Of SpecializationTITAS


Research Interest1. Hubungan Malaysia-Jepun pasca merdeka 2. Politik Malaysia kontemporari

Professional Affiliation

RoleProjectOrganisationDate

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Perancangan Akademik FakultiUPSI20/08/2010 to 20/07/2012

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli jawatankuasa pengajian siswazah fakultiUPSI20/08/2010 to 20/07/2012

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti Sains KemanusiaanUPSI20/08/2010 to 20/08/2011

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Sains KemanusiaanUPSI20/08/2010 to 20/08/2011

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Teknikal (Kewangan ) Fakulti Sains Kemanusiaan.UPSI20/08/2010 to 20/08/2011

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERSemakan kurikulum Pengajian MARAMajlis Amanah Rakyat (MARA)18/10/2011 to 21/10/2011

AHLI / MEMBER-Persatuan Sains Sosial13/09/2011 to 13/09/2012
PENGERUSI / CHAIRMANPenilai manuskripDewan Bahasa dan Pustaka09/03/2012 to 08/04/2012

AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERSeminar Kebangsaan Perpaduan NasionalMajlis Profesor Negara08/12/2011 to 14/11/2012

Selected Research

Registered Research with Research Management Centre (RMC)
NoResearch Title

1BIOGRAFI TOKOH UPSI DARI PERAK 1922 - 1960-AN
2Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945

Unregistered Research


NoResearch Title
1Dasar Ekonomi Baru 1970-1990: Perspektif Sejarah
2Dasar dan kesan pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-45



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.