..

..

FAKTA MENGENAI LANGKAH KERAJAAN TANGANI KOS SARA HIDUP @NajibRazak #bajet2014

on Thursday, October 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi suatu isu yang amat penting kerana ia melibatkan kehidupan kita secara langsung. Malah, cadangan berkenaan kos sara hidup merupakan antara yang terbanyak disalurkan oleh orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014 baru-baru ini, dan ianya telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya.

Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi, dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi global.

Antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini adalah pembukaan 99 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), di lokasi-lokasi strategik seluruh negara. Kerajaan turut merancang untuk menambah lagi jumlah KR1M, agar lebih ramai rakyat dapat menikmati pembelian barangan keperluan pada harga rendah. Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga telah mendapat sambutan yang baik. Ternyata ramai rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga yang murah.


Manakala, pengenalan Klinik 1Malaysia juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan bayaran berpatutan. Setakat ini, sebanyak 238 buah Klinik 1Malaysia telah dibina di serata negara, di mana 22 daripada klinik-klinik ini dilengkapi dengan perkhidmatan doktor.

Usaha ini telah memberi manfaat kepada masyarakat apabila lebih daripada 9 juta rakyat telah menikmati kemudahan Klinik 1Malaysia. Kerajaan turut merancang untuk membuka lebih banyak klinik-klinik seperti ini, di kawasan-kawasan padat penduduk demi menepati janji-janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN), semasa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.


Selain daripada kesihatan, pembangunan IT perlu dititikberat dalam usaha membina masyarakat celik IT dan mampu berdaya saing di pentas global. Atas faktor ini, RM150 juta telah diperuntukkan untuk membina 100 buah Pusat Internet 1Malaysia, di bandar-bandar utama seluruh negara. Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk mengurangkan fi perkhidmatan jalur lebar sehingga 20%, selaras dengan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU13.


Soal menangani kos sara hidup sentiasa menjadi agenda utama kerajaan BN. Oleh yang sedemikian, Pusat Jagaan 1Malaysia telah disediakan untuk meringankan beban ibubapa bekerja. Semoga operasi pusat jagaan yang diperkenalkan di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ini, akan turut dipelopori oleh syarikat-syarikat swasta di masa akan datang.


Seperti juga yang telah dijanjikan dalam manifesto BN, kerajaan akan mula mengurangkan harga kereta sebanyak 20% hingga 30% secara berperingkat. Kerajaan mensasarkan pengurangan hutang isirumah rakyat melalui penurunan harga kereta secara beringkat dan terancang ini.


Usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat langkah-langkah yang telah diperbutirkan di atas sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambahbaik, untuk melestarikan usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin. Sila ikuti pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini untuk mengetahui langkah-langkah susulan yang bakal dilaksanakan.

www.1malaysia.com.my


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.