..

..

DOKTOR RASIS MAKI BODOH DIBELA , KERAJAAN DAP UGUT SAMAN MENTERI !!

on Tuesday, October 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya jika beliau enggan menarik balik kenyataan berhubung isu doktor rasis.

Satu notis tuntutan telah dikeluarkan pada 3 Oktober melalui Tetuan Karpal Singh & Co dan Hilmi diberikan masa tujuh hari untuk menarik balik kenyataan itu, kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, DrAfif Bahardin.

"Tindakan itu diambil selepas beberapa peluang diberikan agar Hilmi menarik balik kenyataan itu tetapi tidak dilakukan. Tindakan itu adalah pengajaran kepada mana-mana pihak supaya bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Tindakan itu diambil terhadap Hilmi selepas beliau mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal menunaikan janji untuk mengemukakan laporan tentang isu doktor rasis pada 25 Julai lepas.

Dalam notis tuntutan itu dinafikan secara mutlak bahawa Lim telah pada bila-bila masa jua, menyatakan bahawa beliau akan mengemukakan laporan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai lepas membangkitkan isu doktor rasis yang didakwa enggan memberi rawatan kepada pesakit Melayu.


** Sudah senyap isu ini , Dr Afif yang menjadi boneka  Guan Eng pulak mahu kasi panas balik dengan ugut saman . 

 Walaupun sudah ada bukti & aduan  oleh pesakit melayu yang kesal dengan sikap doktor bersikap rasis ini , tapi nampaknya Exco Melayu kerajaan DAP ini hanya mengikut telunjuk Guan Eng dengan menyaman timb menteri berikutan dalam isu doktor rasis ini 






KEPALA BATAS: Anggota Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin hari ini menampilkan beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.
Katanya penampilan pesakit-pesakit itu bagi membuktikan apa yang beliau bangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah benar.
Hari ini saya tampil untuk membuktikan dan tunjukkan kebenaran tentang aduan daripada rakyat kepada saya, saya hendak mereka (mangsa) sendiri cakap kerana mereka yang terkena.
“Saya bukan hanya cakap kosong atau mengada-adakan cerita dalan DUN, ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan saya, dan saya tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang mahu Roslan meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh negara ekoran dakwaan terdapat doktor yang bersikap rasis.
Harus minta maaf
Roslan berkata kini Dr Afif pula harus meminta maaf kepada penduduk yang menerima layanan buruk itu dan jika gagal berbuat demikian adalah lebih baik beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri.

“Saya juga mahu kementerian menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada doktor terlibat, ini perkara yang serius. Setakat ini saya terima enam aduan daripada orang ramai melibatkan lima di Hospital Kepala Batas (HKB) dan satu di Hospital Seberang Jaya (HSJ)” katanya.
Seorang warga emas yang hadir, Hamid Salleh, 66, berkata kejadian berlaku  pada bulan Jun lepas apabila seorang doktor lelaki di bahagian kecemasan HKB telah memaki hamun beliau.
“Anak pakcik hantar ke hospital kerana keadaan kesihatan pakcik yang makin teruk, semasa di wad kecemasan, doktor itu telah memaki hamun termasuk kata bodoh kepada pakcik.
“Pakcik akui salah pakcik kerana tidak makan ubat tetapi bukan begitu caranya dengan maki hamun, sedangkan pakcik lebih tua daripadanya. Dia langsung tidak ada rasa hormat,” katanya yang menghidap sakit jantung, asma, darah tinggi dan kencing manis.
Seorang lagi yang ditampilkan Roslan, Syahida Saad, 27, yang tinggal di Kepala Batas berkata pada 28 Mei lepas beliau ke HSJ berikutan besi yang terdapat dalam pahanya patah, bagaimanapun seorang daripada doktor di hospital berkenaan enggan mengeluarkan besi itu, dan hanya menyuruhnya pulang.
Sedih dengan kejadian
Beliau sedih dengan kejadian itu kerana katanya besi itu dimasukkan ke dalam pahanya kerana terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa suaminya pada 7 Nov tahun lepas.
“Saya kecewa dengan tindakan doktor lelaki itu, dia suruh balik dan siap maklumkan kalau masih boleh jalan tidak perlu buang besi itu sedangkan dalam masa itu saya tidak boleh jalan dan menanggung kesakitan.
“Saya minta bantuan Datuk Roslan dan adukan perkara itu kepadanya sebelum pihak HSJ memanggil saya semula keesokannya untuk menjalankan pembedahan membuang besi,” katanya.
Suri rumah Mariani Mansor, 22, pula menceritakan anak perempuannya berusia empat bulan mengalami sesak nafas akibat batuk yang teruk pada 21 Jun lepas tetapi seorang doktor lelaki yang berada di wad kecemasan di HKB memarahinya tanpa sebab dan menyuruhnya pulang tanpa memberikan rawatan.
“Doktor itu cakap, saya bukan Tuhan untuk menyembuhkan anak kamu, lagipun tidak teruk ini…pergilah klinik swasta…sedangkan muka anak saya ketika itu sudah kebiruan kerana sesak nafas,” katanya.
- BERNAMA




One Response

  1. Anonymous says:

    knp nk saman dr.hilmi.....
    dia cuma bangkitkan kenyataan yg berlaku.....
    knp KERAjaan penang x saman doktor yg hina pesakit melayu...
    nmpk sgt KERAjaan penang berat sebelah,
    doktor cina hina pesakit melayu = x kena saman.
    dr.hilmi org melayu bangkitkan isu rasis ttg doktor cina = kena sama ???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.