..

..

CIRI- CIRI CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DIMAHUKAN @khairyKJ @APterkini @DrNovandri

on Wednesday, October 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Jika anda membaca kata-kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mengenai ciri-ciri NKP yang dimahukan beliau pada 12 Oktober ini , mudah untuk kita fahami .

Beliau mahukan   seorang pemimpin  yang boleh melengkapi dirinya ,  memahami visinya   dan boleh mengalas tanggungjawab bersama.


Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda (NKP), antara Azwan, Jamawi, Lokman, Iruan ada kekuatan masing-masing, sayang sungguh perwakilan hanya perlu memilih seorang dari mereka, bagi YB sendiri, NKP yang macam mana YB idam-idamkan?.
Saya nak seorang yang boleh melengkapi saya, dia memahami visi saya dan boleh mengalas tanggungjawab bersama. Saya walaupun sudah jadi menteri tidak akan kurangkan aktiviti Pemuda saya. Saya memerlukan seorang Naib yang boleh berkongsi tanggungjawab dengan saya.
Dan saya lihat keempat-empat ini ada ciri-ciri yang saya mahukan itu, semua saya kenal. Mereka berpengalaman, tiga dari mereka adalah Exco Pemuda dan seorang Ketua Pemuda Negeri. Saya memahami mereka, mereka memahami saya, saya tidak ada masalah dengan keempat-empat mereka.
Semua ada kekuatan masing-masing. Contohnya Iruan adalah seorang aktivis akar umbi, dia dalam mesyuarat exco selalu bangkitkan soal akar umbi, dan style saya dalam mesyuarat saya bagi semua cakap, dan dia memang bawa suara dari akar umbi.
Lokman dia punya kelebihan adalah dari segi penghujahan, dia berani ke depan.
Jamawi dia adalah aspirasi pemuda dari luar bandar, dia memahami sebab dia datang dari Sabah, dia memahami soal pembangunan, peluang pekerjaan, bangunkan Pemuda.
Azwan Bro profesional, dia memahami soal pelajar-pelajar universiti, profesional di bandar. Keempat-empat ini ada kekuatan masing-masing.
Memang betul, saya rasa amat rugi sebab kita akan kehilangan tiga daripada empat ini... melainkan saya lantiklah kemudian.... tengok macam mana... hahaha.



Apa visi Khairy selama sepenggal dan kini untuk mahu  meneruskan kesinambungan ini   ??

Agenda Melayu saya dari segi hasil bukan retorik. Saya mementingkan keputusan. Agenda Melayu saya dari segi pengisian kepada peluang pekerjaan, perumahan, gaji minimun, dari segi kita bantu mereka yang muflis. Itulah pengisian Agenda Melayu. Saya fokus kepada hasil. 

Kalau nak cakap saya liberal, cakaplah, tapi bagi saya nasib orang Melayu tidak tergadai semasa saya jadi Ketua Pemuda malah lebih kuat lagi.


                                                                                                   












 Beliau tidak mahu lagi Pemuda UMNO retorik , melaungkan slogan dan menjadi pendesak seperti zaman dahulu . Pemuda hari ni menjadi penyelesai masalah kepada orang muda seperti masalah pengganguran , gaji minumum , perumahan , muflis dan sebagainya .

Jadi , kalau ada seorang calon NKP  itu yang hendak menjadi PENDESAK yang  sering Beretorik , ia  tidak selari dengan visi yang mahu dibawa Khairy dalam Pemuda



Bagi GPB , Sdr  Azwan Bro dilihat antara calon yang memahami visi Khairy yang hendak bawa dalam Pemuda untuk penggal kali ini .

 Ini kerana Azwan Bro telah melaksanakan di Perak di mana Pemuda UMNO/BN Perak  telah menjadi penyelesai masalah banyak kepada orang muda &  rakyat  melalui pelbagai program seperti BN Town Hall Meeting setiap daerah , Karnival Job Fair , program Pemuda Prihatin kerjasama YBU dan lain-lain .

Selain itu , visi Azwan mahu melahirkan Zuriat UMNO yang pemimpin yang taat setia kepada parti sama seperti Khairy yang melahirkan ramai pemimpin palapis melalui program  pengkhaderan parti .

Jadi kepada  perwakilan , buatlah keputusan yang terbaik  untuk parti &   jangan silap memilih pemimpin pada 12 October ini . Pilih lah pemimpin yang sifat taat setia kepada parti keramat ini .

DARI UMNO UNTUK UMNO .....






 KENALI SIAPA AZWAN BRO CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA NO 04




 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    perjuangan dan cara yg dibawa KJ kian hari ini memang tepat pd Era Moden yg ditentang hebat parti sebelah sana.
    we all org muda support u lah..hidup KJ

  2. We'll support u KJ, menanglah dgn cara terbaik, bkn kotor mcm,,,ehem ehem
    Long Live KJ!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.