..

..

CEC DAP PUN CELARU , SEKARANG NAK AJAR " SISTEM ELECTORAL " PEMILIHAN UMNO ! @khairykj

on Monday, October 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sudah dijangka DAP akan masuk campur punya mengenai Pemilihan UMNO kononya tidak mewakili suara akar umbi  & ia memihak kepada penyandang jawatan   . Satu fakta tidak tepat sekali kerana terbukti ramai penyandang tewas seperti Datuk Hamidah Osman yang tewas Ketua Wanita UMNO Gopeng .

Selain itu , apakah DAP   faham atau cuba memutarbelitkan apa itu  Sistem Electoral College yang digunakan sepenuhnya dalam pemilihan UMNO ?

Kaedah pemilihan menggunakan sistem pilihan raya di Amerika Syarikat atau dipanggil ‘electoral vote’ itu membenarkan kira-kira 146,500 perwakilan mengundi, berbanding hanya 2,500 pada pemilihan parti sebelum ini.


DAP mendakwa keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno semalam tidak mencerminkan tranformasi sebenar dalam pucuk pimpinan sayap parti itu kerana ia tidak mewakili suara majoriti ahli di peringkat akar umbi.

Pengarah Pendidikan Politiknya, Liew Chin Tong mendakwa, hanya perwakilan yang dilantik dibenarkan mengundi bagi menentukan pemimpin di peringkat bahagian dan pusat sekali gus pelaksanaan sistem “Electoral College’ yang diuar-uarkan Umno tidak menepati kriterianya.


“Dalam pemilihan Umno, ia sebenarnya bukan pilihan raya atau pemilihan oleh semua ahli tetapi oleh sesiapa yang memenangi bahagaian sahaja.


“Cara itu memang memihak kepada penyandang jawatan dan inilah keputusannya di mana penyandang jawatan dapat meneruskan jawatan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. - SH- 



Ikuti penjelasan blogger Keris pusaka mengenai kritikan DAP 

Kemenangan mudah buat penyandang kerusi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita UMNO mempertahankan semula jawatan menimbulkan kritikan jahat daripada seorang pemimpin DAP. Beliau mengkritik dengan mengatakan bahawa sistem pemilihan baru yang dilaksanakan oleh UMNO dengan melibatkan lebih ramai ahli untuk memilih pucuk pimpinan tidak mencerminkan sistem "Electoral College" yang diwar-warkan UMNO.


Katanya,ia tidak melibatkan semua ahli dan hanya perwakilan yang dipilih sahaja yang dibenarkan untuk mengundi.Nampaknya,Liew Chin Tong Pengarah Pendidikan Politik DAP ini masih tidak faham apa itu "Electoral College" yang digunakan oleh UMNO dalam pemilihan kali ini.Biar KP jelaskan buat semua pembaca apa itu sistem "Electoral College".

Sistem ini merupakan sistem yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.Sistem ini akan melibatkan 146,500 ahli yang akan memilih pucuk pimpinan parti dalam UMNO.

Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi Jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

 Ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka

 Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang  dilaksanakan pada pemilihan kali ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009. Membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar. 

Jadi,sepatutnya pemimpin DAP ini membuat selidikan terlebih dahulu terhadap sistem yang dilaksanakan oleh UMNO sebelum membuat sebarang kritikan.Dalam DAP sendiri pun yang kononnya dikatakan telus dan demokrasi, banyak ahli dan perwakilan DAP merungut tidak diberi surat dan dijemput menghadiri AGM DAP untuk pemilihan parti.Jadi ,sebelum DAP nak mengkritik UMNO,lebih baik DAP selesaikan masalah pemilihan semula DAP dikatakan wujud pengundi hantu dan penipuan semasa proses pemilihan semula dan berhenti mengeluarkan kenyataan jahat terhadap pendaftar pertubuhan (ROS) sebagai anjing UMNO.





2 Responses

  1. Anonymous says:

    CAN THE DOGS AND PIGS PARTY MIND THEIR OWN BUSINESS PLEASE.
    THEYBCANT EVEN MANAGE THEIR SIMPLE CEC ELECTION, AND WANT TO TELL UMNO WHAT TO DO.
    SUDAHBDASAR KULIT TEBAL BABI.
    TALK ABOUT CAT, COMPETENCY ACCOUNTABILTY,TRANSPARENCY....HMMMH RUBBISH...IT'S CHEAT AND TIPU ACTUALLY.KALAUBTAK PERCAYA BACA "DAP INSIDER"
    .
    It's all inside there.

  2. Election CEC masih dok bercelaru... nak pertikaikan election parti lain... STUPID DOG LAAA...DAP ni...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.