..

..

CALON BN PRK SUNGAI LIMAU PERTARUHKAN BEKAS PENSYARAH UPSI

on Monday, October 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau.

 Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau hari ini.



 Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini.

 Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan BN yang lain. -UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.