..

..

BAPA OSTAZAH ABBY SETIA BERJUANG DENGAN UMNO HINGGA AKHIR HAYAT

on Saturday, October 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Abby Abadi telah menyertai PAS tetapi bapanya Abdul Manan Tadin, 78 akan tetap setia bersama Umno. Dia di antara yang terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Katanya walaupun dia bertongkat, dia akan datang untuk pilih pemimpin Umno dan berjuang hingga akhir hayatnya dalam Umno.

“Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.

“Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO,” katanya kepada pemberita.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tabik Pakcik Nih......

  2. Anonymous says:

    orang lama tak mudah di pengaruh....

    orang baru mudah pemarah ...

    orang lama pernah rasa susah...

    orang baru tak pernah rasa susah.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.