..

..

TERKINI ! PEJABAT PM BARU NAK JAWAB , KERAJAAN PERPADUAN CIPTAAN & REKAAN ANWAR

on Friday, August 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Patut la akhbar media arus perdana tak pickup cerita kerajaan perpaduan didedahkan Anwar sebab ia jelas game ciptaan ketua pembangkang ini .  Ia hanya berlegar di portal online dan penulisnya begitu stim  sekali bila menulis cerita hingga kadang-kadang ada yang tak masuk akal . 

Tapi yang GPB musykil mengapa selepas beberapa hari Anwar dok jaja kerajaan perpaduan ini , baru Pejabat media  PM counter untuk memberi penjelasan . 

Sayang sekali  PM mempunyai ramai staf pejabat medianya  tetapi untuk satu isu rekaan Anwar memerlukan 4 hari untuk   jawab. 

Blog GPB tak boleh jawab isu ini sebab tak tahu hujung pangkal ceritanya ..lain la kalau diambil kerja dengan PMO .hahaha.. boleh la tolong kasi habiskan cerita katasrophi Anwar  ini .



ikuti kenyataan akhbar oleh PMO 


KENYATAAN AKHBAR


1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa  YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan  bersama  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik  yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan  Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.

7. Oleh itu,  kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    pm jgn lembab ya.....pilih stafpun jgn yg lembab2......kalau tak tukar akibatnya semua kena hempap, rakyat juga yg melarat nanti....peace yooo pok jib....

  2. Otak geliga says:

    mcm kes minta maaf pd Tun Ghafar Baba la ni

    AI yg nak jumpa minta maaf....tiba2, Tun Ghafar pulak yg dikata nak jumpa minta maaf dgn AI.....modus operandi sama...hahahaha

  3. Anonymous says:

    Jangan harap apa apa dari PMO mahupun PM sendiri. Next GE kita tukar je PM, cari yg benar benar berjuang untuk Melayu. NAjib and gang, please F*** off

  4. Anonymous says:

    Anonymous says:
    August 16, 2013 at 6:14 PM

    kalau iya pun kamu tak suka dgn PM jgnla sokong cerita jahat anWAR!! kamu nak sapa jd PM?? kamu??

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.