HOT ! OSTAZAH ABBY TAYANG SUAMI MUDA KELATE KEPADA PENYOKONG PAS #PRKKUALABESUT

on Saturday, July 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Amboi Ostazah Abby PAS ni ...selepas tayang gambar Abe Kelate nya di Instagram , terus heret ke Kuala Besut bagi membantu kempen parti menentang BN .

GPB difahamkan laki baru Ostazah Abby ini adalah pencacai tegar PAS juga ...maknanya satu geng la . Melopong juga la Ostat2 & YB2 PAS yang sudah berbini bagi menambah kuota lagi . hahaha..

Mungkin prinsip   tak mahu merampas laki orang jadi pilihannya adalah lelaki muda hensem ..

nak lawan dengan Abg Norman ke dapat bini muda ?? hahaha.





Desas-desus mengatakan pelakon dan penyanyi Abby Abadi sudah berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila dia sendiri mendedahkan gambar suami barunya itu di laman sosial Instagramnya hari ini.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, dia mengaku telah pun bernikah dengan pasangannya itu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 11 tahun lebih muda daripadanya 12 hari yang lalu.

“Memang betul saya telah pun berkahwin 12 hari lepas hanya setelah dua minggu berkenalan.Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan. Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa.

“Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu). Saya dan suami berjumpa dan berkenalan di KL (Kuala Lumpur) tetapi tidak menduga ia akan berakhir dengan perkahwinan.





“Saya anggap ini adalah ketentuan Allah dan memang sudah jodoh kami.Kami dijodohkan walaupun dalam perkenalan yang sesingkat itu,” katanya.

Sebelum itu laman Instagram dan Twitter ibu kepada tiga anak itu mula heboh dengan pelbagai komen daripada para peminat ekoran tersiarnya gambar Muhammad Noor Farhan yang pertama kali disiarkan untuk tatapan umum.

Malah, dalam laman sosial itu Abby menulis statusnya yang berbunyi ‘Dipendekkan cerita sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian..Allah kami dulukan.

‘Insya-Allah majlisnya bulan raya nanti.Lokasi belum pasti’.Sehingga pukul 4.30 petang ini sebanyak 1087 like dan ucapan tahniah telah diberikan oleh para pengikut Abby ekoran daripada statusnya itu.

Sementara itu, semasa diajukan pertanyaan tentang majlis resepsi yang akan diadakannya secara sederhana itu, dia masih belum menetapkan tarikh acara tersebut dan bakal mengumumkannya kemudian.

“Insya-Allah majlis resepsi perkahwinan saya ini akan diadakan di sebelah keluarga saya di KL pada 31 Ogos ini dan seminggu selepas itu pula di rumah keluarga suami saya di Tumpat,” ujarnya lagi. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.