..

..

JOM BOIKOT SYARIKAT PENYUMBANG DANA HIMPUNAN HARAM ANWAR !!

on Thursday, May 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Gesaan beberapa NGO termasuk  PPIM kelmarin memboikot barangan syarikat yang dipercayai  menyokong DAP & himpunan haram itu bukan bersifat perkauman.

Ia adalah  sebagai pengajaran kerana sanggup bersekongkol dengan usaha memecah-belahkan rakyat.
 GPB pun sudah amalkan  kempen " Buy Chinese Last " ini semenjak keputusan PRU13 bagi  menyokong barangan Bumiputra . Sudah lama kita membeli produk mereka dan kali ini  kita juga perlu jihad ekonomi untuk peniagaan orang Islam sekaligus mengajar puak2 tak kenang jasa kerajaan ini .

 
 Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

 
 
Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit.

Kebanyakan produk yang diboikot itu, kata Nadzim, turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat.

"Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberi monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, namun selepas diberi kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya.

"Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?" dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini.
 
"Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya.
 
Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
 
Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di http://www.ppim.org.my


One Response

  1. Anonymous says:

    Saya setuju pemboikotan semua perkara yang berkaitan dengan pembangkan dan DAP.
    OLEH ITU SAYA SERU KEPADA BLOGGER BLOGGER SUPAYA PEMBOIKOTAN ITU MESTI TERUS DIMAIN DAN DISEBARKAN TANPA BERHENTI SUPAYA MELAYU TIDAK LUPA.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.