..

..

TERKINI ! Zul Nordin ada jawapan nyanyian " Sabah nak hilang " oleh Bang Non !!

on Thursday, March 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 YB Datuk Zulkifli Noordin mempersoalkan motif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu ‘Sabah bakal hilang’, tiga bulan sebelum serangan pengganas di Lahad Datu Sabah.
Zulkifli bercakap kepada Buletin Utama TV3 malam ini turut rasa sangsi dengan kepercayaan Anwar terhadap dua orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Tian Chua dan Sivarasa Rasiah yang juga aktivis PKR.
Dalam sidang media semalam, Anwar menafikan kunjungan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Filipina mempunyai perkaitan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Kedua-dua aktivis SUARAM itu berkunjung ke Filipina pada 7 Februari lalu, iaitu dua hari sebelum pengganas menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah.
Rakaman nyanyian Anwar berbunyi, ‘tanya sama pokok apa sebab goyang’ ditukar lirik kepada,’tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’ telah dirakamkan oleh ThePerakToday di tiga lokasi ceramah yang berbeza iaitu pada 2 Disember 2012, 29 Januari 2013 dan 14 Februari 2013.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dalam soal jawab bersama TV3 semalam turut tertanya-tanya apakah motof Anwar menyanyikan lagu itu.
Sebagai orang Sabah, menurut Anifah, ada perbezaan dengan ‘Barisan Nasional (BN) Sabah akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13′ dengan ‘Sabah bakal hilang’.
“Apa maksud negeri saya bakal hilang ?, “soalnya. -AIDC-


3 Responses

  1. Anonymous says:

    manusia ni kalau kalimah Allah pun dia sanggup syirikan/gadaikan kepada org bukan islam, apa lah sangat dgn nak gadaikan negeri sabah ni kepada negara lain..

    manusia ni sebenarnya perosak agama, bangsa dan negara

  2. Doakan DSAI panjang umur dan rasakan siksaanndidunia dulu jika tak mau tobat nasuha ameen

  3. Anonymous says:

    Perosak sebenar adalah hj hadi dan nik aziz. Pas rosak kerana mereka berdua. Dulu aku sentiasa berhujah dengan orang2 umno tapi banyak hujah aku telah dirosakkan oleh 2 orang ini, antaranya negara islam dan hukum hudud. Aku doakan supaya 2 orang ini dibalakan oleh Allah sebagai pengajaran.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.