- Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.
Beliau berkata, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan berdarah.
Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen DCAM Part-66, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yang bakal bersara di sini.
Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.
Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata, ia merupakan gambar lama yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.
"Gambar itu ditulis dengan perkataan 'Lahad Datu' di bawahnya untuk mengambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan," katanya.
Beliau tidak menolak ia dilakukan untuk berseronok-seronok sahaja tetapi menegaskan bahawa implikasinya amat besar kepada negara dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras. - BERNAMA

selepas iktibar ini moleklah pasukan keselamatan dan keamanan malaysia tidak lagi menaiki pesawat komersial seperti terlihat askar malaysia turun dari pesawat Airasia dalam tugas rasmi mempertahan tanah air.Malaysia kaya tetapi pesawat tentera pun tak leh beli. mungkin andaian pada mata rakyat dan perhatian dunia.Ini maruah Rakyat dan negara kita malaysia.
ReplyDeleteharakah dialy bukan akhbar profesional...hanya akhbar orang bodoh dan bangang. wartawan dan petugas medianya tidak pernah buat homework, main hentam kromoh je....yang dilapornya adalah palsu belaka, fitnah, pembohongan dan provikasi...bukan untuk tambah ilmu..jadi orang bodoh adelah...harakah tidak menggambarkan media Islam, ianya lebih cnderong kepada media syaitan dan iblis....apakah fitnah dalam Islam PAS dapat pahala....
ReplyDeleteAnwar dah tersilap langkah kali ini. Dia sebenarnya mengajak puak sulu ni dtg dgn 1 sbb saja. Cuba fikir..kenapa semasa mereka sampai saja setelah berbincang, mereka mengatakan hendak berjumpa dgn seorang 'pesonaliti'? Anwar lah orgnya. Nah..itu mmg sudah dirancang oleh anwar.
ReplyDeleteJestru, jika anwar hari itu dibenarkan berjumpa dgn mereka, nescaya mereka akan pulang dgn aman. Namun, polis tidak mengizinkan permintaan mereka. Jika tidak, hari ini anwar akn mengatakan, beliau adalah HERO dlm menyelesaikan isu tersebut. Kerajaan tidak berupaya serta lemah..itulah tektik anwar yg jijik.
Allah mengetahui isi hatinya. Keadaan jadi sebaliknya. kalo tidak, hari ini penyokong2nya akan menjulang anwar sebagai WIRA negara yg direkanya.
Persoalan kpd sultan sulu pula, kenapa begitu BODOH mempercayai anwar? Mudah sekalikah memberi sesebuah negeri atau negara seperti mengembalikan kereta atau rumah? Apakah dgn kuasa sebagai PM akan begitu mudah dia menyerahkan Sabah begitu saja tanpa tentangan dari penduduk Sabah itu sendiri? Mustahil bukan? Jika saja org sulu blh berfikir sejenak, pasti mereka tahu bahawa mereka sebenarnya telah tertipu dgn sandiwara anwar. Pengroban mereka hanyalah sia-sia. Mereka tidak tahu yg sebenarnya, Anwar hanya ingin mendapatkan NAMA yang GAH sekiranya isu LD ini dgn rundingan dari dia sendiri.
Mereka telah menjadi BONEKA yg disusun atur oleh manusia Berhati SYAITAN dan berjiwa YAHUDI.
En Sabuli, mgkn en sabuli kurang faham ttg prosedur yg mereka lakukan. Jika mereka bergerak mengunakan pengankutan tentera, ini bermakna tentera sudah dlm keadaan'Perang' dgn mereka. Bt masa ini, Polis masih menjadi menjadi 1st commander manakala tentera sebagai membantu. Ini bermakna, Penguatkuasaan terhadap penceroboh masih dlm keadaan 'penjenayah civil' yg mana pihak kita tidak tertaluk kepada akta geneva 1949.
ReplyDeleteHati kita mmg sakit..tetapi kita perlu bersabar agar pihak asing terutama US atau Un serta sekutunya mengambil kesempatan memasuki serta mencampuri urusan negara kita. Harap kita sebagai rakyat Malaysia menjadi lebih bijak dlm menilai sesuatu keputusan dgn asas Ilmu yg dipelajari dan bkn pandai tanpa 'ilmu'.
MEMANG BETUL DAN BENAR APA YANG DIPERKATAKAN OLEH 11:43 PM ITU.....SEMUA TINDAKAN PERLU BIJAK DAN MENGIKUT PERATURAN KERANA SEDIKIT KESILAPAN YANG BERLAKU AKAN MENYEBABKAN NEGARA KITA TERGADAI DAN DICAMPURTANGAN OLEH PIHAK LUAR.....LEBIH BAIK BERHATI-HATI DAN LAMBAT SEDIKIT ASALKAN KITA SELAMAT DI MASA DEPAN.
ReplyDeletexperlu salahkn sesiapa!!perkara pokok disini,sistem pertahanan negara kte lemah krana swenang2nya penceroboh bsenjata masuk ke sabah,..saper yg btanggungjwab atas klemahan ini...pkir2kn la..
ReplyDelete