..

..

Bang Non dabik dada, jika PR perintah saya sendiri bagi arahan !!

on Thursday, March 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.

“Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.

“Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?

“Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban,” tegasnya.

Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.

“Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.

Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara,” kata Anwar.

Sebelum ini perisik Filipina mendedahkan bahawa Pakatan pembangkang di negara ini yang diketuai oleh Anwar terlibat dalam pencerobohan terbabit.

Anwar bagaimanapun langsung tak menafikan dakwaan perisikan tersebut sebaliknya hanya mampu mengugut untuk menyaman akhbar yang menyiarkan pendedahan itu.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Sudah laaah. Masa bersih dulu juga yang arah langgar penghadang polis!..tua peliwat ni cakap gebang lebih

  2. Sonny says:

    Saya tak faham kenapa masih ada lagi yang mengangkat anwar. Padahal, bukti yang paling kukuh ialah dari Singapura. Lee Kuan Yew, dengan perisiknya, mengetahui tentang anwar yang suka meliwat lelaki dahi licin di pulau tu. Hanya didedahkan melalui wikileaks apabila LKY berbual dengan Amerika tersebar rahsia semua perbualan dengan pemimpin Singapura itu. Sedarlah wahai raktyat Malaysia....

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.