Pages

Monday, March 4, 2013

ATM sudah sedia gempur habis-habisan penceroboh hari ini !! #LahadDatu



Angkatan Tentera Malaysia  dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah. 2 Batalion RAMD kelmarin sudah tiba di Lahad Datu bagi membuat serangan balas terhadap pengganas tentera Sulu . 



Menurut sumber berita ,  kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik berdekatan

Marilah sama2 rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota keselamatan kita yang berjuang menggadai nyawa di Lahat Datu .



Pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan tentera dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo di sini yang telah berlarutan selama 19 hari.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia dan mampu berhadapan dengan apa sahaja situasi yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya juga sentiasa berwaspada dan tidak memandang rendah pasukan penceroboh yang dilihat mempunyai pengalaman bertempur selain taktik serangan gerila yang baik.
“Kita mempunyai rancangan dan kita tidak boleh terus masuk tetapi apa yang penting kita telah mengepung dan mereka sentiasa dalam perhatian kita.

“Lokasi mereka adalah di pusat yang mempunyai penembak tepat dan sebagainya, jadi mereka tahu kita tidak mampu masuk tanpa risiko kecederaan memandangkan kawasan berkenaan adalah terbuka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini

11 comments:

  1. Semoga Allah selamatkan anggota keselamatan kita.

    ReplyDelete
  2. jangan masuk....kepung aje....biarkan jet pejuang tabur dari atas....kasi habis semua. jangan tinggalkan sorang pun.

    ReplyDelete
  3. betul,betul,betul.......

    ReplyDelete
  4. betul,betul,betul.......

    ReplyDelete
  5. kalau nak lawan open area..pt97, adnan and PAC kena masuk dulu..tu pun lepas drop bomb tpt strategik mereka...kena ingat mereka pakar bab jerangkap samar...apa yg mereka mau bila anggota kita cedera yg ramai walau pun tidak dpt membunuh...so..tank is the best to fight with bobby trap..mine..granede launcher..

    kena study cerun2 tinggi yg boleh mereka jadikan attack point...mereka di mindanao gali kubu bawah rumah...sbb tentera filipin ambush rumah..duduk dalam akar pokok..tidur pun dalam parit2 bersemak...tu la kena set fire (bakar belukar tu semua)

    mereka pecah kpd 10 ke 30 org sbb dgn kekuatan 30x10 group cukup utk mrk buat circle defend 200meter radius..consider tahap jangkauan kuasa tembakan M16 anatara group2 yg berpecah...dan senang bergerak to loosen our focus..tidak boleh ada ruang dr pasukan kita yg membolehkan mereka lolos...sbb tu mereka berpecah...

    seranga setiap penjuru adalah kelebihan kita...mereka x boleh focus semua arah serangan..apatah lagi bila mereka kehilangan anggota yg semakin mengecil...

    harus di ingat...bom tangan bakal dijadikan jerangkap samar bg mereka krn dpt membawa kecederaan yg ramai...mrk kekurangan bekalan senjata..jgn pandang rendah mungkin bekalan senjata telah lama di seludup masuk...

    perang gerila..dia ambush and hide sudah lama..sniper should take the big roles to eliminate suspicous movement..kill them all even sulus..rat..pig..cow..goat bergerak..yg dulu taktik vietnamese nak tahu kedudukan kita..so show to the we are present...dia boleh survive mkn ayam..kambing..lembu yg ada dlm kampung...x pelik kalau boleh bertahan 1 tahun pun..

    ReplyDelete
  6. cadangan & maklumat yg sgt berguna.
    patut dijadikan panduan utk situasi ini..

    mekasih 'askar pencen'.
    dikau masih seorang pejuang di hati kami rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
  7. terima kasih sdr Askar Pencen yg memberi komen di blog GPB .

    ReplyDelete
  8. hebat lah askar pencen... baik bagi cadangan kat tentera yang ada di lahada tu sebab cadangan askar pencen memang bernas... salute!!!!

    ReplyDelete
  9. hebat lah askar pencen... baik bagi cadangan kat tentera yang ada di lahada tu sebab cadangan askar pencen memang bernas... salute!!!!

    ReplyDelete
  10. bekalkan semua anggota yang bertugas dengan jaket kalis peluru.mereka akan rasa lebih selamat.

    ReplyDelete
  11. Betul2..doa yg terbaik utk angkatan tentera dan pihak polis..

    ReplyDelete