Hot ! Sharnaaz cabar ND Lala jumpa berdepan, jangan pusing cerita

on Friday, February 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.
Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.
“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.
“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”
Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.
“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.
Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.
Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”


Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.
“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?
Bagi yang masih belum jelas, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan ini selepas ND Lala menegur sikap Sharnaaz yang terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.




*** Belum kahwin dah bertengkar antara menantu & bapak mertua .. kalau dah kahwin nanti bagaimana la agaknya situasinya ??


8 Responses

  1. Anonymous says:

    ND Lala, tolak jer budak sombong angkuh ni.... Shila jangan belakangkan bapa kamu. Tanpa restu ibu bapa, hidup kamu tak kan aman tenteram....Shila kena fikir banyak kali....ini kah orang yang nak jadikan suami.... na'uzubillah, selisih malaikat 44 bak kata orang ...

  2. Kalau belum apa2 dah bertekak..bahgia ke sebuah perkahwinan tersebut..jangan kawin sehari je ..hari kedua dah bawak beg keluar rumah..so fikir2kan laa.

  3. Anonymous says:

    nak anak org...tapi kurang hajar ngan bapak dia... bangang tul la budak nih

  4. Anonymous says:

    hello apapun dia seorg ayah kamu apa tau
    kamu ni berlagak ni bukan 'skrip' lakonan
    aku seorg ayah ,,aku pun tak mau bermenantu kan manusia mcm ni
    sudahlah org muda mesti kena hormat org tua dulu

  5. Anonymous says:

    Kalau ND Lala dah halang untuk merisik itu bermakna beliau tidak sudi bermenantukan kau. Apa tunggu lagi blah lah.

  6. Anonymous says:

    Abih la ko. Melopong la jawabnya. Kalau aku ND lala , jangan terlintas la ko nak jadi menantu aku. Putih la mata hitam ko.

  7. Anonymous says:

    balasan sudah mariiiiii... bukan ke nd lala nih buat skim mlm piramid? betul ke? kalau salah tolong tunjukkan... hihi

  8. musa3 says:

    JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN. NAMUN KITA BERIKHTIAR BERDASARKAN APA YANG NYATA DAN SEADANYA.

    BAGI SAYA KALU DAH MENGAKU SEORANG YANG PANAS BARAN..PAYAH...HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI KALU PANAS BARAN...ROHANI DAN JASMANI, HATI DAN PERASAAN
    AKAN MENDIDIH. BAHAGIA AKAN HANYA MELELEH.. TAK DAPAT DIKECAPI.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.