Hot ! PAS kantoi besar Adam Corrie dedahkan perkara sebenar !!

on Sunday, February 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Terdesak sungguh pencacai2 PAS yang membuat fitnah terhadap pelakon Adam Corrie Lee yang menyertai parti mereka . Ini semua pasal sekeping gambar beliau dengan YDP PAS Taiping  je .

Ayat best Adam untuk pencacai PAS .."kalau saya tahu ( ceramah politik )   memang sumpah saya tak sampai "".....



PELAKON Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya sudah menyertai Pas seperti beberapa rakan artis yang lain.

Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.

“Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa.

“Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

“Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.

“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.

Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.

“Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.

“Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP Pas,” jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.


One Response

  1. Anonymous says:

    Muahahahah Geng2 meroyan syok sendiri...alahaii

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.