GEMPAR ! Salleh Yaacob bersara dunia hiburan kerana dikecam macai PR @rozaidijamil @tunfaisal

on Thursday, February 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Macai2 Pakatan tentu berguling sakan atas tanah kerana niat jahat mereka telah berjaya mengkuburkan karier hiburan artis Salleh Yaacob berjaya .

Hari ini keputusan mengejut oleh  Salleh Yaacob yang  mengesahkan menarik diri daripada dunia hiburan gara-gara dikecam  hebat oleh pencacai Pakatan kerana video di you tube mengenai janji manifesto pembangkang .  Nasib beliau sebagai Deejay Sinar FM mungkin akan dikenakan tindakan juga .

Bagi   GPB  ,  kalau  benar Salleh Yaacob adalah merupakan penyokong kuat kerajaan , sertailah parti  politik seperti  Presiden SENIMAN , Zed Zaidi  dan beberapa artis lain Amy Search , Mus May ,Jamal Abdillah, Ibnu Reza dll. .

Tak ada sapa lagi akan kritik anda selepas ini lagi kerana jelas anda adalah ahli parti kerajaan .  Biar lah macai2 ini yang bangang & tak faham erti demokrasi ini meroyan macam orang gila mengecam anda.

Bersara daripada hiburan dan beralih kepada politik ..mungkinkah ini boleh berlaku ??




Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang . 


Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. 

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. " 


 "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. 

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.




9 Responses

  1. Anonymous says:

    kuasa rakyat xdapat ditahan kerajaan.. kalo sokongan untuk umno n BN kuat, nape xde diorang bekap mamat salleh ni?>? jangan main2 kuasa rakyat wei...

  2. Anonymous says:

    Kuasa Allah jangan main2 anon.
    Sekali kena, habis nampak.
    Cuma, ada jugak orang yang buat-buat tak nampak.Haha

  3. kepada saudara Salleh Yaakob, tidak perlu minta maaf, teruskan perjuangan, kita hancur kan pakatan rakyat penjahanam agama, bangsa dan negara, pakatan rakyat akan hancur selepas pru 13 ni...

  4. Anonymous says:

    bkn soal PR or BN, ni soal peminat. klu dh pminat dh xminat gara2 buat lawak bodoh longkang tu yg admin xpuas ati watpe hahaha....kate demokrasi, bebas utk hak sndiri. PSY trn m'sia dpt gk byr 2juta, SY dpt gk juta2 tp juta2 komen yg ngatif hahahaaa...

  5. Anonymous says:

    All the best bro SY ...rezeki ada dimana2.. yg penting pertahan Putrajaya dr pakatan Dajjal yg mahu hancurkan negara

  6. Anonymous says:

    pakatan pun dah jadi mcm umno dulu2.. kritik je ban.. so, sama2 je dua kali lima. akan dtg apa yg dimomokkan oleh pakatan pada krjaan sama juga akn mereka lakukan. termasuk rasuah dan dlh guna kuasa.... sbb kita sfg menuju ke arah kepimpinan yg semakin hancur..

  7. Anonymous says:

    alahai ... SY biar aje ... ABBY , BOB LOKMAN, LEMAN RL .. semua nye kutuk kerajaan dalam ceramah PAS .. apa ada hal. Kita pon ada HAK untuk bersuara ... biasalah. Ada suka ada tak suka

  8. Anonymous says:

    Kalau x bt salah...rakyat x kn kutuk punye...tu je

  9. Anonymous says:

    hihihi..kan salleh yaakob sendiri dah ngaku, dia dah nak bersara dari 2011. Jadi pehal pulak nak salahkan PR? Bila video ni naik, semua cakap "alah..ceramah PR tu pun hari2 kutuk BN" yg BN hari2 hentam PR dalam TV3 & utusan takde pulak korang bising..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.