..

..

Kalimah Allah : Hadi salahkan UMNO pasal keputusan Majlis Syura ??

on Monday, January 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





 Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim yang semakin membelenggui partinya mejelang pilihan raya umum ke-13.

Semalam Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah suci itu tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu atau mana-mana penerbitan agama bukan Islam.

Ketetapan itu menyusul tindakan Hadi memberi perakuan kepada Pakatan Rakyat bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Melayu dibenarkan asalkan ia tidak diguna sebagai penghinaan kepada Islam dan penganut Muslim.

Dalam kenyataan media kepada Harakahdaily hari ini, Hadi sekali lagi menuduh Umno sebagai menggunakan media arus perdana untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab melindungi kesucian kalimah Allah.

“Mengapa Umno menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah ? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah Umno yang memerintah?

“Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihan raya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?,” tambah beliau.

Polimik penggunaan kalimah Allah dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dalam perutusan Hari Krismas, pemimpin tertinggi DAP itu mendesak BN supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung sebagaimana yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Desakan Guan Eng itu yang bertujuan mendapatkan undi penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, ditolak oleh ulama-ulama kanan PAS seperti Harun Taib, Harun Din dan Taib Azimuddin.

Namun pada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat minggu lalu, Hadi memberi gambaran bahawa partinya tidak ada bantahan dengan penganut bukan Islam menggunakan kalimah itu selagi ia tidak mencemar Islam.

Bagaimanapun demi menjaga hati Guan Eng, Hadi tidak menangani secara langsung pendirian PAS mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, sekaligus memaksa Majlis Syura untuk campurtangan.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan bahawa penerbitan Kristian The Herald berhak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Kerajaan Barisan Nasional sedang merayu keputusan itu dan beberapa kali menggesa semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu itu.

Namun perutusan Hari Krismas Guan Eng mencetuskan semula kontrovesi itu yang menjadi bertambah hangat susulan keputusan Pakatan Rakyat menjadikan pendirian Hadi itu sebagai ketetapan rasmi bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.


4 Responses

  1. Jijan Mali says:

    Awat bodoh piangnya Hadi ni. Dok marah kat UMNO buat apa? Kamu yang cirit tengah jalan udah tu marah kat orang lain kenapa tak basuh cirit kamu tu. Woi brother sendiri cirit sendiri cuci lah....jangan lah manyusahkan orang. Kocik-kocik dulu tak nak mampos kat tengah laut, udah bosar menyusahkan orang.

  2. Salam 1 Malaysia.Kalau ikuti isu kalimah "ALLAH" ini, jelas nampak Hj Hadi bermain dengan kata-kata yang tak jelas.Kata-kata yang boleh dipusing-pusing.Pendapat saya,orang begini menjatuhkan maruah ulama sebenar & agamawan yang berjubah & berserban.Semoga beroleh hidayah.

  3. Anonymous says:

    Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia Utk cetakan.

    (Sebarkan Utk renungan umat Islam)

    sumber dari blog pembangkang sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/


    Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat


    BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.

    Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.

    Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!



    Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.

    Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.

    Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.

    Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.

    Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.



    Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?

    Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.

    Ribut, ribut.

    Artikel Berkaitan:

    Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
    Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan

  4. Anonymous says:

    Mengaku Ulamak,konon ngaji agama,LIDAH macam biawak,buatle sesuka ati atas dunia ni,ALLAH maha mengetahui bagaimana kau gunakan ilmu yANG ADA semasa didunia,memanafaatkan Ummah atau menjahanamkan!
    INGAT ALLAH maha mengetahui,segala isiperut kotor kamu yANG KOTOR

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.