..

..

Hot ! Wanita bogel dalam video fesyen Nabila Huda !!

on Wednesday, January 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Beginilah lagak serta riak pelakon kontroversi lagi sensasi, Nabila Huda yang sedang dibuai suasana sensual di dalam bilik persalinannya ketika menanti detik untuk meneruskan sesi penggambaran filem terbarunya.

Lagaknya itu tidak tumpah seperti dua bintang Hollywood ternama, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor yang penuh dengan drama serta gerak geri menggoda di bawah kerdipan lilin sama-samar bercahaya menemaninya.

Dalam kemalapan malam yang semakin pekat , Nabila Huda tampil dengan enam persalinan indah daripada koleksi terkini label fesyen yang menjadi sebutan ramai Alia Bastamam, Evening Cruise 2012/2013.

Konsep penuh sensual yang diilhamkan daripada dunia bintang filem ternama itu, menyerlahkan penampilan Nabila Huda yang nyata cukup berani dan menggoda.

Pastinya, sekalung tahniah perlu diberikan kepada Shahrezzan Mustaffa Ezani selaku pelakar konsep dan idea serta jurufoto untuk sesi fotografi kempen berkenaan.

Sesuai dengan imej serta personaliti Nabila Huda yang manja, telus dan tersendiri, tanpa menoleh kebelakang Alia Bastamam berbesar hati memilih aktres berkenaan bagi menjayakan koleksi terkininya itu.

Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Jimmy Najeem berkata, sesi fotografi berkenaan telah diadakan di butik Alia Bastamam sendiri di Bangsar dengan menggunakan set yang digubah sendiri oleh Shahrezzan dan pasukan kreatif jenama berkenaan. seterusnya di Murai...

** Fuyoo..dalam butik ada lukisan wanita bogel menjadi hiasan...kelas gitu...tapi perlu ke lukisan tersebut dimasukkan dalam video Evening Cruise 2012/2013..EP rasa macam tak kena je...itu belum lagi kita bercakap pasal rekaan pakaian dan model yang mengayakan rekaan tersebut....

sumber : Empayar Pemuda 



Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.