TASEK GELUGOR 24 Januari - Semalam satu program Ceramah Islam Melayu & Raja anjuran JATI telah diadakan di Simpang Empat Permatang Buloh , Tasek Gelugor . Ia menampilkan penceramah Pengerusi Jaringan Muslimin P.Pinang Ustaz Hafiz Mohd Nordin & Pengerusi JATI Datuk Dr Hassan Ali .
Turut hadir ke ceramah ini ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamad Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , YB Shahbudin Yahya .
Kehadiran umat Islam dianggarkan sekitar 500 orang yang hadir walaupun penyebaran maklumat ceramah berkenaan tidak meluas dan masa yang singkat.
Didalam ceramah tersebut, Ustaz Hafiz Nordin yang mengupas mengenai pentingnya perpaduan ummah dikalangan umat Islam dan isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng untuk digunakan dalam bible bahasa Melayu . Malah beliau juga turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa & kerajaan yang tidak bertindak tegas mengambil tindakan terhadap Guan Eng & Karpal Singh yang terus menghina Islam dalam isu kalimah Allah ini .
Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam serta isu kalimah Allah yang hangat dipolitikkan oleh pembangkang menjelang PRU 13 .
sumber : My Penang Online











Cehhh....Ini beras cap JATI bagi free pon aku x nak
LAA KALAU SETAKAT 500 ORANG YANG HADIR DENGAR CERAMAH ...TAK PAYAH LAA BUAT. MALUKAN UMNO SAHAJA. SEBAIKNYA JANGAN SOKONG YB NOOR MOHAMAD MP TASEK GELUGOR. TENGOK LAH BUAT KEJE MACAM NI.MALUKAN UMNO NEGERI SAHAJA. TU LAH ORANG KATA JANGAN DOK AMBIK MAI PAYUNG TERJUN....ELOK YB NOOR MOHAMAD LETAK JAWATAN SAHAJA.