Kalau dah Anwar pengkhianat ini dah cakap kalimah Allah tetap boleh dijual untuk digunakan dalam Bible versi Melayu .. nampak sangat la keputusan Majlis Syura hanya atas kertas je . Tak beri kesan apa-apa pun kat Pakatan .
Apa yang Anwar nak herankan ..dia kan berotakan liberal & plural ..kata pi la kufur , syirik ke sepertimana fatwa Haron Din ..janji di PRU 13 dia dapat banyak undi bukan Melayu untuk jadi PM .
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.
"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul.
Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.
Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.







.jpg)





Pagi2 menumbuk emping
Makan bersama kelapa mawar
Otak POK NIK dh naik pusing
Hj Hadi ditangkap oleh anuar.
Kalau ular didalam semak
yang nampak hanya seekor ayam
Bila Ulamak dah mula tamak
Fatwa dibuat umpama ulam.
Salam 1 Malaysia.Jika begitu,PAS sekali lagi terperangkap dengan persefahaman mereka bersama iaitu "bersetuju untuk tidak bersetuju."Nik Aziz tak boleh menggesa rakan-rakan pakatannya untuk menerima keputusan Majlis Syura kerana mereka sudah "bersetuju untuk tidak bersetuju."PAS semakin tersepit dengan jalan yang dipilihnya.Terlajak perahu boleh diundur.