..

..

Hot! 7 janji BN untuk Kelantan buat Pas mati akal

on Sunday, January 20, 2013 by Keris Pusaka
 - 3 Comments


KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri. Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.

Published with Blogger-droid v2.0.10


3 Responses

  1. Anonymous says:

    JANJI BAIK ITU PUN TAK GUNA KALAU RAKYAT MARHAEN KELANTAN MASIH MELIHAT NIK AZIZ SEBAGAI NABI... TERPULANG KEPADA KWN2 DI KELANTAN SAMA ADA INGIN MENGEKALKAN PAS ATAU INGIN MERASAI PERUBAHAN SETELAH 22 THN TANPA APA2 PERUBAHAN SIGNIFICANT DI BAWAH PAS....

  2. Anonymous says:

    R A K Y A T K E L A N T A N Mesti undi BN masa PRU 13.Tolak PARTI PAS

  3. Kononnya nak laksanakan hudud, dah 22 tahun hudud tak muncul-muncul di Kelantan.

    Yang muncul dan tak mahu hilang ialah Nik Aziz, dah tak larat masih nak jadi MB...

    Kalau PAS mengekalkan Kelantan selepas PRU13...jadilah Kelantan negeri yang uzur bersama2 MB yang semakin uzur...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.