..

..

Amanat Hadi hanya ucapan bukan doktrin PAS - Salahudin Ayub

on Wednesday, January 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Amanat Hadi tidak pernah diangkat oleh PAS sebagai dokumen rasmi atau doktrin parti itu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub. 
Beliau berkata isu pengkafiran Umno yang dikaitkan kepada Hadi hanya sebuah ucapan dan bukan pegangan rasmi parti. 
"Kami sendiri pun tidak pernah mengangkat ucapan ustaz (Abdul) Hadi itu sebagai satu amanat.
"Tidak pernah...sejak bila pula ada keputusan parti mengangkat ia sebagai satu amanat yang mesti dijadikan satu doktrin oleh PAS. Itu hanya satu ucapan dalam satu ceramah ustaz hadi di Banggol Peradong dalam pertengahan tahun 80-an," kata Salahuddin kepada Antarapos.



Tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya ucapan Abdul Hadi itu dianggap sesat dan punca perpecahan orang Melayu sudah tentu pemimpin veteran itu "tidak akan diterima dan diiktiraf seluruh dunia."
"Itu sahaja yang sengaja diperbesarkan oleh mereka yang berkepentingan ketika itu, saya tidak nampak ia sebagai satu yang parti cuba menganggap ia sebagai satu amanat
"...dan tidak ada keputusan parti saya rasa yang anggap ia satu amanat yang mesti jadi anutan kita semua," katanya.
Kontroversi amanant Hadi tecetus kembali baru-baru ini. Hadi enggan menarik kenyataannya itu tetapi sanggup mempertahankannya dengan syarat beliau diberi ruang dalam RTM atau TV3 secara langsung. 
Kerajaan setakat ini menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Hadi untuk muncul ditelivisyen namun menolak syarat mahukan penjelasan itu disiarkan secara langsung. 


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.