..

..
Archive for December 2012

default

Giliran Ngeh hina umat Islam tentang kalimah Allah !!

on Monday, December 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Selepas Guan Eng , kini giliran paderi Ngeh pulak menghina umat Islam berhubung isu penggunaaan Kalimah Allah oleh Kristian .

Memang benarlah kata seorang pemimpin Perkasa, desakan kuat oleh berhubungan penggunaan kalimah Allah adalah seperti AMANAT DAP . Mereka  sudah tak hirau lagi kemarahan umat Islam tetapi sebaliknya semakin melampau dengan  menyamakan Bible dengan Al Quran .

PAS pulak akan bersikap  syaitan bisu kerana jika mereka tibai  Ngeh bermakna akan mengugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Ia telah terjadi di P.Pinang di mana PAS negeri telah melabelkan ahli yang bantah Guan Eng berhubung kalimah Allah adalah musuh parti .KLIK DI SINI

Apakah akan terjadi jika negara ini diperintah Pakatan ?? Tak mustahil kalimah Allah akan dibenarkan Pakatan digunakan oleh agama Kristian .


 Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.

Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.



Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi:

“Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)

default

Fadli cabar Razali buktikan FAM boleh tingkat bola sepak negara !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sila buktikan kami salah! Itu cabaran kumpulan penyokong Harimau Malaya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa tindakan mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan jalan penyelesaian terbaik mengangkat martabat bola sepak negara.

 Tidak mahu disalah anggap mencari kesilapan orang lain, jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata tujuan mereka menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presiden meletak jawatan kerana mahu melihat bola sepak Malaysia maju dan berdaya saing seperti Jepun dan Korea Selatan.

 Objektif kami hanya untuk melihat prestasi skuad kebangsaan meningkat dan bukan mahu menuding jari atau memburukkan mana-mana individu. Kami tidak ada kepentingan malah bukan mahu menentukan siapa yang bakal menjawat jawatan presiden.

 Anggap apa yang kami buat ini adalah satu cabaran buat FAM. Kalau orang FAM sekarang mahu terus kekal, sila buat sesuatu dan buktikan yang kami salah. Kami tidak dapat apa-apa cuma mahu tengok peningkatan pasukan bola Malaysia.

Kami tidak malu jika apa yang kami buat ini salah kalau bola sepak tempatan kita maju, katanya semalam.

 Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai tindakan mendesak Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan merombak pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negara itu bukan penyelesaian terbaik.

 Razali beranggapan bola sepak adalah antara sukan paling sukar diuruskan kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk memerlukan dana yang banyak. Jatuh bangun prestasi pasukan bola sepak negara juga katanya terletak kepada sejauh mana usaha pembangunan yang dijalankan.

 Al Fadli berkata, sesebuah persatuan tidak boleh terlalu bergantung kepada seseorang individu untuk mendapatkan tajaan atau dana sebaliknya perlu melihat kepada industri sukan itu sendiri.

 Kita lihat England sekali pun, negara itu tidak bergantung kepada Ratu Elizabert tetapi mendapatkan dana melalui tajaan dan keuntungan daripada industri bola sepak itu sendiri, katanya.

 Beliau berkata, kalau seseorang lihat sesuatu benda itu susah, sudah semestinya ia akan menjadi susah kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri. Contoh, kalau kita lihat pembinaan KLCC (Kuala Lumpur City Center) itu susah, maka saya rasa sampai sekarang pun KLCC tidak akan wujud di Malaysia.

 "Kalau kita sudah tahu Korea Selatan memiliki lebih 500 pasukan pelapis, saya rasa tidak salah jika kita tiru sistem yang mereka guna pakai," katanya ketika mengulas mengenai kebergantungan skuad kebangsaan terhadap Harimau Muda A dan B.



** Razali kalau nak defend FAM pun ..jangan bagi jawapan yang buat orang ketawa.  Sukan bola sepak boleh diuruskan dengan baik jika pengurusan /kepimpinan FAM itu betul-betul komited mahu angkat martabatkan bola sepak negara .  Hendak seribu daya tak nak seribu dalih ......

default

Hotel Majestic, bangunan monumen sejarah negara

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar tempat beristirehat semata-mata tetapi ia sebenarnya bangunan yang sarat dengan momen sejarah.
Bangunan ikonik itu mula membuka pintu untuk kunjungan tetamu pada 15 Ogos 1932 dan kini usianya mencecah 80 tahun.
Terletak di lokasi strategik di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur, bangunan ini pernah menjadi salah satu hotel terbesar di Tanah Melayu dengan kapasiti 51 buah bilik ketika itu.
Sudut kemerdekaan negara dirintis di hotel ini dengan penubuhan Parti Pembebasan Malaya yang turut disertai oleh MCA diwakili oleh Presidennya, Tun Tan Cheng Lock termasuk wakil daripada kaum India pada tahun 1951.
Malah, pada tahun yang sama, Yang Dipertua UMNO semasa itu, Tunku Abdul Rahman telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada 'Merdeka' pada satu mesyuarat.
Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO juga di bangunan ini pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada Merdeka.
Tidak berhenti begitu sahaja, Hotel Majestic menjadi saksi Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan pada 26 September 1950. Beliau ialah Presiden UMNO yang pertama sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Namun, pada 26 Ogos 1951, UMNO melantik Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman sebagai presiden parti yang kedua di Persidangan Agung keenam.
Selain itu, pada 21 Mei 1984, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merasmikan bangunan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 13 November 1998 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sesungguhnya, hotel ini bukan sekadar bangunan tapi ia merupakan saksi sejarah Malaysia.
Hotel Majestic direka oleh seorang arkitek Belanda, Van Leangeanderg dengan keluasan 150 kaki panjang dan 70 kaki tinggi.
Semasa kegemilangannya, ia menjadi kediaman untuk golongan kenamaan serta kelompok elit penjajah British.
Selain itu, bangunan ini penuh dengan aktiviti majlis kerajaan dan negeri.
Uniknya, terdapat perkhidmatan yang mana pihak pengurusan hotel mengupah isteri pekerja untuk menjaga anak orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM2 sejam dengan masa kemuncaknya ialah semasa hujung tahun.


HOTEL Majestic pernah menjadi Balai Seni Lukis Negara selama 14 tahun.



Menurut Ted Miles, 80, yang merupakan seorang bekas pendidik, dia masih dapat mengimbas kembali semasa menetap di dalam bilik Hotel Majestic.
Hotel pilihan
"Kejadian itu berlaku pada 1964. Itu kali pertama saya menonton televisyen hitam putih di restoran. Televisyen hanya dipasang dari jam 6 petang sehingga 11 malam.
"Hanya satu siaran berita sahaja dan peristiwa itu menyebabkan saya dapat melihat wajah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Lyndon Johnson membuat pengumuman tentang Perang Vietnam," katanya.
Miles pernah menyaksikan pengumuman kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dengan duduk di tempat bernombor 389.
Katanya lagi, dia masih mengingati bunyi lif yang bising kerana pintunya hanya jeriji besi bersambung.
Kini Miles menetap di sebuah kediaman di Bentong, Pahang.
Seorang bekas pakar perubatan, Tan Sri Dr. M Mahadevan memberitahu, stik yang dihidangkan pada awal 1970-an sudah cukup untuk membuatkan beliau kecur liur.
"Sedap dan murah diselangi layanan kakitangan restoran yang cukup menghiburkan," katanya.
Pengalaman tentang makanan turut dikongsi bekas Pengarah Balai Seni Lukis Negara kini Balai Seni Visual Negara (BSVN), Wairah Marzuki yang menganggap Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah hotel.
"Saya banyak menghabiskan masa bekerja di bangunan ini apabila menjadi Galeri Seni Negara pada 1984 hingga 1998. Perpindahan itu satu kenangan yang nostalgik kerana ruang yang lebih besar untuk mengendalikan pameran serta program pendidikan," cerita Wairah.


DATUK ONN JAAFAR mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin UMNO di hotel ini.



Tambahnya, dia masih mengingati harga set makanan ala Barat iaitu RM6 yang lengkap dengan sup, roti bersaiz besar dan chicken chop.
Bagi aktres terkenal, Datuk Maria Menando, menikmati minum teh lebih 50 tahun yang lalu di hotel itu cukup mengujakan.
"Nikmatnya terasa selain bangunan yang cantik sekali," katanya.
Wajah baharu
Namun pada 8 Disember lalu, hotel ini mula dibuka semula selepas ditutup lebih 28 tahun.
Pembangunan semula ini menelan kos sebanyak RM250 juta di atas tanah seluas 1.3 hektar oleh YTL Corporation Bhd.
Menurut Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh, syarikatnya bertekad untuk membawa era baharu hotel tersebut tetapi masih mengekalkan identiti asalnya.
"Kami yakin dengan gabungan unsur tradisional dan moden ini, Hotel Majestic akan kembali gah dan menjadi ikon di negara ini seperti dahulu," katanya.
Menurut arkitek yang menjenamakan semula hotel ini, Zaidan Tahir, dia tidak menyangka pengalaman mengunjungi BSLN di situ pada 1985 menjadi titik tolak bagi dirinya menjenamakan semula hotel itu.
"Kami ingin mengekalkan gambaran dan perasaan pengunjung tetapi dalam masa yang sama memberikan nafas baharu.
"Saya mengambil masa selama 30 bulan untuk menyiapkannya serta mengkajinya," katanya.
Kini, hotel ini gah dengan 300 buah bilik yang selesa namun masih mengekalkan bangunan asal yang menempatkan bilik suite, The Colonial Cafe, The Bar dan The Tea Lounge.
Tetapi, anda perlu menyediakan RM1,080 hingga RM10,000 ke atas untuk bermalam di suite tersebut.
Bagaimanapun, pengalaman kru Jurnal menetap semalam di Kolonial Suite cukup menenangkan dengan gabungan rekaan bilik klasik dan moden yang cukup menenangkan.
Aura perabot lama seperti mengimbau kenangan silam walaupun penulis belum dilahirkan lagi semasa itu.
Ruang yang besar memberi keselesaan dan terdapat ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen.
Selain itu, satu menara baharu setinggi 15 tingkat turut memuatkan bilik deluxe, suites, restoran, 16 bilik mesyuarat dan dewan besar yang mampu memuatkan 1,200 orang, gimnasium dan kolam renang.
Uniknya, terdapat jambatan khas yang menghubung bangunan lama dan baru ibarat satu transisi masa yang menakjubkan khas untuk tetamu.
Keistimewaan hotel ini ialah sebuah bilik yang menempatkan ribuan pokok bunga orkid jenis Phalaenopsis.
Ditempatkan di bilik berhawa dingin bunga yang berwarna kuning, jingga dan putih ini pasti membuai perasaan anda seperti berada di taman bunga.
Dilengkapi dengan meja dan kerusi suasana ibarat kolonial Inggeris lengkap dan enak dinikmati bersama minuman teh pada waktu petang.
Menurut Pegawai Perhubungan Awan YTL Hotel, Izan Yusof, hotel itu mempunyai bilik khas untuk tetamu menghisap rokok dan bersantai.
"Ini untuk memberikan keselesaan kepada tetamu yang tidak merokok," katanya.


KEMUDAHAN bilik yang selesa tetapi anda perlu menyediakan wang lebih RM1,000 untuk menyewanya.



Tarikan lain yang terdapat di hotel ini ialah bilik menonton yang boleh memuatkan 15 orang dalam satu masa untuk berehat sambil menonton filem yang dihajati.
"Anda boleh berehat sambil menonton filem yang dihajati bersama keluarga dengan tenang," katanya.
Tutur Izan, terdapat khidmat bas perantara kepada pengunjung terutamanya pelancong asing untuk mengunjungi pusat beli-belah Starhill di Bukit Bintang.
"Selain itu, kedua-dua bas ini ada yang menuju ke Kl Sentral untuk tetamu hotel menggunakan pengangkutan awam untuk bersiar-siar di lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur.
"Kekerapan bas ini setiap 30 minit sekali," ujarnya.
Paling utama, The Majestic Spa, selepas kepenatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur, saat ini untuk anda memanjakan diri dengan di urut di bahagian kepala dan kaki dengan urutan yang menyegarkan.
Kesimpulannya, rasanya sendiri baru tahu meneroka hotel yang lama tetapi tidak usang malah sarat dengan kemewahan dan ketenangan.

default

Hot ! Apahal pelakon drama ini bengang kat Azwan Ali

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila kena sindir secara live ..sapa tak bengang . Itu yang terjadi kepada pelakon drama Arash Mohamad yang naik angin kepada Azwan Ali  , Propaganza & SENIMAN  melalui twitter nya .



sumber gambar :izyan.com

default

Ostazah Abby hina parlimen Pagoh sebagai pekan koboi !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Ini lah masalah  orang yang tak pernah menjenguk rakyat akar umbi di kampung  .  Bila turun sikit ke kawasan kampung seperti di Pagoh , macam orang bangang   pulak  pasal baru tahu ada pelajar  di situ pergi sekolah naik bot .

Untuk pengetahuan Ostazah Arbaiyah ,  Pagoh tu bukan seperti Ampang atau Lembah Pantai ye , boleh pergi sekolah naik bas , van atau LRT .  Sana sekolah pulak  bukan banyak seperti di kawasan bandar besar dan dekat dengan rumah .

Bertambah bangang lagi , dia bandingkan Pagoh dengan negeri Kelantan kononnya lebih hebat kerana diperintah Tok Guru .

Nak tanya sikit kaya dengan IMAN macama tu Abby ??

Kalau air masuk ke rumah rakyat Kelantan  macam teh tarik & kotro   tu dapat cahaya iman ka ??

Air adalah keperluan utama rakyat , jadi jika isu air pun tak boleh selesaikan ... tak guna pun ia dipimpin oleh Tok Guru !!


default

Hot !! Hairi Othman tekad lawan BN hingga ke titisan darah terakhir !!

on Sunday, December 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pelakon Haire Othman bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN).

Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun.

"Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun.

"Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam.
Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN.

Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada.

Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat.

"Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya.

default

Hot ! Jemaah Malaysia lari dikejar wanita Bogel di Masjidil Haram !!

on Saturday, December 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

Sumber : MPP Online




default

Gambar Amy Search bersama jersi baru pasukan termahal Malaysia !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Anak jati Johor , Brader Amy Search nampaknya hadir juga di sesi menayangkan jersi baru pasukan termahal Malaysia , Johor Darul Takzim  .

Jersi tajaan ini   daripada jenama terkenal Kappa   ( dari Italy rasanya )  yang memperlihatkan warna rasmi bendera negera Harimau Selatan ini .

Apapun kehadiran penyanyi rock terkenal negara ini pastinya menyemarakan  lagi semangat  pasukan ini bagi menghadapi Liga M musim depan .

bersama 2 pemain import Johor Darul Takzim 


GPB dikhabarkan Safee mendapat gaji lebih daripada RM 100 K ??
Harap beliau pamerkan aksi setaraf yang dibayar la ..kalau tak 
dapat piala musim ni ..malu la ...

default

DAP lidah bercabang , arah Zairil buat penafian isu kalimah Allah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kini cuba “gostan” daripada kenyataan awalnya mendesak Putrajaya membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible. 
Bukan sahaja “gostan”, malah beliau menafikan membuat sebarang desakan sebegitu dalam perutusan Hari Krismas beliau kelmarin. 
Penafian pantas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat selepas menyedari bahawa PAS makin tersepit untuk menjelaskan kenapa beliau (Guan Eng) mahu isu polemik Kalimah Allah terus dipermainkan di Semenanjung.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata Bible sepatutnya hanya menggunakan istilah Tuhan dan bukan Allah sebagaimana yang disarankan oleh Guan Eng. 
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa turut meminta Guan Eng memberi penjelasan di sebalik kenyataannya itu. 
Malah Mujahid bersetuju bahawa orang Kristian di Semenanjung menghormati undang-undang syariah beberapa negeri yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah tertentu termasuk Allah.  
Motif politik Guan Eng
Kenyataan awal Guan Eng mahu semua Bible bebas menggunakan kalimah Allah tentunya bertujuan mencari keuntungan politik di kalangan penganut Kristian di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. 
Ini  memandangkan pilihanraya umum dijangka diadakan beberapa minggu sahaja lagi. 
Anehnya, dalam perutusan sempena Hari Krismas, Guan Eng langsung tidak merujuk kepada keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan penganut Kristian melawat tempat-tempat suci agama itu di Israel. 
 Sekatan itu menyerlahkan iltizam kerajaan mendokong hak dan kebebasan beragama semua kaum mengikut prinsip Rukun Negara dan mengikut kesesuaian masa. 
Sebaliknya Guan Eng memilih untuk berpolitik dengan mengungkitkan semula polemik penggunaan Kalimah Allah dalam perutusan Hari Krismasnya. 
Penafian Guan Eng dirancang
Apabila menghidu penentangan PAS terhadap cadangannya itu, Guan Eng bingkas mengarahkan Setiausaha Politiknya Zairil Khir Johari untuk membuat penafian. 
Berikut adalah petikan teks perutusan Guan Eng sempena Krismas bersabit isu Kalimah Allah dalam Bahasa Inggeris: 
DAP urges the BN Federal government to allow the use of the word Allah on the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.
TERJEMAHAN : "DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."
Zairil mendakwa “bosnya” tidak pernah menganjurkan supaya Bible di Semenanjung turut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. 
"Beliau (Guan Eng) hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak,” dakwa Zairil.
"Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia,” katanya. 
Penafian Zairil ada dua “kekurangan.” 
Bible Bahasa Melayu sebenarnya  didapati boleh di jual di gedung-gedung di Semenanjung dan digunakan di gereja-gereja .   
Kedua: Dalam perutusannya, Guan Eng jelas menyebut bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Bible DIBENARKAN  di Sabah dan Sarawak. Jadi,  sudah tentu desakan Guan Eng  kepada BN adalah supaya kelonggaran penggunaan Kalimah Allah dalam Bible diperluaskan di Semenanjung.
Tindakan bingkas Guan Eng menafikan kenyataannya itu  hanya menguatkan tuduhan dan persepsi bahawa beliau mengamalkan politik lidah bercabang. 
Jika kenyataan awal dibuat oleh Guan Eng mensasarkan undi Kristian, penafian yang menyusul menerusi Zairil  hanya untuk meredakan kemarahan umat Islam. - ANTARA POS-


        

default

Ostazah Abby kata duit berlakon diterima artis adalah Haram !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semakin  sawan dah otak  Ostazah kebanggaan PAS ini iaitu Abby Abadi  ni  .  Ini kerana bila dia  berceramah yang dasyat tu boleh  mengeluarkan fatwa yang songsang ala-ala Nik Aziz & Hadi Awang  yang suka menghina saudara Islam sendiri .

Sepatunya kalah dia tu konon dah berhijrah , seperti kata Ustaz Azhar Idrus harus mengajak rakan-rakannya lain ke arah kebaikan . Ini tidak mengutuk & menghina mereka lagi bahawa duit berlakon yang diterima artis adalah haram

 Betul kata Ustaz Azhar Idrus di video susulan  di bawah ini  yang menyatakan kalau dah dapat hidayah (kebaikkan) diri, tidak perlu mengaibkan kawan-kawan atau cerita yang buruk yang selama ini terjadi kepada diri. Buka buku baru, bermakna kita lahir seperti bayi yang suci tiada dosa.



 

default

Gambar Proton Preve Hatchback warna putih di jalanraya

on Thursday, December 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Terima kasih kepada blog funtastickodesign yang berkongsi gambar Proton Preve Hatchback / P3-22A yang sedang dipandu uji . Kali ini ia berwarna putih pulak  dan pengeluaran kereta ini dijangka tahun depan .


default

Kalimah Allah: Desakan Guan Eng wujudkan Kristianofobia

on Wednesday, December 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Fathul Bari Mat Jahaya, DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.

 "DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP)."Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.

 Mengulas lanjut Fathul berkata, gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini.Malah Fathul berkata beliau yakin Guan Eng sendiri tidak menggunakan kalimah itu dalam kehidupannya seharian."Ini (merupakan) satu polemik yang tidak kunjung sudah.

 Sampai hampir dengan PRU isu ini dibangkitkan,"Berapa kali dia sebut kalimah Allah itu dalam kehidupan dia ?," soalnya.

 Selain itu Fathul berkata tindakan DAP yang agresif memainkan isu agama mewujudkan satu fenomena baru iaitu 'Kristianofobia' yang akan mengakibatkan orang Islam berasa takut akan agama Kristian.

 "Kenyataan Lim Guan Eng boleh menimbulkan kristianofobia. Orang Islam takut pada Kristian," ujarnya.Guan Eng dalam perutusan khas sempena sambutan Krismas sebelum ini menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu.Desakan beliau itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak.

default

Artis gena gam sokong pembangkang , helah kelirukan rakyat @rozaidijamil

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada pembangkang akan digam.

 Sebaliknya menurut beliau, perkara tersebut hanyalah helah yang digunakan pihak tertentu di dalam mengelirukan rakyat selain untuk menarik golongan artis memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang.

 Sekiranya benar ada artis yang pernah digam kerana perkara tersebut katanya, beliau meminta supaya mereka mengemukakan surat yang menyatakan sedemikian kerana berdasarkan kepada prosedur, surat akan dikeluarkan kepada seseorang artis itu sekiranya mereka digam.

 “Saya pernah diajukan persoalan mengenai artis yang sertai pembangkang kena gam. Saya jawab siapa kata dia kena gam? 

Ini persepsi anda, persepsi masyarakat..kalau kena gam, mesti ada surat..mana suratnya? “Ini persepsi sahaja..Sebenarnya tidak ada orang pun kena gam (kerana menyertai parti pembangkang)..Ini sengaja, ini helah cuba mengelirukan rakyat supaya artis akan lebih pergi kepada pembangkang. Jadi saya rasa itu tidak betullah. 

Jadi tugas saya adalah untuk membetulkan kembali keadaan,” kata Zed ataupun nama sebenarnya Rozaidi Jamil ketika ditemui Antarapos semalam.

 Menegaskan hak untuk menyertai mana-mana parti politik sebagai hak individu, beliau bagaimanapun menegur sikap sesetengah artis yang dilihat kerap menghina kerajaan di dalam ceramah-ceramah politik mereka.

 Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya seseorang artis itu mahu membantu parti mereka tetapi mengingatkan mereka supaya tidak menjurus sehingga melanggar peruntukan undang-undang negara.

 “Dalam undang-undang negara kita pun kalau anda nak menyertai mana-mana parti politik pun tak kisah, itu hak individu. Dan dalam masa yang sama, bila anda membantu parti politik yang menaungi anda itu, tak kisah nak bercerita pengalaman mengapa anda menyertai parti politik itu..kita tidak ada masalah.

 “Tapi bila dia menyertai sesuatu parti politik itu, dia pergi menghina kerajaan. Maknanya, dalam peruntukan undang-undang pun sudah jelaskan tak kira samada pembangkang ataupun kerajaan, kalau membuat apa-apa ceramah, tidak boleh melibatkan sensitiviti agama, kaum, dan juga tak boleh hina kerajaan,” tegas
Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu.

 Islam juga tegas beliau menegah umatnya daripada mengutuk sesama Islam. Justeru, pelakon Sembilu Kasih ini menyeru mana-mana artis supaya tidak mengelirukan rakyat dan menghina sesama Islam di dalam membantu parti mereka.

 “Islam sesama Islam tidak mengajar Islam untuk mengutuk Islam..Dia tidak mengajar Islam untuk berperang dengan Islam. Kalau anda (sokong) mana-mana parti politik pun, kalau anda fikir parti itu memang dekat dengan anda dan anda bercerita tentang sejarahnya, perjuangan anda dengannya, jangan kutuk dan hina sebab Islam tak mengajar kita untuk mengutuk dan menghina.

 “Jadi bawa perjuangan yang sebenar supaya anda dapat membantu parti anda dan tidak mengelirukan rakyat dan tidak menghina sesama Islam itu sendiri,” gesanya.

 Selain itu, Zed turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan artis-artis yang menyokong pembangkang walaupun dirinya mempunyai kedudukan di dalam Umno.

 “Hak untuk menyertai mana-mana parti itu hak individu, saya tidak boleh halang..Tapi yang saya pasti, artis saya (Seniman) tetap Umno (sejak) dulu, kini dan selamanya,” katanya.

default

Bapa Leuniey kesal tak dijemput hadiri majlis akad nikah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Ketika penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat ini, timbul pula suara kesal daripada bapa kandung Leuniey yang tampil kepada media.

Seperti didedahkan sebuah portal sebelum ini, Leuniey yang berbintikan Nazri mengakui Nazri yang dipanggil dengan gelaran ‘daddy’ itu, bukanlah bapa kandungnya.

Dia sebaliknya memberitahu nama bapanya ialah Jaafar Mohamad.

Jaafar meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat menyaksikan saat penting buat anak sulungnya selepas mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.

Katanya, sebagai bapa, harapannya cukup besar untuk menyaksikan anaknya itu diijab kabul, namun ia tidak mungkin tercapai. - HMETRO-

default

PAS haram bayar zakat fitrah kat orang UMNO ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.

Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.


** PAS keluar fatwa isu amanat Hadi dah basi ...tapi penyokongnya tetap amalkan lagi .. 

Sokong PAS bermakna sokong  pepecahan perpaduan umat Islam .

default

Zed Zaidi bongkar cara pembangkang peralat artis @rozaidijamil

on Tuesday, December 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Parti-parti pembangkang kini dilihat cenderung mempergunakan agama demi mengelirukan golongan artis yang mahu berhijrah supaya menyokong mereka.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, ramai artis yang sudah ‘terkena’ di mana mereka dijemput menyertai sesuatu ceramah agama, tetapi hanya menyedari ia ceramah politik sebaik menghadirinya.

Menyifatkannya tidak wajar, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil menegaskan golongan artis yang mahu berubah ini seharusnya dibimbing pada jalan yang benar, bukannya diambil kesempatan demi kepentingan politik pihak tertentu.

“Kebanyakan parti-parti pembangkang ini menggunakan taktik agama, ceramah agama. Artis-artis yang berhijab ini memerlukan guru yang sebenar..bukannya guru yang jenis mengambil kesempatan. Ini yang sebenarnya berlaku dalam industri seni ini, maknanya banyak artis yang berhijab ini terkena.

“Bagi saya benda ini tak baik..kalau kita nak bimbing seseorang itu biarlah bimbing yang sebenar tentang Islam bukannya kita masukkan hal politik dalam agama itu. Sebab benda ini tak baik..kalau nak berjuang tentang agama, jangan libatkan orang-orang yang berhijab dan mengelirukan mereka pula.

“Kalau nak cerita pasal agama, cerita pasal agama sahaja. Selalunya mereka panggil ceramah agama, tapi bila pergi situ terkena ceramah politik pula,” jelas beliau kepada Antarapos.


Mengenai penglibatannya dengan Umno, pelakon drama Sembilu Kasih itu menjelaskan yang beliau mahu membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di negara ini.

Tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu lagi, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi keamanan di negara ini berdasarkan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini yang terbukti keberkesanannya.

“Apa yang saya buat selalunya melibatkan seni dan kita mahu membantu kerajaan di mana kita tak mahu negara kita ini berpecah-belah, berperang..

“BN sahaja yang boleh bagi negara kita ini aman. Maknanya apa yang sudah dibuat itu sudah memang terbaik untuk Malaysia.

“Jadi untuk Selangor ini apa yang saya boleh bantu, saya akan terus bantu BN, Umno, tak kira Selangor atau Malaysia. Dan saya banyak fokus kepada Selangor sebab Selangor ini lebih memerlukan saya dan terus sayangi Selangor dan yakini BN,” gesa beliau.

default

Fazurina tunjuk bukti nikah di P.Pinang bukan di Siam !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




GEORGE TOWN - Pelakon drama, Siti Fazurina Mohd. Famir yang lebih dikenali sebagai Nina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga.
Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan.
"Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri.
"Saya sebenarnya banyak berkecil hati. Mereka tidak pernah merasai apa yang saya rasa. Kalau ahli keluarga saya dapat menerima Hykal perkara sebegini akan selesai.
"Kami berdua sudah lama merancang untuk berkahwin dan kali ini Tuhan telah memakbulkan doa kami. Hykal adalah pilihan terbaik untuk saya," katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

default

Sebab Nik Aziz batal jadi jurunikah Apek & Leuniey

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ada meeting penting , batal jadi jurunikah  ...itu lah alasan oleh Pok Nik yang sebelum ini gah dibodek  oleh blog2 pencacai Pakatan. tapi akhirnya terpaksa cancel .

Kalau dah ada meeting , mengapa setuju jadi jurunikah sebelum ini  ?? Atau sengaja cancel sebab takut jadi isu politik ..

Mesti frust  blog pencacai2 pakatan pasal Pok Nik tak jadi jurunikah Apek ..hahaha



Kuala Lumpur - Pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Nur Eluniey Natasha Nazri (Leuniey) terpaksa mencari jurunikah lain apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat memenuhi undangan majlis yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

 Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berkata keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana beliau perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan yang berlangsung pada hari yang sama pasangan tersebut dinikahkan.

 Katanya, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas telah memohon maaf kerana terpaksa menolak dan tidak dapat menjadi jurunikah kepada pasangan ini kerana mesyuarat tersebut penting.

 Mengikut jadual, Apek, 23, dan Leuniey, 21, bakal dinikahkan di rumah keluarga pihak perempuan di Pasir Pekan, Tumpat pada jam 10 pagi diikuti tiga majlis resepsi yang akan diadakan selepas itu.

 Majlis resepsi pihak perempuan dijadualkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, manakala di sebelah pihak lelaki pada 5 Januari 2013.

 Sementara itu, ibu Leuniey, Norlaila Abu Bakar, 40, telah dimaklumkan seminggu yang lalu dan mereka telah mendapatkan khidmat imam masjid Taman SBJ untuk menyempurnakan majlis akad nikah itu nanti.

default

Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalimah Allah !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ustaz  Ismail Mina Ahmad menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti memperlekehkan perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu perkataan 'Allah' digunakan semula dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.

Ismail berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi di kalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini.

 "Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini.

"Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada pengganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Guan Eng tadi menggesa kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi bahasa Malaysia.

Menurut Guan Eng gesaan ini datang atas sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun," katanya.

Ismail turut menyifatkan penganut Kristian di negara lain pun tidak menjadikan perkataan 'Allah' sebagai sandaran untuk sewenang-wenangnya mengelirukan orang ramai terutamanya penganut Islam.

"Orang Kristian sendiri pun tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Biblenya, kenapa tidak menggunakan perkataan Allah kerana di dalam Bahasa Melayu Tuhan kan?

"Sepatutnya dulu dalam tulisan Bible mereka, mereka menggunakan khalimah Allah, mereka sendiri pun tidak menggunakan khalimah Allah, maka sebab itu kita katakan ini adalah satu provokasi (Lim Guan Eng) kepada umat Islam sebab semua teks-teks di dalam Bible dalam bahasa tempatan, atau bahasa German ke, mereka tidak menggunakan perkataan Allah," katanya.

Untuk rekod sebelum ini akhbar Mingguan Khatolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan dengan masalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' dalam agama Kristian.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Malah tindakan menggunakan perkataan 'Allah' itu oleh The Herald mendapat teguran Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  yang juga sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Baginda bertitah bahawa Negeri Selangor hendaklah teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di Negeri Selangor.

Adalah penting kedudukan agama Islam dipelihara setiap masa sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan (Negeri Selangor) 1959 yang memperuntukkan bahawa Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam Negeri ini hingga kini hendaklah menjadi agama Negeri, dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang-orang yang menganutinya di mana-mana bahagian Negeri ini.- ANTARA POS-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.