Archive for November 2012

default

Hero Malaya Rosyam Noor turut hadir #PAU2012

on Friday, November 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Semasa GPB meronda di booth korporat agensi kerajaan di aras 1 PWTC,  terserempak pulak jumpa hero Malaya, abg Rosyam Noor di booth PR1MA.

Apakah kehadiran abg Rosyam ke #PAU 2012 terakhir sebelum PRU13  ini menandakan sokongannya terhadap Umno dan kerajaan BN?

Selain Rosyam,  ramai artis telah hadir ke #PAU2012 yang bermula semalam  seperti Farah Fauzana,Darling Ngasri, Erma Fatima, Umi Aida, Amy Search  dan lain-lain lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

default

Demam #HarimauMalaya di #PAU2012

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Hari kedua di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang menarik perhatian GPB 2020 ialah promosi tiket Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia esok di Stadium Bkt Jalil.

Ia diadakan di booth  KBS yang turut menayangkan skrin besar perlawanana sebelum ini menentang Laos.

Published with Blogger-droid v2.0.9

default

Ucapan dasar Presiden buktikan kerajaan DAP gagal tadbir PP #PAU2012 @tunfaisal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Ir Dr Shaik Hussein menyifatkan ucapan dasar Presiden cukup bersemangat kali ini untuk ahli-ahli agar terus berjuang habis-habisan di PRU13. Malah beliau juga menyambut baik ucapan Presiden yang turut menyentuh P.Pinang yang mana membuktikan jelas DAP gagar mentadbir .

default

.PAS umpama selipar Jepun dengan Jepun #PAU2012

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas. Dengan menggunakan analogi ‘selipar jepun’ beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.

 “(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.

 “Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, ‘muhkamat’…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang ‘mutasyabihat’ iaitu yang samar.”……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat. ”……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa “…..untuk membuat fitnah.

Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut ”….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah,” katanya.

 Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang. “BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….

 “Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat.

Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain. “Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi.

 Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu,“ ujarnya. -MediaUMNO

default

Minta maaf : Najib pemimpin berjiwa besar #Pau2012

on Thursday, November 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 telah memperlihatkan sikap rendah dirinya apabila meminta maaf bagi pihak kepimpinan parti dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.

Beliau secara terbuka membuat kenyataan itu di hadapan ribuan mereka yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

“Bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah disandung atau tersalah.

“Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan 10 memohon maaf atas kekhilafan,” katanya.

Baik, persoalannya sejauh manakah kita melihat permohonan maaf itu.

Di pihak pembangkang, awal-awal lagi sudah kedengaran suara-suara sumbang yang mendakwa ia adalah usaha terakhir Najib untuk ‘memujuk’ rakyat agar memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Ada juga yang menyifatkan permohonan maaf itu sebagai tanda ‘kekesalan’ Najib dan kerajaan, sekali gus seolah-olah mengiyakan 1,001 dakwaan dan tohmahan terhadap kepimpinan beliau selama ini.

Tidak mengapa, ini negara demokrasi dah terpulanglah bagaimana kita pula untuk menilai dan menafsirkannya.

Cuma, sama ada suka atau tidak, kita kena akui hakikat bahawa bukan mudah bagi seseorang itu memohon maaf, apatah lagi jika si penuturnya itu memiliki status, kedudukan dan jawatan yang besar seperti Perdana Menteri.

Tetapi itulah Najib.

Anak bangsawan yang tidak pernah menjadikan status yang dimilikinya sebagai pengahalang untuk menjadi hamba kepada rakyat.

Apa yang tidak dimiliki Najib…kedudukan, harta, kecerdikan dan pelbagai lagi.

Tetapi anak jati Pekan itu tidak pernah sekali pun dilihat berlagak, sombong apatah lagi sifat pendendam, baik kepada penyokongnya mahupun musuhnya.

Bukan sekali beliau dituduh dengan pelbagai dakwaan, malah ada pemimpin utama dalam Parti Pas sendiri yang pernah mendoakan agar Allah turunkan bala kepada orang nombor satu UMNO ini.

Najib pernah didoakan agar beliau ‘pecah perut’ berhubung isu bayaran royalti minyak.

Namun beliau tidak pernah membalas semua tohmahan, kejian yang dilontarkan pada beliau.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-Nya, ditaburi rahmat-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri. (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

Pada prinsipnya, manusia yang sedia meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka walaupun menyedari kesalahan itu dilakukan orang lain dilihat memiliki akhlak yang mulia dan terpuji.

Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohon maaf.

Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati.

Jiwa yang kaya ialah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya memiliki sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain.

Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa Abu Zar memanggil Bilal bin Rabbah dengan gelaran ‘wahai anak hitam’, satu ungkapan amat menghiris hati. Bilal apabila mendengar panggilan itu mendiamkan diri dan tidak membalas panggilan Abu Zar.

Sebagai manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasaan, Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah SAW untuk membuat aduan berkaitan perkara itu. Selepas mendengarnya, muka Baginda kelihatan berubah. Rasulullah SAW terus ke tempat Abu Zar berada tetapi hanya lalu saja dan terus ke masjid.

Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah SAW . Baginda Nabi kemudian menyebut: ” Wahai Abu Zar, kamu menghina Bilal dan menghina asal-usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal-usulnya ialah orang jahiliah sebelum masuk Islam dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa jahiliah”

Abu Zar RA berasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu kepada Rasulullah SAW dengan berkata: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan mintalah Allah ampunkan dosaku…”. Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal lalu dipeluknya sambil memohon maaf kepadanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata: ” Demi Allah wahai Bilal, aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu pijak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.

Bilal kemudian mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkat dari tanah. Mereka berdua berpelukan penuh kasih sayang.

Pengajaran daripada kisah ini ialah, jangan sesekali kita menghina orang dalam apa bentuk sama ada perkataan ataupun perbuatan kerana emosi dan perasaan seseorang tidak boleh diperdagangkan dengan bayaran ganti rugi walaupun lumayan.

Memohon maaf atas kesalahan juga satu manifestasi dan pancaran keimanan, kesucian hati dan ketinggian akhlak seseorang. Ia selaras akhlak dan sunnah Baginda Rasulullah SAW sebagai seorang yang paling pemaaf lagi mulia sifatnya.

Sekiranya masih ada di kalangan kita yang berbuat kesalahan, wajar kita meminta maaf dengan cepat. Akui kesalahan dan berazam tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Bagi mereka yang melakukan kesalahan padanya, tidak salah merendah diri dan memaafkan kesalahannya. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas saja akan diberi ganjaran.

default

#PAU2012 luar biasa & lebih bersemangat - Tun Mahathir

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan UMNO 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta UMNO secara keseluruhannya telah siap sedia untuk ‘berperang’ menghadapi pilihan raya umum ke-13.

 “Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.



 “Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat… bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini,” katanya selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

 Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

 “Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap UMNO,” katanya.

default

Ucapan @Najibrazak buat ahli parti & rakyat menangis sebak..#PAU2012

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan masa depan negara bukanlah bahan uji kaji untuk rakyat mengambil risiko yang cukup tinggi dengan menyerahkan negara kepada pihak pembangkang sebagai satu bahan eksperimen untuk bertukar-tukar kerajaan.



 Beliau berkata, tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus untuk membaiki labu. "Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat.



 "Ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC. -KL POS-



Komen GPB

Tanda ahli parti yang setia dengan perjuangan bangsa ..tak mahu lihat negara ini yang dimerdekakan oleh pejuang terdahulu hancur begitu saja ...

default

Video : UMNO dah sedia mara hadapi musuh di PRU13 #PAU2012 @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan seluruh anggota UMNO bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan titik penentu kepada destinasi masa depan negara dan rakyat perlu tahu menilai kelebihan BN berbanding pembangkang.
Katanya ini dibuktikan dengan parti perikatan dan kemudian BN yang ditunjangi oleh UMNO sejak lebih 55 tahun lalu, secara berterusan menerajui negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan dengan lonjakan berganda.
Presiden UMNO itu berkata sedangkan pembangkang yang mahu berkuasa, hanya menabur janji kosong, tipu daya atau fatamorgana.
“Pilihannya amat jelas untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara,” katanya dalam ucapan dasarnya bertemakan “Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional” sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
“Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau Malaysia yang mundur, terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.
“Di satu sudut, jalan mulia yang terintis sejak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman. Di satu sudut lagi, jalan bersimpang siur, kelam dan gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata UMNO tidak akan membiarkan Malaysia hancur disebabkan janji-janji bohong yang ditabur pembangkang, bagi mengelakkan rakyat merempat di negara sendiri.
“Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. jika kita kehilangan darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula, tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang, akhirnya terbangsat dan merempat di tanah sendiri,” katanya.
Najib menegaskan walaupun apapun rintangan dan cabaran yang melanda, UMNO tidak akan berundur daripada terus berbakti kepada rakyat dan negara.
“UMNO dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan menghadapi musuh dari luar mahupun dalam. Kita akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik,” katanya.
Najib berkata tidak wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan dan untuk itu, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, UMNO menyusun memohon maaf atas kekhilafan.
“Saya selaku Presiden UMNO bersama timbalan presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam,” katanya.
Beliau berkata sedang UMNO komited untuk memperjuang nasib bangsa Melayu dan Bumiputera, parti itu juga beriltizam memastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia.
“Kita mahu kemakmuran Malaysia dikongsi bersama dan tidak akan ada rakyat Malaysia yang akan ketinggalan. Bahkan UMNO menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan setiap warga Malaysia tidak kira apa latar belakangnya dengan kejayaan nasional,” katanya.
Beliau turut mengingatkan anggota UMNO bahawa kemenangan dalam pilihan raya sebenarnya bergantung kepada banyak faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta calon yang dipertandingkan.
“Realiti semasa menyaksikan bahawa sokongan rakyat kepada kepimpinan nasional dan negeri tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon tempatan parti. Jika dahulu siapa yang diketengahkan parti merupakan calon boleh menang, hakikatnya tidak begitu lagi,” katanya.
Beliau berkata calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah iaitu bukan sekadar diterima oleh lingkungan parti tetapi hendaklah juga disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi.
Dalam memastikan kemenangan BN pada PRU-13, Najib menekankan pentingnya disiplin berorganisasi sebagai faktor tonggak yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini.
“Dalam sebuah pertubuhan siasah, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya,” katanya.

default

Rajagopal puas hati kemenangan #HarimauMalaya

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

- Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berpuas hati dengan kesemua barisan pemainnya selepas berjaya membelasah Laos 4-1, semalam.

Menurutnya, arahan yang diberikan telah diikuti dengan baik oleh pemain-pemainnya terutama pada separuh masa kedua apabila mempamerkan permainan intensiti tinggi dan tempo yang laju.

"Mereka bermain dengan agresif dan intensiti yang tinggi seterusnya memberi tekanan kepada Laos walaupun melakukan sedikit kesilapan pada separuh masa pertama," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat, semalam.

Jelas Rajagobal, skuad bimbingannya bermain baik tetapi harus melupakan kejayaan ini kerana paling penting ialah perlawanan ketiga selepas ini menentang Indonesia untuk menempah tempat ke separuh akhir.

"Setiap pasukan tidak memikirkan tentang seri, semua mahu menang ia bukanlah mudah tetapi sebagai jurulatih saya tetap mempunyai kepercayaan terhadap pemain saya," ujarnya.

Kata Rajagobal, dia tetap optimis dan sudah melihat persembahan Indonesia, namun dalam masa yang sama dia menjangkakan pasukan jiran itu juga sudah melakukan perkara sama terhadap mereka.

default

Rahsia kemenangan besar #Harimaumalaya

on Wednesday, November 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Tahniah buat Harimau Malaya dan Datuk K Rajogopal yang mencatat kemenangan penuh bergaya 4-1 menewaskan Laos.

GPB yakin mereka akan bangkit seperti mana AFF Suzuki 2010. Ramalan memang tepat sekali..

Faktor utama menang besar?

-perubahan taktikal menyerang dengan midfielder spt Shakir bijak merencana bahagian tengah dengan Safiq.

-persembahan Wan Zack dan Kunalan menjadi malam..superb!

-Safee ..satu gol daripadanya cukup bermakna dan beri semangat kpd rakan2 dan penyokong

- GK - Farizal terbaik..gol laos hanya nasib saja.. Kekalkan beliau berdepan Indon nanti ..Apek pulak kita tengok dulu samada dia ingat bola atau kahwin ?

-defender bermain baik mengekang laos..sebabnya midfielder kita cemerlang kuasai tengah padang..

-Ultras..korang mmg aku respect..kepung bas hari tu berjaya woo buat pemain dan Rajagopal sedar dan kembali bangkit..

-wartawan sukan , korang bila kalah kutuk je..lembik,menguap la , sepatutnya beri semangat..

Apapun tahniah dan syabas Harimau Malaya .mood sekarang dah terasa berada di Bukit Jalil Sabtu ni..

default

#Harimau Malaya , jangan ulang tragedi skuad Sukan Sea 1997 !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepada anak buah Rajagopal  sebelum turun menentang Laos dalam perlawanan hidup mati sebentar lagi , GPB ingin kembali mengingatkan tragedi skuad finalis Piala Tiger 1996 ketika itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.

Ketika itu skuad negara dibarisi  Khairul Azman(GK), B. Rajanikhdan, Mohammad Anuar Jusoh .Khairul Anuar Baharom, Zainal Abidin Hassan, K. Sanbagamaran ,Rizal Sukiman, Zami Mohammad Noor, Azmil Azali, Idris Karim, Yap Wai Loon, Azman Adnan, Azmi Mohamed

Turun selaku finalis Piala Tiger 1996 di Sukan Sean 1997 di Jakarta , dalam perlawanan menentang skuad kerdil Laos , kita tewas 1-0  sekaligus menyikirkan skuad negara di peringkat kumpulan . Ketika itu Wan Jamak  terpaksa meletakkan jawatan sebagai jurulatih walaupun berjaya membawa skuad negara menjadi Naib Juara Piala Tiger 1996 .

GPB bersama rakyat Malaysia mendoakan agar  pasukan Harimau Malaya beroleh kemenangan mutlak malam ini !!

 .
Bangkit HARIMAU MALAYA !!



default

Ostazah Abby kata #PAU2012 majlis MAKSIAT !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Agak-agak la nak hukum  Majlis UMNO di PWTC sekarang ini   majlis maksiat . Yang pasti majlis UMNO tak pernah berdoa kehancuran umat Islam lain seperti parti pujaan Abby .

Pasaipa maksiat ?? Sebab Artis ramai  mai majlis UMNO  .. itu fatwa Ostazah Abby .

Entah apa fahaman dalam  kepala otak ustazah mee segera PAS ni ..setiap hari keja dia  hina & kutuk  orang je terutama parti UMNO ...

Mengapa dia tak kutuk pulak Bertam Nite PKR sebagai majlis maksiat ?? Siapa ada tarian separa bogel K -Pop lagi ??



default

Pemuda UMNO pulak doa PAS kembali ke pangkal jalan #PAU2012

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





 Di sebalik isu doa 'KO BN', Pemuda Umno hari ini "mendoakan" agar ahli-ahli parti pembangkang terutamanya Pas selamat buat selama-lamanya dan akan kembali ke pangkal jalan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjuangan Umno tidak seperti Pas yang sanggup mendoakan kehancuran orang lain demi kepentingan politik.

Menurutnya, perjuangan Umno tidak pernah terkeluar daripada landasan Islam, sebaliknya mempertahankannya.

Beliau berkata, Umno akan mendoakan kebaikan kepada parti itu untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpinnya yang gemar menyemai kebencian.

"Di bawah nilai Islam, pimpinan tertinggi Pas sanggup mendoakan kebinasaan Umno.

"Sesiapa sahaja yang mereka tak suka, mereka akan doakan lekas binasa.

"Tetapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli Pas selamat selamanya, dan suatu hari nanti mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno hari ini.

Sebelum ini, doa "K.O" yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno.

Doa itu dikatakan sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, jika doa yang dibuat oleh pembangkang itu diajar kepada anak-anak, keadaan nasib agama dan bangsa tidak akan baik.

Beliau berkata, apabila isu Islam dibangkitkan oleh orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat, ulama Pas terus membisu.



default

Kajian Presiden sendiri... UMNO/BN boleh menang PRU13 - @Zahid_Hamid

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Harapan agar kepimpinan lama Umno dapat memberi peluang kepada calon muda untuk menjadi wakil rakyat adalah antara yang disentuh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Talimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2012. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata presiden Umno itu mahu proses itu dilaksana supaya peremajaan parti dapat dilakukan.

 Beliau berkata, presiden Umno telah mengadakan rundingan mengenai pemilihan calon parti itu untuk pilihan raya umum ke-13 bersama beliau dan dua lagi naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

 Bagaimanapun keputusan akhir akan ditentukan oleh presiden dan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan kriteria calon boleh menang, katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini selepas menghadiri Taklimat Presiden di sini, hari ini.

 Ahmad Zahid berkata, perdana menteri turut membayangkan bahawa pilihan raya umum tidak akan diadakan pada hujung tahun ini.

 Mengenai keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, beliau berkata presiden Umno bersandarkan survei terhadap sokongan kepada BN yang dijalankan ke atas badan-badan bebas.

 "Berdasarkan survei itu, tidak ada satu pun yang memperlihatkan bahawa Umno tidak boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

 Beliau berkata tahap kesiapsiagaan anggota Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 kini berada pada 'gear 5'. "Presiden parti memberi peringatan kepada kepimpinan Umno di peringkat akar umbi supaya bekerja keras bagi menentukan mandat baharu diberi kepada BN," katanya. Ahmad Zahid berkata, presiden dalam amanatnya juga mengingatkan perwakilan supaya tidak membangkitkan isu-isu yang boleh mengenepikan sokongan pengundi kaum lain kepada BN. - Bernama

default

Perkauman & fahaman songsang modal PR untuk menang #PAU2012

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas parti pembangkang yang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa.
Timbalan Presiden UMNO berkata sejak lima dekad lepas, Pas dan DAP dilihat membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman di negara ini.
“Pas dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.
“Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan serentak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini malam ini.
Muhyiddin berkata PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara jelas mengenengahkan ideologi songsang yang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.



“Dalam kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideology songsang sekalipun.
“Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuang ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuang hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas,” katanya.
Beliau berkata menerusi fahaman songsang itu juga, undang-undang Negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.
“Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang naib presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam,” katanya.


Timbalan Perdana Menteri menggesa anggota Umno supaya kemenangan berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.
“Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.
“Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang,” katanya.
Beliau berkata meskipun adakalanya diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan BN sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum dan kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.
“Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahan nilai- nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang”, katanya.
Muhyiddin turut menyelar tindakan ketua pembangkang yang meminta campur tangan kerajaan asing untuk memastikan pilihan raya negara bersih, bebas dan adil.
“Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara kita,” katanya.
Beliau berkata itulah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya dengan awal-awal lagi membuat dakwaan pilihan raya di negara ini tidak adil.
Muhyiddin secara sinis meminta ketua pembangkang menjemput wakil Negara asing untuk memerhati pemilihan dalam PKR agar rakyat dapat melihat komen pemerhati asing mengenai PKR.
“Demokratikkah PKR apabila ketua pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi ketua umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam pPerlembagaan parti. Perkara ini hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada ketua umum, presiden, timbalan presiden, naib presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR),” katanya.
Beliau berkata berbeza dengan UMNO di bawah kepimpinan yang sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara dan menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

default

Pencacai PAS buat kacau di #PAU2012 !! @Khairykj

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Giler panas hati gua dengan cacing kerawit geng-geng Tuntut Royalti Minyak Kelantan datang buat onar kat Perhimpunan Agung UMNO petang ini.

Berani geng haram jadah nie masuk rumah UMNO buat onar cari pasal masa PM sedang buat taklimat presiden kepada perwakilan yang datang.


Mujurlah Naib Pengerusi Unit PIDATO Pemuda Barisan Nasional, Sdr Armand datang menenangkan suasana yang pada mulanya hampir tegang. Armand dengan secara baik meminta kumpulan Royalti ini ke Restoren Riverside jika ingin membuat "Press Con" tetapi kedegilan kumpulan Royalti ini tetap mahu buat Press Con kat luar dewan ketika PM sedang memberi taklimat.


Hasil perbincangan antara Armand dan wakil kumpulan akhirnya mereka akur dan setuju untuk keluar dari mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, perancangan dan persetujuan asal antara wakil Royalti dan pihak pwtc adalah perjumpaan dibuat di sebuah restoren tetapi geng bangang ni tetap jugak nak buat onar cari pasal.

Kat sini gua share kan skit gambar-gambar bibit-bibit yang hampir mencetuskan rusuhan gak tadi cuma lebih banyak gambar-gambar eksklusif dan panas dalam entri jam 8 malam ini.




*** Kita tak kacau muktamar depa langsung ..tapi  kini mesyuarat kita pulak depa nak buat onar..BIADAP  !!

default

Satu petak parking berharga 1/2 juta di Hong Kong !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam.

 Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.

 Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard. Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan. - AFP

default

#HarimauMalaya turun tanpa Mat Yo berdepan Laos ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Malaysia  berdepan laluan berliku pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok selepas penyerang Norshahrul Idlan Talaha disahkan mengalami jangkitan kuman di telinga.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal berkata, beliau tidak pasti sama ada mampu menurunkan penerima anugerah pemain paling bernilai tiga tahun berturut-turut tersebut pada perlawanan menentang Laos.

"Memang benar (Mat Yo) mengalami masalah kesihatan, dan saya tidak pasti sama ada dapat menurunkan beliau atau tidak, pada perlawanan esok.
"(Bagaimanapun), saya akan mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar yang merawat beliau terlebih dahulu pada malam ini untuk mengetahui sama ada beliau boleh beraksi atau tidak," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini.
Malaysia, yang sebelum ini diaibkan 0-3 oleh Singapura pada perlawanan pembukaan Ahad lepas, perlu mencatat kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya iaitu Laos esok dan Indonesia, Sabtu ini bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir.
Mengulas pemain yang bakal menggantikan tempat Norshahrul jika tidak boleh beraksi esok, Rajagobal berkata beliau akan menamakan pengganti sebelum sepak mula perlawanan itu.
"Saya masih tetap menaruh harapan supaya Mat Yo mampu pulih sebelum perlawanan pada malam esok," katanya.
Sementara itu, penyerang skuad kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali berkata, beliau berharap pengganti Norshahrul mampu membantunya mencipta peluang untuk merobek gawang Laos esok.
"Ketiadaan Mat Yo dalam perlawanan esok mungkin merencatkan bahagian serangan skuad kebangsaan, tapi saya masih yakin bahawa semua pemain telah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik," katanya.
Penyerang Pelita Jaya itu turut bertekad menjaringkan gol dalam Piala AFF kali ini selepas kali terakhir berbuat demikian ialah ketika aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 14 November lepas di Stadium Shah Alam.
Pandangan Mohd Safee itu turut dikongsi kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim yang melaungkan keyakinan bahawa peluang mereka ke separuh akhir kejohanan masih belum tertutup sepenuhnya.
"Kita belajar daripada kesilapan di atas kekalahan (0-3 kepada Singapura) itu, dan saya menyeru rakan sepasukan untuk mempamerkan persembahan terbaik pada malam esok untuk memungut tiga mata.
"Sekiranya kita beraksi dengan cemerlang pada malam esok, Insya-ALLAH, kita akan meraih keputusan positif," katanya. - Bernama

default

Muhyiddin tunjuk bagaimana nak berdoa kat orang PAS ! #PAU2012

on Tuesday, November 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassim  yang diakhiri dengan doa  sebentar tadi  ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda , Wanita & Puteri 2012  di PWTC .

Ternyata tiada langsung doa kehancuran seperti mana dilakukan PAS  terhadap UMNO .Malah mendoakan mereka yang tersasar kembali ke pangkal jalan diredhai .





TEKS PENUH UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA ,PEMUDA & PUTERI 2012


YB Naib-Naib Presiden UMNO YB Setiausaha Agung UMNO Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.


 1. Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya.Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.


 2. Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan.

Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim

: وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

 Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

 Saudara dan saudari yang saya hormati, Politik Perkongsian Kuasa

 3. Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

 4. Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.

 5. Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.


 6. Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA 

 7. Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

 8. Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

 9. Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

 10. Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

 11. Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional. 

12. Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

 13. Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

 14. Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.

Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.

 Sutera dilipat habis dicuci 
Tersimpul kemas di dalam laci 
Kalau hati berkarat benci 
 Terpacul di mulut nista dan caci

 PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT 

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 15. PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

 16. Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.

 17. Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

 18. Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.

 19. Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

 Saudara dan saudari,

 20. Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang?

Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.

 21. Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

 22. Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

 23. Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

 24. Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.

 25. Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.

 26. Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.

 27. Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.

 28. Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

 CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 29. Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

 30. Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

 31. Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

 32. Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.

 Saudara-saudari yang saya hormati sekalian, 

 33. Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.

 34. Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 35. Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.

 36. Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 37. Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.

 38. Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.

 39. Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.

 40. Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.

 41. Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

 42. Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

 43. Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

 44. Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.

 45. Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

 JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU 

 Saudara-saudari,


 46. UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020

. 47. Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.

 48. Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an

: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Ma’idah, Ayat 8)

 49. Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional.

Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.


 50. Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.

 BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN 

 Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

 51. Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini.

Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah. 

52. Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

 53. Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

 54. Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.

 55. Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.

 56. UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.

 57. Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara.

Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:

 أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

 Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. (Surah Al-Nisa’, Ayat 56) 58.

Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

 59. Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.

 60. Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa.

 61. Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang.

Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan.

 InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

 62. Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan.

Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan!

Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa: Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah!

 Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
 Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
 Satukanlah hati-hati kami di jalanMu Ya Allah Ya Tuhan Kami!

 Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
 Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu

 Ya Allah Ya Allah Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
 Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami

Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
 Engkau perteguhkanlah daya juang kami
 Dengan rahmatmu

Ya Allah Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

 Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

 Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

 Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.