..

..
Archive for October 2012

default

Pembangkang ajar rakyat tak reti erti bersyukur - Najib

on Wednesday, October 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


po

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak 'gila kuasa' yang mahu mengambil alih jawatan yang dipegang oleh orang lain dengan memusnahkan apa yang telah dibina setakat ini.

 "Saya tidak marah jika mereka mahu jawatan saya dan orang lain, tetapi jangan mengkhianati rakyat dan negara. 

 "Jangan melaksanakan dasar-dasar yang boleh memusnahkan apa yang kita telah dibina hanya kerana mereka mahu mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap di majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka Kuala Muda Kedah Rabu.

Menurut  beliau, rancangan pembangkang untuk menghapuskan kutipan tol lebuh raya, meningkatkan gaji minimum dan mengurangkan harga petrol hanya akan membawa negara ini ke dalam hutang yang lebih dan menyebabkan ekonomi akan lumpuh.

 "Dalam Islam, ia adalah penting bagi kita untuk menyelesaikan hutang kita sebelum kita meninggalkan dunia ini, jika tidak waris kita terpaksa mewarisi hutang tersebut," katanya.

 Najib juga mengecam pembangkang kerana "mengajar" rakyat Malaysia untuk menjadi tidak bersyukur.

Beliau berkata apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat dan meringankan beban mereka, pembangkang mempengaruhi rakyat supaya mereka tidak perlu mengucapkan terima kasih.

 "Mereka pergi ke akar umbi untuk memberitahu rakyat untuk menerima segala-galanya pemberian kerajaan, tetapi tidak mengundi Barisan.

 Ia adalah seperti memberitahu rakyat bahawa mereka tidak perlu menghargai pemimpin-pemimpin kita, apabila pada hakikatnya, kerajaan telah memperjuangkan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip Islam," katanya. Beliau berkata ia tidak salah bagi rakyat untuk menyokong pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

 "Kami mempunyai rancangan yang jelas dan hala tuju untuk mengubah negara ke arah mencapai status negara maju. "Dan, kita perlu memastikan pembangunan seimbang supaya tidak ada kumpulan yang ketinggalan. "Tanpa dasar dan program asas, petani, nelayan dan penternak boleh ketinggalan daripada pembangunan negara," katanya.

 Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Sebelum itu PM turut mengumumkan kelulusan cadangan pembinaan lebuh raya dari Empangan Pedu, Kedah ke daerah Kuala Muda. Lebuh raya untuk meluruskan sungai dari empangan itu yang bengkang bengok hingga sering menimbulkan masalah banjir kepada pesawah di kawasan berkenan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. PM dalam rangka lawatan sehari ke Kedah pada Rabu.

 Sebelum itu, pada sebelah pagi, dalam lawatannya ke perkampungan nelayan Tanjung Dawai, Merbok, Najib mengumumkan pelaksanaan projek perumahan nelayan di situ bagi menyelesaikan masalah petempatan nelayan di kawasan itu.

 Najib berkata, program berkenaan sudah ada dalam perancangan kerajaan pusat. "Kita (kerajaan) akan bina perumahan nelayan tapi masa sudah semakin hampir, kita bagi menang pilihan raya (umum ke-13) dulu kita akan laksanakan projek ini dengan segera," katanya.

 Difahamkan masalah perumahan nelayan di Tanjung Dawai sudah berlarutan sejak sekian lama dan kira-kira 90 peratus tapak perumahan nelayan di kawasan itu bukan hak milik mereka. Najib dalam ucapannya turut menzahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat secara santai dan tanpa protokol.

 Dalam lawatannya, Najib mengadakan walkabout mendekati penduduk di penempatan nelayan pekan Tanjung Dawai, beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga. Dari Tanjung Dawai, Najib kemudiannya menghadiri Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan di Pantai Merdeka dengan menaiki bot Polis Marin dari jeti Tanjung Dawai dan diiringi 40 buah bot nelayan. Manakala selepas majlis di Pantai Merdeka, Najib 'dihantar' pula kira-kira 600 buah anak muda menunggang motorsikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.-31/10/2012 - AGENDA DAILY

default

35 ribu pelabur nak cepat kaya jadi mangsa penipuan Genneva Malaysia !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion. Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.

 "Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.

 "(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.

 "Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).

 Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

 Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.

 Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai.- Bernama

default

2 portal web mempengaruhi rakyat Malaysia jadi pengganas !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.

 Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net. Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan pengaruh Mujahidin.

 Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam terhadap isu pemberontakan di Syria.

 Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu menegakkan demokrasi.

 Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012.

default

PANAS ! Najib difitnah kata hudud lancau oleh pencacai Pakatan !!!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Blogger pencacai utama Anwar , Milo Suam telah menyebarkan satu video ucapan Najib di Perhimpunan Agung MCA lalu kononnya menyebut hukum hudud lancau .  Mereka melabel Najib telah menghina hukum Allah walhal kebenaranya video itu telah diedit untuk memburukan pemimpin No 1 negara ini  .


Yang betulnya ternyata Najib sebut Hulu Lacau, iaitu nama tempat persinggahan antara Kuching dan Sri Aman. Bukannya Hudud Lancau seperti yang puak-puak Pakatan tuduh & fitnah .

Lihat video edit oleh kaki fitnah pencacai PR



Pemimpin agung mereka iaitu Anwar Ibrahim  berceramah berkatan  Pakatan akan membentuk kerajaan Pusat tanpa politik kotor ,habis itu  ini politik fitnah apa  ??

Spin ucapan yang tidak betul sama sekali  dan jika rakyat yang tidak tahu akan hal sebenarnya tentunya akan marah kepada Najib .

Sekarang siapa sebenarnya yang main politik fitnah & kotor ini ?? Mereka kata kepada BN tapi sebenarnya mereka yang paling jahat ....



 lihat pulak video yang sebenar ini...ini diambil oleh portal pro mereka ...



 

default

Akaun Kerajaan DAP P.Pinang main silap mata & meragukan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.

 Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.

 Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada Kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri.

 "Saya juga ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.

 Saya hendak tegaskan di sini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 bilion, diikuti Sabah dengan RM2.6 bilion dan kemudian baru Selangor RM1.9 bilion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil iaitu hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.

 "Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan menganggapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.

 "Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan dimasukkan semula ke dalam poket kiri.

 "Ini juga apa yang dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

 Membangkitkan perkara yang sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan di negeri Selangor.

 Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel), dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan," katanya.

default

Johor beli penjaring terbanyak La Liga Sepanyol untul Liga Super !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Johor membuktikan kesungguhan untuk membentuk skuad yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan apabila mengikat pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza.

 Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca dan disahkan bakal menjadi milik skuad Johor. Pemain itu dijangka tiba di sini esok bersama ejennya untuk menandatangani kontrak Jumaat ini. 

Kehadiran pemain yang lebih dikenali dengan nama Daniel Guiza dan berusia 32 tahun itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam. Selain Guiza, Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak, Azmi Muslim dan Mohd. Muslim Ahmad sah menjadi milik Johor, manakala Safiq Rahim dan Mohd. Nurul Azwan Roya sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pasukan itu. Johor juga sedang menunggu keputusan daripada penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha.

 Tunku Ismail berkata, Guiza yang merupakan pemain penyerang kini beraksi untuk Getafe dalam saingan La Liga, sudah hampir 95 peratus menjadi milik Johor dan pasukan mengalu-alukan kedatangan pemain itu. 

"Nilai pemain itu di pasaran Eropah adalah 1.6 juta euro. Berapa jumlah yang PBNJ bayar untuk mendapat khidmatnya, saya tidak akan dedahkan.

Yang penting dia bakal memberi impak kepada skuad Johor dalam saingan musim depan. "Dia (Guiza) yang membantu Sepanyol muncul juara Piala Eropah 2008 sudah menyatakan persetujuan beraksi bersama Johor dan kami gembira dapat mengikat pemain bertaraf dunia," katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi di sini semalam.

 Selain Mallorca dan Getafe, Guiza juga pernah beraksi dengan kelab Turki, Fenerbahçe dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah bersama kelab tersebut. Tunku Ismail juga memberitahu, bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad bakal menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim manakala Johor FA pula akan dibimbing Azmi Mohamad.

 "Kita sedang mencari seorang lagi pemain import bagi menguatkan posisi tengah pasukan. “Untuk itu, kita akan umumkan siapa pemain itu tidak lama lagi," katanya yang mahu mengembalikan kegemilangan Johor dalam arena bola sepak negara.

default

Pizza Hut Indon guna cewek model tarik pelanggan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Di Malaysia ada ke syarat -syarat seperti ini untuk menjadi staf di restoran makanan segera seperti KFC, Mc Donalds , Pizza Hut , A&W ??   Kalau ada , confirm la tak ada sapa nak kerja nanti ..hahaha

Mungkin di Indonesia  rakyatnya ramai dan peluang kerja  agak  terhad . Jadi majikan mereka boleh memilih pekerjanya yang cantik seperti model & pelakon  bagi menarik kehadiran pelanggan .

Jadi , kalau rakyat kita yang ke sana untuk holiday & berhibur  ... nak tengok cewek bertaraf model & pelakon sinetron , boleh je pergi makan di restoran makanan segera seperti Pizza Hut ini .

Layanan confirm la memang class !! .............hehehe

default

Syabas !! Pemuda UMNO turut bantah sistem AES @khairykj

on Tuesday, October 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Syabas Pemuda UMNO & YB Khairy Jamaluddin . Ternyata pendirian Pemuda  bertepatan sekali dengan kehendak generasi muda & rakyat  yang mana majoritinya  mendesak dikaji semula perlaksanaan AES .


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.

 Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.

 Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.

 “Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan.

Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju. “Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

 Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.

 “Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.

 “Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.

 Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

 “Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.

 “Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.

 “Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

default

Nik Aziz enggan berundur MB Kelantan walaupun ada masalah kesihatan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sekarang, walapun ada desakan dari mana-mana pihak, kecuali Pas. Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau hanya akan berbuat demikian (melepas jawatan MB) jika desakan itu datangnya dari Pas sendiri.

 Katanya, sebagai ketua kerajaan dan Menteri Besar beliau boleh menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mentadbir kerajaan kepada pegawai di bawah asalkan minda cergas. "Setiap ketua ada orang di bawahnya, jadi kita boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan kerja-kerja (tadbir) kepada orang di bawah walaupun saya uzur fizikal.

 keadaan macam ini pun masih lagi pikiaq jatuhkan UMNO ..


 "Sihat atau tidak inilah saya...nak lawan Umno bukan perlu ada pada tubuh sihat tapi perlu pada otak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di sini Selasa.

 Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin minda dan otaknya masih cergas walaupun dari segi lahirnya kelihatan uzur atas faktor usia. Beliau ditanya mengenai pendapatnya berhubung desakan pemimpin parti politik yang mahu beliau melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan.

 "Saya tidak akan layan desakan daripada mana-mana pihak supaya saya lepaskan jawatan lebih-lebih lagi dari 'pemimpin buangan', kecuali dari parti (Pas)sendiri," katanya.

 Semalam, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menggesa Nik Abdul Aziz supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar memandangkan beliau 'gagal mentadbir negeri ini kerana telah uzur dan kesihatannya sentiasa terganggu'.




***Mungkin PAS patut declare Nik Aziz  boleh pegang jawatan MB Kelantan & Mursyidul Am sampai mati ..

default

Genneva Malaysia 2 X 5 Skim Cepat Kaya - Menteri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat tersebut. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, siasatan juga mendapati Genneva Malaysia mengambil deposit para pelabur baru untuk membayar pulangan pelabur lama dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu meneruskan operasinya.

 Menurutnya, BNM juga mendapati syarikat itu pada awalnya memang menjalankan urus niaga penjualan emas bagi menarik minat para pelabur, tetapi kemudiannya bertukar kepada hanya mengambil deposit dan jongkong emas yang sepatutnya diserahkan kepada pelanggan tergendala serta lambat.

 Oleh itu, beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia adalah sama seperti skim cepat kaya yang tidak sah dan skandal dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan Pas Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT). “

Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti. “Jadi bagaimana Genneva mahu bayar apabila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan puluhan juta ringgit," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

 Pada awal bulan ini, BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu syarikat Genneva di ibu kota setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis.

 Ekoran itu, pihak berkuasa tersebut juga melakukan serbuan ke atas syarikat pelaburan jongkong emas Pageantry Gold Bhd., Caesar Gold Sdn. Bhd. dan Worldwide Far East Bhd. atas dakwaan mengambil deposit haram dan melakukan pengubahan wang haram.

 Awang Adek menambah, BNM masih meneliti tindakan sewajarnya ke atas Genneva Malaysia namun bank pusat itu tidak mungkin dapat membayar nilai pelaburan kepada para pelanggan syarikat itu.


Komen GPB 

Nak cepat kaya sangat melalui jalan mudah ,  ..sekarang lihat lah dah kena tipu .

Duit pelaburan confirm dah hangus ..ingat Bank Negara nak bayar balik  ke duit kepada pelabur ???hahaha...

Masa awal-awal penubuhan , semuanya nampak ok ..tapi bila dah lama rupanya  mereka berniaga dengan  ambil wang pendeposit baru dan bayar balik kepada pulangan pelabur lama..

default

PR panas telinga skandal lembu KCB didedahkan Dewan Rakyat !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sikap dwistandard pembangkang yang hanya gemar mencari salah kerajaan tetapi menutup mata jika sesuatu skandal itu melibatkan mereka walaupun ia melibatkan wang rakyat, terbukti semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

 Malah pemimpin-pemimpin pembangkang juga mula memperlihatkan reaksi tidak selesa apabila kelemahan mereka 'dilondehkan' wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sedangkan selama ini pakatan itu mendabik dada kononnya telus dan berakauntabiliti.

 Semuanya bermula apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mempersoal mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes National Feedlot Corporation (NFC). 

Sedangkan jelas beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan. 

 "Isu penternakan lembu bernilai RM1 juta yang dilaksanakan KCB yang dibangkitkan dalam laporan audit cuba ditutup oleh pembangkang apabila kita lihat tiada seorang pemimpin mereka membangkitkan isu ini sedangkan ia hampir sama dengan kes NFC.

 "RM1 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet kerajaan negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet kerajaan Pusat.

 "Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah tapi mengapa pemimpin pembangkang tidak timbul isu ini, mengapa dwistandard," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang).

 Mengulas mengenai persoalan tersebut, Hamim berkata, satu sidang media akan diadakan esok selepas mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bagi membincangkan perkara itu.

 "Cuma saya nak jelaskan di sini, saya setuju dengan Kota Belud. Pembangkang jelas sekali dwistandard apabila skandal itu membabitkan mereka. Sepatutnya kalau nak tegur, tegurlah semua, jangan main pilih bulu. Kalau tak betul, cakap tak betul," katanya.

 Kurang selesa apabila sikap pembangkang dilondehkan, Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangun mencelah dengan bertanya, kalau skandal, siapa isteri atau suami kepada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang terbabit dalam projek penternakan itu.

 Tindakannya itu kemudian dibidas Abdul Rahman apabila dengan tegas beliau berkata, siapa pun yang terlibat, kecil atau besar nilai skandal tersebut, apa yang pasti ia melibatkan wang rakyat dan kerugian sudah pun berlaku.

default

Peminat Ostazah Ebby persenda agama di twitter !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Taksub sungguh pencacai Pakatan ini terhadap Ostazah Ebby sampai follow twitter pun wajib kerana Allah. Kalau nak berjenaka pun , jangan lah babitkan hingga soal  agama.  Ada batasan juga kalau nak melawak pun .

Harap Ostazah  Ebby nasihatkan sikit pencacai  tegarnya ini agar jangan jadi taksub sangat ..Salah sama sekali ,  itu sifat hakiki puak Syiah ......

default

Kenyataan paling lawak Hadi tentang kerjasama DAP!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam. Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

 Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

 "Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Pas. 

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi dalam pandangan panjang lebar dikeluarkan hari ini, yang antara lain menyentuh isu hudud.

Komen GPB

DAP  boleh terima kedudukan agama Islam dalam perlembagaan ke ? Kalau betul DAP dah faham konsep itu , kenapa mereka masih lagi mahu Malaysia digelar Negara Sekular  ??

Mengapa DAP menyokong murtad dikalangan umat Islam mualaf ketika 1992 berusia 18 tahun  ?

Ini yang PAS kata dah ada titik persamaan....hahaha...BANGANG !!

default

Awas !! Hisap Shisha membahayakan kesihatan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengharamkan penggunaan shisha yang didakwa semakin menular dalam kalangan masyarakat terutama remaja negara ini. Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, gejala menghisap shisha kian menular di Malaysia berikutan kewujudan banyak premis yang menyediakan kemudahan menghisap shisha yang menjejaskan kesihatan orang ramai itu. 

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Langkah perlu diambil memandangkan menghisap shisha merbahayakan kesihatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

 S.M. Mohamed berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan kerana penghisap shisha menyedut asap 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter asap.

 Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

 Tambahnya, penghisap shisha boleh mengalami ketagihan dan penggunaan arang dalam peralatannya boleh meningkatkan masalah paru-paru dan seterusnya memudaratkan kesihatan penggguna dalam jangka masa penjang.

default

Ostazah Abby patut sertai kelas agama disertai Heliza

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi mengalu-alukan pembabitan lebih ramai rakan artis untuk menghadiri kelas bimbingan agama Islam iaitu Usrah Fitrah yang dikhususkan untuk seluruh penggiat seni tanah air. Heliza, 26, berkata, sambutan daripada lebih 30 penggiat seni termasuk golongan artis setakat ini menunjukkan perkembangan yang baik terhadap projek cetusan Rusydi Ramli Al Jauhari itu.

 “Alhamdulillah, projek Usrah Fitrah ini mendapat sambutan yang baik daripada warga seni sejak beberapa bulan lalu namun saya mengalu-alukan lebih ramai penggiat khususnya rakan artis turut serta dalam kelas tersebut.

 “Kelas agama itu meliputi pembelajaran segenap aspek iaitu al-Quran dan tajwid, fiqah, aqidah, hadis dan motivasi diri. Ia memang bagus dan istimewa kerana bukan sahaja memberikan ilmu tetapi dicetuskan khusus untuk membimbing warga seni tanah air,” katanya ketika ditemui mStar Online.

 Finalis Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu berkata demikian selepas pelancaran bukunya yang berjudul Diari Heliza Helmi dan pengumuman sebagai duta minuman ice blended Coolblog, di sebuah hotel di sini, pada Isnin. Usrah Fitrah yang dianjurkan oleh Fine Academy Sdn Bhd dan Must Read Sdn Bhd itu terbuka kepada warga industri hiburan termasuk pelakon, penyanyi, wartawan, penggiat seni fesyen, penulis dan pemuzik.


Seramai tujuh ustaz bertauliah iaitu Rusydi Ramli Al Jauhari, Shahrizan Daud At Turabi, Ghazali Ibrahim, Syed Norhisham Tuan Padang Al Idurs, Amin Idris, Tuan Fazrul, Zul Ramli dan Halim Hafiz akan bertanggungjawab membimbing para peserta pada setiap minggu. Antara rakan artis yang aktif adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Diana Amir, Noryn Aziz, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Salima AF, Enot dan personaliti TV3, Teh Syuhada.

 Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berkata, pembabitan dalam kelas tersebut sejak setahun lalu membuatkan dia semakin seronok untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan yang baru. 

“Saya anggap pembabitan dalam Usrah Fitrah ini bukan hanya menambahkan ilmu agama, malah memberikan saya input berguna yang boleh digunakan ketika saya memberikan ceramah dan taklimat motivasi. “Kebetulan pula, pada waktu ini saya semakin aktif memenuhi undangan untuk memberikan ceramah motivasi di merata tempat, ia menjadikan saya semakin teruja untuk terus belajar pelbagai ilmu dan perkara,” katanya.

default

Kerajaan Pakatan Selangor dilabel anti Hindu oleh bekas pemimpin PKR !!

on Monday, October 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ahli parlimen (MP) bebas N. Gobalakrishnan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai anti-Hindu kerana meluluskan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran dengan tempat beribadat penganut Hindu di Batu Caves.

 Dalam sidang media di Parlimen pagi tadi, MP Padang Serai tersebut berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu. Gobalakrishnan berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri Sri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu.

 “Dr Xavier berkata tempoh hari bahawa kerajaan negeri tidak boleh ‘give in’ terhadap permintaan pihak kuil yang membantah projek tersebut.

Apakah maksud Xavier untuk berkata begitu? Adakah ini bermaksud yang beliau mementingkan hal-hal lain daripada kepentingan rakyat yang patut didahulukan?,” kata Gobalakrishnan.

 Gobalakrishnan juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang tidak melantik ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) dikalangan mereka yang menganut agama Hindu. “Jika terdapat exco beragama Hindu pastinya projek ini akan dihalang.

Sememangnya penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua umum PKR adalah anti-Hindu,” tambah beliau lagi. Sabtu lalu, exco negeri Selangor Ronnie Liu telah mendedahkan mendedahkan dokumen lengkap “Kebenaran Merancang” yang diluluskan pada 30 November 2007 selepas persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

 Ronnie juga menuduh pemimpin Gerakan, senator A. Kohilan Pillay semalam sebagai satu pembohongan kerana menafikan “Kebenaran Merancang” adalah kelulusan kepada pemaju untuk laksanakan pembangunan. Ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

 Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi semalam. Dalam himpunan sama, Kohilan bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan Pakatan Rakyat sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

 Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor





***    Kalau di Penang , kerajaan DAP dilabel  anti Islam kerana  sanggup jual tapak masjid Bayan Mutiara kepada pemaju . di Selangor  pulak kerajaan PKR pulak dilabel anti Hindu ...


default

PANAS ! BN juga ada dokumen rahsia Pakatan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa parti itu sudah mengetahui calon-calon yang akan dinamakan oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13). 

Malah ujar beliau,"tiap-tiap dokumen mereka pun kita ada.” “Siapa calon mereka pun kita tahu, tapi kita diam sahaja lah. “Hari ini baru saya sebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menerima penyerahan buku 100 Wira Negara daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak).

 Tengku Adnan berkata demikian apabila diajukan soalan berhubung satu dokumen Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlepas ke tangan komponen PR Pulau Pinang.

 “Kita juga ada dokumen daripada puak pembangkang. Tapi kita tidak buat bising tak macam mereka. Mereka buat bising. “Kalau ada mereka akan cerita, kita pun tahu apa yang ia (pembangkang) laksanakan tetapi kita diam sahaja,” kata Tengku Adnan.

 Menurut Tengku Adnan lagi, dokumen yang didakwa bocor itu hanya mengandungi butiran tentang kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum.

 Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar barisan kepimpinan di semua peringkat agar menyimpan dengan sebaiknya dokumen yang diberikan dan menganggapnya rahsia supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

 “Saya sudah tulis surat kepada 13 parti komponen Barisan Nasional supaya mereka berhati-hati dan anggap setiap dokumen yang diedarkan sebagai rahsia,” ujar Tengku Adnan lagi. Menurut beliau, siasatan kini sedang dilakukan untuk mengesan bagaimana kebocoran dokumen itu boleh berlaku dan akan menyerahkan kepada presiden parti untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya nama individu terbabit sudah diperoleh kelak.

 “Barangkali ini dia terletak di merata-rata, barangkali beliau tidak berniat, dalam pejabat itu, rambut sama hitam, hati lain-lain,” ujar beliauyang juga Setiausaha Agung BN.

 “Barangkali pada dia ini bukan dokumen rahsia sebab kita tidak cop rahsia, tetapi yang pembangkang, dia cop rahsia pun kita ada,” katanya disambut gelak tawa wakil media.

default

Pembohongan cerita Isteri muda tendang Ketua Menteri Sarawak !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Rupanya portal pro pembangkang di Sarawak iaitu Sarawak Report hanya lah pemungut sampah PKR untuk membuat cerita pembohongan mengenai Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud kononnya ditendang dikhalayak ramai oleh  isterinya Puna Sri Ragad .

Lihat laporan di bawah ini :



default

Kerajaan Pusat baru saya bentuk nanti tak ada rasuah - Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Anwar bercakap seperti rakyat ini bodoh .. kononya kerajaan PR paling bersih dalam dunia ini jika membentuk kerajaan Pusat.  Walhal bekas Naib Pengerusi DAP , Tunku Aziz sendiri mengaku dalam parti DAP  itu cukup teruk mengamalkan rasuah



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.

Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.

“Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.



Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat 

 Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rasuah adalah amalan yang diamalkan di dalam parti itu sedangkan pemimpin DAP sendiri asyik memperjuangkan anti rasuah.

 "Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR)”.

 "Perhimpunan BERSIH itu bagus tetapi apabila mereka melanggar undang-undang, itu yang buat saya tidak bersetuju,"

 "Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja”

 "Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat. Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,"

 Tunku Aziz juga turut mendedahkan perkara yang memang diketahui ramai iaitu Kit Siang menjadikan parti itu sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam pentadbiran parti itu.

 Hakikat setakat ini ialah Tunku Aziz bukanlah ahli politik Umno, tetapi pegangan beliau ketika ini ialah memberi sokongan kepada transformasi yang dibawa oleh Najib.

 "Paling penting bagi ketika ini, adalah untuk menyedarkan rakyat terutamanya tentang keperluan mengundi dengan bijak, berdasarkan pertimbangan paling wajar.

Ini kerana, peluang mengundi hanya diperoleh setiap lima tahun.” "Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang,"

default

Misteri siapa yang mati kemalangan di Jambatan P.Pinang ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Bila orang dakwa anda dah mati di akhbar  , anda mesti terkejut giler punya. Itulah  yang terjadi kepada Sdr Sadisafizan Said yang didakwa mati dalam kemalangan maut di Jambatan Kedua P.Pinang kelmarin  bersama 3 orang  lagi mangsa  .

Polis yang membuat laporan sudah tentunya akan berpandukan maklumat mangsa ( No IC ,lesen memandu dll )  .Adakah  mangsa nahas ini warga asing yang  memalsukan identiti mengunakan Sadisafizan ??

 Pihak Polis harus menjelaskan perkara sebenar mengenai kekeliruan identiti ini .








Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.” Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

 Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.

 Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.

default

DAP pulak guna treler merah untuk tipu rakyat !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Selepas jet & bas digunakan PKR untuk kempen mereka menjatuhkan kerajaan BN, terbaru DAP pulak gunakan treler merah yang dilancarkan Ah Beng semalam .

Walaupun mereka sering menuduh kerajaan sedia ada zalim kononnya menyekat aktiviti mereka , tapi lihat lah tak cukup dengan ceramah  siang malam ..digunakan pulak treler pulak untuk menambah lagi penipuan dan janji palsu kepada rakyat n ..

Treler merah DAP  dipercayai akan digunakan sebagai jadi pentas ceramah mudah alih, sama seperti bas PKR.

Menariknya di sini, lepas PKR & DAP lancar bas & treler untuk kegunaan kempen mereka  ...PAS pulak nak lancar apa ??






default

Anwar restu Khalid tanding 2 kerusi di PRU 13 . ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Sudah 2  pemimpin  kes terkecuali dalam Pakatan yang mana mereka dibenarkan bertanding 2 kerusi di PRU 13 akan datang . Mereka ialah Guan Eng & Khalid Gagap .

Ini membuktikan Pakatan ketandusan pemimpin untuk diletakkan sebagai calon sampai perlu 2 kerusi untuk ditandingi .  Kerusi DUN pun nak , kerusi Parlimen pun nak ...memang dah  gila kuasa betul .

Yang menjadi mangsa nanti  ialah pengundi selepas mereka menang. Mampu mereka menjaga kebajikan rakyat di dua kerusi dalam satu masa .


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum akan datang. 

Anwar dipetik portal berita Media Selangorku berkata, beliau yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kecekapan dan ketokohan Abdul Khalid serta prestasi memberangsangkan dalam mentadbir Negeri Selangor. 

 Katanya, beliau yakin anggota tentera di Bandar Tun Razak turut juga akan memberikan sokongan dan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

 “Saya mahu isytihar hari ini (semalam) Parlimen Bandar Tun Razak bagi pihak Pakatan Rakyat, saya masih mencadangkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai calonnya.

 “Dan, saya harap saudara-saudara sekalian memberikan sokongan yang lebih kuatnya kepadanya,” katanya ketika berceramah dalam program Jelajah Rakyat di Sungai Besi, semalam.

default

PANAS ! Lautan manusia hadir jelajah Anwar di Bandar Tasik Selatan, Cheras & Klang Lama

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Hahahaha....Tengok gambar-gambar ni dan kemudian baca laporan yang dibuat oleh blogger penjilat jubur Anwar...


Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa khas Khalid.


"Dianggarkan 1000 orang yang hadir untuk menyambut ketibaan Raja Porno Malaysia..." Pening juga EP nak mengira orang-orang dalam gambar ni...Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama ada ilmu GHAIB ke??...


Tipu jumlah orang yang hadir untuk menyambut Anwar satu hal...Yang menariknya puak-puak ni cuba nak bandingkan sambutan yang diterima oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa melawat kawasan itu dengan sambutan yang diterima Anwar...Gila ke apa...

Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar tadi.

Apa..tak dapat sambutan semeriah Anwar...Hahahaha..buta ke apa puak-puak ni..Cuba tengok gambar sambutan rakyat yang diterima oleh TPM dan kemudian bandingkan dengan gambar diatas...






sumber : Empayar Pemuda 

default

ATM pantau isu rakyat Malaysia jadi pengganas militan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menolak kemungkinan sebilangan rakyat Malaysia yang direkrut oleh gerakan militan antarabangsa Al-Qaeda menerima latihan di sebuah negara jiran.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa gerakan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda beroperasi di negara jiran itu, merupakan salah satu faktor ada segelintir rakyat Malaysia yang direkrut di negara itu.

 "Kita tidak boleh menyangkal perkara ini, mungkin mereka dilatih di sebuah negara jiran sebelum menyertai kumpulan militan dan kemungkinan juga mereka dilatih di negara kita... perkara ini kita perlu lakukan siasatan dan kita tidak boleh ramal terlalu awal," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

 Beliau mengulas laporan Bernama mengenai penahanan dua rakyat Malaysia, berusia 21 dan 28 tahun, oleh pihak berkuasa Lubnan dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda oleh pihak berkuasa Lubnan.

 Zulkifeli berkata kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau aktiviti serta gerakan di Malaysia telah diwujudkan sebelum ini dan ia akan dipertingkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

 "Kita sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam perkongsian maklumat risikan dan keselamatan mengenai pergerakan militan di negara kita. Pemantauan ini perlu dipertingkat selepas perkara ini (penahanan dua rakyat Malaysia)," katanya.

 Bagaimanapun Zulkifeli berkata, pemantauan pergerakan militan itu adalah di dalam bidang kuasa polis dan tentera sentiasa membantu dalam menyediakan maklumat risikan dalam negara.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berkata, satu laporan lengkap oleh pihak berkuasa Lubnan dan pihak kedutaan Malaysia di Lubnan sedang ditunggu oleh pihak polis bagi mengetahui punca sebenar penahanan dua lelaki berkenaan.

 "Kita sedang tunggu satu laporan lengkap dari pihak berkuasa Lubnan bagi membolehkan kita menyiasat dan memantau pergerakan militan membabitkan rakyat Malaysia," katanya.

 Menurut sumber polis Interpol, kedua lelaki itu dipercayai mendapat latihan daripada seorang lagi rakyat Malaysia, Mustapha Mansour di negara ini pada 2007 untuk dilatih oleh kumpulan militan Al-Qaeda. - Bernama

default

Gambar anak Datuk bakal isteri Hairie Othman??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ini kisah Hairie Othman dan bukan berkaitan aktiviti aktif beliau dalam politk dan parti pembangkang buat pertama kali sejak beberapa bulan ini. Apa khabar Abby Abadi?

 Heh. Satu laporan di akhbar harian Kosmo! semalam menulis yang Hairie Othman bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan kad jemputan sudah pun mula di’edarkan.

 Pelakon dan kini bergelar aktivis politik berstatus duda ini telah memilih Dahlia Diana yang merupakan anak perempuan kepada seorang kenamaan bergelar Datuk.

 Dalam laporan tersebut, tidak pula di’nyatakan bilakah tarikh pasangan ini bakal di’satukan tetapi resepsi mereka bakal berlangsung di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.

 Jika benar Dahlia Diana yang sama pernah kami lihat, Beautiful Nara pernah berkongsikan gambar pasangan ini sekitar 2010 & secara teori, sudah lebih dua tahun mereka bercinta.- ROTIKAYA

default

Kuala Lumpur tersenarai 27 bandar utama dunia !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nama Kuala Lumpur terus terkenal di mata dunia apabila terpilih antara 27 kota raya dunia yang penting dalam kaji selidik perkembangan ekonomi " Cities Of Opportunity " yan dijalankan firma audit terkemuka dengan Partneship Bandaraya New York .Manakala di benua Asia , Kuala Lumpur diletakkan dalam 10 bandar utama dalam kaji selidik itu

Ini semua hasil daripada usaha pembangunan & tadbir urus ekonomi yang baik oleh Kerajaan BN sedia ada sekarang .  Tahniah MALAYSIA !!

Senarai 27 bandar terpilih 

- Abu Dhabi
- Beijing
- Berlin
- Buenos Aires
- Chicago
- Hong Kong
- Istanbul
- Johanesburg
- KUALA LUMPUR 
- London
- Los Angeles
- Madrid
- Mexico City
- Moscow
- Milan
- Mumbai
- New York
- Paris
- San Francisco
- Sao Paulo
- Shanghai
- Singapura
- Stockholm
- Sydney
- Tokyo
- Toronto

default

Pemimpin PAS kata rumah urut haram boleh dijadikan halal !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Rumah urut haram boleh dijadikan halal ?? Mudah je mohon lesen ...itu kata ostat PAS ye bukan pemimpin UMNO . Sepatutnya diharamkan je rumah urut ini tapi memandangkan boleh masyuk cukai dll , depa kata boleh jadi halal dengan cara mohon lesen ..

Patut la di negeri selangor banyak rumah urut sebab halal di mata kerajaan negeri ....


default

Cerita sebenar Guan Eng dipenjara pasal bela Melayu dibongkarkan !!

on Sunday, October 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Hari ini dalam rencana Berita Harian 28 Oktober , Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim telah ditemubual  oleh wartawan mengenai pandangannya terhadap kecenderungan Melayu menyokong DAP .


Sejauh manakah kebenaran orang Melayu sudah muka dengan DAP yang disebut PM  ?


Tunku Abdul Aziz :  Ya, apa yang PM kata itu betul , sebenarnya orang Melayu memang dari dulu tidak percaya DAP . Tetapi mungkin disebabkan terpesona dengan manifesto dan harapan yang ditawarkan DAP kononnya lebih demokratik dan pelbagai bangsa , ada Melayu yang menyokong . Namun sekarang mereka sudah lebih terbuka.

Mereka ( orang Melayu ) sudah nampak belang sebenar DAP apabila memerintah P.Pinang dan dasar yang diterapkan di negeri yang pembangkang memerintah . Kalau kita kaji betul-betul , DAP tidak boleh dipercayai untuk membela dan menjaga kepentingan Melayu mereka kata akan bantu .

Dalam tempoh 4 tahun lebih ini mereka memerintah , apa yang DAP buat untuk bela dan jaga kepentingan Melayu ? Mereka hanay pandai cakap saja tetapi tidak ada bukti yang dapat kita tengok apa yang mereka lakukan khasnya kepada orang Melayu .



Saya kesal apabila Guan Eng hendak menarik sokongan Melayu , beliau menjaja cerita kepada umum beliau dipenjara selama 18 bulan kerana hendak membela perempuan Melayu bawa kononnya ada kaitan dengan pemimpin UMNO. 

Hakikatnya , Guan Eng dipenjara kerana dia melanggar peraturan mahakamah bukan kerana pasal remaja perempuan terbabit . 


Maka dalam hal ini , orang Melayu perlu tengok dan kaji dulu apa perancangan DAP kalau parti itu betul-betul mahu menjaga kepentingan orang Melayu . Tengok kembali rekod DAP , kaji semula sejarah dan perjuangan asal DAP khasnya selepas Singapura keluar dari Malaysia .



default

Kenyataan paling bangang Mat Sabu pasal MP Melayu Pakatan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Satu kenyataan paling bodoh oleh Mat Sabu ..kalau dengan pencacai hamPAS boleh la dia buat jenaka ceramah  . Tapi kalau  setakat beri contoh 2,3 ekor MP Melayu Pakatan yang menang , sapa pun boleh temberang ..hahaha..

Hakikatnya yang Mat Sabu sembunyikan ialah  kalau ada pun wakil Melayu Pakatan dalam kerajaan Pakatan , mereka hanya lah tukang sorak kepada DAP & diam bila sebut pasal soal Melayu .

Terbukti di P.Pinang sendiri di mana Mansor sendiri akui Guan Eng adalah sombong & angkuh dalam kerajaan DAP .  Itu pun beliau hanya berani bercakap dibelakang bukan di depan tokong DAP ini .

Malah Salleh Man selaku wakil tunggal PAS dalam DUN pun  tak diberi jawatan Exco hanya bergelar YDP MAIPP.



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

 Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN. 

 Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. 

Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti. Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN. Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. 

Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN."

 Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.

 “Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen?

 Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan. 

 "Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya. Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas. 

 "Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia”' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam. Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand. 

Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya,” katanya.

default

Guan Eng dibenar bertanding 2 kerusi bukti kuasa dinasti Lim

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pengerusi DAP, Karpal Singh  menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

 Beliau berkata dalam mesyuaratnya, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes 'terkecuali', seseorang anggota parti itu dibenar menyandang dua kerusi (kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen).

 Karpal Singh berkata, beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu.

 "Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja.

 "Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA Beliau bagaimanapun berkata, terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon.

 Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri, P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow.

 Karpal Singh berkata, langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini. - BERNAMA


default

PANAS ! Kantoinya penipuan pencacai PKR pasal kain rentang dikoyakkan ! ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bila membaca berita dari parti kencing rakyat ini , sebanyak 18 buah kain rentang Jelajah Anwar di Sg Besi dikoyakkan oleh samseng UMNO , tapi mengapa satu gambar kain rentang je yang ditunjukkan ??

Di mana lagi 17 kain rentang kononnya dirosakkan   wahai pencacai Anwar ??? Tak kan korang gantung satu je kot sambut pemimpin agung anda yang baru turn  dari Jet ni ??



Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi.

Entah depa  sendiri yang koyakkan , lepas itu tuduh ini kerja samseng UMNO .. biasa la nak tunjuk UMNO jahat dan cuba sabotaj jelajah diktator  Anwar .


walaupun Anwar datang dengan jet peribadi ..tapi nampaknya 
rakyat tak perdulikan..

default

PANAS !! Puluhan ribu hadir ceramah DAP di Kuala Langat !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Di kala umat islam menyambut Aidiladha, mengerjakan ibadah qurban serta bertakbir memuji kebesaran ilahi, semua ini langsung tak dihiraukan oleh puak pakatan terutamanya DAP Laknatullah untuk terus adakan majlis menabur fitnah dan menghasut/mengadu domba rakyat untuk membenci kerajaan UMNO Barisan Nasional.


Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perancangan DIA adalah yang terbaik.
Malang sekali, Rakyat tak turun hadir pun untuk mendengar pembohongan mereka. Dari lebih 1,000 kerusi yang disusun, tak sampai 10% pun yang dipenuhi.

Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani yang turut hadir bagi menyampaikan ceramah di majlis anjuran DAP ini tidak mampu menarik warga Kuala langat untuk hadir ke majlis ceramah tersebut.
Adakah ini satu manifestasi penolakan rakyat Kuala Langat dan Selangor amnya terhadap pakatun rakyat yang jelas gagal dalam mentadbir Selangor?

Adakah ini petanda rakyat beralih angin untuk menukar wakil di Kuala langat dan Selangor kepada UMNO Barisan nasional? Mungkin ini petanda jelas rakyat kaum Tionghua turut dah sedar permainan politik murahan pakatan haram di Selangor yang jelas banyak aspek mengabaikan mereka terutamanya dari segi pengurusan sampah dan bekalan air?
Jgn cakap gambar sebelum atau selepas ceramah, tu yang tercongok beridir berceramah tu siapa?

ksong,kosong,kosong
Sumber : http://semaremas.blogspot.com/2012/10/malunya-pakatam-ahzab-bila-rakyat-desak.html

default

PANAS ! Hairie Othman bakal kahwin anak datuk !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




DIVA tak nak sentuh bab ideologi politik atau semangat juang pelakon popular Hairie Othman yang kini semakin jelas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Diva cuma terpanggil nak kongsi perihal Hairie memandangkan dia masih artis yang dikenali umum. Dalam sibuk berceramah, Diva dapat tahu bahawa Hairie yang berstatus duda itu akan naik pelamin tak lama lagi.

 Wah, hebat juga penangan Hairie ya! Sumber yang siap tunjuk kad undangan kahwin Hairie itu bagi tahu Diva, katanya Hairie dan bakal isterinya bukan main berseri-seri lagi, macam pinang dibelah dua. Pilihan pelakon yang terkenal dengan filem Leftenan Adnan kali ini dengarnya anak datuk lagi.

 Lihat daripada nama Dahlia Diana yang tertera atas kad, Diva percaya, wanita itu pasti cantik molek. Diva tak nak cakap pasal tarikh nikah mereka, tapi majlis resepsi Hairie dan Diana katanya akan dilangsungkan di Dewan Semarak Kayangan Felda, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

sumber 

** Selamat Pengantin Baru Hairie , bertemu jodoh selepas sertai PAS ...lepas ini giliran Ostazah  Abby pulak kot ..haha

default

Penyampai radio cun terima surat lucah ajak seks !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dilaporkan menerima sepucuk surat lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali. Berita ini telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi. Selain menerima surat lucah, anak kelahiran Johor Bahru ini turut menerima gangguan seksual daripada individu tersebut.

 Malah, pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

 Sungguhpun tatkala ini pihak murai.com.my masih belum dapat menghubunginya, tetapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri. Malah, ramai kenalan dan peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dalam kadar segera.


 Berikut adalah status Facebook yang ditulis Feeya:

 Kali ni saya x kan berdiam.kau berani sgt antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya.sebelum ni kau penah buat tapi aku diam.tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!!

sumber : murai.com


default

PANAS ! Lagi gambar darah korban di tapak masjid Bayan Mutiara !!!

on Saturday, October 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Malam ini GPB paparkan gambar sepenuhnya korban Bayan Mutiara pagi tadi di tapak asal untuk membina masjid yang dikhaskan oleh kerajaan BN dahulu tapi kini sudah tergadai di tangan Lim Guan Eng .

Sepatutnya tanah ini adalah untuk hak umat Islam kerana ia bakal didirikan sebuah masjid untuk kegunaan anak kariah di situ . Tapi ia telah dirampas oleh Kerajaan DAP yang menjual tanah berkenaan kepada syarikat pemaju .




Jika terbinanya sebuah masjid di tapak tanah ini, maka di sini lah tempat sembelih lembu korban di Hari Raya Aidiladha .  Hari ini sebagai tanda simbolik bantahan anak kariah di sini , diadakan korban di tapak asal masjid ini .









Darah korban Bayan Mutiara mengalir di tapak masjid yang dikorban 
DAP kepada syarikat kroni ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.