..

..
Archive for September 2012

default

Lajim bodek kuat, beli surat cinta Anwar RM 50 ribu !

on Sunday, September 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat ‘cinta’ yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.

 Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin. Antara kandungan surat cinta itu bertulis supaya Wan Azizah berhati-hati dalam memberikan makanan kepada Anwar dan menjaga anak-anak mereka.

 “Saya dah beri banyak barang untuk dilelong pada malam ini. Tetapi bila ditanya apakah benda paling berharga atau apa-apa yang dari penjara, lalu saya terfikirkan surat ini. “Minta maaf jika saya menangis. Tetapi semasa saya tengok surat ini pun saya sudah menangis.

Surat ini Anwar beri secara sembunyi dengan meletakkan di fail dokumen peguam,” kata Wan Azizah sebelum membacakan surat tersebut.KLIK DI SINI

default

PANAS ! Pakej gadis Butterfly di pusat karaoke Selangor !!

on Thursday, September 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




– Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej ‘butterfly’ atau ‘booking’ terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di sini. Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu. Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej ‘butterfly’ di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit.

 Gadis ‘butterfly’ itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir. Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej ‘booking’ yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan.

 Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hasan berkata, premis terbabit pernah beberapa kali diserbu sebelum ini. Beliau berkata, kali terakhir premis diserbu pada 12 dan 14 September lalu masing-masing oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

 Katanya, selepas pemilik pertama menghentikan operasi sejak lapan bulan lalu, pemilik kedua dikatakan kembali mengaktifkan operasi perniagaan haram itu sekali lagi.

 Menurutnya, berdasarkan aduan orang ramai, pihaknya melakukan pemantauan dan mendapati ia dibuka semula selepas dua kali diserbu. “Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit.

 “Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang ‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya. Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bi

lik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka. “Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.

default

Soros taja Malaysiakini, Sivarasa pulak pemegang saham ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

 Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

 Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

 Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

default

Blogger pencacai Pakatan stim tengok nenek tua berkemban !!

on Wednesday, September 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau bab lucah ini , blogger pencacai PAS & Anwar ini memang expert . Sampai gambar MB Perak menziarahi warga emas pun dibikin cerita lucah & fitnah Zambry menganiayai warga emas.

Mata depa ini memang tajam sekali terutama  dalam bab skodeng  body perempuan ..tak kira la warga emas ,bini orang atau anak dara ...




blogger pemuja Anwar tu fitnah pulak Menteri Besar Perak kononnya Zambry melakukan kelucahan dan menganiaya seorang nenek yang separuh bogel.. (baca sini) Ishhh..., biasalah sorang tua macam tu berkemban je dirumah.. Takkan lah aurat nenek yang dah berumur dekat 90 tahun tu pun boleh buat puak-puak Pas naik nafsu..? Kalau macam tu, susahlahhh.. 

Nafsu babi namanya tu beb.. Gua rasa lah kann.., dalam otak semua gerombolan Pakatan laknatullah tu mesti asyik fikirkan seks je 24jam.. 

Pantang tengok pompuan terdedah sikit, terus keras burung punai dorang semua.. Tengok orang tua cium cucu pun dorang stim.., tengok orang muda bertanya khabar seorang nenek pun dorang naik nafsu.. 

Apa lah punya jenis manusia puak-puak tu kann.. Patutlah dalam HaraMkah tu asyik jual ubat kuat batin je manjang.. Gila seks rupanya semua pencacai-pencacai Pok Nik tu. -MPP ONLINE-

default

Wartawan dedah 3 wajah Guan Eng dengan media untuk satu hari !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hari sama, tempat pun sama tetapi ada tiga karektor menarik babitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Parlimen, Selasa. Maklumlah, Setiausaha Agung DAP itu jadi tumpuan media yang bertugas di Dewan Rakyat untuk follow up kisah beliau kena balun dengan timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman yang menuduh Guan Eng seorang yang hentam beliau.

 Rakaman audio itu yang didakwa dibuat pada satu mesyuarat PKR di Pulau Pinang pada 19 Mac tahun ini disiarkan dalam slot Buletin Utama di TV3 Isnin malam jelas kedengaran perkataan "sombong", "angkuh" dan 'tokong".

 Bukan itu sahaja, pendedahan rakaman suara hasil mesyuarat itu juga mendedahkan parti itu tidak mahu bagi peluang DAP menang mudah untuk bentuk kerajaan negeri dikuasai DAP tanpa bantuan PKR mahupun PAS. Bila diminta komen pasal pendedahan rakaman suara Mansor berhubung isu itu, Guan Eng ‘kelam kabut’ cuba elak soalan wartawan dan meluru keluar dari lobi parlimen.

 Senang cakap beliau tidak mahu ulas isu itu kerana katanya dah jawab sebelum ini dan tidak ada apa nak cakap lagi. Akhirnya beliau cuba salahkan wartawan pula yang tidak habis-habis mahu beliau komen isu itu. Kononnya desakan menjawab soalan itu tidak adil kepada beliau.

 Itu yang pertama tetapi yang kedua lain pulak bila Guan Eng diminta ulas gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam sidang media pada sebelah pagi supaya beliau memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud. Tengok sajalah gambarnya disiarkan televisyen jawab isu itu penuh dengan senyum lebar.

 Kalau nak jawab isu kena balun dengan Mansor, beliau buat ‘muka penat’ tetapi bila nak jawab pasal Ustaz Nasha, ahli parlimen Bagan itu siap tuduh Nasharuddin bersikap seperti ejen UMNO apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud. Baginya, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS .

 "Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula. "Mengapa sekarang (bila) tak jadi presiden PAS timbul masalah?," kata Guan Eng.

 Sebaliknya, beliau pula mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari UMNO berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud. Karektor ketiga Guan Eng masa bangkit membahaskan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi mengecam dan mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.

 Guan Eng berdiri dan hanya tunduk baca usul tunjuk sopan malah suaranya lemah lembut. Senang cakap, macam tidak ada apa-apa kesalahan dilakukan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang tweet perlekeh orang Islam yang berdemonstrasi bantah filem dan kartun yang hina Islam itu sebagai buang masa dan tenaga.

 Beliau siap kecam penerbitan filem itu tetapi peliknya bila minta umat Islam tidak memanjangkan perkara itu. Apa maksud beliau?

 Guan Eng sendiri kata, hari ini umat Islam diperlakukan macam tu, esok lusa mungkin agama lain pula. Bagus ayat dan kata-katanya mungkin nak tunjuk tepat gelaran Khalifah Umar Abbul Aziz yang diberikan PAS kepada beliau. Mungkin juga beliau takut ada ahli parlimen BN bangun mencelah dan balun pasal Ngeh tetapi beliau nasib baik kerana tidak ada yang berbuat demikian kerana khabarnya hendak tunjuk parlimen Malaysia sepakat kutuk penerbitan filem dan kartun itu.

 Moral pada cerita di atas nampak sangat bahawa manusia boleh berubah-ubah bergantung pada keadaan dan masa.

 Bila hentam orang lain memang sedap tetapi bila kena batang hidung sendiri jenuh nak bersilat dan kung fu.


 Tidak perlulah Guan Eng nak elak jawab isu beliau dengan timbalannya kerana ahli parlimen bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada jawapan.

 Isu pokoknya kata Wee, kenapa rakaman itu didedahkan kepada orang ramai atau kepada media dan siapa mendedahkannya. “Perkara ini dah disahkan dengan rakaman. Tak kan nak tuduh orang lain pula, UMNO ke macam biasa mereka buat?

 Jangan nak marah orang. Ini semua (pakatan) hanya untuk politik bagi satu tujuan ke Putrajaya, bukan nak bela rakyat. Sebab tu mereka berebut kerusi dan kuasa,” tegas beliau. Wee menegaskan, rakyat boleh nilai sendiri isu rakaman dan apa diperkatakan Mansor mengenai sikap sebenar Guan Eng. -25/9/2012-AGENDA DAILY 

default

PANAS ! Akibat menghina Islam , rumah Gopinath telah diserang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Dikhabarkan rumah budak India yang menghina agama Islam itu telah diserang semalam  . Mujur lah pihak polis pantas datang & angkut pun dia untuk disoal siasat kerana menimbulkan ketegangan agama .

GPB pernah mendengar ceramah oleh pegawai tinggi polis di P.Pinang yang berkata  bahawa dalam isu-isu perkauman & agama  di  negara Malaysia seolah-olah  senipis kulit bawang . Contoh kes  budak India  ini sudah cukup membuktikan semua rakyat  di negara harus hormati sensitiviti agama dan kaum yang lain di Malaysia ini

pemohonan maaf  budak India  ini & dakwa akaum FB nya telah di hack ...

default

Malaysia bakal jadi pusat industri keretapi terbaru dunia !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pembinaan kompleks kilang dan penyelenggaraan kereta api oleh syarikat pengeluar lokomotif terbesar dunia, China South Locomotive & Rolling Stock Corporation Ltd. (CSR Corporation) di Batu Gajah, Perak mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama industri kereta api global.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kompleks CSR Rolling Stock Centre (M) Sdn. Bhd. bernilai RM400 juta itu juga membolehkan negara mengaut pelbagai peluang dalam industri berkenaan di luar negara. Menurutnya, ini kerana ruang serta peluang untuk negara mengembangkan sektor itu di Asia Tenggara dan negara-negara lain menerusi kompleks tersebut adalah amat luas.

 ''Untuk itu tiada alasan mengapa Malaysia bersama rakan kongsi berkelayakan tidak melihatnya sebagai satu peluang. Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapat permintaan untuk 250 unit kereta api dan lokomotif di Malaysia dan permintaan daripada ASEAN serta Timur Tengah dijangka mencecah 2,900 unit.



 ''Ia satu pasaran yang besar. Selain itu, sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kereta api juga memberikan peluang yang luas dan dijangka dalam tempoh lima tahun akan datang, dianggarkan 1,350 kereta api memerlukan khidmat MRO,'' katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Kementerian Pengangkutan dan CSR Corporation bagi mengadakan pengaturan menggalak dan mempromosi kerjasama teknikal dalam kejuruteraan serta teknologi kereta api di sini hari ini. Hadir sama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Duta China ke Malaysia, Chai Xi dan Timbalan Presiden Kumpulan CSR, Fu Jianguo.

 Kompleks CSR Rolling Stock Centre (M) Sdn. Bhd. di Batu Gajah itu akan berperanan dalam pengeluaran, kimpalan, pemasangan, ujian, pemeriksaan terperinci dan pembaharuan sistem kereta api termasuk lokomotif, transit aliran massa (MRT), koc tiga gerabak (EMU), transit aliran ringan (LRT) dan kelengkapan kereta api lain. Najib berkata, pembinaan kompleks kilang berkenaan jelas membuktikan industri kereta api di negara ini semakin berkembang pesat.

 Katanya, ia juga sebagai satu permulaan kepada era pembangunan pesat dalam industri berkenaan yang pasti akan membawa manfaat besar kepada pengguna perkhidmatan rel tanah air serta ekonomi negara.

 ''Minggu lalu, dalam konvensyen industri kereta api terbesar dunia, Innotrans yang diadakan di Berlin, Jerman, saya dimaklumkan bahawa pemain industri kereta api utama dunia menyifatkan Malaysia sebagai pusat industri kereta api terbaru dan berkembang kukuh berbanding negara-negara Asia Tenggara lain.

 ''Ini membawa petanda baik untuk Malaysia terutama dalam pelaburan langsung asing (FDI). Justeru saya berharap lebih banyak syarikat antarabangsa mencontohi CSR Corporation dalam membuat komitmen jangka panjang di negara ini,'' jelasnya.

 Menyentuh mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974, kata Najib, sehingga kini kedua-dua negara telah saling memperoleh manfaat kerjasama termasuk memperkukuh hubungan dalam berdepan pelbagai cabaran masa depan.

 ''Hari ini, China merupakan rakan dagangan utama Malaysia dan kita pula rakan dagangan utama China kalangan ASEAN. Ini petanda baik dan kita boleh melangkah jauh jika rakyat dapat meningkatkan hubungan dua negara ini.

 ''Sebagai contoh pada Julai 2010 apabila kerajaan menandatangani perjanjian dengan CSR-Zuzhou Electric Locomotive Co. Ltd. untuk memperoleh 38 set kereta api bagi meningkatkan keberkesanan komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB). Ini sebahagian daripada contoh terbaik kejayaan kerjasama Malaysia dan China,'' tambahnya.

default

Kat Selangor dah ada urut buih sambil bogel ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



– Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

 Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup. Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.

 Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.
 Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen. Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.


 “Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150. “Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya. Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – SINAR HARIAN

default

" Menumpang " alasan 2 gadis Melayu tidur dengan Jantan Afrika !

on Tuesday, September 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB ucapkan syabas kepada PDRM yang mencegah kemungkaran maksiat di Selangor yang mana Exco Agama sekarang  ini  begitu sibuk sekali .

Apa tidaknya , kalau tak kerana Polis tak lakukan serbuan , 2 gadis Melayu  ini terus dikendurikan lah oleh jantan Afrika ini


macam ini pun ada orang minat ?


Bila diserbu , hanya berseluar pendek je boroi  Jantan  Afrika ini ... Apabila disoal siasat oleh abang-abang hensen Polis kita ini , alasan gadis Melayu yang tinggal dengan ramai jantan hitam ini ialah menumpang sebelum mencari rumah lain .

Alahai ...tak kan alasan  itu kot sampai  kena tidor dengan jantan hitam Afrika yang baru kenal selama sebulan ?? 

Habaq je la jantan itu boyfried selepas kenal di laman sosial ...  entah apa yang Jantan Afrika ini tipu sampai boleh ikut ke ranjang  ...murah sungguh harga gadis Melayu ini ...

Apa punya taste la Jantan hitam Afrika yang hang pa syok sangat tu ...

Kepada abang-abang Polis , cekup & halau je balik geng Afrika ini ...meluat la aku tengok depa ini  semua 




default

Gadis Melayu jadi hamba seks bapak ayam Mat Bangla

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

 Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

 Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

 “Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya. Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

 “Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya. Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

 Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

 Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan

default

PANAS ! Adun DAP P.Pinang didakwa tutup kes kecuria wang kuil !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa segera memecat Ahli Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB), RSN Rayer yang didakwa bertindak menutup kes kecurian berjumlah RM10,395 di Kuil Sri Balathandayuthapani baru-baru ini.

 Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, J. Dhinagaran turut mempersoalkan kebenaran prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan oleh DAP terutamanya Guan Eng masih lagi menjadi amalan parti tersebut.

 Dhinagaran juga mencabar Guan Eng yang sering lantang mendakwa dirinya pembela masyarakat India supaya segera tampil membuat penjelasan, selain merombak jawatankuasa PHEB yang rata-ratanya terdiri daripada ahli DAP dan PKR, bukan tokoh agama seperti kerajaan terdahulu.

 "Sekiranya Ketua Menteri keliru untuk membuat sebarang keputusan, kami bersedia untuk membantu dalam perkara ini. DAP adalah juara dalam memperjuangkan prinsip CAT, andai benar, sila pecat Rayer dengan segera. ...

default

Identiti ahli perniagaan taja jet mewah untuk Anwar diketahui !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Akhirnya identiti  seorang ahli perniagaan yang menjadi rakan baik Anwar didedahkan . Apa yang Anwar nak sembunyi daripada rakyat dah diketahui . Hari ini semua orang check je siapa pemilik jet itu dengan mudah .

Anwar sering melaungkan kerajaan BN boros dan bazir wang rakyat . Tapi hari ini beliau menggunakan jet mewah dengan pemimpin PR yang lain dengan megah sekali kerana ditaja oleh kroni .



Di bawah pula adalah kenyataan yang MiM ambil daripada blog Seademon yang menulis perincian tentang pemilik sebenar jet peribadi tersebut!

Jika merujuk di atas, operating cost jet peribadi itu berjumlah US9700 (kira-kira RM35,000) per jam penerbangan, satu nilai yang sangat besar. 

 Dan jika kosnya sangat mahal seperti yang didakwa oleh blogger Seademon, siapakah yang sanggup membayarkan wang sebanyak itu? Jika Anwar benar-benar memperjuangkan transparensi, beliau sepatutnya menjawab soalan tersebut. 

Seperkara lagi, MiM telah menulis bukti jadual penerbangan MAS route Labuan - Kota Kinabalu yang perlu Anwar jawab untuk menghilangkan keraguan rakyat tentang kesahihan jawapan beliau tentang jet eksekutif tersebut : KLIK SINI


default

Jet mewah dinaiki Anwar ditaja kroni !

on Monday, September 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui penerbangan beliau bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang menggunakan jet eksekutif yang gambarnya kini tersebar di Internet benar dan ditaja seorang 'kenalan'.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar menjelaskan, beliau telah dihubungi 'kenalannya' itu bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Sabah sebelum menuju ke Sarawak.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

default

Pemimpin UMNO hampir putus jari ditikam di depan rumahnya !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

 Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online. "Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

 "Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi. Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital. "Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.

 Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.

 "Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya. Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Komen GPB

Isu serangan terhadap pemimpin politik semakin berleluasa . Anwar & DAP baru disimbah cat merah pun sudah melabel ia politik kotor tapi yang berlaku kepada Ketua Pemuda UMNO Kepong ini lagi tragis . Jari hampir putus &  ditikam lagi di depan rumahnya  ...

Pihak polis harus segera menyiasat segera serangan ini adakah ini perbuatan kumpulan gangster atau ada kaitan dengan politik .

default

PANAS ! Pengamal LGBT dah berani bikin parti berbikini !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan parti kolam atau ‘Pool Party’ yang menggalakkan wanita berbikini sambil berparti liar, sebuah pusat hiburan di sini bertindak lebih berani menganjurkan pesta kolam serupa tapi khusus untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Ahad lalu.

 Parti liar yang diadakan secara percuma kepada pengunjung itu dinamakan ‘Rainbow Party’ atau Parti Pelangi, dan pemilihan simbol pelangi memang sinonim dengan golongan LGBT.



 Selepas mendapat maklumat daripada sebuah laman sosial dan berdasarkan siasatan daripada kunjungan pertama, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan dan memasuki pusat hiburan berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana parti itu berlangsung. Terbukti, parti liar yang bermula seawal jam 4 petang sehingga lewat pagi itu cukup meriah, lebih-lebih lagi dengan tarikan pertunjukan parti bikini yang disajikan kepada pengunjung. HARIAN METRO

default

Majlis Perkahwinan anak Sultan Brunei bernilai RM60 juta

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Jumaat lalu, negeri Brunei Darussalam meraikan satu upacara perkahwinan yang gilang-gemilang di mana Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga diraja itu. Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

 Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

 Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini.

 Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah USD 20 juta, bersamaan dengan RM60 juta.

 Berbeza sewaktu sambutan majlis perkahwinan abang sulung Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun 2004, sebanyak USD 5 juta sahaja dibelanjakan. “Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1 ribu bagi setiap tetamu.

 Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman. Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja. Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.- MYNEWS HUB

default

Tun Mahathir dedahkan dana asing bermatlamat jatuhkan kerajaan !!

on Sunday, September 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Menurut bekas Perdana Menteri, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change.

"Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya).

"Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah. Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? 

Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.

Dr. Mahathir diminta mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai penyaluran dana asing kepada NGO dalam negara termasuk RM1.6 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros.

Menurut bekas Perdana Menteri seperti yang pernah ditulis oleh beliau di dalam blognya, apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime changeatau perubahan kerajaan yang memerintah tetapi perubahan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau yakin penyaluran dana asing termasuk untuk perhimpunan Bersih dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar.

"Jerman pun bagi duit, apa kena-mengena dengan Jerman? Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya? Kalau nak bagi duit, bagi dua-dua belah (pihak). Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa. Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.

"Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan," tegasnya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mahathir berkata, apa yang diperjuangkan oleh NGO yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.

"Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Malaysiakah orang asing?," soalnya.

Baginya beliau boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia sendiri yang membuat keputusan hendak memilih Anwar tetapi biarlah pilihan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan asing.

"Jika anda (pihak asing) cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah!" tegasnya lagi.

default

P.Pinang sudah ada " Mini Dhaka "

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

-

 Mendapat jolokan Pulau Mutiara, negeri ini sememangnya dikagumi sebagai destinasi percutian bersejarah dengan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Namun, siapa sangka di sebalik kemegahan itu tanpa disedari wujud satu kawasan yang didominasi warga Bangladesh di tengah-tengah kesesakan Georgetown sehingga digelar sebagai 'Mini Dhaka'.

 Terletak di Jalan Gurdwara di sini, pengunjung yang pertama kali tiba di situ mungkin merasakan suasana bukan seperti di Malaysia sebaliknya berada di Bangladesh kerana terlalu ramai warga Bangladesh di situ. Jika sebelum ini deretan kedai-kedai lama di situ menjual peralatan rumah, membaiki basikal dan runcit, kini ia digantikan dengan kedai menjual pelbagai keperluan warga asing itu termasuklah kedai makan.

 Setiap hari kedai yang diuruskan sendiri warga Bangladesh di situ tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara. Bukan sekadar menikmati makanan istimewa Bangladesh di restoran, mereka turut menjadikan kaki lima kedai sebagai tempat bersantai sambil berbual kosong atau menghabiskan masa lapang selepas penat bekerja.

 Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang Jalan Gudwara mendapati ada lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, menjual peralatan telekomunikasi dan pertukaran mata wang asing diusahakan sendiri oleh warga Bangladesh.

 Seorang pengusaha kedai makan, Mohd. Shamin, 25, berkata, dia memilih untuk menjual makanan tradisi Bangladesh di situ kerana permintaan daripada rakan-rakan senegara selain lokasinya yang strategik. Menurutnya, suasana di situ dianggap bersesuaian memandangkan terletak di tengah-tengah pusat bandar serta terdapat banyak kawasan pembinaan yang kebanyakan pekerjanya ialah warganegara berkenaan. 

"Bagi saya Pulau Pinang adalah lokasi terbaik untuk kami mencari rezeki kerana ramai rakan-rakan senegara menetap di sekitar bandar ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Mohd. Lartu Khan, 25 memberitahu, dia mula berniaga di situ dengan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran tertentu yang diimport dari Bangladesh.

 Katanya, barangan keperluan sebegitu sememangnya mendapat tempat di kalangan warga Bangladesh tetapi sukar diperoleh kerana tiada peruncit lain yang menjualnya. "Saya ambil peluang membuka perniagaan berlesen di sini bagi memudahkan warga Bangladesh menikmati barangan dan kelengkapan dari negara asal" ujarnya.

default

Gangnam Style pecah rekod dunia Guinnes World Of Records !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”! Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.

 ‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube. Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).

 Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap. ‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.

 Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes. Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web, Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.

 Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.

default

Pembohongan kawalan udara tak berfungsi oleh PKR kantoi !

on Saturday, September 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pembohongan Nurul Izzah yang menuduh pusat kawalan udara tak berfungsi disebabkan sistem radar kantoi.  GPB yakin beliau mendapat info ini  orang dalam DCA sendiri  tetapi tidak mendedahkan perkara sebenar yang berlaku  .

Sebaliknya , beliau suka mempolitikkan isu ini dengan mengaitkan  dengan BN/UMNO  . Walhal yang menyebabkan pusat kawalan tidak berfungsi selama sejam adalah gangguan bekalan tenaga (elektrik) dengan sistem radar .

Mengapa Nurul Izzah tak dedahkan ini punca masalahnya ?   Kalau kita membeli TV LCD di rumah , tiba-tiba bekalan elektrik TNB terputus , tak kan nak dipersalahkan pengeluar TV berkenaan ???

Macam itu juga dengan Nurul Izzah ...nak main politik mungkin dia pandai berbelit tapi soal teknikal sorry la.. MEMALUKAN !!



Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan hilang kawalan terhadap pesawat di sektor Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur selepas gangguan bekalan tenaga menyebabkan radar pusat tidak berfungsi lebih sejam minggu lepas.

 "Kami alami gangguan kuasa ekoran masalah dengan pemutus litar dan radar tidak beroperasi," akui Ketua Pengarah DCA Azharuddin Abdul Rahman kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan, masalah itu tidak berkaitan dengan kawalan trafik udara tetapi hanya gangguan tenaga. Azharuddin menjelaskan pihaknya tidak perasan apabila pemutus litar terputus. Bagaimanapun, tambahnya, walaupun bekalan alternatif kembali seperti biasa, radar tiada sambungan selepas bateri UPS kehabisan tenaga. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan hilang komunikasi radio.

Katanya, walaupun frekuensi dalaman yang digunakan penyelia trafik udara tidak berfungsi, mereka masih boleh berhubung dengan pesawat melalui saluran radio awasan. PKR pagi ini mendakwa Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur tergendala minggu lalu menyebabkan kegagalan sistem secara sepenuhnya "tanpa radar dan radio", sekali gus menyebabkan penerbangan tanpa panduan.


PENIPUAN PKR !

Pusat kawalan udara di ibu negara tidak berfungsi minggu lalu ekoran kegagalan sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata, fungsi radar dan radio tergendala selama dua jam menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan kawalan ruang udara diserahkan kepada negara jiran. 

Beliau mendedahkan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan perkara itu. 

Menurut Izzah, syarikat bertanggungjawab mengawalselia sistem terbabit adalah Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) yang dimiliki anak bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis. 

“Pelbagai kenyataan media, permintaan penjelasan dan audit bebas terhadap sistem yang dibangun dan diselenggara SELEX Sistemi Integrati dan AAT dibuat. “Namun Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak mengendahkan, malah memperkecil catatan sistem yang menelan belanja 26.05 juta Euro (RM128.4 juta),” katanya pada sidang media di hadapan DCA, di Subang hari ini.

default

Bekas wartawan bongkar rahsia Malaysiakini terima dana asing

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kredibiliti portal pro pembangkang Malaysiakini terus dipersoalkan berikutan sikap berdiam diri mereka tidak mengakui menerima dana asing iaitu penyangak mata wang George Soros .

Terbaru bekas Pengarang Berita Malaysiakini mendedahkan antara sebab beliau meletakkan jawatann adalah sikap pemilik portal itu yang tidak berterus-terang /mengakui menerima dana dari George Soros .

Kalau sudah bekas wartawan sendiri pertikaikan dari mana sumber dan & itu pun tidak mampu dijawab secara telus ,  ternyata ketelusan & keterbukaan  mereka yang selalu diungkapkan hanyalah palsu .



PETALING JAYA 21 Sept. - Wartawan veteran YL Chong meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros. 

"Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami.

 "Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya kepada The Star di sini hari ini.

 Chong menegaskan, beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi hendaklah berterus-terang selepas menerima wang tersebut.

 "Namun saya percaya pada etika kewartawanan, terutama tatkala Malaysiakini mengisytiharkan dirinya sebagai mempromosikan ketelusan dan keterbukaan," kata beliau.- UM

default

DAP mengelupur pembongkaran oleh Tunku Aziz

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.
Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.
"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.

default

Kerana demo BERSIH , Malaysia tak dapat kuota haji tambahan ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Malaysia termasuk dalam senarai 40 negara yang tidak mendapat tambahan kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini. 

Beliau berkata kegagalan mendapatkan penambahan kuota itu disebabkan keputusan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan hanya satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara dibenar menunaikan ibadah haji. 

 "Semua negara diberi kuota sebanyak satu peratus daripada jumlah penduduk bagi setiap negara... Kita ada 28 juta orang rakyat bermakna kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan seramai 28,000 orang jemaah sahaja daripada negara kita," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil ke-22, di sini. 

 Katanya Malaysia memohon penambahan kuota sebanyak 10,000 memandangkan jumlah yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji kini mencecah 982,000 orang. Pada 12 Sept lalu, Tabung Haji menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kuota sebanyak 10,000 orang jemaah haji Malaysia untuk tahun ini. - BERNAMA


Kepada pencacai-pencacai PAS & PKR  sebelum ini syok  yang hentam Jamil Khir pasal  cakap  kerajaan Arab Saudi marah Malaysia dulu kerana berdemo Bersih  , nah sekarang terima lah akibatnya .

Tuduh Jamil Khir tipu la dan hanya kerajaan BN sahaja gempak lebih  , hari ini lihat lah sendiri  kebenarannya .

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga ... siapa nak jawab pasai apa 10 ribu kuota tambahan jemaah haji untuk Malaysia tak dapat ??

Pengurusan haji Malaysia adalah yang terbaik di dunia tapi mengapa tak dapat ?

Juak-juak pencacai BERSIH terutama anak Nik Aziz tu jawab la ..pasai tindakan  bodoh & bangang  la kuota haji tambahan untuk Malaysia tak dapat.






default

PS3 terbaru sebesar komputer riba diperkenalkan Sony

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Syarikat pengeluar barangan elektrik, Sony Corp. memperkenalkan gajet permainan videonya iaitu PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecil, nipis dan ringan menjelang cuti akhir tahun nanti.

 Langkah itu dilakukan sebagai persediaan untuk menangani saingan yang semakin sengit daripada telefon pintar. Pengumuman itu dibuat semalam, sehari sebelum menjelang acara tahunan Tokyo Game Show yang akan dihadiri oleh pencipta-pencipta permainan video bersama produk masing-masing.

 Model terbaharu PS3 itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.

 Model terbaharu itu ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model sedia ada iaitu 320 dan 160 gigabit. Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gajet itu dijual pada harga AS$269 (RM823) seunit. - AP

default

ATM antara pasukan tentera digeruni di Asia Tenggara @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melaksanakan tembakan peluru berpandu dan roket secara bersepadu di perairan Selat Melaka hari ini. Tembakan yang dilancarkan dari platform sekitar pukul 10 pagi ini itu tepat mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogramkan. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan menyebut, dalam tembakan itu, ia telah melancarkan peluru berpandu jenis Exocet MM40 dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan Sea Skua dari helikopter Super Lynx.

 Sementara itu katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melancarkan peluru berpandu jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D.

 "Pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja dari Tentera Darat pula melancarkan sistem pelancaran roket berganda, Astros II dari tapak menembak di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran," kata kenyataan itu di sini hari ini.



 Jelas kenyataan berkenaan, penembakan bersepadu ATM itu telah dilancarkan semasa Eksesais Angsa pada pertengahan tahun ini melibatkan ketiga-tiga cabang pertahanan berkenaan. Penembakan secara bersepadu tersebut dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama antara ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

 Selain itu, ujarnya, penembakan berkenaan digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan dalam operasi penembakan. Penembakan bersepadu itu melibatkan aset bantuan ketiga-tiga cabang perkhidmatan sebagai unsur pembersihan kawasan, pasukan penyediaan sasaran, rakaman dan analisis.

 Jelas kenyataan tersebut, antara aset dan unsur TLDM lain yang terlibat ialah KD Mahawangsa, KD Pahang, KD Terengganu, KD Laksamana Hang Nadim, KD Mahameru, bot tempur cb90, pasukan penyelam, Pasukan Tugasan dan Percubaan Senjata (WTAT) dan helikopter Fennec.

 Dalam pada itu katanya, aset TUDM lain yang terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130.

 "Kejayaan penembakan ini sekali lagi membuktikan kesiapsiagaan ATM yang sentiasa di tahap tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

 Ia sekali gus meletakkan ATM antara pasukan tentera digeruni di rantau ini,'' kata kenyataan itu.

 Hadir sama pada operasi menembak itu ialah Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

default

Video : Melayu bersatu demi pertahan Islam & Nabi Muhammad

on Friday, September 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





GPB ucapkan syabas kepada ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru  serta di seluruh negara bangkit membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

 Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.



 Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip memulakan ucapan dan disusuli Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan seterusnya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

 Van Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) menjadi paltform kepada pemimpin-pemimpin berkenaan menyatakan ucapan mereka yang diletakkan ditengah-tegah jalan berhadapan Masjid Kg Baru.



 Khairy Jamalauddin

“Kita bukanlah bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

 “Musuh kita bukan rakyat Amerika Syarikat…Musuh kita bukan rakyat Perancis….Musuh kita bukan agama lain. Hari ini kita jemput Kristian, Budhha, Hindu, dan lain-lain agama untuk bersama dengan kita.

Saya jemput kerana kita nak tujuk apa sahaja penghinaan kepada mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali. “Musuh kita adalah mereka yang buat kerja ini…..Buat filem ini..buat kartun berkenan..Kita menggesa kerajaan Amerika Syarikat walapun kita tidak memusuhi mereka, kerajaan Perancis walaupun kita tidak memusuhi mereka supaya segera mereka mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,“ katanya.

 Khairy seterusnya menegaskan Pemuda UMNO serta Pemuda BN mempunyai solidariti yang sama dengan Pemuda Pas yang turut mengadakan bantarahan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat. “

Kita mempunyai solidariti yang sama hari ini tuan-tuan…..Kita Pemuda UMNO, Pemuda BN bersama dengan Pemuda Pas dalam soal ini.

Kita tidak seperti rakan seperjuangan mereka DAP. Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa.

 “Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Tetapi hari ini tuan-tuan apabila ada parti politik Islam dan juga bukan Islam yang ingin berhimpun apabila agama Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa, ada yang kata orang Islam jangan buang masa, jangan buang tenaga.

 “Jadi tak payahlah Pas bersama DAP, lebih baik bersama kita. Kalau inilah jenis pemimpinnya. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya akan datang kalau mereka anggap kita buang masa, kita buang mereka,“ katanya.








Video yang dimuatkan di Buletin Utama TV3

 

default

Nurul Izzah takut panas terik ketika berdemo !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Ini nak berdemo solidariti membantah penghinaan Islam ke nak bergambar?

Anda lihat sendiri topi Nurul Izzah yang besar tu, takut panas ke ?hahaha..

Baru tunjuk muka berapa jam je berdiri di tengah panas, dah pakai topi macam pi honeymoon. Takut kulit gelap ke ?

Korang nilai lah sendiri keikhlasan anak Anwar ibrahim sama ada betul marah penghinaan Rasulullah dan Islam atau terpaksa turun untuk tunjuk muka.



default

Kantoi !! SUARAM terima tajaan RM 1.6 juta dari NED

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.

 Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.

 Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835. Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak sebagai Pengarah Suara Inisiatif.

default

Belum jadi PM, PKR dah naik jet mewah @dzainalabidin@tunfaisal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Angkuh betul Anwar Ibrahim sekarang ini  yang dok mengaku dirinya di seluruh negara bahawa beliau lah  bakal PM Malaysia ke 7 selepas PRU13.  Ini dibuktikan melalui rombongan  Anwar dan konco-konconya  di Labuan minggu lepas.

Rombongan mereka bukannya  naik kapal terbang Air Asia atau Firefly biasa ni tapi sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas. GPB yakin ia disewa sebab tak lekat muka besar Anwar Ibrahim seperti mana di bas mewahnya.

Selepas bas mewah, lori treler kini jet mewah pulak, banyak betul wang/dana masuk untuk kempen Pilihanraya Anwar kali ini.

Itu belum jadi PM Malaysia, Anwar dah tunjuk sikap borosnya berbelanja sampai nak ceramah di Labuan pun nak sewa jet mewah bawa pemimpin Pakatan .


**untuk  pengetahuan pencacai Anwar..gambar ini bukan diedit utk fitnah tapi aku cilok dari pemimpin hang pa  sendiri...


Lihat betapa gembiranya Pak Sheikh & Zuraida seronok
menaiki jet mewah ...


default

Mengapa Pemuda PAS cepat sangat nafi jika berlaku provokasi esok ?

on Thursday, September 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dewan Pemuda PAS memberi jaminan Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. yang diadakan esok akan berlangsung dalam keadaan aman dan bebas daripada sebarang unsur provokasi.


Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata sayap Pemuda telah mengarahkan Jabatan Amal parti itu agar mengawal himpunan agar ia berlangsung dengan aman dan terkawal.

 "Sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan daripada Dewan Pemuda PAS. "Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh Jabatan Amal,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

 Beliau berkata Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan amal bagi membantah penghinaan ke atas Rasulullah dan ia akan berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokasi.

 "Katakan tidak kepada apa jua bentuk provokasi. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.

 "Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya,” katanya.

 Nasrudin turut menyeru peserta himpunan berkenaan daripada melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan Amal atau pasukan Peguam Dewan Pemuda PAS yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang hadir.

 Mengulas lanjut mengenai Himpunan Xpresi Hijau Kasih Nabi S.A.W. beliau berkata ia bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. "Peserta akan bergerak menuju ke Kedutaan Amerika sambil himpunan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa Naib Presiden dan pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS.

 "Kita akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap filem jijik yang menghina Rasulullah yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Himpunan ini akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang," katanya.


Komen GPB

Agak pelik juga mengapa Pemuda PAS terus nafi awal-awal provokasi bukan dari mereka jika berlaku esok ? Apakah Pemuda PAS sudah mengaku awal  gagal untuk mengawal tindak tanduk ahli mereka ?

Kita tunggu dan lihat esok ..kot ada yang berguling atas jalan ke ..hahaha

default

Faktor keselamatan , Pemuda UMNO buat bantahan di Masjid Kg Baru

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemuda Umno tidak akan bergabung dengan Pemuda Pas untuk mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims atas faktor keselamatan. Keputusan mengadakan perhimpunan protes berasingan dibuat secara bersama dalam pertemuan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan, semalam.

 Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

 "Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung. "Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.

 Himpunan secara aman oleh Pemuda Umno akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat. Pemuda Pas pula akan berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak. Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik akan menyertai himpunan aman ini seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim. Khairy turut menjangkakan seramai 5,000 penyokong akan berhimpun secara aman.

 Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok. "Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

 "Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya pada sidang media, hari ini. Sebelum ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas sudah menyatakan kesediaan untuk berhimpun esok, namun atas beberapa sebab, kedua sayap parti ini kelihatan bermain 'tarik tali' untuk bersama menyatakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW dan Islam.

 Tambah Khairy, Pemuda Umno dan Pemuda Pas mengamalkan solidariti iaitu mereka saling menyokong antara satu sama lain bagi mengadakan himpunan secara aman demi mempertahankan agama Islam.

 "Kami Pemuda Umno amat marah dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sewenang-wenangnya menayangkan filem ini dan juga kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW semalam," katanya. Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

 "Bukan tidak mahu bergabung, tetapi kami cukup risau jika bergabung, penyokong kedua-dua parti akan bertindak di luar kawalan. Ini yang kami cukup risaukan," tambah beliau.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu parti atau soal tidak puas hati juga tidak timbul kerana keputusan untuk tidak bergabung ini dibuat selepas perbincangan bersama. "Himpunan diadakan bersama-sama dengan penyokong yang berlainan agama bagi menunjukkan protes dan tanda sokongan kami yang setiap agama perlu dihormati," katanya.

default

Ramai lagi pemimpin DAP biadap & tak hirau sensitiviti umat Islam !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Twitter provokasi Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan hasrat umat Islam memprotes penerbitan filem Innocence of Muslims Jumaat ini menunjukkan terdapat ramai pemimpin DAP selain Karpal Singh yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam negara ini.

 Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selain itu isu yang dikaitkan dengan Koo Ham itu turut menggambarkan kejahilannya tentang Islam walaupun DAP sudah sekian lama bersahabat dengan Pas. Sehubungan itu Hasan yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) mencabar pemimpin-pemimpin Pas terutama yang dilabelkan sebagai parasit menyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut. '

'Sekurang-kurangnya mereka keluarkan kenyataan yang boleh melegakan ahli dan penyokong Pas. Namun saya tidak terperanjat jika mereka menyepi diri membisu seribu bahasa seperti biasa berlaku sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

default

Kehebatan Komando GGK bertempur pengganas Serb di Bosnia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments



GPB memang  cukup berminat untuk mengetahui akan kehebatan Askar Melayu kita  ini yang bertugas di luar negara terutama dalam  misi pengaman rasmi negara atau operasi sulit .

Mujur la ada seorang bekas anggota GGK Komando yang kini bekerja dengan satu office sekali dengan GPB .  Beliau berpangkat Koperal dan pernah dihantar bertugas di luar negara seperti  Bosnia & Somalia .  Daripada pengalaman di sana yang diceritakan   ,  GPB salute sama sekali  keberanian askar negara kita yang gagah berani ini . Demi keamanan sejagat , anak-anak Melayu ini rela mempertaruhkan nyawa mereka walaupun bertugas di hujung dunia .

Antara cerita yang  menarik perhatian GPB ialah  ketika krisis Perang Bosnia 1992 -1995  ,  Malaysia satu -satunya negara Islam didakwa  telah menghantar pasukan elit  komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas) menyusup masuk ke Bosnia melalui Turki untuk melumpuhkan kekuatan askar Serbia.

Ada antara komando-komando ni menyusup masuk menjadi sebahagian dari askar Bosnia untuk berperang memusnahkan kekuatan askar Serbia. Fakta tentang komando GGK ni adalah ada antara mereka ini merupakan pakar peperangan gerila.

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia adalah Ayahanda  Tun Dr Mahathir Mohamad yang memang terkenal sebagai pemimpin Islam  yang menyelamatkan rakyat  Bosnia daripada terus dibunuh puak Serb .

ikuti artikel dari sumber blog  MOM

11.Sebenarnya ada satu keratan berita dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul yang tepat tidak saya ketahui. 

 12. Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.

 13.Maklumat ini disampaikan oleh seorang bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya ke Bosnia dahulu. 

 14.Anda kenal mantan Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah sejarah Eropah. 

15 .Jika difikirkan secara logik, bolehke bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu, sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya. 

 16.Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis mati disembelih oleh pengganas Serbia. 

 17.Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar komando GGK. 

 18.Saya tidak pasti jika kesemua yang dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain tetapi jumlahnya mencapai 600 orang. 

 19. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya. 

20 .Mereka ini dihantar secara gelap, kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.

 21.Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong. 

 22.Mereka dihantar dengan pesawat awam (MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki. 

 23.Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah. 

 24.Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.

 25.Ada juga laporan yang menyatakan komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui Unprofor sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai “LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb. 

26.Sebenarnya Turki dan Malaysia ini tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti “akrabnya” Malaysia dengan Indonesia. 

 27.Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru dan pelbagai senjata lain. 

 28.Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki.


 29.Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR. KLIK DI SINI SETERUSNYA





default

Pondan paling cantik di dunia dari Thailand

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sekali pandang , ramai tentu percaya gadis ini adalah perempuan yang cantik sekali. Tapi sebenarnya beliau adalah lelaki yang mengubah dirinya menjadi Pondan paling cantik di dunia .

Namanya ialah Nong Poy .  Kepada kaki gay seperti Al Jub's  , mesti sukanya sebab boleh  pondan ini bertukar jantan ke betina . haha...

default

Kenyataan Mufti mengenai sikap biaDAP Ngeh Koo Ham !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nabi Muhammad SAW adalah satu daripada syiar Islam selain amalan ibadah, yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Sehubungan itu, apabila agama Islam dan Rasulullah dihina dan dicerca, umat Islam wajib bangun menentang penghinaan itu serta tidak boleh bersekongkol dengan pihak berkenaan.

 "Oleh kerana sekarang ini umat Islam agak lemah, maka orang senang mempermainkan kita dari semasa ke semasa, mereka membuat penghinaan terhadap Islam, yang mampu kita buat hanya menyatakan rasa marah dan nampaknya seluruh dunia Islam bangun kerana mempertahankan, ini untuk menunjukkan ia satu perkara yang berat bagi kita," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan Pengerusi DAP, Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islam membantah dan menyuarakan kemarahan berhubung filem 'Innocence of Muslims'.



 Ngeh menerusi laman twitternya yang berbunyi "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains?

Are muslims wasting too much time and energy on this?. (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau?

Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?) Filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

 Harussani berkata, berkata umat Islam pula diharamkan mencaci agama atau ajaran lain yang dianuti seseorang itu sebaliknya perlu menghormati pegangan itu walaupun umat Islam berpendapat agama lain tidak benar dan diterima oleh Tuhan seperti mana yang disebut dalam Al-Quran.

 Beliau berpendapat pihak kerajaan juga perlu menyuarakan bantahan terhadap kerajaan yang berkenaan bagi pihak rakyat kerana kerajaan juga perlu mengambil berat perkara itu.

 Katanya, tindakan umat Islam menyuarakan bantahan, kecewa dan marah terhadap perkara itu tidak boleh dianggap sebagai membuang masa kerana umat Islam juga perlu menunjukkan rasa marah dan tidak mahu dianggap bodoh kerana berdiam diri.

 "Apa yang dipersoalkan Yang Berhormat (Ngeh) dengan mengatakan buang masa, maknanya dia tidak peka terhadap perasaan umat Islam kerana dia bukan Islam, jika kena agama dia sendiri, saya ingat lebih daripada itu dia akan 'mengamuk' lebih teruk daripada kita," katanya. 

 Katanya, beliau turut melihat pemimpin parti Pas yang menjadi rakan parti DAP dalam pakatan pembangkang juga berdiam diri kerana seolah-olah wujud satu kebencian terhadap kerajaan pimpinan sedia ada. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.