..

..
Archive for August 2012

default

Pak Janggut tentu suka budak Cina tayang punggung hina PM & Isteri ..

on Friday, August 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa yang boleh GPB katakan bila lihat gambar dan video PM & Isteri dihina  di malam Merdeka  oleh beruk kuning Janji Bersih diketuai Pak Janggut & pondan tua Hisham Rais ..sudah MELAMPAU & KURANG AJAR ANAK CINA HARAM JADAH INI  !

Anak Cina  pencacai parti chauvinsis  DAP ini   telah  melakukan aksi lucah & memijak gambar PM & isteri seperti hilang akal  di depan budak-budak Melayu . Mungkin mereka bangga dapat memijak pemimpin negara berbangsa Melayu dan budak Melayu pulak bertepuk tangan .



Beginikah himpunan aman yang dijanjikan mereka ketika mahu mengadakah himpunan ini ??

Pak Janggut yang hebat sangat dalam bahasa ..ini kah yang hang ajar ??? Nak berhimpun sangat ...nah tengok inikah budaya yang diajar oleh NGO BERSIH   hang pa ??  BODOH !!

TAHNIAH PEMBANGKANG Dan Penganjur BERSIH kerana berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti biadab dan tidak bermaruah pada malam Sambutan Merdeka.


default

PANAS ! 19 pasangan dicekup ketika nak projek di malam merdeka !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

 Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

 "Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

 Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama


default

Pembangkang mati akal bila majoriti rakyat terima tema #JanjiDitepati #Merdeka55 @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini kemeriahan perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka  meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.

Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Ternyata majoriti rakyat boleh menerima tema Janji Ditepati  yang dipilih kerajaan . Yang dok meroyan menuduh ia ada unsur politik & menagih undi rakyat itu hanya lah pembangkang serta pencacai-pencacainya sahaja .



Perarakan hari ini membuktikan tema ini diterima rakyat . Malah menariknya perarakan kali ini diakhiri dengan segmen kelima "Bangga Menjadi Rakyat Malaysia" yang dimulakan dengan persembahan oleh generasi muda dengan pergerakan cergas dan bertenaga dengan diiringi lagu 'Drumline' dan medley lagu-lagu patriotik Nadi Rakyat, IM4U, Janji Ditepati, Tanggal 31, 1Malaysia dan diakhiri dengan Jalur Gemilang.

- Majoriti rakyat ternyata senang dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan selaras dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, "Janji Ditepati" hari ini.

 Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kesemua ini dapat dilihat menerusi kemeriahan suasana sambutan sama ada dari sudut persembahan mahupun kehadiran orang ramai.

 "Hari ini kita telah mengumpulkan satu kumpulan rakyat yang padat dan padu dari segi gerak geri suara dan persembahan serta semua aspek kemerdekaan nampak ceria dan kejayaan bagi menepati janji sebagai tema telah tercapai. - BERNAMA


default

PANAS ! Guan Eng jual lagi tanah kerajaan negeri kepada syarikat kroni

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dalam masa 4 tahun saja kerajaan DAP diketuai Guan Eng memerintah  , rupa-rupanya sudah banyak tanah , premis milik kerajaan negeri telah tergadai kepada syarikat swasta kroni mereka.

Terbaru , Pemuda BN mendedahkan lagi Guan Eng telah menjual tanah rakyat dengan mendapat keuntungan sebanyak RM 40 juta !  Sebelum ini Guan Eng telah jual tanah milik PDC  di Bayan Mutiara pada harga RM 1.1 bilion milion kepada syarikat pemaju Ivory.

Apa yang rakyat dapat daripada tanah -tanah milik kerajaan negeri jika terus dijual DAP P.Pinang yang rakus ini ??  GPB dimaklumkan hanya  tinggal lagi  12 peratus lagi kawasan tanah yang masih lagi milik kerajaan negeri . Rakyat harus tahu mengapa kerajaan negeri menjual tanah rakyat ini dan di mana lagi yang bakal tergadai .

Tak guna la P.Pinang menerima anugerah tapak warisan dunia di Georgetown jika tanah-tanah di kawasan berkenaan telah tergadai kepada syarikat kroni DAP bagi membina rumah mewah .



PULAU PINANG 30 Ogos - Sebanyak enam tapak kosong dan premis milik kerajaan DAP Pulau Pinang yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk rakyat didakwa dijual kepada pihak swasta sejak parti itu mentadbir pada 2008. Antaranya di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin; Jalan Free School; kedai di Jalan Hutton; sembilan kedai di Jalan C. Y. Choy dan lima kedai di Jalan Kimberley. 

 Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, menerusi penjualan tanah itu kerajaan negeri dijangka mendapat keuntungan berjumlah kira-kira RM40 juta.

 "Bagaimanapun, semua penjualan yang didedahkan ini berlaku di daerah timur laut sahaja dan kita percaya ada lagi tanah rakyat di kawasan lain dijual kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau menambah, kerajaan negeri sebelum ini menjual tanah di Bayan Mutiara pada harga RM1.1 bilion. Tong Keong berkata, tanah di Pulau Pinang sangat terhad dan kerajaan negeri hanya memiliki 12 peratus kawasan untuk dibangunkan bagi kemudahan rakyat. Namun, katanya, tanah yang berada di kawasan tapak warisan atau tempat pembangunan penting telah 'digadai' kerajaan negeri kepada pihak swasta untuk membina rumah mewah. Sehubungan itu, beliau mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan tujuan kerajaan negeri menjual tapak tersebut dengan segera. "Rakyat ingin tahu apakah tujuannya kerajaan negeri menjual tapak tanah rakyat itu dan kawasan mana lagi yang mahu dijual kepada pemaju. "Kami tidak mahu laporan audit tahunan Pulau Pinang menunjukkan kerajaan negeri mendapat keuntungan disebabkan menjual tanah rakyat kerana ia merupakan dasar yang salah dan tidak memanfaatkan penduduk terutamanya generasi muda di negeri ini," katanya.

default

Hari Kemerdekaan : Kerajaan Selangor tak jemput Sultan Sleangor ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

 Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya. - UTUSAN -


Komen GPB

Apa nak dikata lagi ...pemimpin PKR lebih agongkan Anwar Ibrahim daripada segala-galanya . Kalau jemput Sultan Selangor , tentu tak boleh bakal PM Pakatan ini berucap ...

default

Polis nasihat orang ramai guna pengangkutan awam, elak kesesakan #Merdeka55

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Orang ramai dinasihat agar memanfaatkan perkhidmatan rel percuma yang disediakan untuk ke Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor berkata, ini kerana tempat letak kenderaan di stadium hanya untuk kenderaan dengan pelekat khas yang dikeluarkan penganjur.

 Disebabkan tempat yang terhad, hanya 1,100 lot disediakan untuk kenderaan berpelekat khas itu, manakala 1,004 lagi diperuntukkan untuk bas.

 "Selain parkir stadium, parkir untuk bas juga disediakan Taman Teknologi Malaysia, Kelab Lumba Kuda Selangor, Taman Pameran Pertanian Malaysia dan di Universiti Putra Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini.

 Bagi mengelak kesesakan, bas tersebut diminta mengikuti jadual ketibaan yang ditetapkan iaitu bermula 10 pagi hingga 6 petang bagi menurunkan penumpang sebelum meletakkan bas di tempat yang telah dikhaskan, katanya. Beliau juga meminta orang ramai mematuhi arahan polis dan pihak berkuasa lain manakala pengguna jalan raya yang tidak mempunyai urusan mustahak dinasihatkan tidak menggunakan jalan-jalan di sekitar stadium itu.

 "Tindakan tegas seperti menunda atau saman akan dikenakan kepada pemandu yang meletakkan kenderaan yang menyebabkan lalu lintas terhalang," katanya. Sementara itu, beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada kenderaan sempena perbarisan Hari Kemerdekaan pagi esok. Rusli berkata, jalan terbabit akan ditutup secara berperingkat bermula 6 pagi dan dijangka dibuka semula setelah acara selesai pada pukul 10.30 pagi.

 Jalan berkenaan ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja. Jalan lain yang ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

default

Anwar semakin tertekan pakar ekonomi asing yakin BN menang PRU 13 !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

 Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Corporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini. “

BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya. “Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan langsung asing (FDI) semakin meningkat.

 “Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini,” katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, di sini semalam.

 Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas sebagai satu pakej. “Jika kerajaan sekarang kekal, dasar sedia ada sudah pun wujud,” katanya.

 Beliau juga berkata, selepas memenangi pilihan raya umum akan datang, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu. – Berita Harian

default

Barack Obama ucap Selamat Hari Kemerdekaan kepada Malaysia

on Thursday, August 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat (AS) mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara esok. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, AS dan Malaysia berkongsi ikatan kekeluargaan dan persahabatan dengan tahun ini kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-50 program Peace Corps di Malaysia.

 “Program ini telah meletakkan asas persahabatan dan muhibah antara rakyat kita. Kami bangga dengan Program Fulbright Pembantu Guru Bahasa Inggeris kami yang membawa bakat anak muda Amerika membantu mengajar bahasa Inggeris di sekolah Malaysia,” katanya.



 Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media seperti yang disiarkan oleh Pejabat Jurucakap Jabatan Negara AS di sini hari ini. Hillary Clinton berkata, beliau berharap Malaysia dan AS dapat bekerjasama mengembangkan perdagangan, pelaburan dan hubungan pendidikan serta kebudayaan bagi membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara

 “Sewaktu anda menyambut hari istimewa ini, AS adalah rakan kongsi dan teman anda. Saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia di seluruh dunia Selamat Hari Merdeka,” katanya lagi. – mynewshub.my

default

Geng Beruk Kuning macam orang gila malam ini #Merdeka55

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Geng Beruk kuning Janji Demokrasi macam gila je  malam ini . Tak tahu nak ke mana dek kerana  kehadiran penyokong   yang lain pun   cukup menyedihkan .hahaha...

Setakat berapa kerat ini seperti dalam gambari ni  ...lebih baik berambus balik  rumah je la .. Orang ramai pun meluat tengok pengacau-pengacau ini dok ke hulu ke hilir .  

sumber gambar : Bersih 3 Suku 

default

TERKINI ! Dataran Merdeka ditutup untuk beruk kuning Janji Demokrasi #Merdeka55

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Malam ini di Dataran Merdeka ditutup untuk sebarang aktiviti  bagi menyambut ambang Merdeka. Ini berikutan puak  beruk kuning Janji Demokrasi dilarang melakukan himpunan oleh pihak polis . 





Pastinya beruk-beruk  kuning ini meroyan kembali kerana gagal menawan Dataran seperti mana di BERSIH 3.0 dulu .  Anwar dan Azmin tak turun ke ??? Sapa nanti nak bagi arahan rempuh masuk dataran ...hahaha

default

Fathul Bari ulas kenyataan Tun M tentang malaikat & syaitan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

l


Masalah utama juak-juak hamPAS yang dalam isu Syaitan & Malaikat yang disebut Tun Mahathir ini ialah sebenarnya lemah English . Hanya peribahasa dalam bahasa Inggeris sahaja yang diungkapkan Tun Mahathir  tetapi pemimpin PAS serta pencacainya telah menunjukkan mereka  tidak cerdik sama sekali .

GPB sarankan kepada pemimpin PAS   pergi lah berlajar  English   dengan Anwar Ibrahim , anak Cherok Tok Kun yang gah speaking London  mengalahkan Mat Salleh . Itu yang beliau tak komen kenyataan Tun Mahathir kerana faham maksud  peribahasa English berkenaan .

Komen & pandangan  dari Ustaz Fathul Bari pun cukup menarik dan menunjukkan beliau mengkaji dulu isu berkenaan dengan mendapat maklumbalas dari anak Tun Mahathir iaitu Datuk Muhkriz   .  Hanya sekadar peribahasa , bukannya fatwa atau arahan ...


default

Kibaran Jalur Gemilang hambar di negeri kerajaan DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Malam ini semua rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 55 tahum. Tapi di P.Pinang iaitu negeri yang diperintah Dap, kemeriahan  sambutan kemerdekaannya  seperti  mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan bangunan cukup hambar.

Hanya bangunan2 milik kerajaan Pusat seperti balai polis,sekolah,klinik  dan lain-lain mengibarkan Jalur Gemilang.   Adakah kerana pasal kerajaan Dap boikot tema Janji Ditepati menyebabkan rakyat ini menjadi mangsa?

GPB yakin rakyat PP telah sedar dan dapat menilai beza semasa pemerintahan BN dan DAP dalam memeriahkan acara nasional seperti Hari Kemerdekaan ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

default

PANAS ! Akhbar Cina Sin Chew dedahkan Mat Sabu sebenarnya bohong !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Sikap pemimpin  PAS  dalam isu hudud ternyata berdolak dalik sama sekali  bila berdepan  dengan bukan Islam . Akhbar Sin Chew  hari ini  mendedahkan dalam jawapan nya kepada penafian Mat Sabu kononnya kenyataannya telah diputar belitkan . 


Akhbar Sin Chew Daily hari ini menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud. Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan "kekeliruan" tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk menyampaikan maklumat tepat dan penting kepada pembaca.

 "Sebagai medium untuk orang ramai, kami tidak patut menyembunyikan sebarang maklumat penting daripada pengetahuan umum, terutama sesuatu yang melibatkan kepentingan awam, serta kejadian yang boleh menyebabkan berlaku perubahan terhadap masyarakat kita dengan apa cara sekali pun.

 "Pendirian PAS tentang pelaksanaan undang-undang hudud perlu didedahkan kepada umum agar anggota masyarakat boleh memahami, menilai dan membuat pilihan.

 "Perkara paling buruk yang boleh kami lakukan ialah menyembunyikan kebenaran, memuji bahagian yang paling baik dan menutup selebihnya. "Perbuatan paling keji dan paling menipu apabila membuat sesuatu perkara ialah menghidangkan satu cerita kepada masyarakat Islam dan menghidangkan cerita lain pula kepada bukan Islam," katanya dalam artikel bertajuk "Undang-undang Hudud: Kebenaran atau Ilusi? tulisan Tay Tian Yan dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dominic Loh.

 Artikel itu bertujuan memberi penjelasan tentang dakwaan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam Harakahdaily semalam bahawa akhbar itu memutarbelitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan melaksanakan hudud apabila pembangkang menawan Putrajaya.

 Artikel berhubung wawancara dengan Mat Sabu disiarkan Sin Chew Daily pada Isnin, dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan mencadangkan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk merintis jalan bagi pelaksanaan undang-undang Islam itu.

 Dalam artikel hari ini, Sin Chew berkata pemberitanya menghubungi Mat Sabu sekali lagi selepas edisi petang akhbar itu menemui pembaca pada Ahad untuk mendapatkan pengesahan beliau tentang kandungan kenyataannya dan Mat Sabu ingin mengubah perkataan daripada "membuat keputusan" kepada "berhasrat" dan pemberita berkenaan bersetuju mengubahnya.

 "Dalam pada itu, kami juga menemu bual ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk meminta beliau memberi penjelasan tentang pendirian parti itu tentang isu berkenaan. Respons beliau selari dengan yang disuarakan Mat Sabu.

 "Malangnya, selepas laporan itu dicetak, Mat Sabu membuat penafian pada hari berikutnya tentang apa yang beliau katakan dan mendakwa Sin Chew Daily memutarbelitkan ucapannya. Kami cuba menghubungi beliau dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya, tapi sehingga kini, kami masih belum berhasil. 

 "Selama ini, PAS dipandang tinggi dan oleh itu ia perlu memelihara kredibilitinya. Sekiranya parti itu tegas dengan pendiriannya bahawa undang-undang hudud adalah betul dan wajar, maka ia perlu mengisytiharkan secara terbuka agenda politiknya dalam nada yang sama, tidak kira sama ada kepada masyarakat Islam atau bukan Islam dan terus mempromosi dan melobi pelaksanaannya dalam kalangan pengundi Cina," kata akhbar itu.sumber

default

Isu Nasha : Ahli PAS P.Pinang lebih berani dari Salleh Man !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Ketika ahli-ahli akar umbi Pas negeri menyatakan sokongan padu terhadap bekas Timbalan Presiden mereka, Nasharudin Mat Isa, berbeza pula ditunjukkan pemimpin tertingginya. Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, beliau menyerahkan kepada Pas Pusat untuk menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok itu. Menurutnya, beliau tidak layak menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan.

 "Saya serahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan. "Saya tidak layak memberi sebarang ulasan dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Beliau diminta mengulas mengenai pendirian kepimpinan Pas Pulau Pinang terhadap kedudukan Nasharudin di dalam parti. Baru-baru ini, ahli-ahli akar umbi Pas negeri menyatakan sokongan padu terhadap pendirian Nasharudin yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kesucian Islam. .-UTUSAN-




default

BAS Anwar Ibrahim sedia Janji Ditaburi kepada rakyat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB nak tergelak betul pencacai-pencacai Anwar  di facebook  cakap UMNO jangan dok tiru pulak bikin bas seperti mana  bas 2 tingkat  pemimpin agong mereka. Setakat bas pun dah nak bising ..hahaha

 Khalid Gagap cakap dia yang taja bas ini ...betul ke ? Ke dana dari puak  Yahudi @ negara idola Anwanr iaitu  Turki  ??  SUARAM pun dah  mengaku mereka terima dana asing untuk  heret &  fitnah Najib  pasal isu Scorpene , ini kah pulak parti Anwar sendiri .

Cuma yang GPB tengok di bas ini , tiada langsung wajah pemimpin parti samada dari DAP mahupun PAS. Mungkin bas ini milik ANWAR , jadi kalau letak  muka  tok guru Nik Aziz - Hadi ..nanti tukang sponsor marah pulak kerana mereka bukan ada kaitan pun .

Jelajah MERDEKA RAKYAT ini antara salah satu strategi besar PKR untuk all out berkempen menjelang PRU 13 . Selain menabur janji palsu kepada rakyat , warlord-warlord PKR pun bergembira sebab projek jelajah ini  memang MASYUK,, mungkin  kerana bajet & dana besar jutaan ringgit  .
 




default

PANAS ! Ostazah Abby Abadi cuba ajar Dr Asri tentang hudud ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




GPB tak faham betul dengan minah Ostazah Abby Abadi ini ..baru je berhijrah bertudung  & boleh berceramah sana sini di pentas PAS ...dah  layak  ke pertikai tahap  ilmu agama seorang bekas Mufti ? Siapa yang ajar ni ?? mesti tok guru dalam PAS ni ...


Dr Asri tweet berkongsi pandangan mengenai perlaksanaan hukum hudud di twitternya  . GPB tak tahu la kot Ostazah Abby terasa .  Tapi yang pasti ia tweet beliau ada  berkaitan  hukum hudud ala PAS yang dianggap tidak berlaku adil  kerana  jika dilaksanakan mereka  hanya babitkan orang Islam bukannya bukan Islam . Sebelum ini pun Dr Asri mendakwa PAS yang memeberi gambaran yang salah  mengenai hukum hudud  hingga ditentang keras DAP .

Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata,Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini. “

Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

 “Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
KLIK DI SINI 


 Alasan ini juga  lah  Tun Mahathir menolak hukum hudud PAS ini tak tidak menolak pun hukum hudud Allah  .




Ikuti laporan daripada blog hiburan RotiKaya berikut untuk penerangan yang lebih jelas;
Oh kenapa’lah Abby Abadi sebegitu lantang di Twitter. Bukan sekali dua kenyataan selebriti ini menjadi bahan kontroversi dan kali ini melibatkan seorang bekas mufti. 
Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih di’kenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangan beliau tentang pelaksanaan hukum hudud menurut Islam. 
“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang di’potong tangan sedangkan seorang lagi di’penjara kerana berbeza agama?” tulis Dr Asri. 
Kenyataan Dr Asri itu lantas di’sambut oleh Abby Abadi yang berbunyi “Maafkan saya. hudud itu ‘kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?” 

Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti. 


Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan “Seseorang yang kembali kepada agama & juga di’jemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen.” -RotiKaya

Anda lihat komen Dr Mohd Asri kepada Ostazah PAS Abby ini ...

MALU BEB........Mana nak letak muka ....hahaha ....bila dia sendiri belum faham Islam tiba-tiba nak komen ilmu seorang  ulama seperti Dr Asri .


default

LRT & Monorel percuma sempena #Merdeka55 @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang akan dilanjutkan untuk dua malam berturut-turut mulai esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Jumaat ini.

 RapidKL, iaitu operator LRT dan monorel dalam kenyataan di sini hari ini berkata perkhidmatan percuma juga akan diberikan kepada semua pengguna yang menghadiri acara "Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini. 

 Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka esok, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjut sehingga pukul 1 pagi keesokan harinya.

 Stesen-stesen tersebut ialah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah, Titiwangsa, Kelana Jaya, KL Sentral, Masjid Jamek, Dang Wangi dan KLCC. - BERNAMA


default

Gelaran Tokong adalah watak angkuh & sombong Guan Eng !!

on Wednesday, August 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.

 Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong. 

 Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.

 Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan. Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan.

 Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.

 Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.

 Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.

 Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid, di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong.

default

PANAS ! Mansor lebih rela menipu daripada hilang jawatan ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Mansor nampaknya lebih rela berbohong kepada rakyat kerana takut hilang jawatan daripada mengaku sebut Guan Eng angkuh dalam mesyuarat PKR  .  Walaupun ada bukti rakaman , beliau nampaknya sanggup  menipu lagi .

Kat belakang Guan Eng bukan main lagi  Mansor  kata macam-macam kat apek DAP angkuh  ini , tapi bila di depannya terus jadi penakut sampai  tak mengaku . Cukup-cukup  la berbohong kepada rakyat negeri ini kerana tembelang pergolakan antara PKR - DAP sudah tak boleh bendung lagi .





“Mansor patut berhenti berbohong. Jangan terus menegakkan benang yang basah semata-mata kerana takut hilang jawatan. Mansor patut sedar, bukan sahaja bukti minit mesyuarat PKR telah tersebar, tetapi bukti video juga akan didedahkan tidak lama lagi. Hanya tunggu masa sahaja. 

 “Penafian Mansor terhadap apa yang dikatakan dalam mesyuarat PKR adalah satu bukti bahawa Mansor hanya pentingkan jawatan dan bukannya mendahulukan kepentingan rakyat.Mansor kini dalam ketakutan. 

Takut hilang jawatan seperti apa yang pernah terjadi kepada Fairus (Mohd Fairus Khairuddin),” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Osman. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Osman berkaitan menggelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai angkuh. 

 Perkara tersebut tersebar apabila minit mesyuarat PKR yang dipengerusikan Mansor bocor dan ianya mendedahkan rasa tidak puas hati Mansor terhadap Guan Eng yang dikatakan bersikap biadap, angkuh dan tidak boleh dipercayai malah menggelar Guan Eng sebagai tokong. 

 Namun Mansor menafikan perkara tersebut dan hanya mengaku bahawa dia menggelar Guan Eng sebagai tokong yang membawa maksud sebagai ‘sanjungan tinggi dan penghormatan’ rakyat terhadap Guan Eng. Tambah Zainal Abidin, gelaran tokong yang diberi Mansor kepada Guan Eng pula disifatkan keterlaluan. 

“Kita tak boleh nak samakan pemimpin atau sesiapa sahaja dengan tokong yang disembah. Sebagai seorang yang beragama Islam, perkara ini boleh meyimpangkan akidah. 

 “Jangan kerana taksub dan takut hilang jawatan, Mansor lupa hukum hakam agama. Sanggup menipu rakyat dan terus tegakkan perkara yang tidak benar. Sebagai pemimpin, Mansor seharusnya berani untuk berkata benar dan bersuara. 

Mengapa harus takutkan Guan Eng seperti Guan Eng itu adalah Tuhan.. Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung,” ujar Zainal lagi. Penafian Mansor untuk mengelirukan rakyat mengenai perkara sebenar juga diibaratkan seperti memperbodohkan rakyat Pulau Pinang sendiri. 

 Menurut Zainal Abidin, rakyat Pulau Pinang semakin bijak dan tidak boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Apatahlagi mereka yang beragama Islam amat kecewa dengan tindakan Mansor yang seakan menyamakan Guan Eng seperti Tuhan apabila memberi gelaran tokong. 

 “Saya harap rakyat negeri ini akan membuka mata mengenai sikap sebenar pemimpin seperti ini. Daripada apa yang berlaku ini dapat kita lihat mereka sebenarnya lebih risaukan jawatan daripada memperjuangkan nasib rakyat sendiri. Maka, kita tidak harus terus memberi mandat kepada mereka untuk menjadi ‘suara’ rakyat,” tambahnya lagi. - MediaUMNO

default

Shila Amzah terima kritikan tentang persenda bertudung !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




ATAS desakan peminat, pelantun Patah Seribu ini kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya. Akui timbul rasa bersalah di atas keputusannya yang menutup laman sosial itu sejak seminggu lalu, Shila Amzah, akhirnya akur dengan kehendak peminat yang mahukannya kembali ke alam maya.

“Saya sebenarnya sibuk sangat sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.

  “Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter,” katanya.

  Bagaimanapun, anak dara ND Lala ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.

  “Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab. “Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. -SINAR HARIAN-

default

Guan Eng pentingkan syarikat kroni kaya dari bina rumah rakyat miskin !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Satu langkah yang tidak adil dan tidak waras. Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Georgetown kepada sebuah syarikat untuk membina hospital swasta dengan nilai RM230 kaki persegi dianggap tidak wajar.

Ini kerana tanah yang sama ditawarkan kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dengan harga RM450 kaki persegi semata-mata untuk membina rumah kos rendah bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, memang tidak logik tindakan Guan Eng itu yang dilihat hanya membantu mengkayakan golongan yang sudah kaya.

“Adakah wajar menjual tanah kepada syarikat yang sudah kaya dan mahu membina hospital dan apartmen mewah dengan harga yang lebih rendah berbanding tawaran kepada Pemuda BN yang mahu merealisasikan hasrat membantu orang miskin memiliki atau menyewa rumah kos rendah.

“Inikah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat dan mahu membela nasib rakyat miskin. Siapa sebenarnya yang membela rakyat golongan miskin.

Adakah BN atau Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Bandar Perda di sini semalam.

Menurutnya, kini rakyat boleh menilai sendiri cakap-cakap atau janji PR, terutama Guan Eng ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) untuk membela nasib orang miskin atau berpendapatan rendah termasuk menyediakan rumah kos rendah “Masa kempen janji macam-macam tetapi sampai sekarang janji hanya tinggal janji.

Memang mudah berjanji kepada pengundi sebelum dapat kuasa. tetapi apabila sudah dapat kuasa, semua janji sukar dikotakan kerana tidak berupaya untuk melaksanakannya. “Jadi biarlah rakyat menjadi hakim dan menilai sendiri prestasi Kerajaan Negeri PR.

Jadi jangan terus salahkan BN atau Umno jika PR gagal melaksanakan janji pilihan raya mereka,” katanya.

Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, berkata BN akan terus mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh Guan Eng dan PR dari semasa ke semasa agar rakyat tahu apa yang dilakukan selama ini sama ada untuk membantu rakyat miskin atau golongan yang sudah kaya menjadi lebih kaya.

default

PANAS ! Tun M hanya sokong hudud Islam bukan hudud PAS ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.

 Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS. "Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak. "Tak pernah saya kata tolak hudud Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011, di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Selasa.

 Menurut Dr Mahathir terdapat perbezaan yang ketara di antara hukuman hudud yang akan dilaksanakan PAS dan yang disyariatkan Islam.

 "Kita kena bezakan antara dua ini (PAS dan Islam)...lain langsung," katanya. Dr Mahathir berkata pelaksanaan hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS lebih menjurus kepada hukuman berat dan bersifat tidak adil.

 "PAS lebih mirip kepada nak kenakan hukuman berat yang tak ada dalam al-Quran...dia (PAS) nak rejam dengan batu. Dalam Quran sebut tentang sebat 100 kali...lelaki dan perempuan.

 "Kita tengok di Afghanistan mereka tuduh isterinya secara kejam dan bawa keluar tembak bagi mati...itu bukan (hukuman) Islam," katanya. Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Islam menuntut supaya berlaku adil apabila meletakkan hukuman kepada seseorang.

 Katanya apabila sesuatu hukuman itu dibuat secara tidak adil ia bukanlah hukuman yang dituntut dalam Islam. "Islam tuntut supaya apabila kamu menghukum, hukumlah dengan adil.

Orang Islam potong tangan, tapi orang bukan Islam masuk penjara dua bulan...itu tidak adil. Atau hukum wanita saja yang lelaki tak hukum," tegasnya. Ditanya tentang pendirian PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang DAP beliau menjawab:

 "Itu dia (PAS) punya masalah, kawan baik dia," katanya.

default

Contoh Rakyat Malaysia tak prihatin..sokong penjenayah ! #TwtMerdeka

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang  ni ???  ... macam sial sekali   2- 3 ekor mangkuk   ini boleh buat bodoh je sambil berdiri  melihat seorang  mangsa disamun ketika bulan Ramadhan di sebuah stesen minyak Shell di lebuhraya BKE .

Kalau pembangkang & segelintir rakyat sering meroyan jenayah meningkat  kepada pihak polis & kerajan  ..inilah punca utamanya !

Kalau depan mata pun ada berlaku jenayah didiamkan , apatah lagi yang lain !

GPB cukup simpati sekali dengan mangsa ini walaupun cuba sedaya upaya pertahankan motosikalnya daripada disamun , tapi bila diugut dicederakan dengan senjata (pisau) , beliau terpaksa merelakan demi menyelamatkan nyawannya .

Yang bahalol -bahalol kat situ boleh tengok je ..seolah-olah macam drama Yusof Haslam pulak adegan tu.

Apa yang GPB boleh katakan kepada mereka ini ialah ini lah segelintir rakyat Malaysia yang sokong  penyampun ,samseng & perompak !



default

Skandal tanah: Sikap diam bukti Guan Eng semakin besar kepala !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemuda UMNO Pulau Pinang membidas sifat LGE yang semakin "besar kepala" kerana enggan menjawab persoalan-persoalan   yang ditimbulkan kepada LGE mengenai skandal skandal yang berlaku di Pulau Pinang.

 Jelas sekali LGE cuba menutup skandal nya dengan memutarbelitkan fakta dan menuduh pula pihak yang meminta penjelasan.

Antara skandal yang masih tidak terjawab sehingga kini adalah Penipuan mengenai jumlah Rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh LGE dan Zairil Khir Johari, Skandal Tapak rumah PPR Taman Manggis, Skandal Penjualan Tapak Masjid dan Tapak Sekolah Bayan Mutiara, Skandal penjualan Tanah Kampung Genting, Skandal Mak Mandin Hijau, Skandal Tanah Kg. Pokok Asam, Skandal Kampung Buah Pala, Skandal Perobohan tempat letak kereta "kancil",Skandal penjualan harta milik MPPP,Skandal pembangunan dilereng bukit dan lain-lain lagi.

 Apabila LGE mendiamkan diri dan cuba metar belitkan setiap isu diatas, Rakyat mula tersedar bahawa LGE sebenarnya adalah penyanggak Tanah di Pulau Pinang. Sifat mendiamkan diri PKR dan PAS pula membuktikan bahawa mereka hanya pelakon simpanan dalam wayang LGE.

Terbaru apabila Skandal Taman Manggis yang mana pemilik rumah LGE dijalan Pinhorn adalah salah seorang pengarah didalam syarikat yang berjaya mendapatkan tender tanah tersebut. Pendedahan yang dibuat oleh pemuda BN negeri jelas menunjukkan bahawa LGE sememangnya seorang yang angkuh kerana enggan menjawab isu berkenaan.

LGE nampaknya lebih mementingkan keuntungan Pemaju Swasta berbanding rakyat miskin Pulau Pinang apabila ingin menjual Tanah Taman Manggis dengan harga yang lebih mahal untuk Perumahan Rakyat kepada BN Negeri. Sikap LGE yang selalu mengungkapkan perkataan "Tender Terbuka" tetapi pada hakikatnya hampir kesemua tender yang dikendalikan oleh CMI tidak memenuhi syarat dan prosedur tender terbuka sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini.

Pemuda UMNO PP mencabar LGE melantik badan bebas seperti Lembaga Jurukur Bahan Malaysia untuk menilai samada LGE memmatuhi keperluan Tender Terbuka. Jika LGE mendiamkan diri dalam isu ini maka terbuktilah bahawa dia telah mengkhianati rakyat Pulau Pinang dengan Penyalahgunaan Kuasa yang melibatkan unsur Pecah Amanah, Rasuah dan Penipuan.

 Ir.Shaik Hussein Mydin
 KP UMNO PP

default

Tuduhan jenayah meningkat adalah orang tak sayang negara !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bagaimana penglibatan Polis Selangor dalam mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA)? Kenapa masyarakat masih anggap jenayah di Selangor ini semakin meningkat? TH : NKRA itu ada enam teras, yang utama adalah mengurangkan jenayah. Selangor adalah negeri yang mempunyai penduduk paling ramai dan padat. Kadar jenayah juga paling tinggi dalam negara ini, saya sendiri ada 13,000 pegawai dan anggota untuk menjaga keselamatan di negeri ini. Negeri kita ni besar, negeri yang terkaya pun Selangor. Kita lihat di United Kingdom. Dari tahun 1993, kerajaan mereka melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan jenayah sehingga jumlahnya menurun tetapi ketakutan masyarakat terhadap jenayah masih lagi tinggi, malah meningkat. Sama juga keadaannya di Malaysia.

Jenayah turun tetapi perasaan takut tu meningkat. Semua orang cerita pasal jenayah, Ketua Polis Daerah cerita pasal jenayah, Ketua Polis negeri cerita pasal jenayah, masyarakat bercerita pasal jenayah, sampai semua orang jadi takut tetapi hakikatnya jenayah di negeri ini semakin berkurangan. Kalau di Selangor dulu puratanya kita dapat lebih kurang 200 kes sehari, tetapi sekarang ni turun ke lebih kurang 100 kes sehari, malah ada harinya hanya ada 57 kes.

Tetapi cara ia disebar dan diceritakan pada semua orang terutama melalui media membuatkan orang jadi takut. Sebagai contoh samun dekat kawasan meletak kereta. Bayangkan beramai ramai yang pergi kompleks membeli-belah setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun, berapa ramai yang guna tempat parking namun dari Januari hingga Julai tahun ini, hanya ada sembilan kes seumpama itu dilaporkan.

Tetapi cara ia dimainkan dalam media menampakkan seolah-olah ada beratus-ratus kes jenayah seperti ini yang terjadi. Ini adalah permainan persepsi. Mereka yang memainkan persepsi ini adalah mereka yang tidak sayangkan negara dan kerajaan, jadi mereka tuduh macam-macam.

 Di negeri jiran lain contohnya, ada juga kes-kes seperti ini tetapi ia tidak akan dimainkan dengan sebegitu hebat seperti yang terjadi di negara kita Adakah bila kita mainkan isu ini dalam media maka ia akan menyelesaikan masalah? Tidak.

Jadi kenapa nak menjahanamkan? Kita ni pelik sikit, seboleh-bolehnya kita nak merosakkan. Kita ni jenis ‘copycat’, kalau jumpa satu ular sawa, merata-rata jumpa ular sawa, kalau jumpa seorang kena bakar, merata-rata ada orang kena bakar, sebelum ini pun memang dah pernah ada benda-benda macam ni tapi takdelah ‘viral’ macam sekarang, nyata ini berniat jahat ..SETERUSNYA 


Komen GPB 

Polis pun patut ada Blogger sendiri ..ye la untuk lawan Persepsi .  Mungkin Tan Sri KP boleh pertimbangkan..hehehe

default

Nak menang Proton Preve , jom tweet #Merdeka55 #TwtMerdeka @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR - Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini. 

Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.

 Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.

 Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).

 Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.

 Layari laman rasmi 'Tweet #Merdeka55' di http://twtupmerdeka.blogspot.com atau ikuti laman twitter mereka @twtupMerdeka untuk sebarang keterangan lanjut.

default

HOT ! Pemimpin kanan pembangkang ditangkap kes sumbang mahram !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram. Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan pada Isnin.

 Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur. "Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. 

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

 Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA


*** Siapakah pemimpin ini ??? Dari parti  PKR atau PAS yang bertanding  kawasan Jerantut ini ?? 

default

Isu akhbar Sin Chew buktikan Mat Sabu takut sebut bab hudud !!

on Tuesday, August 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Isu penafian Mat Sabu tentang artikel di akhbar Sin Chew ini jelas membuktikan Timb Presiden PAS sendiri pun  takut sebut pasal bab  hudud .  Itu belum lagi ditanya nak laksana ke atau tidak ..hahaha....

Apa masalahnya jika PAS nak laksana hudud jika PR menang Putrajaya ?? Bukan ke ini yang juak2 pencacai mahukan ?? Lepas ini tak ada la alasan untuk Pok Nik Aziz tuduh sebab Tun Mahathir tak boleh laksana hudud.




KUALA LUMPUR 28 Ogos — Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik beliau sebagai berkata PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat PR mengambil alih Putrajaya Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau

“Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina Sin Chew Daily lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut

 “Ketika wartawan surat khabar itu Sin Chew Daily menghubungi saya perkataan tentang hudud langsung tidak keluar

“Mungkin dia wartawan tak faham sangat Bahasa Melayu ” kata Mohamad gambar ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi Tambah Mohamad beliau sudah berkali-kali menegaskan bahawa sebarang perubahan yang ingin dibawa PAS mestilah melalui parlimen dan tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

default

Jika Guan Eng tokong tumbang, Monorel menanti rakyat PP @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Menjelang PRU 13  ,senario politik di P.Pinang semakin hangat  . BN P.Pinang di bawah kepimpinan baru,  Sdr Teng Chang Yeow kini  semakin yakin untuk mengembalikan sokongan rakyat  sekaligus merampas kembali negeri yang didakwa kubu kuat DAP .

Manakala kerajaan DAP diketuai Guan Eng semakin tertekan diasak pelbagai isu seperti penjualan tapak masjid &sekolah di Bayan Mutiara, skandal tanah Taman Manggis dan terbaru keangkuhan beliau yang dilabel oleh TKM 1 Datuk Mansor Othman .

Ini memberi peluang kepada  BN P.Pinang mengatur strategi ampuh mendekati semula rakyat agar kembali menyokong di PRU 13.  Antara strategi terbaru ialah  BN berjanji jika di beri mandat pada  PRU 13 di P.Pinang , sistem pengangkutan Monorel akan dibina untuk menangani kesesakan lalu lintas negeri ini .

 Pengerusi BN P.Pinang , Teng Chang Yeow berkata , sistem monorel di bahagian pulau diperlukan kerana masalah trafik yang semakin teruk .

Katanya , projek monorel itu akan dilaksanakan dengan hab pengangkutan terletak di kawasan Masjid Negeri dan terdapat tiga arah iaitu Paya Terubong melalui Farlim , Tanjung Bungah  , Lapangan Terbang Bayan Lepas dan pusat bandar .

" Negeri ini memerlukan sistem pengankutan baru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan lebih menyeluruh dab berkesan dalam jangka masa panjang .

" Rancangan ini tidak boleh ditunda, jika tidak masalah lalu lintas akan bertamabah serius terutama musim cuti perayaan dan percutian .katanya



 ** Nak tunggu Guan Eng tokong turun dari langit bina monorel ??  ..hahaha ...

default

PANAS ! Nama Tun Mahathir terkenal di Kota Mekah ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments




Walaupun Tun Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi PM Malaysia , tetapi namanya terus disebut oleh dunia Arab kerana perjuangan dan jasanya cukup besar kepada umat Islam . Adakah nama Anwar Ibrahim ( penyokong keselamatan Israel )  , Nik Aziz & Hadi Awang  dikenali di sana seperti beliau  ??



Kisah menarik mengenai Tun Mahathir ini diceritakan sendiri oleh Tuan Timbalan Pengarah JPN Kedah ketika beliau menunaikan umrah. Beliau teruja kerana setiap kali memaklumkan datang dari Malaysia kepada jemaah dari negara Timur Tengah, jemaah Arab akan terus menyebut nama Tun Dr Mahathir.. Yang paling hebat ialah, mereka akan terus menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan Tun Mahahthir.. 

Kejadian ini berlaku beberapa kali semasa beliau berada Mekah dan Madinah. Malah semasa di Raudah, beliau mendapat keistimewaan khas dari polis Arab Saudi apabila menyebut nama MALAYSIA, dan polis Arab tadi terus menyebut nama TUN DR MAHATHIR, lantas membantu beliau bersolat di Raudah dengan mudah.. SUBHANALLAH.., nama Tun Mahathir telah lama harum di Tanah Suci, Mekah dan Madinah. 

Masyarakat Islam seluruh dunia menyanjung sumbangannya kepada negara mereka dan mereka tahu berterima kasih serta bersyukur kepada Allah SWT disamping mendoakan beliau di hadapan Kaabah dengan spontan.. 

 Adakah pemimpin lain yang masih hidup di dunia menerima penghargaan sebegini dari bangsa lain..? Tun Mahathir adalah hanyalah insan kerdil dari negara yang kecil.., namun jasa dan baktinya kepada Islam amat besar diakhir zaman yang sungguh mencabar. 

 Bukan sahaja Yahudi Zionis sangat membenci beliau dan ada Yahudi yang menganggap beliau merupakan bahaya kedua terbesar selepas Osama Ladin, bahkan beliau juga dibenci oleh musuh-musuh politik yang iri hati melihat kejayaan yang dibawanya terutama kepada dunia Islam. Beliau 'Anugerah Istimewa' untuk negara kita, Negarawan yang sangat berjasa bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga kepada kebanyakan umat Islam di seluruh dunia... 

 Malangnya ramai dikalangan umat Islam di Malaysia (khasnya) yang tidak mahu berterima kasih serta menghargai setiap apa kebaikkan yang telah diberikan..


Komen GPB 

Pemimpin daripada parti kebangsaan yang dituduh PAS tolak Islam  ini juga yang terkenal  di dunia Arab. Sekarang siapa sebenarnya yang  pejuang ISLAM ??

default

Kaki khalwat buat muka selamba lakukan maksiat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUANTAN – “Mereka seolah-olah sudah biasa melakukan perbuatan terkutuk itu hinggakan berani keluar-masuk ke hotel bajet dengan muka tidak bersalah,” kata Mamat Ibrahim, 60, pemandu teksi di Jalan Pasar, di sini. Katanya, lebih memalukan, kebanyakan pelanggan yang mendaftar masuk ke hotel berdekatan kawasan itu adalah golongan remaja Islam.

 “Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka orang sini atau orang luar. Tapi kebiasaannya jika ada sambutan atau program besar di sini, biasanya orang luar yang ramai datang menginap di hotel bajet ini.

 “Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada di antara mereka yang tinggal di Kuantan, tetapi sanggup mengeluarkan duit untuk bermalam dengan kekasih masing-masing,” katanya ketika ditemui semalam. Mamat berkata, kebiasaannya mereka akan mula mendaftar masuk sekitar jam 6.30 petang sehingga lewat malam. “Mereka daftar masuk tak tentu masa. Kadangkala saya sendiri tak sedar bila mereka masuk, tahu-tahu sahaja sudah keluar keesokan harinya.



 “Yang peliknya, mereka sedikit pun tidak ambil peduli dengan pandangan masyarakat, sebaliknya bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bag imereka, orang ramai tidak berhak untuk menegur perbuatan mereka. Sebab itulah mereka berani buat apa sahaja,” katanya. Tambahnya, selepas menunaikan ‘hajat’ masing-masing, ada di antara remaja terbabit menaiki teksinya untuk pulang ke rumah. “Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman Kuantan. Bila ditanya, mereka jawab terpaksa bermalam di hotel murah kerana hari sudah lewat malam serta tiada kenderaan,” katanya.

 Dia yang lebih 20 tahun memandu teksi berkata, kawasan itu bukan hanya menjadi tumpuan remaja ketika sambutan hari kemerdekaan atau Tahun Baru, tetapi menjadi tempat persinggahan setiap malam minggu. “Faham-faham sahajalah, jika tiada acara besar di sini pun sudah ramai yang datang, bila tiba hari kemerdekaan, lagilah berebut bilik. Pendek kata, siapa yang lambat mendaftar masuk, tiadalah peluang untuk melampiaskan nafsu.

 “Tauke hotel bertambah kaya, mereka pula tambah dosa,” katanya. Manakala, bagi peniaga tudung dan pakaian muslimah, Zainon Mamat, 28, kadangkala golongan ini mendaftar masuk sekitar jam 9 pagi. “Mereka memang bijak, seolah-olah sudah tahu waktu operasi Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) hinggakan ada yang terlepas daripada ditahan pihak berkuasa.

 “Saya memang tidak berani tegur jika nampak ada pasangan yang mencurigakan masuk ke dalam hotel kawasan ini. Saya bimbang, jika ditegur mereka akan buat perkara yang tidak diingini.

 “Golongan seperti ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepaskan diri. Justeru, jika saya nampak sesuatu yang mencurigakan, saya akan segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya. Katanya, perbuatan ini memang sukar dibendung jika ada pihak yang tidak memberikan kerjasama terutama pemilik hotel murah. “Jika mereka tegas serta tidak berkompromi, kemungkinan aktiviti maksiat ini dapat dikurangkan. Namun, pemilik hotel murah lebih kepada mengejar keuntungan, mereka tidak peduli sama ada pelanggan itu muhrim atau tidak,” katanya.

 Ambil tindakan tegas Sementara itu, bagi Madri Mohd, 61, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu bagi mengelakkan ia terus berleluasa.

 “Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kerana semakin hari saya lihat aktiviti ini semakin rancak seolah-olah mereka tidak takut dengan pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan.

 “Mungkin kerana mereka sudah dapat membaca pergerakan pihak berkuasa, sebab itulah masing-masing berani mengusung teman wanita naik ke bilik,” katanya. Lebih menyedihkan, dia pernah melihat teman wanita yang mendaftar masuk manakala yang lelaki menunggu di bawah.

 “Saya faham, pihak berkuasa tidak mampu untuk menempatkan pegawai mereka 24 jam di hotel-hotel murah, namun saya harap mereka dapat mempertingkatkan operasi bagi mengurangkan aktiviti tidak bermoral ini. “

Saya bimbang, jika ia tidak dibendung, masalah pembuangan bayi akan meningkat serta merosakkan masa depan remaja itu sendiri. Kita memerlukan generasi muda untuk membangunkan negara, jika mereka sudah rosak, bagaimana pembangunan negara kita pada masa akan datang,” katanya.

 Sebelum ini Jaip memberi amaran supaya tidak mencemarkan sambutan ambang merdeka dengan melakukan maksiat dan perkara yang ditegah agama. Jaip juga tidak akan berkompromi dengan golongan itu yang jelas menyalah ertikan sambutan kemerdekaan dengan melakukan perkara tidak senonoh sehingga melanggar hukum syarak.

default

Jika jadi PM , saya tak tinggal di Putrajaya - Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih menjadi perdana menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Putrajaya. "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbuka PKR di Bukit Gantang, Perak semalam. "Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu.

 Kira-kira 2,000 orang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang. Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara. Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.

 "Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi. "Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka." -UTARA NEWS-


Komen GPB

Puak-puak PAS setiap malam mimpi dok di Putrajaya ...tiba-tiba Anwar tak mahu pulak ..hahaha.. adakah Anwar tahu PR memang tak dapat tawan Putrajaya ??

default

Bukti DAP tak iktiraf pingat & darjah kebesaran Raja Melayu ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jawapan Guan Eng dalam isu darjah kebesaran Raja ini mudah saja untuk difahami  yang tersiratnya .  Kalau beliau jawab pemimpin parti DAP sedia menerima pingat & darjah kebesaran , confirm la akan dihentam punya oleh pemimpin veteran mereka .

Jadi untuk play safe  dalam politik , jawapanya ialah  sukar untuk jawab . Lepas itu dok pusing kononnya mereka tak mengejar kedudukan dan pingat kebesaran .

 Apa yang GPB faham maksud  merekaialah DAP masih lagi  tetap tidak iktiraf pingat /darjah kebesaran  dikurniakan oleh institusi Beraja .  Sewajarnya Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak boleh memberi jawapan sedemikian .

Kalau YDP Agong nak beri pingat , adakah beliau sebagai CM  nak menolaknya ???

default

Kebodohan pencacai pembangkang tak faham sindiran Tun Mahathir ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Petang Sabtu ramai wartawan yang cover majlis rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines, sok sek sesama sendiri berikutan tersiarnya cerita dalam portal pro pembangkang pasal 'syaitan dan malaikat'. Berikutan itu keluar tidak lama selepas sidang media yang dibuat Dr Mahathir, kiranya amat pantas sungguh cara mereka bekerja. 

Cuma yang kawan-kawan wartawan dok sok sek itu bukan apa, melihat bagaimana portal yang kononnya berintergriti tersebut terima bulat-bulat apa yang Dr Mahathir komen bahawa kerajaan adalah 'syaitan' yang dikenali berbanding pembangkang adalah 'malaikat' yang tidak dikenali.

 Bagi yang kenal Dr Mahathir, komen-komen yang sinis merupakan style bekas perdana menteri dan presiden UMNO paling lama itu. Komen yang sinikal itu pula, perlu difahami dengan konteks yang betul supaya apa yang hendak disampaikan tidak terkeluar dari maksud sebenar.

 Sebab itu, biasanya untuk cover sidang media pemimpin-pemimpin utama negara (atau tokoh dan selebriti) organisasi media hantar wartawan yang ada pengalaman, senior repoter, bukan budak baru yang tidak dapat membezakan antara komen sebenar dan gurauan atau sindiran. 

 Dalam sidang medianya, Dr Mahathir berkata pembangkang mahu rakyat membenci kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional sahaja. Menurutnya, pembangkang mahu rakyat lupa jasa kerajaan serta menganggap “jika kamu membenci kerajaan, kamu bersama mereka.”

 “Walaupun Malaysia mengalami kegawatan ekonomi, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik. “Dan dalam masa sama kita mampu hidup harmoni dalam negara berbilang kaum, kenapa pembangkang tidak pernah sebut tentang perkara ini?” katanya.

 "Idea pembangkang hanya mahu membenci kerajaan. Mereka mahu rakyat panggil kerajaan sebagai 'syaitan', tapi kerajaan adalah 'syaitan yang orang semua kenal', berbanding dengan mereka 'malaikat' yang orang tidak kenal." kata Dr Mahathir.

 Ada unsur kiasan apabila beliau menggunakan istilah syaitan dan malaikat tersebut. Sebenarnya di dalam sidang media tersebut, ada wartawan mencelah, bertanya pada Dr Mahathir, jika kerajaan digambarkan sebagai 'syaitan', siapa pula 'malaikat' itu?

 Dr Mahathir dengan mimik muka bersahaja pun kata "“Opposition-lah!” yang buat semua wartawan yang tengah serius bekerja ketawa terbahak-bahak. Kami ketawa sebab kami tahu bahawa itulah trademark Dr Mahathir, sinis.

 Jadi jika ada yang cuba spin Dr Mahathir anggap pembangkang adalah malaikat, betapa teruknya mereka cuba memesongkan orang ramai. Lebih malang lagi, jika mereka percaya bulat-bulat bahawa Dr Mahathir anggap kerajaan 'syaitan' dan pembangkang adalah 'malaikat'.

 Itu saja membuatkan kita tahu tahap kecerdikan orang yang buat dan luluskan berita seumpama itu. Berbalik kepada kisah rumah terbuka Dr Mahathir semalam, antara yang hadir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri dan dua anak beliau. Selain itu, sejurus Najib pulang, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba bersama isteri.

Orang ramai memenuhi dua belas khemah kecil dan tiga khemah besar yang disediakan. Berikutan rumah Dr mahathir di dalam kawasan persendirian, bukan semua kereta boleh masuk, jadi bagi memudahkan pengunjung yang hendak datang, mereka kena letak kereta di kawasan parking sekitar hotel Palace Of Gorden Horse dan diangkut dengan kenderaan khas ke kediaman Dr Mahathir. Semuanya disusun ataur dengan baik membuatkan majlis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 6 petang tersebut berjalan lancar.

 Ramai pelancong dan orang luar yang datang, Dr Mahathir sendiri dalam sidang medianya menyarankan rakyat Malaysia mengundang pelancong asing ke rumah terbuka mereka bagi membolehkan tetamu asing itu meraikannya dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam suasana harmoni. "Mereka mahu melihat budaya kita dan keupayaan kita hidup dalam negara berbilang bangsa tanpa rasa takut seperti yang dilihat di kebanyakan negara berbilang bangsa atau berbilang agama yang lain," katanya.

 Katanya walaupun konsep itu bukan suatu yang baru namun ia harus melibatkan penyertaan lebih aktif daripada rakyat tanpa mengharap pemberian insentif kerajaan. "Kita buka rumah bukanlah secara besar-besaran tetapi biarlah mereka rasa kehidupan kita setakat yang kita mampu," katanya.-26/8/2012- AGENDA DAILY

default

Mansor macam orang bodoh bila berdepan Guan Eng ?

on Monday, August 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Memang sepanjang raya, tidak ada posting baru. Sekadar tengok apa sahaja perkembangan. Macam-macam yang ditimbulkan. Ada juga kawan-kawan yang ingatkan, jangan selalu sangat buat pendedahan, sebab nanti akan terkantoi pemberi maklumat. Ini bukan soal takut kantoi. Blog ini akan hanya kemukakan kebenaran. Bukan ciptaan.

Sebab itu, bila Mansor beria-ia kata bahawa dia tidak pernah cakap perkataan SOMBONG dan ANGKUH – ianya hanya menampilkan kebodohannya sebagai Timbalan Ketua Menteri. Mesyuarat itu bukan dihadiri oleh 3-4 orang. Ramai. Semua orang dengar. Tapi Mansor sanggup berbohong kerana jawatan.

Mansor makin tertekan kerana dia diarahkan oleh Anwar untuk memenangi 4 kawasan Parlimen di Pulau Pinang. 4 kawasan. Tak boleh tidak. Ini KPI yang telah Anwar berikan kepada Mansor dan PKR PP. Hanya dengan kerjasama DAP – Mansor mampu mencapai target ini. Bukannya mudah. Setakat ini, yang mampu Mansor janjikan adalah PERMATANG PAUH.

 Lain belum tentu. Malahan, sebagai Timbalan Ketua Menteri PP, Mansor pernah mengatakan bahawa dia berhak mendapat laluan mudah untuk bertanding di mana sahaja yang dia mahu. Tidak ada Ketua Cabang yang boleh menghalang dan menidakkan.


Dalam pada Mansor dikatakan akan bertanding di Nibong Tebal – Mansor tahu bahawa dia akan berdepan dengan laluan yang sangat sukar. Mansor lebih suka ke Bayan Baru. Mansor menganggap Zahrain sebagai lawan mudah. Pejam mata sebelah pun dia masih boleh menang. Kesemua DUN di bawah Bayan Baru (Pantai Jerejak, Batu Maung dan Batu Uban) boleh memberi kelebihan kepada Mansor. Soalnya, siapa kata Zahrain akan bertanding semula?

Mansor kelihatan sangat penakut bila menyentuh kepentingan DAP. Sebab itu dia hanya berani bila dalam mesyuarat dalaman sahaja. Bila bertemu dengan Guan Eng, Mansor macam orang bodoh. Ini yang ramai Ketua Cabang di Pulau Pinang tidak puas hati. Mansor macam tak ada tulang belakang. Penakut. Siapa peduli kalau Guan Eng ‘cangkuk’ tangan Mansor pun.

Yang nyata, PKR PP memang sudah kehilangan maruah. Jadi budak suruhan kepada DAP sahaja. Kita tengok bagaimana Mansor akan meneruskan konspirasi menjatuhkan Guan Eng.

 Isu ‘Pulau Pinang untuk orang Pulau Pinang’ siapa yang bawa? UMNO? Isu ini hanya dimainkan oleh orang PKR sendiri. Untuk merosakkan imej COCKY, ARROGANT Ketua Menteri.

sumber : GELAGAT ANWAR 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.