..

..
Archive for July 2012

default

Banner bulan Ramadhan menentang Pakatan Ahzab pembangkang !

on Tuesday, July 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Banner kontroversi ini  pasti  membuat juak-juak khawarij PAS meroyan yang digantung di Kelantan . Pakatan pembangkang  yang disertai  PAS ini  dilabel  Pakatan Ahzab

Atas  nama untuk menegakkan negara Islam, dulu  PAS melabel UMNO parti kafir yang wajib diperangi. Tapi  nada sekarang  sudah berubah, PAS sudah beralih arah. Negara Islam yang lantang disuarakan sekian lama, berganti pendekatan baru, kononnya perjuangan untuk negara berkebajikan.

Ini disebabkan PAS sudah terjerumus dalam Pakatan Ahzab terdiri PKR & DAP .  PAS sebenarnya   tahu DAP tidak akan berkompromi dengan apa pun berkaitan Islam lalu memilih konsep negara kebajikan demi menyelamatkan gabungan itu.Mereka menyangka perubahan ini mampu membawa kejayaan untuk ke Putrajaya  .

Pakatan ini kalau dalam bahasa al-Quran dipanggil pakatan ahzab, merujuk kepada beberapa puak yang bergabung untuk menghancurkan kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad SAW di Madinah suatu ketika dulu.

 Pakatan sedemikian wujud di negara kita sekarang seperti  pernah di dakwa oleh  Prof Madya Mohd Noor Idris Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan .


PAS memang SESAT !!!  Sanggup putar belit agama untuk politik !



default

AWLU : Guan Eng didesak mohon maaf kepada penduduk kampung

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selepas cuba berlagak hero berhubung kes pengambilan tanah bagi membina Asian Women’s Leadership University (AWLU), Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus terus membisu seakan dialah yang berjaya menyelesaikan masalah yang melanda penduduk Kampung Genting.

 Menurut Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang Nor Hafizah Othman, Guan Eng seharusnya memohon maaf kepada penduduk kampung tersebut kerana cubaan merampas tanah penduduk tersebut.

 Jelas beliau hanya kerana Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin hampir dan juga pihak AWLU sendiri tidak menyebelahi Guan Eng dalam cubaan merampas tanah penduduk maka akhirnya Guan Eng ‘melepaskan’ kampung tersebut namun memberi alasan kononnya kerajaan negeri yang mencadangkan agar pihak AWLU memilih tanah lain bagi pembinaan universiti tersebut.

 “Hakikatnya sudah dua tahun perkara ini berlarutan dan menyaksikan kerajaan negeri memang bertegas mahu mengambil tanah di Kampung Genting. Sekiranya tidak kerana AWLU sendiri bersependapat dengan penduduk kampung dan tidak kerana PRU sudah semakin dekat, saya pasti kerajaan negeri tetap akan meneruskan niat mengambil tanah kampung ini dan penduduk akan merempat.


 “AWLU sendiri menolak pengambilan tanah ini atas dasar prihatin tentang kesulitan yang timbul kerana tanah itu adalah milik sah penduduk kampung dan mempunyai geran. 

Setelah dua tahun berlarutan, Guan Eng pula cuba berlagak hero konon penyelamat kepada penduduk Kampung Genting. Seharusnya Guan Eng memohon maaf kepada penduduk kampung itu kerana telah menyusahkan mereka selama dua tahun,” ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Hafizah, ini semua adalah propaganda politik mainan DAP yang cuba mengelirukan rakyat dan secara tidak langsung bertujuan meraih undi.

Kononnya dengan memberi alasan kerajaan negeri yang mencadangkan agar AWLU memilih tanah lain dapat menyakinkan rakyat bahawa mereka sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat. Katanya lagi jika dilihat sejak pemerintahan DAP, ramai rakyat Pulau Pinang merintih tertindas dengan sikap ‘diktator’ Guan Eng.

 “Banyak contoh boleh kita ambil seperti kes Kampung Buah Pala, premis perniagaan yang dirobohkan termasuklah kes tapak bazaar Ramadan. Belum lagi janji-janji PRU 12 yang tidak tertunai hingga kini. 


“Cuma kes Kampung Genting ini kerajaan negeri tiada pilihan kerana menyedari rakyat sudah sedar akan putar belit DAP. Sebab itulah kerajaan negeri terpaksa akur dengan kehendak rakyat kali ini,” tambahnya lagi. 

 Rentetan daripada surat penolakan AWLU untuk membina universiti di tapak Kampung genting, Guan Eng pada 22 Julai lalu telah mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain di kawasan Pondok Upeh bagi pembinaan universiti itu. Tindakan Guan Eng ini jelas menunjukkan dia cuba menangguk di air keruh dengan cuba berlagak hero. – MediaUMNO

default

Kantoi ! Mahfuz cemburu kejayaan hari koperasi 2012 !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila Mahfuz Bean menuduh Hari Koperasi Negara  2012 di Bukit Jalil adalah gagal dan tidak mendapat sambutan ahli koperasi ternyata satu pembohongan . Beliau ternyata kekurangan fakta tentang hari koperasi yang diadakan setiap tahun ini oleh kerajaan untuk meraikan lebih 7 juta ahli dari seluruh negara.


Sebenarnya, Hari Koperasi Negara kali ini sangat berjaya kerana berjaya mengumpul 60 ribu orang sedangkan sebelum ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hanya mengumpul ahli sebelum ini seramai 15 ribu orang sahaja.



Ini membuktikan Mahfuz tak tahu ada fakta sebenar mengenai penganjuran hari koperasi atau  adakah beliau sudah takut kerana daripada 60 ribu yang hadir itu adalah sebahagiannya penyokong Pakatan ?

Malah untuk pengetahuan pelawak terkenal PAS ini , peruntukan SKM untuk untuk penganjuran kali ini adalah sama sahaja seperti tahun lepas dan bezanya kehadiran ahli cukup luar biasa dan berkali ganda . Ini menunjukkan program berjaya walaupun bajet peruntukan tak bertambah .

Kesian Mahfuz ...main tembak je tapi pelurunya tak ada ...





default

PKR semakin risau , bakal hilang 16 kerusi sediaada

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini. PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.

Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

 Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.

 Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

 Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

 Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.

PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali. Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

sumber : pisau.net

default

Dayangku Intan hina negeri Johor , puji Kelantan..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments




“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah.

 Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

 Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

 “Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa. 

 “Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya. 

 Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

 Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.

sumber : MPP Online 

default

Rahsia unsur konspirasi Iluminati di Sukan Olimpik 2012 didedahkan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Adakah gambar-gambar di Sukan Olimpik 2012 di London yang didedahkan ini adalah satu kebetulan atau perancangan ? Sebagai peminat teori Konspirasi Dajjal , Iluminati ,Fremason dan sewaktu dengannya , GPB yakin ia bukan kebetulan tetapi kehadiran penyembah Dajjal  telah berada di Kotal London yang menjadi tuan rumah .

sumber: Hazril Hafiz 


KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN


Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.


gala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.




Bandar London telah dipilih kerana London merupakan 


image





juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.


Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ.

Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION


simbol mata satu iluminati 

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi 
membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

PKR pun ada simbol mata iluminati 

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.


Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.
Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )
Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.
Penjelasan berkaitan upacara di atas boleh dibaca pada pautan berikut (KLIK)
maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)
Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.
logo
****************************
Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :


Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.


TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. 

Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. (sumber: Jabatan Mufti Perlis)

Sebelum ini aku ada menyediakan beberapa artikel dan entry berkaitan isu Kiamat 2012 ini, boleh baca pada entry entry berikut :

Dan diambil dari status facebook seorang ustaz aku di UiTM Kedah dulu:
image
nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal
untuk lebih memahami perkara ini , anda boleh saksikan ketiga tiga video dibawah (sila tonton sampai habis)


default

Masuk PAS adalah langkah dekati agama- Ostazah Abby

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Abby oh Abby ....sejak masuk PAS , pandai betul di bercakap pusing sana sini .  Di dalam portal Malaysiakini , bila ditanya mengapa sertai PAS   dan jawapannya adalah untuk mendekati agama .

Tapi apa yang peminat hiburan  , pemerhati politik, rakan artis lain   melihat tindukan Abby sudah banyak ke arah politik kepartian seperti menghentam kerajaan & berdemontrasi . Malah terbaru sebuah syarikat menjual tudung telah menamatkan kontraknya sebagai duta kerana tindakan dan sikapnya menjejaskan bisnes mereka .

Sebenarnya  golongan artis  sertai PAS bukannya mencari agama pun  tetapi sebaliknya   kepada mencari sumber  duit ceramah serta publisiti /populariti untuk mereka semula .

PAS atau politik  bukan agama dan kalau nak mencari agama sebenar hendaklah ke pondok dan berguru dengan ustaz bertauliah .

default

Soalan berapi Ustaz Kazim untuk Pok Nik & juak-juak PAS !!

on Monday, July 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB selalu dengar  mereka juga  tuduh UMNO ini zalim ...zalim kepala otak hang pa.   kat mana yang zalim ??

Kerajaan yang zalim inilah yang beri duit BRIM , beri baucer pelajar RM 200 , beri bonus bila hari raya , beri tayar kat pemandu teksi ,  beri duit kat peneroka Felda lagi , beri kain untuk buat jubah , tanggung AJK Masjid pi umarah ,  beri subsidi lagi kat harga barang yang mana negara kat dunia lain tak buat ...

Apa ini zalim lagi ka ???  Kalau Guan Eng beri sikit RM 100 cakap terus kerajaan berjiwa rakyat ....


default

Kerana sikap Abby,kontrak duta tudung ditamatkan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Nampaknya Abby Abadi semakin popular apabila dia sering menjadi tumpuan media sejak kebelakangan ini.

Kali ini berbangkit pula isu berkenaan penarikan kontrak sebagai duta tudung.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu.

Bagi penulis, isu pembatalan kontrak itu tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia sebaliknya melibatkan sistem pengurusan perniagaan yang telah terjejas.

Jika Abby tidak terlalu lantang serta lebih bersederhana dan matang dalam memperjuangkan Islam dan PAS, mungkin perkara itu tidak mungkin terjadi.

Abby Abadi telah dilantik sebagai duta Al-Humaira Contemporary pada Mei 2012 yang lalu.

Pada masa yang sama, Abby memberi kenyataan balas yang dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.


Malah, Abby turut memohon maaf kerana terlibat dalam Pakatan Rakyat.

Penulis merasakan tindakan yang diambil oleh pengurusan Al-Humaira Contemperory itu bukanlah disebabkan oleh penglibatan Abby dalam mana-mana parti politik, sebaliknya imej/personaliti serta kredibiliti yang ditunjukkan oleh Abby kepada umum semenjak kebelakangan ini menjadi faktor utama yang memungkinkan kejadian itu.

Pasti ramai yang jelas, apabila menjadi duta, seseorang itu haruslah menampilkan personaliti yang menarik serta positif kepada umum serta tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak.

Sumber: http://mynewshub.my

default

Tukar Pengarah : Mahfuz tak faham sistem pentadbiran kerajaan @IsmailSabri60

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Mahfuz Bean PAS nampaknya  semakin ketandusan isu di bulan Ramadhan hingga pertukaran Pengarah Koperasi  di 4 buah negeri pun hendak dipolitikkan .

Pelawak terkenal PAS ini atau panggilan mesranya Mr Bean mempertikaikan tindakan Menteri KPDN Datuk Ismail Sabri Yaacob yang menukar empat pengarah di jabatan koperasi negeri selepas 2 hari berlansungnya Hari Koperasi Negara.  Beliau mendakwa disebabkan kegagalan menghimpunkan 100 ribu orang ahli koperasi   menyebabkan mereka ditukar .

Bagi GPB  la dalam isu ini , pertukaran tempat bekerja itu adalah perkara biasa dalam kerajaan mahupun swasta.  Malah mereka  tidak boleh pertikaikan pertukaran ini kerana  sudah dijelaskan semasa hendak menandatangani Aku Janji ( kerajaan) untuk  menerima tugas . Malah ia juga telah termaktub dalam Perlembagaan seperti tertera :



Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan :

"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."



Mungkin Mahfuz dan nyanyok agaknya di mana  hari ini  kerajaan  sedang melakukan transformasi  yang mana memerlukan kakitangan awam menunjukkan prestasi kerja cemerlang , berdedikasi dan berdisiplin .  Malah di   setiap kementerian mahupun  jabatan dibawahnya telah mempunyai KPI masing-masing . Ini baru 4 pengarah koperasi negeri ditukar pun Mahfuz sudah bising , bukannya di buang kerja lagi pun .

Apa sebabnya 4 pengarah SKM ini ditukar ??

GPB dimaklumkan  bahawa pengarah terbabit  serta pegawai di bawahnya dari negeri Pahang,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Kedah langsung tidak mempedulikan akan proses membawa ahli koperasi dari negeri masing masing. Tindakan mereka ini  seolah-olah cuba mensabotaj  acara tahunan terbesar  dan menjadi mangsanya  ialah ahli koperasi sendiri   yang mana di dalam itu pun ada penyokong UMNO, PAS dan PKR .

Contohnya , di  Parlimen Pekan & Bera iaitu kawasan PM & Menteri  yang mana rakyat di situ berdepan masalah bas yang  tidak datang seperti dijanjikan  . Apabila cuba dihubungi pegawai  koperasi terbabit ,  semua telefon bimbit mereka  telah ditutup seolah-olah cuba melarikan diri  .  Yang menerima kesannya adalah rakyat marhaen  kerana menjadi mangsa pegawai koperasi yang lembab dan tidak cekap ini .

Apakah tindakan pertukaran 4  pengarah yang tak menjalankan tugas dengan baik   ini  pun nak  dipertahankan PAS semata-mata nak jadi hero ?

 Di P.Pinang sendiri pun di mana kerajaan DAP juga melakukan perkara sama dengan  menukar kakitangan mereka yang bermasalah .  Ketegasan dibuat kerajaan BN di Persekutuan tiada bezannya dengan kerajaan DAP di P.Pinang .

Jadi , tak perlu Mahfuz berkokok di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan isu yang bodoh ini . Sepatutnya beliau faham & mengaji   dulu prosedur dalam  pentadbiran awam sebelum nak ia dipolitikkan.










default

Lajim mahu jadi Ketua Menteri Sabah - Rahman Dahalan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat. 

Walaupun BN Sabah merasa "sedih" dan "kesal' dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respons yang saya dapati dari kalanga ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan.

Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir. Dalam Twitter saya berjenaka, "Sukan Olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"

Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut.

Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka. Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan peletakan jawatannya dalam Umno akan memberi tamparan hebat kepada BN.

Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut. Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan Umno yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu.

Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin. Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang menjangkakan akan berlaku pergolakan dalam Pakatan Rakyat Sabah dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. Tujuannya ialah untuk memastikan tidak ada tentangan dari dalaman bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berjuang  dalam Pakatan sejak 1998. Bagaimana perasaan mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui pfoses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada telaan itu benar atau tidak.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik mengenai Umno. Ada yang hairna kenapa Umno mampu bertahan lebih 70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli Umno mendokong Umno kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam Umno.

Berlainan dengan Pakatan rakyat. Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat Umno diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu-gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai Umno contohnya Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai 'redundant' atau berlebihan.

Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan Umno kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal.

Bagi Pakatan, oleh kerana kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengiktirafan penghormatan kepada sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, Umno bukan parti bermusim. Jentera Umno sentiasa berada dalam kaedah "berjaga-jaga" sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti, jentera Umno didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang masa. Tambahan pula pilihan raya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat latihan terbaik untuk jentera Umno.

Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini, Umno sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau Ketua Bahagian Umno meninggalkan parti, jentera Umno masih kukuh dan efektif. Itu beza Umno dari yang lain.


* Dipetik dari blog Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dan Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen

default

Zul Nordin desak Lajim letak jawatan kerajaan ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata Datuk Lajim Ukin perlu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan prinsip dan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama PERKASA yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 29 Julai 2012, semalam.

 Zulkifli memberitahu perletakan jawatan Lajim Ukin sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah harga demokrasi yang perlu dibayar olehnya untuk melepaskan jawatan dalam kementerian itu.

 "Kita menghormati keputusan beliau sesuai dengan semangat dan prinsip demokrasi yang diamalkan.

 "Namun dalam waktu yang sama beliau perlu meletakkan jawatan kerana itu juga adalah prinsip demokrasi," katanya. Beliau turut memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga berhak untuk memilih siapa yang bakal dilantik untuk menggantikan Lajim Ukin bersesuaian dengan prinsip dan amalan demokrasi.

 "Jika Lajim merasakan pendiriannya meletakkan jawatan dan mengubah wadah perjuangan adalah hak demokrasi dan hak asasi sebagai ahli politik, maka beliau perlu menghormati prinsip dan semangat demokrasi serta hak Perdana Menteri untuk memilih pengganti yang sesuai," katanya.

 Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berpendapat adalah lebih wajar dan bermaruah jika sekiranya ahli Parlimen Beaufort itu meletakkan jawatan setelah memilih wadah politik yang dipilihnya sekarang. Sebelum itu Perdana Menteri berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan Lajim yang melepaskan jawatannya sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Bahagian Beaufort.

default

PAS tak ajar ke Rasis DAP menulis nama negara dengan betul !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apa kejadahnya juak-juak DAP ini ? Nama negara pun tak tahu tulis ka ??
Lu sekolah mana ni ?? 

Malaysia sudah jadi Malayaia  dan pengganas jadi pengganasan ..hahaha

Budak tadika  KEMAS  pun tahu tulis nama negara ....kah kah kah ...

Mesti pencacai2 tok lebai PAS tak ajar DAP macamana nak menulis dalam bahasa Melayu ...

default

Guan Eng jangan cuba lari dari jawab skandal tanah Taman Manggis !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Isu penjualan tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin yang sepatutnya didirikan rumah PPR  terus menjadi bualan hangat di P.Pinang. Guan Eng seolah-olah cuba lari daripada menjawab isu  ini dengan memberi alasan yang bodoh untuk menghalalkan penjualan tanah berkenaan .

Alasan seperti keluasan tanah yang kecil dan terbaru  untuk membina sebuah  hospital swasta tidak mendapat kelulusan KKM . Ini semua bukti jelas Guan Eng gagal menjelaskan kepada rakyat tentang mengapa tanah milik kerajaan neger ini yang sepatutnya dibina rumah kos rendah untuk rakyat miskin telah tergadai .


CHIEF Minister Lim Guan Eng has been told to explain why the 0.4ha of land in Jalan Zainal Abidin was too small for an affordable housing project but was good enough for a hospital. Penang Barisan publicity bureau chief Tan Cheng Liang said the people were puzzled why the land was not earmarked for a 16-storey affordable housing project to cater for the low-income group in the first place. 


 “He (Lim) should not run away from answering to the people on this issue,’’ she said. It was reported that Lim had said the land was too small and not feasible for public housing and had identified another plot (4.45ha) in Jalan S.P. Chelliah to build homes. 


 Tan also said Lim had contradicted himself in an earlier report by claiming the Health Ministry had not approved any new application to build hospitals in Penang since 2008. 


 “The ministry has approved five hospitals and specialist centres since 2008 including the one in Jalan Zainal Abidin.


 “Lim shouldn’t make baseless accusations. He should do his homework first,” she said in a press conference at the state Barisan Nasional headquarters in Jalan Datuk Keramat yesterday.


 Tan claimed that the 30-storey specialist centre would consist of three levels of podium parking, six stories for a medical centre and 19 stories for a hotel. The state Barisan had said the 0.4ha of land in Jalan Zainal Abidin was slated for the Phase 2 of Taman Manggis. She also cautioned Lim that he had not been updated on the matter. “It is Phee (Boon Poh)’s portfolio and yet he did not know the Health Ministry had approved the hospitals and centres,” she said.


 The press conference was also attended by Penang Barisan chairman Teng Chang Yeow’s special officer David Yim and state Gerakan Youth vice-chairman Tan Kah Leong, Phee who is state Health, Welfare, Caring So­­ciety and Environment Committee chairman said the state had never guaranteed the company that it would obtain approval to operate a private hospital. 


 He had also said the Health Ministry had not given licence to the hospital but only approval for the company concerned to submit a planning application for the proposed project. – The Star

default

PRU 13 : Transformasi VS janji politik populis Pakatan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pakatan pembangkang hanya mengamalkan 'politik populis' tanpa menunaikan janji, sebaliknya pimpinan Barisan Nasional (BN) membuktikan perancangan yang dilakukan berhasil melalui program transformasi.

 Beliau berkata janji populis pembangkang seperti memansuhkan bayaran tol dan pinjaman PTPTN, bukan untuk memajukan negara ke arah berpendapatan tinggi malah lebih menjurus kepada negara yang bankrap. 

"Perdana Menteri telah melakukan transformasi sosial dan politik untuk memastikan masyarakat yang lebih demokratik, dan saya yakin ini permintaan dan hasrat rakyat jelata, berbanding dengan pakatan rakyat yang hanya menabur janji merata tempat, tapi tidak menunaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Perak pada Ahad.

 Sehubungan itu, pengundi terutama kaum Cina perlu menilai dan membuat perbandingan terhadap janji yang dikotakan kerajaan BN dengan janji pakatan pembangkang.

 Beliau berkata semasa krisis mata wang ringgit pada 1997, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir berjaya mengorbankan negara kepada IMF.

 "Jadi, saya harap peristiwa yang pahit itu tak berulang disebabkan sokongan rakyat yang terpengaruh dengan tipu helah parti pembangkang," katanya. Dalam pada itu, konvensyen MCA menggariskan 10 resolusi antaranya penyalahgunaan rasuah dan amalan penindasan kuasa serta menggesa masyarakat menyokong transformasi Perdana Menteri iaitu "Janji Ditepati". BERNAMA

default

Tragedi 13 Mei dicetuskan sentimen perkauman Kit Siang & DAP !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Dewan Rakyat
Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR. 



Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..








Berikut adalah beberapa kenyataan pemimpin pembangkang berbangsa Cina Lim Kit Siang dan DAP yang dimaksudkan sebagaimana yang dipetik dari Laporan MAGERAN  ;



1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.


2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.


3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.


4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.


5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.


6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.


7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.


8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.


9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.


10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.


Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya.






Rupa-rupanya, mereka tidak mahu niat sebenar dan isi hati mereka itu diketahui oleh generasi muda di zaman ini.

Lim Kit Siang dan DAP dipercayai masih memendam niat yang sama sehingga kini. Namun niat mereka itu telah diterjemahkan perlakuannya oleh sekutu-sekutu politik yang berjaya mereka “perkudakan”, iaitu PAS dan PKR.

Sebagaimana maklum, puak-puak PAS memang terkenal dengan sikap ekstrim menyokong dan suka bertindak membuta tuli tanpa memikirkan tentang tujuan sebenar apa yang mereka lakukan. Apa yang disuruh, maka atas dasar “wala”, mereka sanggup menjadi “hamba” DAP…




PKR pula terpaksa mengikut kehendak DAP memandangkan mereka menyedari bahawa mereka tidak segagah mana dan memerlukan pengaruh parti DAP untuk menjadi Perdana Menteri “Boneka”. “Boneka” pun tak mengapa asalkan Anwar jadi Perdana Menteri…


Ini merupakan “penjajahan millenium baru” yang dipercayai telah dirancang dan didalangi oleh DAP. Namun tak payahlah bertanyakan soal ini kepada mereka. Sampai mati pun mereka takkan mengaku! Bagaimanapun, bangsa bumiputera khususnya Melayu perlu sedar tentang muslihat dan sejarah yang menyaksikan keharmonian kaum di negara ini pernah dihancurkan oleh DAP dan Lim Kit Siang pada satu ketika dahulu.

Sedar atau tidak, perkara dan ungkapan tersebut kini berulang tanpa disedari dari mulut-mulut longkang seperti Namewee, Ambiga dan “Lim Kit Siang Junior”. Lebih menyedihkan ia ada juga terbit dari mulut orang Melayu sendiri seperti Anwar dan Nik Aziz.

Persoalannya, sedarkah bangsa Melayu tentang hakikat dan sejarah ini?

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP partiracist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polisboleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..

Sumber
http://kedahan69ers.com/?p=1355,
blog sanggahtokjanggut

default

Tegur sikit je Abby Abadi, Umi Aida dah diserang balas !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Sebelum ini Umie Aida pernah mengeluarkan kenyataan yang agak pedas terhadap Abby Abadi dengan menyifatkan Abby sebagai individu yang berfikiran cetek.


Sungguhpun begitu, teguran Umie Aida terhadap Abby Abadi ternyata mengundang perasaan marah sebilangan lelaki hidung belang yang mungkin mendambakan bakal memiliki Mak Janda tersebut.

Walaupun teguran balas yang ditujukan kepada Umie Aida ini ada asasnya, ia dilihat tidak lebih untuk mendedahkan aib Umie Aida kepada umum.

Berikut adalah sebahagian keratan teguran balas mereka;


sumber : Laman IZZ 


 Komen GPB

Lihat saja sapa cuba sentuh Abby , ada je pencacai kat belakang backup plan  ..  biasa lah juak-juak pencacai PAS ini . Sapa yang ajar mengata orang ??..tak ke Ostat depa .

Tapi bila kena je balik puak depa macam Abby Abadi ini ditegur sikit je , mula lah meroyan macam kena sawan .


default

Diana Amir sekolahkan artis PAS bahawa politik bukan agama !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

 “Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

 Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

 “Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

 Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

 “Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

 “Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

default

Usah la menipu & konar baring 360 Rais Yatim

on Sunday, July 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Dalam masa 3 hari je ,  Pak Menteri KPKK  DSU Rais Yatim telah melakukan konar baring 360  di selekoh   terakhir dalam isu logo   dengan   menyatakan tiada Logo Rasmi untuk Hari Kemerdekaan 2012 dan yang dipaparkan sekarang ini adalah selingan ..

Rais Yatim pun nampaknya dah kena penyakit Flip flop seperti pemimpin Pakatan yang suka mengubah kenyataan dan menipu  jika sudah kantoi .  Apa masalahnya jika memohon maaf dan perbetulkan balik logo dan tak perlu menipu seperti ini .

Adakah ini petanda  Rais Yatim sedang berada di penghujung perjalanan   karier politiknya sebagai Menteri  ?



default

Karisma Anwar jadi penentu undi kepada PR - Rafizi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma tersendiri serta gabungan gandingan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi kekuatan utama meraih kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 “Faktor ini menjadi salah satu faktor penguat Anwar menjadi pilihan, tidak mengira kaum. "Tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum kerana karisma yang tersendiri boleh mempengaruhi undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

 Beliau mengulas laporan media baru-baru ini bahawa faktor Anwar, selaku Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang, mungkin akan mempengaruhi PRU13 nanti. Prof Dr Teo Kok Seong, yang menyertai forum meja bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) minggu lalu antara lain berkata, ia adalah kerana undi orang Cina terhadap Ketua Umum PKR itu merupakan 'undi harapan' yang kononnya boleh membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

 Dua hari lalu, Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, PRU13 merupakan penentu pertembungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar. Sambil menekankan bahawa Anwar sentiasa bergerak bersama-sama PR, Rafizi berkata, "jadi bukan saja kaum Cina mula meletak harapan, tetapi semua lapisan masyarakat akan mula menaruh harapan tinggi kepada Anwar sekali gus mampu memperkuatkan sokongan rakyat terhadap PR.

" Sehubungan itu katanya, undi semua kaum di Malaysia amat penting, malah perjuangan PR sendiri bukan berpaksikan kepentingan satu-satu kaum. “Tidak kira apa saja yang cubaan musuh(Barisan Nasional) lemparkan, hakikatnya Anwar pernah satu ketika dahulu menerajui kepimpinan tertinggi negara iaitu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan (dan Timbalan Presiden Umno). “Pengalaman beliau mentadbir negara ini mampu mempengaruhi corak pemikiran pengundi atas pagar,” ulas beliau.

default

Mahfuz Bean buat lawak , kajian MPN sebenarnya pancung PAS !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

GPB tergelak betul kenyataan pak lawak Mahfuz Bean ini . Memang dia nak cuba memberi jawapan politik , tetapi nampak sangat la kebodohannya .

Apa tidaknya kajian UUM ini dibuat kepada lebih 10 ribu rakyat Kedah  dan majoritinya mahu Muhkriz menjadi MB jika BN kembali semula menawan negeri itu .

Tetapi yang bebalnya Mahfuz ini , dia menyatakan bahawa kajian MPN akan pancung Muhkriz kononnya ramai rakyat negeri itu tak suka Tun Dr Mahathir . Mungkin yang tak suka  negarawan ulung negara ini hanya lah juak-juak pencacai PAS & Pakatan sahaja ...

Sebenarnya PAS Kedah yang sudah gelabah dengan kajian MPN ini dan itu menyebabkan mereka cuba divert kononnya akan pancung Muhkriz sebagai MB . Itu yang Mahfuz risau kerana yang akan dipancung adalah Kerajaan PAS oleh rakyatnya sendiri .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.