..

..
Archive for June 2012

default

Umi Hafilda londehkan siapa Al Juburi Anwar !

on Saturday, June 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Sekarang ini berlangsung ceramah Umi Hafilda di Permatang Pauh yang membongkarkan wajah sebenar dajjal Anwar Ibrahim .

Ceramah selama 2 jam ,Umi melondehkan hubungan zina Anwar dengan Shamsidar , 18 Video simpanan Nalakaruppan , kekayaan Azmin dan RM3billion.

Video ceramah Umi akan diupload selanjutnya .

default

Piala AFC : Rozaimi meledak hatrik kalahkan Vietnam 3-0

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Skuad bawah 22 tahun negara meneruskan rentak cemerlang di Yangon, Myanmar apabila menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi keempat Kumpulan G kelayakan Piala AFC 2013. Penjaring terbanyak skuad negara, Rozaimi Abdul Rahman terus membuktikan bisanya sekali lagi apabila meledak hatrik pada minit ke-52, 92 dan masa kecederaan untuk membolehkan pemain Sabah itu merekodkan sembilan gol pada kejohanan itu.

 Kemenangan tersebut membawa Malaysia kini meraih sembilan mata daripada empat perlawanan dan wajib mencatatkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G, Selasa ini jika mahu memastikan tempat ke pusingan akhir. - UTUSAN

default

HOT : Neelofa letak syarat henti berperang dengan Anzalna !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






 Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat “berperang” dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.
“Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.
“Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad,” katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.
Sementara itu Neelofa berkata, beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
“Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.
“Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula,” katanya.
Ditanya pandangannya mengenai kenyataan seorang lagi bintang baru iaitu Tasha Shilla terhadap dirinya sebelum ini, Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dan menghormati pendapat aktres itu.
“Saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Tasha. Saya tidak terasa hati kerana dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya.
“Malah saya menghormati pendekatannya yang berdiam diri selepas pelbagai kontroversi antara kami bertiga mendapat liputan meluas di media,” katanya.
Presiden Seniman Zed Zaidi yang dihubungi mStar Online memberitahu yang beliau telah menerima surat berkenaan dan akan berbincang dengan Anzalna sama ada dia bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang diberikan itu. – mStar Online

default

PANAS ! Abby Abadi malukan juak-juak PAS di Kelantan ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Abby abadi pada malam ini telah memberi ceramah di Pasir Putih Kelantan,ceramah diadakan di Padang Majlis Daerah.Dalam ceramah itu moderator ingin menyerahkan borang keahlian kepada Abby Abadi akan tetapi telah ditolak dihadapan hadirin yang hadir.

Untuk menutup kemaluan itu moderator pun tersipu malu kerana sebelum ini mereka telah menyatakan kepada hadirin yang hadir akan ada kejutan dari Abby Abadi yang mungkin menyertai PAS pada malam ini.

 Tambah-tambah pulak dengar khabar, Abby berkawan baik dengan muslimat PAS di kawasan tempat tinggal dia.., lagi lah senang nak 'terpengaruh' kann... Apapun, selamat maju jayalah buat bekas bini Norman Hakim tu.. Semoga dia dapat 'tiket syorga' dari Pok Nik.. Dah join PAS, lepas ni dapatlah lesen nak maki hamun kerajaan sesuka hati kann... Jangan bimbang.., masuk PAS semuanya jadi 'halal'... Hahahaha...

sumber :  matkilaupenang

default

Umi Hafilda akan londehkan rahsia Anwar Ibrahim malam ini di Prmtg Pauh !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kepada rakyat Permatang Pauh ... jom pakat hadir hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana " Bongkar Pembohongan Anwar Ibrahim oleh Umi Hafilda malam ini di Tmn Janggus ,Permatang Pauh .

Isu RM3 Billion, skandal Anwar -Shamsidar , liwat 98 , isu gelaran Al Juburi , salahgunakuasa Anwar ,  isu kemunafikan Azmin Ali & kekayaannya bakal dilondehkan malam ini .  Mengapa Anwar cukup takut dan  tak berani saman wanita ini... jom pakai mai dengaq malam ini !

GPB akan nantikan reaksi juak-juak taksub PAS masjid batu jika depa panas telinga bila dengan idola mereka dilondehkan rahsianya ..Samada depa nak mai kacau atau serang ..kita tunggu malam ini !

default

Fitnah Rafizi terhadap projek LRT Ampang dijawab

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang sebagaimana didakwa oleh PKR baru-baru ini. Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, segala urusan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. "Semuanya dilakukan dengan betul.

Tidak ada perkara seperti itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi. PKR mendesak kerajaan memberi penjelasan berhubung pemberian kontrak pembinaan projek tambahan itu kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak mempunyai pengalaman.

 Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli mendakwa bahawa pemberian kontrak bernilai hampir RM1.1 bilion kepada syarikat tersebut mendapat campur tangan kerajaan.







 Jawabnya ringkas," semuanya dibuat ikut prosedur...tiada ada perkara seperti (didakwa) itu ".- agenda daily



default

Belasungkawa seorang pejuang UMNO Osman Kering

on Friday, June 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Salam  Takziah kepada  Pelawak Osman Kering, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini hari ini. Anak keempatnya, Nurhidayah mengesahkan pelakon tersebut meninggal dunia pada pukul 3.45 petang ini. Jenazahnya akan dikebumikan di Petaling Jaya selepas Maghrib ini.

GPB pernah terserempak dengan arwah dan bersalaman dengan   semasa di Perhimpunan Agung UMNO yang duduk  bersama ahli yang lain  di perkarangan skrin besar PWTC untuk menyaksikan ucapan penggulungan oleh Presiden .

Kini ,beliau sudah tiada lagi,dijemput oleh Allah S.W.T buat selama-lamnya.

Sekali lagi .. Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Osman Kassim @ Osman Kering yang pulang ke rahmatullah petang tadi .Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN

default

Kerajaan diminta batal, roboh BB Plaza hilanglah peniaga Melayu @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kementerian Pengangkutan digesa campurtangan untuk membatalkan keputusan merobohkan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang dilihat sebagai pusat perniagaan strategik orang Melayu di Kuala Lumpur. Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata selain menjadi kerisauan peniaga, isu itu turut mengundang persepsi negatif orang Melayu yang mula merasakan kepentingan mereka semakin mudah terhakis.



 "Kementerian ada kaitan dengan perancangan untuk membina MyRapid Transit (MRT). Jadi, setuju atau tidak kita minta kementerian campurtangan dan pastikan kalau betul serius dalam setiap agenda mempertahankan kepentingan Melayu dalam bandar, hentikan cadangan merobohkan BB Plaza," katanya. Ibrahim berkata demikian ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012.

 Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman dilaporkan berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT. Ibrahim berkata kementerian dan pihak berwajib harus bertolak ansur demi kepentingan 167 penyewa Bumiputera.

 "Sekarang ini peniaga bersedih, berdukacita dan macam-macam, malah saya terima SMS rungutan dan rasa tidak senang hati mereka. Carilah pilihan lain supaya ia tidak sentuh bangunan untuk orang Melayu berniaga," kata Ibrahim.

 Bagi Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), walaupun jelas dengan kehendak kementerian iaitu untuk memudahkan perjalanan warga Kuala Lumpur, beliau sependapat dengan Ibrahim supaya tindakan merobohkan BB Plaza dibatalkan demi kebaikan peniaga Melayu.

 Beliau kesal bagaimana pihak berkenaan boleh mengeluarkan notis berpindah sedangkan pusat itu menjadi lokasi peniaga mencari rezeki, lebih-lebih lagi ketika Ramadan yang membolehkan peniaga meningkatkan jumlah pendapatan, semakin hampir.

Komen GPB

GPB menyokong desakan kedua-dua Ahli Parlimen ini ...ini kerana berkaitan masa depan peniaga/usahawan Melayu terutaman di pusat membeli belah di KL .  Kalau robohnya BB Plaza ini ,  maka mereka terpaksa cari tempat baru yang mana sewanya lagi mahal berbanding dikenakan UDA.

Mohon DS Najib dan kerajaan membatalkan keputusan ini dan mencari altenatif lagi untuk projek MRT.

 "Saya sehaluan dengan Pasir Mas supaya pihak berwajib batalkan hasrat untuk meroboh, mengambil alih BB Plaza sebab ada orang Melayu berniaga dan bergantung hidup di situ," katanya. BB Plaza yang dibuka pada 1979 terletak di kawasan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong asing.- Bernama

default

Kenduri Rakyat 1Malaysia datang ke Permatang Pauh!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB bila melalui  hadapan  SMK Penanti, sepanjang jalan dipenuhi banner program Komuniti 1Malaysia .

Ia akan diadakan di padang sekolah berkenaan pada hari Ahad ini dengan pelbagai program dan aktiviti seperti gotong royong membaiki rumah warga emas,kenduri rakyat untuk 10ribu orang, cabutan bertuah dan lain2. Turut hadir ke majlis ini ialah Menteri KPKK Datuk Seri Utama Rais Yatim.

Kepada rakyat Permatang Pauh kecuali totok Pas-PKR, jom pakat hadir beramai-ramai. .

Published with Blogger-droid v1.6.9

default

PANAS ! Restoran di negeri DAP pun letak GRO Siam Doll tarik pelanggan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Sejak DAP perintah 4 tahun PP ..bukan hanya rumah urut banyak , malah kini restoran pun ada menyajikan GRO untuk melayan pelanggan ...haha...




 Seramai 26 wanita yang sedang asyik melayan pelanggan di sebuah restoran terbuka dekat Taman Impian Alma, di sini, bertempiaran lari kerana terkejut selepas premis berkenaan diserbu Jabatan Imigresen dalam satu operasi awal pagi semalam.

Semua mereka yang bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (GRO) di restoran itu terdiri daripada 24 warga Thailand, sementara masing-masing satu Indonesia dan Myanmar berusia
antara 20 dan 35 tahun.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, serbuan itu dibuat sepasukan 30 anggota bahagian penguatkuasaan pada jam 1.15 pagi hingga 1.45 pagi.

Menurutnya, ketika serbuan semua wanita berkenaan bersama pelanggan cuba melarikan diri, namun gagal apabila semua penjuru premis telah dikepung.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat daripada mereka, yang mana tiga warganegara Thailand dan satu Indonesia merupakan isteri kepada lelaki warga tempatan.

“Tiga yang lain pula didapati tidak mempunyai sebarang dokumen, manakala selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Negeri, di sini.

Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, pada 2010 dan tahun lalu, premis berkenaan pernah diserbu dua kali, namun dilihat masih degil dengan melakukan kesalahan sama.

Sorang wanita warga Thailand juga didapati pernah ditahan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini kerana melakukan aktiviti tidak bermoral dengan bekerja sebagai GRO.

default

FGV IPO kedua terbesar dunia , bukti ANAK menipu peneroka !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Najib Razak bersyukur atas kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semalam iaitu tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia selepas Facebook. Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu adalah pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan menjana kekayaan menggunakan strategi tersendiri yang patut dibanggakan kerana adalah cetusan idea dalam negara.

“Saya diberitahu mengenai kejayaan penyenaraian FGV. Ini satu pencapaian besar bagi kita. “Ia IPO yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook, boleh tahan, bukan calang-calang. Ia lahir daripada kita sebab kita ada idea dan kita mampu jana kekayaan.

 “Bila kita jana kekayaan baru kita agih pada peneroka FELDA. Semua dapat durian runtuh, bukan melalui kerajaan tetapi menerusi Felda, 112,000 keluarga peneroka FELDA dapat manfaat,” katanya pada majlis Sembang Petang Perdana Menteri bersama Profesor dan Profesor Madya Institut Pengajian Tinggi Awam, di sini semalam.

 FGV mengakhiri dagangan pada paras lebih kukuh dengan harga RM5.30 sesaham selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39. Kata Najib, penyenaraian FGV juga menjana modal pasaran sekitar RM20 bilion yang boleh dianggap sebagai penjanaan kekayaan kepada negara. Perdana Menteri turut menegaskan perolehan kekayaan itu membolehkan negara menambah baik kedudukan dalam pelbagai bidang berkaitan.

default

PANAS ! Nasib khatib PAS berdoa politik diketahui 10 Julai ini

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Nasib Ustaz PAS yang menjadi khatib yang didakwa membaca doa berbaur politik diketahui 10 Julai depan . GPB harap JHEAIPP  dapat bertindak adil menyiasat perkara ini . Jangan takut untuk  menegur Jawatankuasa Kariah masjid agar tidak memasukkan unsur politik dalam rumah Allah kerana ia boleh memecahbelahkan anak kariah .

Jangan mereka ingat semua penduduk taman berkenaan sokong PAS dan boleh terima kritikan mereka terhadap kerajaan dan parti lawan . Hormati la rumah Allah yang sepatutnya menjadi tempat untuk umat Islam bersatu .


PULAU PINANG 27 Jun - Nasib khatib yang didakwa membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam pada Jumaat lalu akan diketahui 10 Julai ini. 


 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.


Menurut Sazali, pihaknya sendiri sudah mendengar rakaman serta membaca skrip khutbah itu dan menemuramah beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan membuat sebarang kesimpulan daripada siasatan awal itu. "Biar mesyuarat MAIPP pada 10 Julai nanti menentukan sama ada terdapat kes atau tidak dalam isu ini. 


 "Ini kerana sekarang sudah ada dua kumpulan yang membuat tafsiran berbeza mengenai isu ini. Ada pihak mengakui perkara itu berlaku, manakala ada mengatakan ia hanya fitnah dan sudah membuat laporan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 


 Semalam, beberapa ahli kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq menyerahkan memorandum kepada JHEAIPP berhubung dakwaan seorang khatib membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di masjid itu Jumaat lalu. 


 Penyerahan memorandum itu bertujuan memohon dijalankan siasatan terhadap khatib jemputan terbabit kerana tindakannya menyinggung perasaan umat Islam di kawasan terbabit. - UM.

default

AIRBUS A400M bakal pengganti kepada Hercules C-130 TUDM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



TUDM kini hanya menantikan sahaja ketibaan pesawat pengangkut strategik masa hadapan iaitu A400M AIRBUS Military ke Malaysia untuk memberi khidmatnya . Pembelian 4 buah pesawat berkenaaan yang berjumlah RM 2.5 Billion antara kerajaan Malaysia dengan firma Airbus Military menjadikan negara kita antara yang terawal dari luar Eropah memiliki pesawat berkenaan .

Pesawat A400M ini bagi menggantikan pesawat pengangkut  yang sedia ada iaitu Hercules  Lockheed C-130H  yang mencatat rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang   kepada TUDM sejak 1976  .
Ia juga antara langkah   bagi meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.

GPB masih ingat pesawat Hercules ini lah yang membawa pulang  pelajar Malaysia di Mesir ketika berlaku rusuhan /demontrasi menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak  serta banyak lagi misi seperti bencana alam dan sebagainya .



Lockeed C-130 Hercules 




GPB cukup bangga TUDM mempunyai pesawat pengangkut strategik generasi hadapan  terbaik ini. Kalau boleh jangan hanya setakat 4 buah , perlu ditambah lagi yang mana mungkin C-130 Hercules akan ditamatkan perkhidmatannya .



default

AFC B-22 : Gol Malaysia membelasah Taiwan 4 -2

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Syabas skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee yang terus melakar kemenangan di Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon , Myanmar dengan membenam Taiwan dengan jaringan 4 -2 . Bintang baru dari Sabah , Rozaimi Abd Rahman sekali lagi mempamerkan penyudah berbisanya apabila menjaringkan 2 gol .

Kita mengharapkan skuad negara dapat melayakkan diri ke Piala AFC tahun depan jika menduduki tempat kedua kumpulan ini .

default

Scorpene : SUARAM sanggup bohong rakyat demi burukkan Najib !

on Thursday, June 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BAGAI nak rak dan 'tercabut dunia' dibuat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pakatan pembangkang yang terus memainkan isu rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Kalau dikira, dalam akhbar pakatan pembangkang khususnya 'Suara Keadilan' PKR hampir setiap minggu keluarannya memainkan isu Scorpene. Seakan-akan semacam betul.

Dalam 'permainan licik' mereka ini, Suaram dan pakatan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah di Perancis bagi menguatkan hujah mereka. Kononnya kes ini sedang disiasat dan 'terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan'.

Malah, lebih teruk lagi pembohongan Suaram ialah kononnya juga Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Mereka mengaitkan pula urus niaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia.

Realitinya, memang benar ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam Scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh Suaram kepada mahkamah Perancis. Tidak seperti di Malaysia, yang mana pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, lain pula di Perancis apabila pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan hakim.




Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa dua hingga tiga tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sekiranya siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan daripada pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.

Oleh itu, tidak timbul soal sapina ke atas Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah tersebut yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.

"Kerajaan Malaysia difahamkan tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, tidak timbul soal kerajaan akan memohon menjadi pemerhati," jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penangguhan menjawab soalan daripada seorang wakil pembangkang di Parlimen malam kelmarin.

Pertanyaan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) itu berbunyi: "Sama ada kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapatkan akses kepada kertas pembuktian yang dirujuk oleh Suaram dalam 'kes Scorpene' tersebut.
Mengimbas fakta mengenai pembelian Scorpene, kontrak perolehan dua buah kapal selam baru berkenaan telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn. Bhd. sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah 1.084 bilion Euro.

Skop kontrak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara kerajaan Malaysia dengan DCNS dan NAVANTIA merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah 969.15 juta Euro.

b) Bahagian kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih-pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah 114.96 juta Euro.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, Kementerian Pertahanan tidak pernah membuat sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene.
"Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah tidak benar.
"Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International) yang didakwa bernilai 36 juta Euro. Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi (Hong Kong)," kata Ahmad Zahid lagi.

Menjawab desakan pakatan pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara, Ahmad Zahid menjelaskan:

"Kerajaan berpendapat tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam itu memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.


"Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

"Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan," katanya.

Dalam hal ini, Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan Malaysia juga tidak perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting kerajaan bebas daripada rasuah dan pengkhianatan.

"Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam
 anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen," kata beliau.

Kata Ahmad Zahid lagi: "Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan, manakala setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan teguran Jabatan Audit Negara.

"Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka."

Kebenaran dalam isu Scorpene sudah dinyatakan kerajaan. Namun, ia pasti tidak diterima oleh pembangkang di negara ini. Malah, akan diputarbelitkan lagi oleh Suaram dan pakatan pembangkang.

Apatah lagi Suaram bukanlah asing di mata rakyat - menjadi alat dan ejen pembangkang di negara ini. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar, ia akan menjadi raksasa yang memakan diri.UM 

default

Guan Eng dituntut pulang balik tanah untuk tapak PPRT !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa menjelaskan penjualan tanah kepada pemaju swasta di Jalan Burma yang sepatutnya dibangunkan dengan Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Fasa II. Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah itu untuk dibangunkan hospital swasta adalah tidak bertanggungjawab selain cuba meminggirkan golongan miskin daripada mendapat peluang mendiami rumah rakyat.

 Tong Keong berkata, tindakan menjual tanah berharga itu hanya menguntungkan satu pihak dan merugikan rakyat Pulau Pinang sendiri.

 “Tanah rakyat sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat bukannya untuk pihak swasta yang mencari keuntungan.



 “Pemuda BN menasihati Ketua Menteri memulangkan tanah itu dan membangunkan rumah kos rendah untuk rakyat,” katanya selepas menghantar memorandum bantahan kepada Guan Eng di Komtar di sini semalam. Memorandum itu diterima Penolong Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Nor Shahida Yusoff.

 Tong Keong berkata, antara kandungan memorandum itu ialah menggesa Guan Eng menjelaskan kepada rakyat mengenai harga jualan tanah berkenaan, siapa pembeli dan tarikh tanah itu dijual. Menurutnya, persoalan itu dibangkitkan apabila pihaknya mendapat tahu tanah itu dijual kepada pemaju dari Singapura. 

“Saya lihat Guan Eng seolah-olah mahu menyembunyikan maklumat penjualan tanah ini daripada rakyat. Saya desak dia menjawab persoalan kami ini dalam tempoh dua hari sekiranya gagal kita akan mengambil tindakan susulan,” katanya.

 Tong Keong berkata, BN sedia mengembalikan tanah itu kepada rakyat dan akan membina 272 unit rumah untuk rakyat miskin jika diberi mandat dalam pilihan raya umum akan datang.


Komen GPB 

Mengapa PAS & PKR diam membisu bila Guan Eng & konco-konconya dari DAP jual tanah kerajaan negeri yang telah dikhaskan untuk bina rumah PPRT ?   Cakap nak pertahan hak rakyat miskin la ..tapi bila ketua regim DAP jual tanah , tak ada seekor pun bantah .

Hang pa ini bersekongkol sekali ka ?? Atau tumpang sekali kaut untung .... Apak kejadahnya lagi nak bina hospital swasta di PP ..tak cukup lagi ka yang sudah sediaada ... rumah rakyat miskin nampak tak penting berbanding bina hospital swasta yang mahu kaut untung !!



default

Puak Pas mesti bengang dacing Ikhwanul Muslim sama dengan BN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Juak -juak Pas bukan main lagi bangga parti Ikhwanul Muslimin menang di Pilihanraya Mesir. Tapi mereka tak sedar logo dacing parti berkenan adalah sama dengan parti BN.

Ini membuktikan logo dacing Ikhwanul Muslimin dan BN menjadi pilihan .kesian lambang bulan dan mata jin tak dipandang pun.

default

Juak Pakatan mesti bengang gambar ini ..Najib seperti Rockstar !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Sebenarnya tidak ada isu langsung.Namun biasalah cara portal pembangkang gembar gemburnya macamlah ada hal besar.Ini gara-gara laporan portal berkenaan kononnya para pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dilarang memakai t-shirt warna kuning yakni warna Bersih semasa Perdana Menteri datang menghadiri satu majlis di kampus itu di Setapak,Kuala Lumpur petang Rabu.

 Sekalipun adanya laporan yang berbau hasutan untuk mencetuskan kemarahan para pelajar kolej milik MCA itu Datuk Seri Najib Tun Razak nyata popular di kalangan mereka. Ketibaan beliau untuk merasmikan Ekspo Inovasi di kampus itu disambut oleh ' gelombang merah' ribuan pelajar TARC yang memakai t-shirt warna merah.





 Mereka berbaris panjang diatas jalan kira-kira setengah kilomiter dari pintu pagar masuk utama hingga ke dewan majlis bersorak bagai suasana pesta menyambut Najib.

 Ada diantaranya mengibarkan sepanduk 'Ah JIb Gor...We Love You'.Mereka berebut untuk bersalaman dengan beliau di sepanjang jalan. Najib yang nyata terharu dengan sambutan majoriti pelajar Cina kampus itu,dalam ucapannya di majlis berkenaan secara berjenaka berkata," saya rasa macam rock star'.

 Portal pembangkang cuba main isu kononnya pihak pentabir TARC galak pelajar pakai t-shirt warna merah dan melarang yang warna kuning. Pentabir TARC telah menafikan ada mengeluarkan sebarang peraturan berkenaan.

 Sementara itu sebilangan pelajar TARC yang ditemui Agendadaily semasa majlis itu kata mereka tidak tahu menahu adanya larangan pakai baju warna kuning seperti dilapor oleh media pembangkang itu. Salah seorang darinya memberitahu mereka semua keluar beramai-ramai kerana teruja hendak melihat Perdana Menteri dari dekat. Ini adalah kali pertama Najib datang ke kampus TARC.

 Dalam ribuan para pelajar itu ada kelihatan sekitar 10 orang yang berpakaian warna kuning. Mereka tidak cetuskan sebarang insiden dan kelihatan bersorak gembira dicelah ribuan pelajar lain. Namun portal pembangkang cuba highlight mereka yang segelintir itu sebagai tanda ada pelajar yang engkar.

 Sementara itu dalam ucapannya pada majlis itu Perdana Menteri antara lain mengumumkan berita gembira bagi para pelajar TARC yakni kerajaan akan mengitiraf 70 kursus diploma dan diploma lanjutan. Katanya hal berkenaan sudah lama membelenggu TARC.-27/6/2012

default

Kenapa baru hari ini Azan dedah ditawar RM5 juta ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ada sedikit musykil yang menghempak kepala saya tentang pendedahan ahli parlimen Indra Mahkota Pahang Azan Ismail yang memberi tahu kononnya dia pernah ditawar lebih RM5 juta supaya melompat ke BN. Kejadian itu dakwanya berlaku pada 27 Januari 2010 di sebauh hotel di Kuala Lumpur. Katanya urusan lompat itu dijalankan oleh seseorang yang dihormati dan rapat dengan pemimpin atasan UBN? Siapa. Azan membuat pendedahan itu semalam di parlimen sehari sebelum berakhirnya sidang parlimen sesi ini. Bagaimana pun beliau tidak menghurai lanjut mengenai rancangan tawaran untuk membeli beliau itu.



Yang saya musykilkan kenapa baru hari ini Azan mengambil keputusan membuat pendedahan itu? Kenapa tidak dua tahun lepas? Sepatutnya kejadian-kejadian seperti itu didedah awal bukan dibungkus dalam guni rahsia dan diperakkan di jerung dinding. Hal-hal sebegitu patut didedahkan di saat PKR berada di dalam kritikal sewaktu beberapa ahlinya keluar meninggalkan PKR.

Tetapi nampaknya Azan mendiamkan diri dan tidak membuat apa-apa tindakan untuk membela dan mempertahankan dirinya. Apakah beliau waktu itu juga 'fikir tidak putus' mengenai tawaran itu. RM5 juga banyak wo... kalau dibelanjakan sejuta setahun boleh bertahan selama lima tahun?

Jadi bila hari ini baru didedahkan menyebabkan ia akan ditafsir dengan berbagai tafsiran dari kitab-kitab politik prejudis. Apakah Azan hendak menunjukkan yang beliau setia dengan parti dan seorang wakil rakyat berprinsip? Kalau begitu caranya ternyata tindakan itu kurang bijak dan tidak menguntungkan PKR kerana kesetiaan itu lewat dinyatakan.

Atau pun dengan pendedahan itu Azan ingin jadikan modal untuk dipilih bertanding dalam pilihan akan datang setelah merasakan beliau seperti diperkecil-kecilkan kini?

Berbagai kemungkin akan ditafsir dan diterjemahkan. Saya melihat Azan terpaksa mendedahkan akan kesetiaan dan pengorbanannya kepada parti kerana untuk mendapat penilaian pucuk pimpinan partinya terhadap pengorbanan dan jasanya kepada parti itu kemudian diharap dipilih lagi menjadi calon.

Kedudukan Azan di Terengganu kini katanya dalam keadaan tidak menentu. Rakan PKR, Pas Terengganu tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Azan. Azan kini adalah pengerusi perhubungan PKR Terengganu. Sehingga ini belum ditentukan kerusi mana yang akan diberikan kepada Azan untuk ditandinginya. Kerusi Indra Mahkota yang dimenangi dalam pilihan raya 2008 khabarnya akan diserahkan kepada pengerusi PKR Pahanag Fauzi Abdul Rahman?

Berbalik pendedahan kononnya beliau ditawar RM5 juta itu, sebenarnya kejadian itu bukannya Azan seorang tetapi ada beberapa ahli parlimen lain yang turut sama ditawar ini termasulah ahli parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir. Aziz tidaklah pula memendamkan tawaran dalam keadaan berfikir tidak putus kerana beliau awal-awal sudah memaklumkan tawaran itu.

Seharusnya pengerusi PKR Terengganu itu meniru apa dilakukan pengerusi PKR Kelantan itu, mendedah kejdian itu awal-awal dan bukan menanti saat-saat akhir menjelang ayam berkukuk yang menandakan pilihan raya nakan tiba. sumber : MSO 

default

Dulu nak kalah BN telur ayam, kini dah jadi 50-50 @bnpenang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Wayang  betul lidah biawak DAP ini .. itu yang GPB boleh gelarkan kepada pemimpin arrogance regim DAP di P.Pinang .  Bila ditanya Sinar Harian tentang masa depan kerajaan DAP di P.Pinang di PRU 13 hari ini    , dia  berlakon kononnya  seperti tak yakin boleh menang   dan hanya 50-50 .

Dulu semasa di satu majlis DAP , dengan angkuh dia bercakap nak  menang semua kerusi dan bagi   BN P.Pinang  telur ayam . Memang putar alam betul apek kaki pembelit ini .

Adakah Guan Eng sudah takut dengan perkembangan terkini BN P.Pinang di bawa kepimpinan baru Teng Chang Yeow  yang semakin mendapat tempat dikalangan rakyat  ? 

Majoriti  orang Melayu di PP   ( kecuali totok PAS-PKR )  sudah muak dengan kezaliman DAP  dan kini  bersedia tumbangkan DAP  .. begitu juga dengan kaum India . 

Mungkin ini yang dibimbangi Guan Eng hingga  terpaksa akui   situasi di PP sekarang 50-50 .






 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ternyata cukup berhati-hati ketika bercakap mengenai masa depan parti itu dan juga kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


"Saya tidak mahu terlalu yakin ... setakat 50-50 cukuplah," katanya kepadaSinar Harian dan Sinar Harian Online di sini, semalam.
Guan Eng berkata, beliau lebih selesa untuk cakap berlapik meskipun sokongan rakyat Pulau Mutiara dilihat masih kekal berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR)


"Walaupun sokongan masih kuat, dan semakin kuat, kita masih perlu kerja kuat juga.


Tidak boleh terlalu selesa atau terlalu yakin kerana jika terlalu yakin, itu boleh jadi perangkap," katanya


Bagi Guan Eng, peluang empat tahun memerintah Pulau Pinang masih tidak boleh dijadikan sandaran. Atas sebab itu katanya, bersikap merendah diri adalah lebih praktikal.


"Saya hanya percaya pada pengiraan undi. Yang lain-lain, saya tidak mahu rasa terlalu selesa. Kita masih 50-50 sebenarnya," katanya Ketua Menteri penggal pertama ini.


Guan Eng berkata, menang atau tidak bukan dalam tangan beliau atau DAP.


"Ia akan ditentukan oleh rakyat. Saya hanya boleh yakin dalam hati, dan akan terus bekerja keras demi rakyat," katanya .


Ditanya mengenai peluang PR untuk terus berkuasa di negeri itu berbanding negeri lain, Guan Eng meletakkan kedudukan Pulau Pinang hanya di tempat ketiga selepas Kelantan dan Selangor.


"Pulau Pinang mungkin boleh berada di kedudukan ketiga," katanya kemudian meramal Kedah pula berada di tangga keempat dalam senarai peluang untuk PR kekal jadi kerajaan.

default

Tahniah ! Sharifah Aini kini sudah bergelar pengundi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar," katanya kepada pemberita.

Sharifah Aini berkata, seramai 50 rakan dan peminat tegar beliau juga turut mengambil langkah yang sama apabila mendaftar sebagai pengundi hari ini di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara.

"Saya anggap pendaftaran hari ini sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran saya yang jatuh pada 2 Julai ini dan Insya-Allah saya akan mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya,'' katanya. - UTUSAN

default

Ahli Parlimen DAP songlap duit kerajaan negeri melalui firma guamannya ?

on Wednesday, June 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Ketika dakwaan salah guna kuasa melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masih hangat diperkatakan, sebuah firma guaman milik seorang Ahli Parlimen DAP turut dikatakan menerima habuan daripada kerajaan negeri. Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri, Dr. Ching Eu Boon ketika mendedahkan perkara itu berkata, pemberian kontrak itu juga dibuat selepas keputusan mesyuarat berhubung pemberian kontrak kepada sebuah firma guaman diubah secara tidak sah oleh ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

 Katanya, laporan pemeriksaan khas pelantikan guaman oleh MBPJ mencatatkan Jawatankuasa Kecil Perundangan yang dipengerusi oleh seorang ahli majlis daripada DAP pada 16 Jun 2010 telah mengubah keputusan melantik sebuah firma guaman bagi mengendalikan kes tuntutan hutang sebanyak RM128,000 terhadap sebuah syarikat yang menyewa kompleks renang.

 Beliau mendakwa, mesyuarat yang hanya dihadiri oleh dua ahli majlis daripada keseluruhan 17 anggota penuh jawatankuasa itu telah memberikan kontrak tersebut kepada sebuah firma guaman milik Ahli Parlimen berkenaan.

 "Apa yang saya bangkitkan adalah mengenai campur tangan ahli majlis MBPJ yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak tersebut kepada firma peguam berkenaan dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain yang kosnya hanya sebanyak RM15,000. 

 "Laporan audit dalaman MBPJ mendedahkan salah laku yang timbul itu. Saya percaya kalau sumber dalaman tidak mendedahkan isu ini, maka kes itu akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar bersama Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed di bangunan UMNO Selangor di sini hari ini. ---

 Eu Boon yang juga Penyelaras BN DUN Pandamaran berkata, berdasarkan pemerhatian audit, tiga mesyuarat jawatankuasa kecil perundangan melibatkan ahli-ahli majlis tersebut tidak disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Perundangan dan Penguatkuasaan MBPJ.

 Selain itu katanya, terdapat juga percanggahan maklumat mengenai kehadiran pada mesyuarat jawatankuasa kecil berkenaan apabila salah seorang ahli majlis yang dicatatkan nama dalam rekod kedatangan mengakui tidak hadir pada mesyuarat tersebut dan seorang lagi ahli majlis yang hadir menyatakan tidak ada sebarang pertukaran panel firma guaman bagi kes berkenaan.

default

Guan Eng kantoi menipu lagi tentang pelabuhan bebas cukai PP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.

Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.


Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut: 



"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. 


Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."
Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?


Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini? 



sumber : taiping mali

default

Siasatan Rafizi jumpa Murad yang sapu RM3 billion !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Cukup kelakar sekali hujah Rafizi yang cuba menyelamatkan bosnya Anwar Ibrahim dengan menuduh bahawa Datuk Murad Khalid adalah orang sebenar  yang memiliki RM 3 Bilion !

Tanpa memberikan bukti yang kukuh , Rafizi tampil bercakap  seperti  memperbodohkan dirinya untuk pertahankan Anwar di depan media dan rakyat  . Korang lihat la sendir


Kontroversi pemilikan aset sejumlah RM3 bilion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin rumit apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendakwa nilai aset itu sebenarnya milik bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa Abdul Malik membuat akuan bersumpah (SD) palsu kira-kira 13 tahun lalu bagi mengaitkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam isu berkenaan.
Dakwa Mohd Rafizi lagi, berdasarkan semakan peribadinya mendapati Abdul Khalid menggunakan kedudukan beliau sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mengumpul kekayaan.
"Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.
"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Abdul Murad terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta. Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Abdul Khalid mengenai kewujudan akaun induk yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," katanya menerusi kenyataan media di sini, Rabu.
Sebelum ini Abdul Murad mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.
Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Bagaimanapun Mohd Rafizi menimbulkan keraguan berhubung akuan bersumpah itu kerana tidak dilampirkan bukti kukuh untuk mengaitkan Ketua Pembangkang itu.
"Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar.
"Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar," katanya.

default

Hot ! Video khatib PAS berdoa khutbah Jumaat berbaur politik !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Nah didedahkan video doa khutbah Jumaat di Masjid Tmn Guar Perahu yang menjadi kontroversi hingga diheret isu kariah ke balai polis kelmarin .

 Secara logik la ..sesuai kah doa sedemikian di khutbah Jumaat hingga disebut PRU 13 ?? Ini bukti jelas PAS menyalahgunakan rumah Allah & mimbar Jumaat untuk diselitkan unsur politik .Itu yang menjadi isu pokoknya yang ditegur oleh 2 orang pengadu yang dilabel jawatankuasa kariah PAS sebagai fitnah .


 Di mana nama YDP Agong & TYT Pulau Pinang seperti kebiasaanya disebut dalam doa khutbah
Jumaat di masjid PP ?





Inilah padahnya bila juak-juak PAS berkuasa di masjid yan sekaligus memecahbelahkan jemaah kariah di kawasan itu .

default

Jawatankuasa Kariah masjid pecahbelahkan umat Islam !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apa kejadahnya  ni  masalah di dalam kariah masjid diheret ke balai polis ?? Teguran anak kariah yang tak mahu doa berbaur  politik di dalam khutbah Jumaat pun nak report ?

Masa dulu seorang ostat  PAS   berkhutbah & berdoa nama  lim guan eng , mengapa tak report polis ?

GPB nak tanya Ostat Abu Bakar Bakilani ni la ... tahukah perbuatan hang ni boleh memecahbelahkan lagi umat Islam ??  Sewajarnya masalah ini diselesaikan secara baik tapi beliau nak politikkan isu ini .


 Institusi  Masjid & anak kariah Tmn Guar Perahu nampaknya  telah menjadi mangsa politik gila kuasa juak-juak PAS .  Jangan marah kalau orang tak pergi masjid dek kerana meluat dengan politik hang pa bawa masuk tu ...

Video khutbah ..KLIK DI SINI

BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.

 Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

 Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.

 Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

 “Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar. “Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid,” katanya.

 Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti. Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

 Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan ‘kerajaan perlu digulingkan’ dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas. Dan, kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta MAINPP menyiasat khatib ekoran doanya itu didakwa boleh memecah-belahkan umat Islam, selain perbuatannya yang dianggap menghasut.

default

Blogger Pro pembangkang dibelasah di Kelantan ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Perhimpunan dua kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, semalam dicemar kekecohan sebelum sempat ia dimulakan. Kumpulan menyokong Kerajaan Negeri, Royalti mengadakan pra perhimpunan royalti menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V menyerahkan memorandum tuntutan royalti Kelantan.

 Sementara Himpunan Sedar diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), mendesak Kerajaan Negeri bentang maklumat peruntukan Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan air bersih. Kekecohan perhimpunanmelibatkan 5,000 peserta itu berpunca daripada perebutan kawasan untuk berhimpun. Perselisihan faham bermula dengan lontaran botol minuman yang membawa pergaduhan menyebabkan lima peserta Royalti cedera.

 Perhimpunan berakhir jam 11 pagi itu, dipenuhi ‘perang mulut’ kedua-dua pihak yang berhujah bagi menyokong tuntutan menggunakan pembesar suara. Mangsa, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

 Beliau yang juga Naib Presiden Royalti berkata, sewaktu berunding, keadaan tegang dengan provokasi daripada Sedar dan menyebabkan dia berbincang dengan ketua kumpulan tersebut. “Oleh kerana perundingan tidak berjaya, saya ambil keputusan beredar.

 Namun, ketika beredar, saya dipukul dengan kuat dari arah belakang dan terkena bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, yang merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com berkata, dia menerima tiga jahitan di kepala setelah dipukul 15 individu dari pihak yang sama.

default

gerakan jatuhkan Karpal & Rayer di Bkt Gelugor ?

on Tuesday, June 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Mengapa gambar banner kerajaan Dap ini hanya dikoyakkan muka Karpal Singh dan Rayer ? Itu yang menjadi tanda tanya dan wajah Guan Eng dan Mansor tidak pulak kena.

Adakah banner yang digantung di Parlimen Bkt Gelugor terkoyak ini kerja musuh dalaman dalam Dap yang mahu jatuhkan Karpal dan Rayer? Nampaknya krisis dalaman DAP pun bermasalah di PP sama seperti PKr di Selangor.



default

Jawatankuasa masjid pertahan unsur politik dalam doa khutbah Jumaat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



GPB bila perhalusi setiap kenyataan Jawatankuasa Kariah Masjid Tmn Guar Perahu dalam isu guling kerajaan  ini KLIK DI SINI , ternyata mereka memang bijak susun game politik ala PAS dalam isu ini .

Daripada perkataan  " Kerajaan yang zalim " di hujung doa telah bertukar  menjadi  " Pemimpin yang zalim " .Tak kan ratusan jemaah di situ pekak kot sampai tak boleh beza perkataan kerajaan dan Pemimpin ? 

Bagi GPB , soal pemimpin yang zalim @ kerajaan yang zalim  yang depa nak spin.. itu bukan isunya.

Perkara yang utama adakah sesuai dalam doa khutbah Jumaat boleh disebut sedemikian ??  Sesuaikah ungkapan itu dalam doa ditambah lagi ada pulak ayat dibelakangnya PRU 13 ?  Kalau sebut pasal PRU 13 sudah tentu  jawapannya berkenaan  politik .


Adakah mereka nak ulangi seperti  isu  yang dahulu iaitu doa khutbah Jumaat yang menyebut agar Lim Guan eng diberi hidayah masuk Islam ? 


Memang ada persamaan  kerana kedua-dua isu ini kerana  mengunakan doa khutbah jumaat sebagai sebagai pentas untuk menyelitkan unsur  politik .





BUKIT MERTAJAM – Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu kesal dengan tindakan 'individu tidak bertanggungjawab' yang didakwa sengaja memperbesarkan isu berhubung doa dibacakan pada khatib Jumaat lalu.

 Pengerusi Kariah, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan menyifatkan kenyataan individu tersebut sebagai fitnah kerana khatib itu tidak langsung menyebut mahu menjatuhkan mana-mana kerajaan, tetapi berdoa supaya pemimpin zalim dijatuhkan.

 Beliau syak individu yang membuat dakwaan itu cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut kerana tidak puas hati dengan jawatankuasa kariah masjid.  ( Siapa yang selalu  main politik ? Sudah banyak kali ustaz-ustaz  yang datang memberi kuliah agama di masjid berkenaan banyak menyelitkan propaganda politik dalam ceramahnya ) 

 “Tidak menjadi masalah kita mendoakan mengalahkan yang zalim, menjatuhkan musuh Islam. Perbuatan ini (iaitu membesarkan isu doa khutbah itu) adalah serangan dari sudut politik yang berkemungkinan untuk memburukkan pentadbiran masjid sedia ada. “


Kita kenal dua pengadu tersebut," katanya. 


 Menurutnya, mereka pernah memegang jawatan penting di masjid itu dan tidak banyak menyumbang. ( Apa motifnya menyerang peribadi 2 pengadu ini ?  Nak cerita pasal sumbangan ..sebenarnya mereka ini lah yang banyak berjasa sejak masjid ini dibina.  Anda  hanya lah orang luar dari Sik yang baru saja menetap di taman berkenaan dan terus diangkat menjadi pengerusi .  Tak layak mempertikai sumbangan mereka ini )..






 Abu Bakar berkata, pihaknya tidak gentar untuk menghadapi dakwaan itu kerana mempunyai bukti berupa rakaman khutbah berkenaan.

 Katanya, laporan polis juga akan dibuat selepas ini, selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu berkenaan. (  Baru sikit  teguran oleh anak kariah yang minta isu ini  disiasat oleh MAIPP ..dah nak saman & report polis  ??  Hang berdendam ke dengan mereka ini  ?


Mansyallah..Ustaz Shuib & En Abu Bakar Muktar cukup dikenali oleh penduduk taman berkenaan sejak masjid itu dibina termasuk lah Sek Agama Rakyat  ... Tak sangka inilah  nasib yang mereka terima oleh puak-puak  PAS yang rakus dan  gila kuasa ..)

 “Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan khatib, kalau benar fitnah, tindakan undang-undang akan diambil.  

 Apa pun, kita akan lihat dahulu laporan dikeluarkan media berhubung isu ini,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah itu, Jaafar Che Mai turut kecewa dengan tindakan kedua-dua individu itu yang didakwa sengaja mahu memecahbelahkan jemaah masjid.

 “Kita mahu mengimarahkan masjid, tapi perbuatan mereka seolah-olah mahu memecahbelahkan jemaah masjid. ( Macamana mereka nak tarik jemaah mengimarahkan masjid , kalau unsur politik dibawa masuk ?  Perbuatan memasukkan unsur politik dalam masjid inilah yang  memecahbelahkan jemaah di kariah tmn guar perahu .)

 "Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) meminta kita menyerahkan rakaman tersebut esok (hari ini).

Kita juga akan minta nasihat daripada mereka sebelum mengambil sebarang tindakan susulan,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu pertemuan di Taman Guar Perahu, malam kelmarin.

 Sinar Harian difahamkan, ketika artikel ini ditulis, rakaman khutbah Jumaat itu sudah pun diserahkan kepada MAINPP untuk diteliti.

default

TLDM Lumut pulak jadi mangsa fitnah & penghinaan Nizar @ZambryAbdKadir

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tak habis-habis mulut puaka Nizar memfitnah. Nampaknya beliau  tak serik lagi dan   terbaru menuduh pulak semua kuarters TLDM  yang tinggal Pengkalan Tentera  Laut  di Lumut telah  menerima RM 50 setiap keluarga .



Lihat di atas tweet beliau yang jelas satu lagi pembohongan untuk mencemarkan imej TLDM Lumut .  Beliau seolah-olah   menggambarkan  tentera  negara kita  ini tiada maruah dan boleh dibeli dengan wang  . Ini merupakan satu penghinaan oleh pemimpin PAS yang tak rasa berdosa dengan fitnah yang dilemparkanya .

Selain itu ,  Nizar juga sebenarnya mahu memburukkan imej MB Perak DS Dr Zambry & kerajaan negeri yang mengadakan lawatan sehari ke Pengkalan TLDM Lumut sempena Program Bersama Pemimpin .

Untuk rekod , sebelum ini beliau telah memfitnah  ATM diperalatkan PM , berbohong isu pelaburan VALE , isu ancak serta isu no play WWW1.


default

Anwar & PAS tidak mampu jaga Islam , Melayu & Raja - Zul Nordin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara. Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong. 

Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.

 "Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

 Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

default

Zed Zaidi vs Hairie Pas di forum Artis Berpolitik

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

GPB mendapat info dari dunia twitter iaitu artis yang baru sertai Umno iaitu Presiden Seniman Zed Zaidi akan menjadi panel satu forum bertajuk Artis Berpolitik: cari glamour atau prinsip? anjuran satu akademi milik PKR.

Selain Zed, panel yang lain sudah tentunya dari Pakatan iaitu Hasmi Hashim(PKR) dan artis tengah top selepas sertai Pas iaitu Hairie Othman.

GPB harap aksi bro Zed tidak menghampakan dalam forum berkenaan. Buktikan artis sertai Umno adalah kerana prinsip dan perjuangan orang Melayu.

Published with Blogger-droid v1.6.9

default

Menteri KPWKM : Najib malukan amukan Mak Lampir PKR di Parlimen

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

 Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.

 Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan. 

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

 Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.

 Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. AGENDA DAILY


default

Tun Mahathir cakap Selangor dipimpin pemimpin kurang berkemampuan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pergolakan berlaku dalam kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana ia dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan. Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO tetapi memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.

 ''Beliau masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa. "Beliau ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Pelajar Perubatan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan kolej itu, di sini hari ini. Dr. Mahathir ditanya mengenai isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Selangor terutama selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, dipercayai ekoran pertembungan politik dua kem membabitkan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.

 Menurut Dr. Mahathir, pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun Barisan Nasional (BN) tidak harus berasa terlalu gembira dengan situasi tersebut.

 "BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya. Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding Asia Barat.

 Jelas beliau, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, ia jelas membuktikan kerajaan negara ini mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara. Katanya, 'Arab Spring' adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik. Menurut beliau, 'Arab Spring' berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri.

 ''Kita di sini ingin 'Arab Spring' tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim?

Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?'' katanya menjawab soalan daripada salah seorang pelajar kolej berhubung isu 'Arab Spring' di majlis itu. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

default

Rahsia pembohongan SUARAM fitnah isu Scorperne dibongkarkan !

on Monday, June 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SUARAM kini dilihat sebagai senjata utama pakatan pembangkang yang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene, bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.
Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hasshim berkata sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
“Segala tuduhan dan dakwaan SUARAM terhadap Perdana Menteri terdapat banyak keraguan dan tanda tanya. Ini boleh dilihat menerusi fakta-fakta yang menunjukkan jelas SUARAM telah mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantunya dan Scorpene adalah satu pendustaan dan pembohongan.
“Pertama sekali, di mana mereka mengatakan Altantuya ini dikatakan sebagai kononnya penterjemah tapi kita tahu, mendiang ini cakap Perancis pun tak boleh. Dia bukan seorang yang memahami dan boleh bertutur dalam bahasa Perancis,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.
Dalam masa yang sama, jelas beliau Altantunya sendiri tidak pernah pun ke negera Perancis kerana iIni terbukti melalui kenyataan Imegresen Perancis bahawa tiada rekod langsung bahawa dia masuk ke Perancis dari tahun 1999 ke tahun 2006.
“Ini menunjukkan satu permainan reka cipta yang SUARAM ketengahkan”, ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Zahrain melihat wujud satu desakan dan pakatan yang kotor yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita boleh nampak satu rekaan untuk memburukkan dan mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Sekarang, Ketua Pembangkang menggunakan badan-badan lain untuk mempromosikan pendustaan dan pembohonangan terhadap Perdana Menteri dan salah satu badan yang telah digunakan ialah SUARAM.
“Sebab itu saya katakana SUARAM ini bukan sekadar NGO, tetapi AGO (Anti Government Organisation) sebab mereka menggunakan asas-asas pendustaan dan fitnah untuk memburukkan pimpinan kerajaan. Saya desak SUARAM minta maaf kepada rakyat, kerajaan dan yang lebih penting ialah kepada Perdana Menteri,” tambahnya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.