Archive for 05/20/12

default

Mengapa Muhyiddin, Dr Hassan Ali, Khairy hadir rumah Ustaz Nasha hari ini ?

on Sunday, May 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini. Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

 Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.



 Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik. Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.- Bernama


Komen GPB 

Macam ini  la  seorang pemimpin ... tengok  pemimpin UMNO , walaupun berlainan ideologi politik  mereka tetap hadir sebagai tetamu ke rumah kenduri pemimpin PAS iaitu Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Bukannya macam segelintir ostat2 PAS yang sampai hari ini tak mahu jejak kaki ke kenduri rumah orang UMNO  sebab mereka dianggap kafir kerana menolak Islam .  Cukup -cukup la nak taksub tu ...PAS la ni pun dah kawan dengna kafir DAP sampai boleh benarkan baca Al Quran lagi ..




default

PAS salahgunakan hukum agama itu untuk politik !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

PAS itu Islam ..Islam itu PAS .. itu lah juak-juak puak khawarij PAS dok jaja dalam ceramah-ceramah mereka samada di markaz atau pun di kuliah2 di masjid . PAS sebenarnya adalah jalan yang lain daripada Islam .Mereka hanyalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk berkuasa sebagai kerajaan . Ikut video ceramah Ustaz Hj Kamal Saidin ,penceramah agama yang hebat daripada UMNO di Tg Karang

default

BONGKAR PENIPUAN GUAN ENG DI DUN MACHANG BUBUK MALAM INI !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Malam ini jika ada yang kelapangan ,,jom pakai hadir beramai-ramai ke Ceramah Pentas Pemuda BONGKAR di Padang Awam Bukit Teh iaitu di dalam Dun Machang Bubuk .

Penceramah yang akan mendedahkan segala penipuan & pembohongan Guan Eng dan DAP ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir , Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO PP dan Ir Shaik Hussein Mydin , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang ..


default

Nora Danish mohon maaf gambar seksi di majalah GLAM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

 "Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya. "Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal.

Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.

 Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini. - Sumber


Komen GPB

Pemohonan maaf oleh Nora ini kami terima ...........

default

BERSIH 4.0 dilancarkan , lokasi himpunan depan rumah Ambiga !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi. Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara minggu ini.

 Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini. Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

 "Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga. "Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi. 

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari. Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam. Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

default

Melia Amelia pekakkan telinga dipanggil artis bogel ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Artis Melia Amelia yang pernah  dikaitkan dengan video bogel yang mendapat liputan meluas di media dan blog akui  kesan kontroversi memberi tanggapan tidak baik terhadap kerjayanya .

Apa tidaknya sampai ada pihak production yang melambat-lambatkan payment yang sepatutnya dah laman dibayar .  Malah Melia sendiri tak nafikan kesan kontroversi berkenaan membuat dirinya dipanggil artis bogel .

"  Tak nafikan , kesan kontroversi tu ada yang panggil saya gelaran artis bogel . Saya hanya pekakkan telinga dan berhadap hentikan gelaran itu sebab dak terbukti saya tak bersalah "  Majalah Mangga MEI 2012




***Tak baik la mengelarkan dengan perkataan berkenaan kerana jelas terbukti  beliau tak bersalah .

default

Abby Abadi mencari jalan mudah ke syurga melalui PAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini lah artis yang PAS dok cakap nak sertai mereka . Nak  mudahkan ke syurga ke Abby Abadi ? ye la sebab PAS pernah undi parti ni masuk syurga .

Sekarang ini boleh la Abby  balun kerajaan BN dengan muda ye .... tak pun dengan  pasukan polis sekali  yang pernah beliau lakonkan dulu di Gerak Khas di RTM .  Maklum lah masuk parti ini depan memang benci polis sampai gelarkan anjing .






default

PANAS ! Anwar pernah mengorat pelajar lelaki IPTA , minta gambar ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya. Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian.

 Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial.

 "Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.UTUSAN

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.