Archive for 05/06/12

default

Tun Mahathir dedahkan rahsia pembangkang jika tak menang PRU !

on Sunday, May 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Pakatan parti pembangkang - PAS, PKR dan DAP - sebenarnya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kerana itu mereka membuat banyak tindakan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau berkata, sejak negara merdeka 55 tahun lepas, pembangkang tidak pernah berjaya menjatuhkan kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN).
 
"Mereka (pembangkang) sedang bersedia kalau kalah lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka akan cetus huru-hara dengan membuat demonstrasi, buat desakan kononnya kerajaan sekarang ini tipu bagi membolehkan Barisan Nasional menang.
 
"Inilah pendekatan mereka sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Kedah di sini hari ini.
 
Dr Mahathir berkata beliau yakin kerajaan yang ada sekarang kuat dan mampu untuk menjaga keamanan negara.
 
"Kalau kerajaan lemah, mereka tidak akan mampu untuk mentadbir negara dengan baik seperti sekarang dan mungkin juga akan digulingkan oleh rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu berhati-hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar dianggap sebagai pemimpin pilihan Amerika.
 
"Sejak zaman saya menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Anwar) telah dianggap sebagai PM Malaysia oleh Amerika dan dia sendiri pernah membawa (anggota) Kongres Amerika datang ke sini," katanya.
 
Selain itu, Dr Mahathir berkata terdapat kemasukan wang asing di negara ini bagi menjayakan agenda negara kuasa besar itu.
 
"Saya tahu banyak juga NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang mendapat bantuan wang daripada badan-badan tertentu Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mereka bagi wang ini untuk menjayakan agenda mereka bukannya agenda kita.
 
"Ia berlaku sejak dari zaman saya lagi dan NGO itu telah diperalatkan. Saya yakin parti-parti politik pun ada yang terima wang tersebut," katanya.
 
Beliau menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dan memilih pemimpin yang betul bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah semula.
 
Terdahulu, dalam ucapannya Dr Mahathir berkata pelbagai pembangunan telah dilakukan kerajaan pusat bagi memberi kesenangan kepada rakyat.
 
"Apa yang dilakukan oleh kerajaan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dan sentiasa memikirkan nasib rakyat dan untuk membela rakyat," katanya. - Bernama

default

TERKINI ! HADI AWANG TAK MENGAKU, TAK SEBUT PUN PINDA PERLEMBAGAAN !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Bila ramai pemimpin kerajaan termasuk DS Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir membidas kenyataan Hadi Awang yang mahu pinda Perlembagaan jika menang PRU 13  ,  hari ini  beliau seperti biasa tukar cerita bahawa tak pernah sebut pun pasal nak pinda perlembagaan .

Inilah sikap hakiki pemimpin PR bila kantoi memberi kenyataan dan bila jadi isu terus tak mengaku.



* yang ada bukti video dan gambar pun tak nak mengaku lagi......yang pun lagi la dok nafi...


default

Din Puduraya mengamuk , gelarkan blogger pro UMNO anak haram

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Apa kejadahnya Din Puduraya ini mengamuk sangat kat blogger Pro UMNO ? Sampai gelarkan blogger Pro UMNO ini anak haram ..


 Yang blogger pencacai PAkatan setiap hari memfitnah Najib dan pemimpin UMNO yang lain ada ke dibalas kata-kata kesat seperti itu ? Ini lah beza pemimpin UMNO dengan pemimpian bangsat dalam Pakatan .. mungkin itu yang diajar oleh Ostat2 dalam PAS ...maklumlah tok guru pun pernah kata tuhan pun mencarut ..

default

Syatilla terkenal gara-gara video seksi pakaian dalam La Senza ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




DIPERKENALKAN sebagai pelakon menerusi siri drama debutnya, BFF…Teman Tapi Mesra sekitar Januari lalu, Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 21, cepat disambar sensasi. Perlakuannya beraksi seksi untuk sebuah iklan pakaian dalam jenama terkenal bertebaran di internet dan tempiasnya, pucuk muda itu berdepan persepsi kurang manis. KLIK DI SINI 







Sekadar mahu menjenamakan diri dengan nama pentas Syatilla Melvin, pelakon berasal dari Parit Buntar, Perak itu sudah pun akur atas salah percaturan yang dibuat. Sementelah kata Syatilla, dia langsung tidak menjangka akan bergelar seorang pelakon seperti hari ini. "Dalam fikiran, saya hanya akan terlibat dalam bidang peragaan.

Saya sendiri tiada asas lakonan, belajar pun sampai Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Habis belajar, saya datang ibu kota untuk mencari rezeki.

 "Cuma selepas menyertai (pertandingan mencari) Dewi Remaja pada tahun lepas, rangkaian kenalan saya mula bertambah. Saya dapat peluang berlakon pun daripada seorang jurusolek, namanya Deqsha. Dia yang kenalkan saya kepada penerbit dan pengarah drama BFF yang kebetulan sedang mencari seorang pelakon tambahan.

Saya diminta datang ke lokasi, diberi penerangan dan terus masuk set untuk berlakon," cerita Syatilla tentang jejaknya dalam bidang lakonan. Bermula dengan rezeki terpijak, lakonan beri kehidupan baharu kepada Syatilla.

Bersambung ke lokasi Lara Hati yang sedang menemui penonton di TV9, Syatilla tidak mempersia-siakan peluang yang terhampar depan mata. Usai berehat seketika, dia kini mempersiapkan diri untuk turun semula ke lokasi sebuah telemovie yang akan dijadualkan penggambaran, pertengahan Mei nanti.

default

Nik Aziz tentu bengang Majlis Fatwa kata BERSIH 3.0 adalah haram !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.



Sehubungan itu, katanya, umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda. - BERNAMA

default

Zulkifli Nordin akan dedahkan dalang perakam aksi panas ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendedahkan, beliau tahu perakam video aksi panas dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita, yang hangat terpapar dalam media massa beberapa hari lalu. Beliau turut memberi amaran mendedahkan individu bertanggungjawab merakamkan adegan tidak senonoh itu bila-bila masa.

 “Kita akan dedah siapa perakam dan tunggu masa dedah siapa buat,” katanya selepas menyampaikan ceramah isu politik Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, di tanah lapang Paloh Sungai Kiat, malam kelmarin.

 Zulkifli turut menolak dakwaan segelintir pihak mengaitkan video itu dengan Umno, sebaliknya mendedahkan ia dilakukan di kalangan mereka akibat pertelagahan­, selain mendapat kepentingan tertentu. 

Dalam kenyataan sama, beliau turut minta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail membersihkan dahulu 3A iaitu ‘Anwar, Azmin dan Azizah’ sebelum bersih orang lain. Katanya, Azizah tidak perlu bercakap hal orang lain sebelum membersihkan partinya terlebih dahulu.

 “Bersihkan Anwar, selepas itu Azmin, tuduhan Datuk Nallakarupan itu serius dan Azizah kena bersihkan diri dia sendiri,” katanya. - SINAR HARIAN

default

Wan Azizah nasihat Azmin Ali balik jumpa ibunya ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







"Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City di sini, malam tadi.


Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.


“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.

Mengulas mengenai klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin, Dr Wan Azizah berkata, itu adalah satu helah Umno yang tidak boleh diterima.

"Ini satu cara Umno yang telah saya lalui, kalau ikut hukum syarak, kena bawa empat saksi, kena ikut betul-betul cara Islam.

"Kalau nak bandingkan (isu) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) pun ada juga, tapi dia (Soi Lek) mengaku, politik tidak sepatutnya begini," kata beliau lagi.

Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga berkata, orang ramai boleh berdebat mengenai sesuatu isu berkaitan negara, tetapi tidak harus membawa politik ke tahap yang "tidak elok."

Majlis makan malam itu anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

default

Pudin kantoi menipu , Wan Ahmad sebenar inilah orangnya !

,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian Umno oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

 Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

 “Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam. Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

 “Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya. Sinar Harian, 26 April lalu menyiarkan kenyataan Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka.

 Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali. Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

 Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.” Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian, 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka. Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’. “Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya

default

Perusuh BERSIH 3.0 pun jadi buruan kerajaan Arab Saudi !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ini lah pemimpin politik yang diburu kerajaan Arab Saudi ..tentu 
ramai kenal kan muka penyokong LGBT BERSIH ini ...



Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu. Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

 ‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.


Komen GPB 

Tu dia ... Negara Tok Arab pun  dok  buru juak-juak pemberontak a.k.a perusuh BERSIH 3.0  Ambiga . Mana pi Mahfuz Bean yang begitu bangga sangat BERSIH 3.0 juga dibuat serentak di seluruh dunia ..

Nah ! Sekarang ambil la habuan ....tak pasal-pasal  kena tangkap kerana menghasut rakyat negara berkenaan menjatuhkan pemerintah di sana . hahaha...

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.