Apabila mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat komen mengenai Sultan Johor ke atas kejayaan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW1, tidak mustahil, ada sebahagian besar pemimpin DAP mendapati tindakan pemimpin Pas itu sebagai sesuatu yang cukup comical.

Walaupun pengetahuan itu bukanlah di luar kebiasaan bagi DAP berdasarkan pengalaman berkerajaan di Perak, tetapi aksi lucu terbaru Nizar memberi kesan negatif kepada mimpi Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, khusus mengembangkan pengaruh di Johor pula.

Ibarat berlumba 100 meter, Pas Johor kini tersadung ketika di peringkat warm-up lagi.

Walaupun kehadiran penyokong yang segelintir tetapi dilihat oleh Pas sebagai begitu overwhelming, dan kenyataan Nizar itu tentu tidak membantu mereka.

Bertolak dari hakikat Johor negeri majoriti penduduk dan pengundi Melayu, langkah selanjutnya ialah menjadikan negeri itu sebuah lagi kubu Pas sebagaimana Kelantan, Terengganu dan Kedah. Namun dalam keghairahan sedemikian, parti itu terlupa Johor bukan sahaja kubu kuat Umno, tetapi rakyat Johor terkenal kepada kesetiaan terhadap Sultan mereka.

Justeru, kenyataan Nizar ibarat pisau dwi-mata yang menghiris dan melukakan peluang Pakatan Rakyat dalam PRU13 kelak. Dalam kata lain, Johor bukan sahaja tidak akan menambahkan bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, malah mimpi untuk menubuhkan kerajaan negeri juga kian bertukar kepada igauan di siang hari.



Riuh-rendah Pas umumkan Salehuddin Ayub, naib presiden parti itu akan bertanding di Johor. Sukar untuk dipastikan, sama ada Pas memang sengaja mahu membunuh karier politik Salehuddin atau benar-benar yakin peluangnya menguasai Johor.

impian Din untuk jadi MB Johor musnah ..Melayu Johor tak 
boleh terima Sultan mereka dihina oleh PAS


Namun berikutan kenyataan Nizar itu, kedudukan Salahuddin yang sudah ibarat ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’ dinaikkan taraf nasibnya kepada ‘telur di hujung tanduk.’

Nombor tersebut bukan sahaja cantik dan membawa ‘ong’ atau tuah besar sebagaimana dipercayai oleh masyarakat Cina, tetapi ia unik kerana mempunyai tiga huruf serupa. Beberapa buah negeri di mana nombor pendaftaran kenderaannya telah mencapai tiga huruf serupa ini, seperti JJJ dan CCC telah dibida dengan harga tinggi bagi siri nombor tunggal.

Disebabkan WWW lebih unik dan merupakan akronim kepada ‘World Wide Web’ yang digunakan sebagai huruf wajib bagi semua URL (Uniform Resource Locator) atau dalam bahasa mudah rujukan kepada sesuatu laman web, maka nilainya pada masa depan sudah tentu setara ibarat melabur dalam saham blue chips.

Nampaknya dalam melepaskan tembakan politik point blanknya, Nizar tidak menyedari betapa Sultan Johor ialah satu-satunya sultan yang mempunyai harta serta perniagaan yang sudah mencapai taraf global.

Barangkali Nizar terlupa Sultan Ibrahim secara relatifnya masih muda serta mempunyai hobi yang berlainan dari raja-raja yang lain.

Sebaliknya Program Kembara Mahkota Johor bermula 2001 waktu baginda menjadi Tengku Mahkota Johor lagi. Baginda melawat rakyat di negeri Johor merentasi daerah dan ceruk rantau sama ada menggunakan superbike, keretapi, motorboat dan juga 4wheel drive (4WD).

Tahun lalu temanya Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama. Keprihatinan baginda dilihat melalui sumbangan 20,000 benih pokok kepada setiap- daerah dengan setiap daerah terlibat menanam pokok- pokok berkenaan di hari kedua lawatan baginda. Tahun ini program berkenaan dilepaskan oleh Dato Seri Najib Razak di Kulaijaya menyaksikan baginda menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama lain-lain orang kenamaan.

Rasanya dari bersusah-susah membuat komen terhadap Sultan Johor, lebih baik sahaja Nizar memikirkan tentang nasib politiknya sendiri. Kita tahu peluang Nizar untuk kembali menjadi Menteri Besar Perak adalah sifar tetapi mengapa harus mencantas peluang rakan seperjuangan untuk mencuba nasib di Johor. Kasihan Salehuddin.

Ingatlah sebagai orang Melayu kita perlu menumpahkan taat setia dan kasih sayang kepada Sultan. Dulu ketika kehilangan kerusi menteri besar, Nizar dan geng Pakatan Rakyat mencetuskan insiden yang bertentangan dengan budaya rakyat terhadap institusi diraja.

Janganlah Nizar bawa lagu yang sama di negeri yang tidak ada kena mengena dengan beliau. Ingatlah bahawa Sultanah Johor berasal daripada kerabat diraja Perak. Baginda ialah puteri Almarhum Sultan Idris. Hormat dan jagalah mulut sedikit. SH