Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk2 BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan UMNO (Bahagian Bandar Tun Razak)...
Ini lahanat sebenar dalam perjuangan UMNO, siapa tahu detail tentang si bodoh gemuk-pendek ini sila email gua - masa untuk kita tamatkan karier politiknya sebelum menjadi barah lebih teruk dalam misi kita mempertahankan ALIF-BA-TA!!
Siapakah mat salleh ini yang datang ke Kuala Lumpur ketika demo BERSIH yang mana semua perniagaan pada hari berkenaan menutup operasi ? Tak kan nak pi melancong dan shopping kot ?
Adakah mereka ini datang untuk spot check atau memantau demo bersih ? Ye la sudah labur dana mesti la datang tengok sendiri keadaannya .
Jika mereka ini wartawan asing, di mana kamera mereka?
PROLOG
Secara umumnya, rakyat Malaysia mula mengenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) selepas gabungan NGO tersebut mengadakan demonstrasi pada 10 November 2007. Demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan seramai 60,000 orang peserta demonstrasi bermula di Dataran Merdeka sehingga ke Istana Negara.
BERSIH menggunakan slogan “Gelombang Kuning yang mana ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai pakaian berwarna kuning.
Mengikut laman web BERSIH (www.bersih.org), BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya (Joint Action Committee for Electoral Reform atau JACER) pada Julai 2005.
Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Namun, apa yang tidak dinyatakan di laman web tersebut adalah pihak yang membantu sekretariat BERSIH ketika itu adalah National Democratic Institute (NDI).
Menurut laman web NDI;
“In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted many workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party in accomplishing their objectives. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants”.
(sumber : http://www.ndi.org/malaysia)
Bantuan NDI kepada BERSIH berterusan daripada 2005 hingga sekarang. NDI sebagai sebuah NGO dibawah National Endowment for Democracy (NED), mendapat sebanyak USD 1,248,332.00 (atau RM 4,027,419.04) dari tahun 2005 sehingga tahun lepas untuk menaja program-program NGO di Malaysia termasuk BERSIH.
BERSIH bukanlah NGO pertama di dunia mendapat tajaan NED dan NDI yang dinaungi oleh CIA untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan. Nicaragua merupakan negara pertama yang menjadi sasaran CIA melalui operasi PROJECT DEMOCRACY (dengan melibatkan NED dan NDI serta beberapa NGO Amerika lain). Di Nicaragua, NED menubuhkan Via Civica manakala di Venezuela, Súmate merupakan NGO yang dicipta untuk fungsi yang sama.
Macam bangsat betul komen ketua regim DAP yang menyalahkan 100 % polis di atas insiden keganasan di Dataran Merdeka. Bila kena gertak sikit dengan budak Perkasa di insiden Padang Kota, macam sial musibat ini berlakon rasa dirinya terancam dan minta tolong polis...
Guan Eng cakap polis tak berdisplin kerana menyerang perusuh Bersih ....
Guan Eng cakap hanya sekumpulan yang cuba masuk Dataran Merdeka ...
Betul ke cakap lidah biawak yang kuat menipu ini ? Dia tak pergi pun ke sana tapi hari ini bercakap di dalam bilik air cond KOMTAR salahkan terus polis .. PEMBOHONG !!
jumlah ribuan perusuh menyerbu dataran ini dia cakap sekumpulan je ??
Macam sial sekali Anwar laknat barua Yahudi ini ...dia sendiri yang rancang BERSIH ini hingga merempuh Dataran Merdeka dan bertempur dengan polis , selepas itu disalahkan Najib pulak .
Selepas ucapan pemimpin pembangang terutama Azmin yang berbaur provokasi inilah yang menyebabkan geng baju kuning merempuh penghadang polis untuk masuk ke dataran merdeka . Bermula di situ pihak Polis demi keselamatan negara & ketenteraman awam terpaksa menghalau perusuh dari dataran hingga menyebabkan 20 ribu penyokong mereka lari bertempiaran .
Lihat video ini ..inilah punca menyebab Polis terpaksa bertindak . Jangan salahkan polis kononnya bertindak dahulu ke atas mereka .
anwar memang rancang mahu salahkan Najib di
atas keganasan yang berlaku di Bersih 3.0
Anwar Ibrahim menggesa supaya siasatan bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab peserta perhimpunan Bersih 3.0.
“Dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman.
Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada kenyataan media.
Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Bersih yang tuntas menuntut reformasi pilihan raya yang menyeluruh dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan.
Beliau menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas ‘tindakan jenayah’ ke atas petugas media.
“Serangan yang diselaras sebegitu dan serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.." katanya.
Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.
Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.
Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.
Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.
Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.
Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.
Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.
Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.
Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.
Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.
Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.
darah berlumuran di kad medianya ..apa kata
peguam2 Pakatan bila penyokong mereka
memukul wartawan tanpa belas kasihan ..
Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.
Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.
Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.
Ketika artikel ini ditulis, Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ini lah objek yang digunakan perusuh hingga menyebabkan kereta peronda polis yang dipandu terbabas. Sapa bawa kereta pun akan terbabas jika keadaan macam ini .
Yang berlari menujuk ke kereta ini bila dijerit kononnya kereta peronda ini telah melanggar geng mereka hingga mati walhal satu penipuan !
Video di bawah membuktikan terang-terang kereta polis diserang dengan ganas oleh demontrans.
Sekarang ini bila didedahkan bukti video bahawa tiada siapa yang mati dilanggar kereta polis serta mereka yang menyerang dulu , fb juak-juak Bersih dah tak boleh jawab dan mereka telah mula spin versi tamil pulak dengan mengaitkan ia perancangan polis sendiri .
Sebabnya mereka menyatakan budak lelaki ini yang datang mengeluarkan anggota polis yang cedera itu bukan daripada geng mereka.
Apa kejadahnya pulak puak2 ni nak kelentong ...jelas terbukti perusuh sendiri cakap nak terbalikkan kereta ini kononnya ada orang kena langgar dengan kereta ini dibawah . Jadi , mereka ini datang dengan mengeluarkan polis berkenaan dari dalam kereta.
Memang la di polis , tapi tak kan nak biar saudara Islam kita sedang mengalami kesusahan dan perlu pertolongan macam tu je .
Sebelum jam 3 ptg di sekitar Dataran Merdeka suasana jelas cukup aman dan baik dan polis yang mengawal hanya memerhatikan gelagat mereka walaupun dimaki dan dicerca .
Tapi bila juak-juak Ambiga mula merempuh masuk kubu Sang Saka Biru di Dataran Merdeka , mereka sudah silap besar sama sekali . Pihak Polis yang ramai di kawasan dataran telah bersedia dan akhirnya terpaksa bertindak selepas mereka merempuh masuk dengan jumlah yang ramai sekali .
Malah ketika dawai rawat besi itu dibuka , mereka mengajak rakan-rakan yang lain masuk sekali ke dataran .
GPB yakin mereka memang rancang untuk rempuh masuk Dataran seperti mana Unit Amal PAS berjaya rempuh sekatan polis di KLCC menuju Dataran .
Cukup kelakar sekali bila Ambiga cakap ia gagal mengawal penyokong-penyokongnya dari merempuh masuk dataran .Beliau berkata tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka kononnya bukan mereka sokong satu pembohongan .
Demontran di situ punya la menjerit di jalanan mahu penghadang polis dibuka itu tak kan Ambiga tak tahu ? Ramai pemimpin Pakatan berada di situ dan mengapa mereka tak cakap perkara ini ketika berucap ? Tak kan dah tengok FRU ramai dibelakang pun nak rempuh masuk lagi ....
gas pemedih mata terpaksa dilepaskan dan ramai perusuh
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.