Archive for 04/15/12

default

Hint bila PRU 13 telah disebut hari ini oleh Tun Dr Mahathir ??

on Sunday, April 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depa

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. - BERNAMA


Komen GPB 

Hint bila tarikh PRU 13 nampaknya sudah disebut oleh Tun Dr Mahathir ....

Melalui pemerhatian beliau , Najib dan BN dalam keadaan terbaik dan  rakyat kini sudah berada dalam keadaan mood kembali menyokong kerajaan ..

Seperti kata Ahmad Maslan ... PRU 13 kini hanya menghitung HARI !!

default

Guan Eng dan regim DAP kini berjaya kawal FAP ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim gagal mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) apabila tewas dalam pemilihan yang diadakan sempena mesyuarat agung tahunan, hari ini.

Zahrain hanya mendapat 16 undi berbanding 21 undi yang diperoleh perunding pembinaan bebas, Mohd Foaz Hamid yang pertama kali bertanding dalam pemilihan jawatankuasa badan sukan itu.


baru pertama kali bertanding dan tiba-tiba menang lawan Presiden ...



Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pengerusi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Dr Zainuddin Md Wazir dipilih memegang jawatan itu selepas penyandangnya sebelum ini Raja Munir Shah Raja Mustapha menarik diri apabila kedua-dua mereka mendapat undi yang sama.

Turut dipilih Mohd Azizudin Md Wazir dan Amer Yusoff Mohamed Hassan sebagai Naib Presiden.

Mohd Foaz ketika ditemui media berkata, beliau akan berusaha mengembalikan kegemilangan pasukan Harimau Kumbang yang pernah menjadi pasukan yang dihormati.Menurutnya beliau menyasarkan pasukan Pulau Pulau Pinang akan kembali menyertai Liga Perdana dalam tempoh dua tahun dan seterusnya menyertai Liga Super.

“Saya berharap jawatankuasa baru yang dipilih ini akan lebih aktif dan sentiasa turun padang bagi meningkatkan lagi mutu pasukan Pulau Pinang.


“Dengan kelebihan yang ada, saya akan cuba mendapatkan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri bagi membolehkan kita menggunakan semula Stadium Bandaraya untuk perlawanan di sini selain cuba mengembalikan sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap pasukan yang dilihat kian suram,” katanya.

Sementara itu, Mohd Foaz yang ditanya mengenai dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan beliau ditaja oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk bertanding jawatan itu serta ditawarkan beberapa projek sekiranya memenangi pada pemilihan jawatan presiden berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri sebelum ini.

Jawatankuasa Baru FAP bagi Tahun 2011/2013


Presiden : En. Mohd Foaz bin Hamid
Timbalan Presiden : En. Zainuddin bin Md Wazir
Naib Presiden : 1) En. Mohd Azizudin bin Mohd Shariff
                         2) En. Amer Yusoff bin Mohamed Hassan

Wakil Bebas : 1) En. Kamal bin Kalid
                      2) En. Saad bin Hassan
                      3) En. L.Kartherisan a/l Letchumana
                      4) En. Amir Hazril Sany bin Ahmed
                      5) En. Goh Choon Keong
                      6) En. Zainal Abidin bin Ahmad



Komen GPB 

Presiden FAP yang baru  ,  Mohd Foaz jawab tak pernah bertemu Guan Eng , tapi bila menang beliau janji menggunakan KELEBIHANNYA  untuk dapatkan kebenaran kerajaan negeri untuk menggunakan Stadium Bandaraya . Kelebihan apa yang hang ada ??

Apa yang hang dok belit ni Foaz ??  Hang pun nak pandai cakap mengikut stail lidah biawak juga ka ?

Macamana hang boleh cakap tak kenal & tak pernah bertemu Guan Eng ... seluruh peminat Harimau Kumbang bercakap la   semasa AGM FAP iaitu team anda ditaja oleh ketua regim DAP untuk jatuhkan DS Zahrain .




APA CERITA NI ..  MONEY POWER  DALAM AGM FAP 
HANYA SEMATA-MATA NAK JATUHKAN 
ZAHRAIN &  1 MALAYSIA ?




default

Tun Mahathir kantoikan Anwar pasal PTPTN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma... Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa,” kata Dr. Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. - BERNAMA

default

Demo PTPTN diketuai Adam Adli memalukan Pakatan ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments







MEMALUKAN. Itulah yang mampu penulis katakan mengenai kegagalan demonstrasi mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Penulis memang dari awal ragu-ragu dengan keputusan mengadakan demonstrasi Mansuh PTPTN ini dan tindakan meletakkan Adam Adli mengetuainya atas pelbagai sebab yang jelas disini

Dan ternyata, kebimbangan penulis itu berasas bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana penulis difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.

Apa masalahnya? Bukankah Adam Adli sahaja didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu? Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.
Atau isunya tidak menarik?

Penulis tidak rasa begitu, siapa yang tidak mahu hutang dihapuskan dan mendapat pulangan wang atas pinjama terdahulu? Sudah tentu silapnya adalah dengan Adam Adli sendiri.

Perlu diingat, kegagalan hari ini tidak boleh dipandang ringan kerana dalam masa yang sama kita bercakap tentang Bersih 3.0 yang akan mengumpulkan 500,000 orang peserta dan demonstrasi hari ini sebagai warming up kepada demonstrasi yang lebih besar pada 28 April itu?

Itu pun penulis mendengar, bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu? Jika benar, maka anggapan penulis sebelum ini bahawa Adam Adli tidak punya karisma sebagai pemimpin mahasiswa adalah benar juga. - Suara Pakatan Rakyat




Komen GPB 


Suara Adam Adli & Mahasewel untuk membantah PTPTN tidak mendapat sambutan majoriti mahasiswa ... 300 orang tak gambarkan suara majoriti mahasiswa .


Ternyata ,  pengaruh Adam Adli kononnya untuk mengajak mahasiswa  sebenarnya gagal . Beliau hanya bangga dengan dan berasa hebat dikalangan gengnya sahaja .

Ramai orang terkejut melihat  gambar demonstrasi 'mahasiswa' memansuhkan PTPTN ini cukup  tidak beradab dan langsung tidak menzahirkan nilai keilmuan selaku mahasiswa. Bahasa2 yang digunakan seperti Najib-Altantuya, Jahanam UMNO, Musnah Rosmah dan lain-lain  juga amat tidak bermoral, memualkan dan langsung tiada kaitan dengan perjuangan yg dilaungkan.




default

PKR akui mereka pengemis politik di Terengganu ...haha

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepimpinan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik semalam yang secara terbuka mengakui Pas Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu, Pas hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya pada pilihan raya umum nanti iaitu lima di Dun dan dua di Parlimen.

Sebelum ini, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding 11 kawasan Dun dan tiga kerusi Parlimen dalam usaha pembangkang menawan negeri ini. – Bernama

default

SEMPOI ! Gambar Najib membonceng Yamaha 135LC dengan anak muda ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kalau seorang pemimpin No 1 Negara boleh membonceng motorsikal selamba je   dengan anak muda kaki motor  (sering dilabel Mat rempit )  ,  Apa makna ini ???

Maknanya  beliau mesra  dengan golongan muda  !!


"Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?" katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi Kampung Jalan Kebun di sini, hari ini.

Beliau berkatam perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.

"Angin kencang akan meranapkan sesiapa cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor, yang ingin kembalikan BN di Selangor," katanya.

Pengerusi BN itu berkata tidak kira sama ada tua atau muda yang berhimpun beramai-ramai pada hari ini, yang penting adalah telah tersemat di hati masing-masing untuk memilih BN sebagai parti memerintah.

Sambil meminta mereka membuat perubahan itu pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata mereka sebenarnya telah tertipu dengan janji manis pembangkang pada pilihan raya 2008.

Menurutnya, antara janji yang tidak dikotakan kerajaan Selangor ialah menurunkan cukai pintu, memberi elaun untuk anak-anak memasuki tadika, elaun ibu sepenuh masa serta pelbagai elaun lain.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri BN menghulurkan bantuan kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk setiap keluarga yang pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan, bantuan awal persekolahan RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta Kedai dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

"Hanya BN yang boleh menjamin masa depan negara ini dan para pemimpin kami bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah negara yang lebih baik dan makmur menerusi ekonomi yang berkembang dengan begitu memberangsangkan, selain kekayaan baru dapat dijana dan dipacu.

"Negara lebih maju, rakyatnya lebih sejahtera kerana rakyat ada pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi yang kita laksanakan. Lebih 300,000 (peluang pekerjaan) telah dan akan di disediakan,"
katanya.

Najib berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia melihat ke hadapan satu era baru menerusi transformasi bukannya reformasi kerana transformasi adalah lebih baik daripada reformasi.

"Kalau tidak percaya, tanya Senator Ezam Mohd Noor (penaung Waris Malaya). Dia sudah tinggalkan reformasi kerana dia tak percayakan reformasi.

"Reformasi berakhir dengan baling kerusi, reformasi bersiri dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0 , Bersih 3.0. Transformasi (BN) membawa kepada perubahan kepada rakyat, kita lebihkan pekerjaan, kita berikan BR1M kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, gerakan reformasi hanya mengumpulkan orang di jalanan kerana ada yang kononnya hendak menjadi juara tetapi sebenarnya hanya menyusahkan rakyat.

"Tidak perlu demonstrasi jalanan tetapi berkumpullah secara aman tetapi yang penting mesti ada rasa tanggungjawab kerana bumi ini adalah bumi yang bertuah dan perlu dipertahankan," katanya.

Najib berkata, BN mampu membawa perubahan besar kepada Selangor jika ia kembali menerajui negeri ini.

Beliau menarik perhatian kepada pelbagai masalah yang berlaku di Selangor sekarang termasuk isu air bersih berikutan kegagalan kerajaan PKR menanganinya.

"Selangor tidak boleh dipisahkan daripada perubahan besar... susah jika Selangor dipegang oleh orang lain. Susah nak dapat kelulusan tanah, susah nak dapat bekalan air.

"Krisis air akan berlaku tidak lama lagi kerana ia (kerajaan negeri) menghalang Projek Langat 2. Kita (kerajaan Pusat) nak laksanakan tapi ia tak diberi development order (perintah pembangunan), ini akan menimbulkan krisis air," katanya.

Najib berkata, para pelabur mula bimbang kerana sukar menambah kilang yang dapat memberikan peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor berikutan keengganan kerajaan Selangor meluluskan pelaksanaan projek itu, yang akan menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor.

"Akan berlaku satu musibah yang berat kepada rakyat Selangor jika bekalan air tidak mencukupi. Perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perundingan tetapi jika tidak boleh, nampaknya ia perlu diselesaikan menerusi pilihan raya dengan memilih BN," katanya.

Pada majlis itu, Najib juga berterima kasih kepada konvoi belia bermotosikal yang mengiringinya semasa membonceng sebuah motosikal dari Tol KESAS Bukit Kemuning ke Kampung Jalan Kebun, di mana acara itu diadakan.

"Terima kasih kerana memberi saya pengalaman yang manis. Saya dapat pengalaman... seronok," katanya.

Pada majlis itu, Presiden Waris Malaya Sheikh Whessal Sheikh Ahmad berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu bermatlamat menjadi benteng dalam mempertahankan negara daripada ancaman pengkhianat negara yang menjadi alat kepada kuasa asing.

Waris Malaya atau Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia Selangor ditubuhkan pada Disember lalu. - Bernama






Kredit gambar : Darul Ehsan Today

default

Gambar interior Proton Preve seperti kereta Eropah !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


GPB kalau bab kereta ini , selain sedap memandu sesebuah kereta  ...  interior design kereta   juga merupakan faktor penting .

Kereta yang kita beli dengan harga yang setimpal , wajar menerima aksesori  yang baik ..( jangan kedekut la )

Bila melihat interior Preve ini , nampak seperti menaik kereta BMW !!   Mungkin sebab Proton dapat sentuhan pakar  kereta BMW ,  ia menampakkan ciri-ciri Eropah !!

 Walaupun penghasilan Preve  tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.

Preve sebenarnya  adalah   model  kereta  Proton yang sangat mengutamakan keselamatan, prestasi, keselesaan dan reka bentuk  kerana ia jelas dan terbuktimengambil ciri-ciri kereta Eropah !!

Apa komen andamengeani   interior dalam Preve ini ??  Ini merupakan yang Preve yang  full spec ....



cantik dan sudah disediakan   GPS lagi ...








default

AMK boleh pengsan tengok sokongan anak muda sokong Najib ini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Zaman sudah berubah ...kalau dulu reformasi jadi pilihan anak muda , kini Transformasi yang diperkenalkan Najib pulak menjadi ikutan .

Hari ini NGO yang dianggotai  anak muda , WARIS MALAYA  pulak menjadi sebahagian daripada  penyokong dan  Sahabat BN  di Selangor .

Anwar baru-baru menggunakan ayat penyedap la yakin bahawa Selangor dapat dipertahankan , tapi kalau tengok gelombang biru seperti ini ...pening juga la .

Hujung minggu depan pulak Najib akan turun ke P.Pinang dan beliau  akan berjumpa NGO juga  seperti ini .  Kita tengok la nanti apa kejutannya ....








Najib seperti menjadi Ketua Pemuda UMNO semula ...



kredit gambar : DET  

default

Artis Hollywood berang gambar payudaranya diedit photoshop !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini bahayanya bila gambar semua boleh edit menggunakan teknik photoshop. Kalau di Malaysia , sudah banyak kali gambar PM DS Najib   diedit oleh puak-puak pembangkang untuk kerja fitnah  termasuk lah bersama gadis Mongolia Altantuya .

Tapi t ak sangka juga artis Hollywood pun kena juga penipuan ini  .. macamana tak marah gambar nenen dia yang montok dan asli  itu telah  dikecilkan oleh jurugambar .


LOS ANGELES,- After a role in the series Ghost Whisperer, Jennifer Love Hewitt is now asked to play a single mother who works as a prostitute in the TV movie The Client List Lifetime production.

But when the movie ads plastered on Entertainment Weekly, Hewitt absurdly angry. The reason, her breasts look smaller than the original. "Please send copies of the photo. I'm really surprised. What happened? I really do not understand. But it seems nobody wanted my breasts look smaller," said the actress who is now 33-year-old.

He was disappointed when there are parties of Entertainment Weekly which apparently wants her breasts look smaller. "I really liked my breasts. It looked very beautiful in my body," he said in an interview in Maxim magazine.



However, it is a bit relieved with a photo ad in The Hollywood Reporter, which shows her breasts look more natural and free from the editing process.

Photoshop is already commonly used to edit the body of the actress. But usually, these applications are used to enlarge the body of the actress to make it look more sexy. Keira Knightley for example chest look bigger than the original in the King Arthur movie poster. So is Emma Watson who look sexier because her breasts look bigger on the poster movie Harry Potter and the Order of the Phoenix.

default

Sandra Dewi tersenarai 50 Wanita tercantik Indonesia ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perempuan mana sih yang tak tersanjung bila disebut sebagai perempuan berparas cantik? Perasaan ini pula yang kini dirasakan Sandra Dewi ketika mendengar namanya masuk dalam daftar 50 Wanita Tercantik versi sebuah majalah gaya hidup ternama di Jakarta.




Ia berhak mendapatkan anugerah tersebut, dan tampaknya tidak ada yang membantah kecantikannya.

"Aku senang bisa datang ke sini. Ini menganugerahkan 50 wanita Indonesia. Ini memang 50 orang yang dapat piala. Aku senang dibilang 50 tercantik," ucapnya saat ditemui di Plaza Indonesia, Jakarta Pusat, kemarin.

Penghargaan itu tidak membuatnya besar kepala. Menurutnya, banyak wanita Indonesia yang cantik dan berhak mendapatkan penghargaan tersebut. Namun, kecantikan itu bergantung dari sudut pandang orang yang memberikan penilaian.

Kecantikan, lanjut wanita kelahiran Pangkal Pinang, 8 Agustus 1983 itu, bukan sekadar keindahan secara fisik, melainkan bagaimana wanita itu merawat dirinya. "Nggak hanya luarnya saja, tapi dalamnya juga," ucapnya.





"Kalau merawat diri dan hati bersih harus selaras," tambahnya.

Sandra punya prinsip dalam merawat kecantikannya. Ia memilih cara yang natural supaya kelihatan cantik dan menarik untuk dilihat, dan itu sudah menjadi prinsipnya


Komen GPB 

Malaysia tak buat ke 50 wanita tercantik  yang dipilih oleh majalah ....hehe

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.